Showing posts with label Perodua. Show all posts
Showing posts with label Perodua. Show all posts

Thursday, 21 July 2016

PANDANGAN SISI PROTON PERSONA R, PERODUA BEZZA DAN SAGA CITY


Harini admin nak share gambar dari pandangan sisi tepi antara Proton Persona R, Perodua Bezza dan juga Proton Saga City yang bakal dilancarkan pada tahun ini.

Untuk makluman semua, Perodua Bezza telahpun dilancarkan pada harga serendah RM37,000. Iklan pun sudah keluar di kaca televisyen. Sekarang yang kita masih tunggu adalah Proton Persona R dan juga Saga City yang masih lagi belum ada pengumuman rasmi dari pihak Proton.

Yang ada hanyalah gambar spyshot yang disebarkan melalui internet sahaja. Nanti kalau ada berita panas dan sensasi mengenai kereta terbaru Proton ini admin akan kongsikan kepada anda semua.

Jangan lupa subscribe dan like page fb kami ya!

Wednesday, 13 July 2016

PANDU UJI PERODUA BEZZA 2016


Kita sudah sedia maklum sebelum ini bahawa pihak Perodua akan mengeluarkan model sedan pertama mereka pada keluaran kali ini. Sebenarnya, Perodua sudah lama membangunkan model sedan ini cuma kita sahaja yang tidak tahu kerana pihak Perodua berjaya merahsiakan cerita mengenai pembuatan kereta sedan pertama mereka dari dihidu oleh pihak media dan juga paparazi kereta. Bagaimana mereka merahsiakan perkara ini? Untuk pengetahuan semua, model sedan ini telah dibangunkan di jepun, ianya telah diuji disana dan disebabkan itulah kita tidak tahu langsung akan kewujudan model sedan Perodua ini. Sehinggalah pihak Perodua mula membangunkan model ini dikilang mereka yang bertempat di Sungai Choh.


Model sedan Perodua ini dibina di atas platform Axia dan rekabentuk badan dan ruang kabin direka oleh anak-anak Perodua sendiri. Ini ialah model pertama Perodua menggunakan kepakaran rekabentuk tempatan secara seratus peratus.
Model sedan ini dibina dengan kandungan bahan tempatan yang sangat tinggi, malah antara yang tertinggi di kalangan kenderaan tempatan. Ia juga kemungkinan besar akan diambil oleh Daihatsu untuk dipasarkan di negara Asean yang lain – satu kebanggaan kerana Jepun mengambil model tempatan untuk dipasarkan dengan nama mereka. Oleh kerana ia diasaskan dari model Axia, secara logiknya, model sedan ini duduk di antara Axia dan Myvi. Dari segi harga, ia sepatutnya mencerminkan kedudukan model ini di dalam pasarannya. Admin yakin harganya akan berada dalam julat awal RM30,000 sehingga ke RM55,000 untuk varian paling premium. Model ini terletak di dalam kategori sedan Segmen A, dan sekarang ini, ia hanya ada Mitsubishi Attrage sebagai pesaing utama.

Ianya juga akan dikeluarkan dalam 4 jenis iaitu:

  • 1.0 liter transmisi manual 5-kelajuan
  • 1.0 liter transmisi automatik 4-kelajuan
  • 1.3 liter transmisi manual 5-kelajuan
  • 1.3 liter transmisi automatik 4-kelajuan



Ia juga terdapat dalam lima varian iaitu:

  • 1.0 liter Standard G (manual dan auto)
  • 1.3 liter Premium X (manual dan auto)
  • 1.3 liter Advance (auto sahaja)

