Baru sahaja tidak berapa lama Perodua Myvi 2011 dikeluarkan dengan rekabentuk baru, kini berita hangat mengenai kereta Perodua Myvi Special Edition (SE) berwarna kuning berjaya dirakam lensa kamera salah seorang pengguna jalanraya di Malaysia ini.
Apa yang dapat kami lihat dari gambar diatas adalah bahagian bumper hadapan, tepi dan belakang telah ditutup akan tetapi kita masih dapat melihat bagaimanakah bentuk kereta ini sebenarnya. Cuma yang menjadi tanda tanya buat kami, apakah kelebihan Perodua Myvi kuning ini? Adakah ianya mengekalkan ciri-ciri enjin 1.3L ataupun menggunakan enjin 1.5L? Sama-sama kita nantikan berita seterusnya dan kami akan kupaskan.
LAGI GAMBAR PERODUA MYVI 2011 DI IPOHLagi gambar spyshot Perodua Myvi 2011 baru yang berjaya dirakamkan di sekitar Ipoh, Perak. Mungkin anda ternanti-nanti
AES SPEED TRAP SPY SHOT CAPTURED!
Adakah anda pernah dengar mengenai teknologi AES pada kamera perangkap had laju (Speed Trap)? Sejauh mana keupayaann