Jam menunjukkan pukul 12.15AM! I'm still in front my pc... Bukan ape, I cannot sleep even I'm very2 tired already~ I spent a lot of my time to work hardly, now its time to write something new here tonite (maybe in early morning kot... ;P) Kali ni nak story sket tentang kereta terbaru keluaran Mitsubishi. Korang bacalah artikel bawah ni ok...
PENAMBAHAN ciri sofistikated dengan gabungan aspek prestasi hebat serta reka bentuk menarik memberi keselesaan kepada bakal pemilik Mitsubishi Lancer 2.0 EX. Lahir dari keluarga Lancer GT, ia mendapat suntikan terbaru menjadikan ia berprestasi tinggi dalam segmen kereta sedan keluarga bersaiz sederhana.
Lancer 2.0 EX didatangkan dengan pelbagai sentuhan canggih termasuk sistem operasi tanpa kunci, kokpit cetakan kayu serta sistem audio skrin sesentuh dilengkapi GPS.Model Lancer EX baru itu turut dilengkapi kemasan depan dan pemegang pintu krom, binaan pelindung sisi tepi baru serta reka bentuk baru spoiler belakang yang lebih rendah.
Padanan rim bersaiz 16 inci turut memberi kelebihan kepada jentera itu supaya mampu menarik minat pelanggan terutama golongan berkeluarga sederhana.
Ketua Eksekutif Mitsubishi Motors Malaysia, Keizo Ono, berkata pihaknya yakin model itu dapat menarik pasaran lebih luas memandangkan jentera itu mempunyai elemen elegan, selesa dan mewah. Beliau berkata, kehadiran model itu memberi cabaran kepada model kereta sedan keluarga bersaiz sederhana.
“Model baru Lancer EX ini dibina daripada warisan kenderaan sport Mitsubishi yang melangkau tiga dekad dihasilkan semula dengan ciri-ciri lebih segar.
“Ia masih mengekalkan reka bentuk terdahulu, cuma Lancer 2.0 EX dipertingkatkan beberapa sentuhan mewah,” katanya di pelancaran Lancer 2.0 EX di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Lancer EX turut dijanakan enjin blok aluminium ringan kapasiti 2 liter dengan 16 injap dengan teknologi DOHC Mivec (injap masa inovatif Mitsubishi dan lif kawalan elektronik).
Kenderaan itu turut dipadankan gear automatik enam kelajuan dengan CVT (transmisi pemboleh ubah berturutan) serta dilengkapi mod sport membolehkan pemandu menikmati yang berbeza.
Model Lancer 2.0 EX ditawarkan dua pilihan warna iaitu Putih Pada dan Hitam Mica, dijual RM117,676.10 atas jalan tanpa insurans.
Source