Kedua enjin-enjin ini dihasilkan di kilang baharu Perodua/Daihatsu di Negeri Sembilan. Enjin 1.0 liter 1KR-VE VVTi ialah sama dengan enjin pada Axia. Enjin 1.3 liter 1NR-VE dwi VVT-i ialah enjin direct injection baharu dan sangat moden. Model ini dibina dengan objektif penggunaan bahan api serendah 22.9 km/l dan memenuhi ciri-ciri kenderaan Energy Efficient Vehicle (EEV) oleh MAI/MITI. Malah untuk variasi 1.3 Advance, ia datang dengan sistem Eco-Idle atau sistem Henti Melahu, di mana enjin akan mati sendiri bila berhenti di lampu merah atau bila kenderaan tidak bergerak, dan akan hidup semula secara automatik bila kaki mula menekan pedal pendikit. Tempat letak barang atau boot Perodua baharu ini ialah sebesar 508 liter. ia lebih besar dari boot Toyota Vios (506 liter), boot Nissan Almera (490 liter), boot Mitsubishi Atrage (450 liter) dan boot Proton Saga (413 liter). Cuma Honda City sahaja mempunyai boot yang lebih besar iaitu pada 536 liter. Walaupun boot Perodua ini besar, ia masih lebih pendek dari Mitsubishi Atrage. Paling penting, ia tidak nampak mempunyai ekor yang tebal atau panjang! Bukaan boot Perodua ini juga rendah dan lebar, memudahkan keluar masuk barang. Malah, penulis dengan mudah ditelan masuk!


Boot sebesar itu juga masih mampu menyorokkan sebuah tayar gantian bersaiz sebenar. Sayangnya, untuk mendapat boot sebesar itu, tempat duduk belakang model sedan ini sedikit menegak. Namun, ia tidak keterlaluan dan masih selesa. Paling penting, ruang lega kepala masih bagus untuk seorang penumpang setinggi 6 kaki. Bagi varian 1.0L, boot hanya boleh dibuka menggunakan kawalan jauh sahaja (remote). Untuk varian 1.3L, ada butang di pintu boot – lebih mudah.


Perodua menggunakan teknologi lampu dari jenis Light Guide untuk lampu belakang. Canggih! Lampu depan masih dari variasi halogen dengan reflektor biasa. Panel meter model ini juga nampak canggih dengan lampu LED dan skrin sesentuh yang besar bagi model Advance. Stereng sedan ini sama seperti Axia – tidak boleh dilaras. Ia menggunakan stereng berkuasa elektrik. Sedan ini ialah model Perodua yang pertama untuk mendapat pengiktirafan Asean NCAP 5-bintang, tetapi hanya untuk varian Advance kerana ia datang dengan kawalan kestabilan kenderaan atau VSC. Ia juga datang dengan kemudahan ISOFIX untuk kerusi bayi/kanak-kanak.


Sesi Pandu Uji:

Perodua sedan 1.0L manual

Pada mulanya, penulis beranggapan enjin 1.0L 3-silinder dengan 67hp dan 91Nm ini pasti bising seperti pada Axia. Rupanya tidak! Ia sudah hampir tidak kedengaran seperti sebuah enjin 3-silinder lagi, malah gegaran pun sangat berkurangan. Hanya bila dipaksa, ia mula terasa kasar.

Menarik apabila tork maksima boleh didapati dari kelajuan enjin 4,400 rpm. Ini membolehkan pemandu tidak perlu “meneran” enjin Perodua ini ketika memandu di jalan biasa, walaupun berbukit.

Pada pendakian bukit, secara jujur, penulis terkejut ia masih mampu memberi prestasi segar walaupun dengan dua orang di dalam. Dan halaju yang dicapai dalam litar pendek itu ialah melebihi 130 kmsj.


Sistem gantungan selesa dan sejak Myvi lagi, Perodua sebenarnya sudah pandai bermain dengan talaan sistem gantungan. Sedan ini walaupun selesa, ia tidak membuai secara berlebihan dan masih mudah dikawal. Bila dipaksa mengambil selekoh tajam, tayar hadapan akan menyasar ke hadapan atau “understeer” dengan mudah – selamat untuk pemandu biasa.

Untuk mereka yang mempunyai bajet terbatas, model ini sebenarnya tidak mengecewakan.

Perodua sedan 1.0L automatik

Penulis tidak sangka, walaupun automatik, dengan enjin sebesar 1.0 liter untuk membawa badan sedan ini, ia masih boleh memecut dengan lancar.

Pick-up atau pecutan awal terasa sedikit perlahan untuk beberapa saat kerana komputer transmisi diprogram untuk memberi fokus lebih kepada penjimatan bahan api. Selepas itu, ia terus memecut lancar.

Bermula dari cerun bukit, ia masih mampu mendaki dengan lancar dan senyap. Malah jika tidak diberitahu, penulis tidak akan percaya ia dijana oleh enjin 1.0 liter.

Perodua sedan Advance 1.3L automatik

Varian paling lengkap, ia semestinya lebih selesa dan prestasi enjin 1.3L 94hp dan 121 Nm sangat memuaskan.

Tork maksima masuk seawal 4,000 rpm, menjanjikan pemanduan yang lebih bersahaja, walapun ketika sedang mendaki.

Stereng berkuasa elektrik ini semakin berat bila kelajuan meningkat, tetapi feedback stereng terasa sedikit artificial atau palsu. Ini bukan masalah besar kerana sedan ini direka bukan untuk memuaskan nafsu serakah penggila kereta sport. Untuk pemandu biasa, mereka pasti tidak terasa apa pun, malah tidak faham kenapa ayat ini ditulis pun barangkali.

Kawalan Kestabilan Kenderaan atau Vehicle Stability Control (VSC) akan memotong kuasa enjin bila dirasakan pemandu hilang kawalan. Ujian yang dilakukan oleh penulis di kawasan skid-pad di litar tersebut mendapati ia sama dengan sistem yang digunakan pada Toyota, Honda dan Nissan. Bila tayar mula hilang cengkaman dalam selekoh laju, kuasa enjin dipotong dan ia memperlahankan kenderaan. Jika stereng disentap ke kiri dan ke kanan dalam halaju yang tinggi dari biasa, komputer akan memastikan VSC masuk awal untuk mengawal balik kestabilan kenderaan. Dalam erti kata lain, pemandu akan berasa lebih selamat dengan VSC ini.






Jadi, tunggu apa lagi? Dapatkan maklumat lanjut di cawangan Perodua berdekatan anda dan pastikan semasa sesi pelancaran nanti anda hadir dan boleh lah buat pandu uji kereta ini nanti.

Sumber: Careta

Wednesday, 29 June 2016

PERODUA LANCAR KERETA SEDAN PERTAMA



Ura ura bahawa Syarikat Automotif Kedua Negara (PERODUA) akan mengeluarkan model sedan telah hampir menjadi realiti apabila gambar ini telah dimuatnaik di laman facebook dan ianya dijangkan dilancarkan pada 21 Julai 2016. Dan admin juga telah dapatkan beberapa info mengenai spesifikasi Perodua Sedan ini.

Maklumat awal mengatakan ianya akan didatangkan dengan enjin berkuasa 1.0L dan 1.3L namun enjin apakah yang akan digunakan masih lagi menjadi tanda tanya. Manakala bagi enjin 1.5L juga akan dilancarkan cuma waktu pelancarannya kemudian nanti dan mungkin ia akan didatangkan dalam bentuk facelift.


Perodua bakal memperkenalkan sistem mula-henti (start-stop) pada varian premium yang menyamai teknologi i-Stop digunakan Mazda2. Ini bermakna, Perodua Sedan ialah model segmen-B kedua di pasaran Malaysia yang menggunakan sistem berkenaan.

Sistem mula-henti berfungsi mematikan dan menghidupkan enjin pembakaran dalaman secara automatik bagi mengurangkan masa enjin melahu, sekali gus menjimatkan penggunaan bahan api dan pelepasan emisi. Ya, ia sistem sama yang digunakan kenderaan hibrid dan amat berguna ketika berdepan situasi kesesakan teruk.

Ciri keselamatan asas juga tidak dilupakan seperti beg udara dan sistem brek anti-kunci (ABS). Namun, sumber enggan mendedahkan apa-apa maklumat apabila ditanya sama ada Perodua akan melengkapkan sistem keselamatan ekstra seperti Bantuan Brek, Agihan Brek Elektronik (EBD), Kawalan Stabiliti Elektronik (ESC) atau Bantuan Daki Bukit (HSA).

Paling penting, kontroversi indikator lampu depan yang pernah disuarakan seorang warga Jerman tahun lalu sudah pun diatasi pada model Perodua Sedan ini. Jadi, tiada lagi alasan tidak membuka lampu kereta anda ketika memandu malam.

Harga pula ianya mungkin akan dijual pada RM35,000 hingga RM50,000 dan ini merupakan anggaran harga yang diberikan menurut sumber iu tadi. Apapun kita sama-sama tunggu berita mengenainya pada 21 Julai ini nanti.

Tuesday, 12 January 2016

HARGA PERODUA AXIA DI SINGAPORE MENCECAH RM200K


Tahukah anda model Perodua AXIA telah dilancarkan secara rasminya di pasaran Singapura dengan harga berjumlah SGD 75,888 dan jika ia ditukar kepada nilai matawang Malaysia, harganya mencecah RM 231,827! Wow! Jika di Malaysia kita sudah dapat memiliki sebuah Mercedez-Benz A200 atau BMW i120 Sport!!! ~

Harga sebenar untuk sebuah model Perodua Axia di Malaysia adalah diantara RM 23,531 hingga RM 40,592 sahaja mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan. Bayangkan berapa jauh beza jika anda membelinya di Singapura? Adakah mereka (rakyat Singapura) dapat menerima harga tersebut? Tapi admin rasa, disana gaji mereka pun agak tinggi juga jika dibanding dengan gaji kita di Malaysia tambahan pula mereka menggunakan matawang Dollar dalam urusniaga harian mereka.

Harga tersebut termasuklah Cukai Barang dan Perkhidmatan Singapura (GST) dan Sijil Kelayakan (COE). Antara lain, pihak pengedarnya melalui Perocom Auto menawarkan 100,000KM atau 5 tahun jaminan. Sebab kenapa ianya dijual sama harga seperti di Malaysia akan tetapi nilai matawang yang tidak sama, admin tidak dapat pastikan lagi. Namun, jika dilihat dari segi kos sara hidup disana, harga minuman seperti teh tarik disana adalah SGD 1.20 dan jika ditukar kepada matawang ringgit ianya sudah jadi RM 3.00 lebih.

Tuesday, 5 January 2016

SPYSHOT PERODUA KENARI 2016 DI MALAYSIA


Heboh diperkatakan di media sosial tentang beberabapa keping gambar yang diambil oleh orang awam mengenai sebuah kenderaan yang seakan-akan Perodua Kenari. Ianya seolah sebuah Perodua Kenari Facelift dengan rekaan yang lebih dinamik dan moden.


Namun demikian, adakah ianya benar seperti disangkakan? Adakah Perodua ingin mengeluarkan semula model yang pernah popular suatu masa dahulu sebelum era Perodua Myvi bermula? Itu semua akan menjadi tanda tanya. Apa yang admin dapat simpulkan disini ialah kereta yang dilihat itu seakan Daihatsu Move yang telahpun berada di pasaran Jepun sejak tahun 2014 lagi.


Semua juga telah maklum, Perodua banyak mengambil model dari Daihatsu dan dire-brandingkan semula dengan jenama Perodua selain bentuknya diubah sedikit. Jadi, berkemungkinan besar Perodua akan memilih Daihatsu Move bagi menggantikan model Perodua Kenari yang telah lama diberhentikan produksinya itu.


Nantikan maklumat terbaru di lain artikel! Admin akan cuba dapatkan lebih banyak info mengenai berita panas ini! ;)

Saturday, 17 October 2015

PERODUA VIVA TERLIBAT KEMALANGAN HANCUR


Tahukah anda kereta apa yang renyuk teruk terselit diantara bas kilang dan kereta volkswagen tersebut? Dapatkah anda bayangkan bagaimana keadaan pemandu didalamnya? Kejadian berlaku di plaza tol di ibu kota.


Kereta yang remuk teruk itu adalah kereta Perodua Viva. Anda boleh tak bayangkan bagaimana sistem keselamatan yang didirikan pada kereta Perodua Viva ini.


Bukan admin nak kondem tapi anda yang memandu kereta Perodua Viva lepas ni berhati-hatilah. Bahkan semua jenis kereta pun, kalau kita tak berwaspada, maut pasti menanti.

Sunday, 27 September 2015

TIPS SERVIS PERODUA MYVI DI PUSAT SERVIS PERODUA

Beberapa hari yang lalu aku menemankan anak ke Pusat Servis Perodua di Lembah Kelang untuk membuat servis ketiga @ 10,ooo km. Kenapa aku menemaninya?

Pertama: Aku tak mahu anak kena tipu atau dikelentong oleh ‘Service Advisor’ yang sememangnya sudah di ‘indoktrin’ untuk ‘menyembelih’ pemilik kereta yang mereka anggap ‘makan-able‘.

Kedua: Aku mahu anak mengerti haknya sebagai pengguna.

Ketiga: Aku mahu anak belajar bagaimana orang tua ini menyampaikan mesej simple tapi tegas kepada ‘Service Advisor’ dan Puast Servis bahawa “Kereta aku punya, duit aku yang keluarkan, tugas kamu ialah melakukan apa yang ku arah.”

Arahanku: Tukar engine oil dan oil filter…sahaja seperti yang disaran oleh pembuat kereta (Manufacturer).

“Tak boleh pakcik, untuk servis 10,000 km spark plug kena tukar, dah masuk dalam pakej.” Service Advisor yang sudah diprogram seperti robot menjawab.

Aku pun menunjukkan kepada Service Advisor “Owner’s Manual” yang dikeluarkan oleh pembuat kereta, dan menunjukkan kepadanya tentang jadual senggaraan berkala atau routine maintenance yang tercatit dalam buku tersebut.

Manufacturer menyaran spark plug hanya perlu DIPERIKSA setiap 30,000 km, dan bukan wajib ditukar setiap 10,000 km.

Ia…..diperiksa setiap 30,000 km.

Perhatikan carta di bawah, dan arahan manufacturer yang tentunya lebih arif dibanding pusat servis. Dan perhatikan juga kedangkalan pemahaman mereka (Service Advisor) tentang jarak antara servis.

  • Servis pertama @ 1,000 km
  • Servis kedua @ 5,000 km
  • Servis ketiga @ 10,000 km

Apa yang sering diamalkan atau disalah-faham oleh pusat servis ialah tentang jarak antara servis pertama, servis kedua, servis ketiga dan seterusnya. Fahaman mereka bahawa servis kedua adalah 5,000 km selepas servis pertama. Atau dalam lain perkataan, kalau servis pertama dilakukan genap 1,000 km, maka servis kedua adalah pada 6,000 km, dan servis ketiga pada 11,000 km. Itulah fahaman songsang mereka yang tak dapat mengerti ‘simple guideline’.

Perhatikan lagi carta di bawah:

Selain servis 40,000 km dan 80,000 km di mana penapis udara (Air Filter) dan minyak gear (Gear Oil) perlu ditukar, yang lainnya cuma mewajibkan penukaran Engine Oil dan Oil Filter. Arahan selebihnya hanya ‘periksa’ dan BUKAN ‘tukar’.

carta senggaraan berkala yang di scan dari buku “owner’s manual”

Berbalik kepada servis 10,000 km Myvi milik anak. Perhatikan inbois yang admin sunting di bawah.

Perhatikan arahan Service Advisor (setelah disanggah oleh admin) kepada mekanik – Customer Own Words: DO BASIC SVC.

Dan perhatikan komen mekanik – SPARK PLUG O.K.

Inbois Senggaraan 10,000 km Myvi Auto

Sedikit nota tentang spark plug…kalau spark plug tak boleh bertahan untuk sekurang-kurangnya 50,000 km, itu bererti ada sesuatu yang tak kena dengan injin. Dan jika berlaku ke atas kereta yang masih dalam tempoh ‘waranti’, pengeluar kereta wajib mengambil tindakan pro-aktif. Kalau injin tidak bermasalah, spark plug masih dalam keadaan baik walaupun sudah digunakan berpuluh ribu km.

Untuk servis 10,000 km yang dilakukan hari itu, dan atas arahan admin, Pusat Servis hanya tukar Engine Oil, Oil Filter dan Drain Plug Gasket. Semuanya anak admin kena bayar RM101.05 (Seratus satu ringgit lima sen) SAHAJA.

Dan kalau kita tau hak sebagai pengguna, itulah juga jumlah yang perlu dibayar untuk servis 20,000 dan 30,000 km.

Tapi kalau kita tak tau dan bergantung sepenuhnya dengan saranan lintah darat @ Service Advisor, maka bersedialah untuk disembelih.

Bagaimana mereka menjadikan pengguna sebagai korban?

Teruskan membaca.

Perhatikan dua carta di bawah yang disalin dan tempel dari laman sesawang Perodua, dan bandingkan dengan carta paling atas yang discan dari Owner’s Manual.

Kalau anda hanya tau mengangguk macam burung belatuk dan akur dengan setiap saranan Service Advisor, maka untuk servis 20,000 km Myvi Auto, anda terpaksa membayar minima RM 393.65. Bererti, anda kena ketuk RM 292.60 (393.65 – 101.05)

Untuk servis 30,000 km, anda terpaksa membayar minima RM 202.97. Bererti anda kena ketuk RM 101.92 (202.97 – 101.05)

Kenapa admin guna perkataan ‘minima’?

Terdapat segelintir Service Advisor yang mengambil kesempatan terhadap kedangkalan pemahaman pemilik kereta di negara kita. Mereka akan mencadangkan tukar spark plug “iridium”, masukkan bahan pencuci cermin (windscreen washer fluid), masukkan additive engine oil, gear oil, dan buat wheel alignment serta wheel balancing setiap kali anda menghantar kereta untuk diservis walaupun pada hakikatnya kereta anda tidak memerlukan alignment/balancing sekerap itu.

Pernahkan pemilik kenderaan memikirkan: Berapa commission yang dibayar oleh kedai tayar kepada Sales Advisor bagi setiap kenderaan yang dihantar untuk alignment/balancing?

Panduan senggaran Pusat Servis Perodua (Myvi) yang membebankan pengguna – berbeza dengan saranan dalam Owner’s Manual yang dikeluarkan oleh pembuat kereta dan pemberi jaminan

Carta PERODUA SERVICE CENTRE yang membebankan pemilik kenderaan menunjukkan barang yang perlu ditukar pada setiap 20,000 km servis sedangkan pembuat kenderaan menyaran untuk dilakukan setiap 40,000 km servis

Dipetik dari: Utuhpaloi dot com

Friday, 22 May 2015

MODEL PERODUA SEDAN DI PASARAN 2016


PERODUA melalui Ketua Pegawai Eksekutif nya Datuk Aminar Rashid telah mendedahkan beberapa perkara mengenai keluaran berbentuk SEDAN yang prototaipnya telahpun diluluskan dengan nombor kodnya D63D.



Oleh itu, ini akan menjadikan dunia automotif tempatan semakin bersaing dan pengguna mungkin akan mendapat lebih manfaat hasil dari persaingan yang sihat ini dimana kedua-dua belah pihak perlu menghasilkan kenderaan yang betul-betul menepati citarasa pengguna nanti. Selain itu, PERODUA juga menyasarkan NCAP untuk model sedannya nanti.


Admin harap model ini dapat dikeluarkan dalam harga yang mampu milik untuk rakyat Malaysia.

Sunday, 27 November 2011

PERODUA KELISA KERETA KOMPAK JIMAT PETROL

Perodua Kelisa dilancarkan oleh Perodua pada tahun 2001 dan pengeluarannya berakhir pada tahun 2007 setelah digantikan dengan model Perodua Viva.

Semasa zamannya, Perodua Kelisa mendapat perhatian yang baik dari peminat-peminat kereta kecil dan kompak. Antara sebab utama Perodua Kelisa menjadi pilihan ialah saiz bentuknya yang kompak dan pengendalian yang mudah. Model ini dilengkapi kotak gear manual dan automatik. Perodua Kelisa amat mudah dikendalikan, terutamanya ketika pemanduan di bandar. Saiznya yang kecil memudahkan pemandu untuk keluar dan masuk dari petak meletak kereta. Enjin bersesaran 1.0 liter juga tangkas ketika dipandu serta mampu memecut sehingga 160km/j. Varian 850cc juga terdapat pada Perodua Kelisa namun kurang menjadi pilihan pembeli. Antara yang sering menjadi sebutan tentang kelebihan Perodua Kelisa ialah penggunaan petrolnya yang dikatakan cukup menjimatkan. Rata-rata pemilik Kelisa memuji kenderaan mereka yang menjimatkan minyak. Majalah-majalah permotoran tempatan juga membuat review yang bagus berkenaan Perodua Kelisa dari aspek penggunaan petrol.

Memandangkan Perodua Kelisa merupakan sebuah kereta kecil yang kompak, tidak timbul isu tentang ruang penumpang yang sempit atau ruang bagasi yang kecil. Namun jika dibandingkan dengan Perodua Kancil, Perodua Kelisa jauh lebih selesa untuk 5 orang penumpang. Spesifikasi yang terdapat dalam Perodua Kelisa juga lebih lengkap kerana harganya yang lebih mahal. Perodua Kelisa lebih terkenal di kalangan pemandu wanita yang menginginkan sebuah kereta kecil yang mudah digunakan, tambahan pula rupa bentuk Perodua Kelisa agak feminin. Perodua Kelisa merupakan pilihan yang popular selain Kancil untuk dijadikan kenderaan kedua. Perodua Kelisa diakui sebagai sebuah model yang tahan lasak dan kurang memberikan masalah kepada pemiliknya. Kos penyelenggaraan Perodua Kelisa juga rendah dan kereta ini sesuai untuk mereka yang mempunyai bajet kecil. Bagi yang berminat untuk memiliki sebuah Perodua Kelisa, terdapat banyak pilihan di pasaran terpakai. Harga Perodua Kelisa terpakai bergantung kepada tahun ianya dikeluarkan dan spesifikasi pada setiap model.


Harga pasaran Perodua Kelisa terpakai keluaran 2001-2007 ketika ini ialah dalam anggaran RM15,000.00 sehingga RM30,000.00. Walaupun harganya agak mahal berbanding kereta terpakai lain, kos penyelenggaraan yang rendah dan penjimatan petrol menjadi kelebihan utamanya. Spesifikasi yang terdapat pada Perodua Kelisa seperti stereng kuasa, enjin yang bertenaga dan pengendalian mudah seringkali menjadi pilihan pembeli berbanding model Kancil. Sungguhpun Perodua Viva hadir dengan teknologi yang lebih moden dan ruang penumpang yang lebih luas, Perodua Kelisa masih merupakan sebuah kereta terpakai yang sesuai dijadikan kereta kedua.

Thursday, 15 September 2011

PERODUA MYVI SE 1.5 DAN EXTREME DILANCARKAN!

Peminat-peminat dan pemilik Perodua yang inginkan kelainan pasti tidak sabar untuk memandu model Perodua terbaru ini iaitu Perodua Myvi 1.5 dan juga Perodua Myvi Extreme. Dengan kekuatan enjin 1.5 liter DVVT, pastinya ia lebih hebat berbanding Myvi sebelum ini.

Dibawah ini adalah beberapa keping gambar yang dirakamkan pada hari pelancaran model ini.

Model ini boleh didapati pada harga sekitar RM 50,900 hingga RM 61,700 bergantung kepada model yang dipilih kerana ianya datang dalam dua versi iaitu Auto Transmision dan juga Manual Transmision.






Jadi adakah anda terpegun melihat model ini? Sudahkah anda membuat tempahan? Jika belum, anda bolehlah berkunjung ke pusat pameran Perodua yang terdekat dan tempahan boleh dibuat disana. Apa yang pasti, model ini pasti akan 'meletup' !!!

Saturday, 10 September 2011

PERODUA MYVI SE 1.5 UNTUK TEMPAHAN

Secara rasminya Perusahaan Automobil Nasional Kedua (PERODUA) akan bersedia menerima tempahan untuk Perodua Myvi SE 1.5 terbarunya mulai 12 September 2011.

PERODUA akan dipamirkan di setiap bilik pameran PERODUA di seluruh negara bermula pada 15 September 2011 untuk tatapan umum manakalan harga pula akan diumumkan pada hari tersebut. Model ini akan didatangkan dalam dua versi iaitu dalam bentuk manual dan juga automatik. Dibawah ada serba sedikit gambar spyshot Perodua Myvi SE 1.5 liter yang sempat dirakamkan untuk tatapan anda.

Jadi bagaimana pendapat anda? Masih belum puas dengan gambar disediakan? Apa yang pasti, dengan enjin 1.3 liter sebelum ini sudah pun membuatkan keluaran Perodua ini begitu pick up apatah lagi dengan kapasiti enjin 1.5 liter ini, tepuk dada tanyalah saku... Sekian.

Friday, 26 August 2011

PERODUA MYVI SE 2011 (YELLOW)

Baru sahaja tidak berapa lama Perodua Myvi 2011 dikeluarkan dengan rekabentuk baru, kini berita hangat mengenai kereta Perodua Myvi Special Edition (SE) berwarna kuning berjaya dirakam lensa kamera salah seorang pengguna jalanraya di Malaysia ini.

Apa yang dapat kami lihat dari gambar diatas adalah bahagian bumper hadapan, tepi dan belakang telah ditutup akan tetapi kita masih dapat melihat bagaimanakah bentuk kereta ini sebenarnya. Cuma yang menjadi tanda tanya buat kami, apakah kelebihan Perodua Myvi kuning ini? Adakah ianya mengekalkan ciri-ciri enjin 1.3L ataupun menggunakan enjin 1.5L? Sama-sama kita nantikan berita seterusnya dan kami akan kupaskan.

Monday, 11 July 2011

PERODUA MYVI JET DAN PERODUA MYVI SPORT SILVER SE

Perodua UK telah melancarkan dua model keluaran Perodua iaitu Perodua Myvi JET dan Perodua Myvi Silver Sport Special Edition untuk pasaran UK. Kedua buah model ini hanya didatangkan dalam versi manual transmisi sahaja.

Perodua Myvi Silver Sport SE dengan rim sukan 15 inci hanya berharga £7,499

Manakala Perodua Myvi JET pula didatangkan dengan rim 14 inci hanya berharga £7,999