Showing posts with label Myvi. Show all posts
Showing posts with label Myvi. Show all posts

Sunday, 27 September 2015

TIPS SERVIS PERODUA MYVI DI PUSAT SERVIS PERODUA

Beberapa hari yang lalu aku menemankan anak ke Pusat Servis Perodua di Lembah Kelang untuk membuat servis ketiga @ 10,ooo km. Kenapa aku menemaninya?

Pertama: Aku tak mahu anak kena tipu atau dikelentong oleh ‘Service Advisor’ yang sememangnya sudah di ‘indoktrin’ untuk ‘menyembelih’ pemilik kereta yang mereka anggap ‘makan-able‘.

Kedua: Aku mahu anak mengerti haknya sebagai pengguna.

Ketiga: Aku mahu anak belajar bagaimana orang tua ini menyampaikan mesej simple tapi tegas kepada ‘Service Advisor’ dan Puast Servis bahawa “Kereta aku punya, duit aku yang keluarkan, tugas kamu ialah melakukan apa yang ku arah.”

Arahanku: Tukar engine oil dan oil filter…sahaja seperti yang disaran oleh pembuat kereta (Manufacturer).

“Tak boleh pakcik, untuk servis 10,000 km spark plug kena tukar, dah masuk dalam pakej.” Service Advisor yang sudah diprogram seperti robot menjawab.

Aku pun menunjukkan kepada Service Advisor “Owner’s Manual” yang dikeluarkan oleh pembuat kereta, dan menunjukkan kepadanya tentang jadual senggaraan berkala atau routine maintenance yang tercatit dalam buku tersebut.

Manufacturer menyaran spark plug hanya perlu DIPERIKSA setiap 30,000 km, dan bukan wajib ditukar setiap 10,000 km.

Ia…..diperiksa setiap 30,000 km.

Perhatikan carta di bawah, dan arahan manufacturer yang tentunya lebih arif dibanding pusat servis. Dan perhatikan juga kedangkalan pemahaman mereka (Service Advisor) tentang jarak antara servis.

  • Servis pertama @ 1,000 km
  • Servis kedua @ 5,000 km
  • Servis ketiga @ 10,000 km

Apa yang sering diamalkan atau disalah-faham oleh pusat servis ialah tentang jarak antara servis pertama, servis kedua, servis ketiga dan seterusnya. Fahaman mereka bahawa servis kedua adalah 5,000 km selepas servis pertama. Atau dalam lain perkataan, kalau servis pertama dilakukan genap 1,000 km, maka servis kedua adalah pada 6,000 km, dan servis ketiga pada 11,000 km. Itulah fahaman songsang mereka yang tak dapat mengerti ‘simple guideline’.

Perhatikan lagi carta di bawah:

Selain servis 40,000 km dan 80,000 km di mana penapis udara (Air Filter) dan minyak gear (Gear Oil) perlu ditukar, yang lainnya cuma mewajibkan penukaran Engine Oil dan Oil Filter. Arahan selebihnya hanya ‘periksa’ dan BUKAN ‘tukar’.

carta senggaraan berkala yang di scan dari buku “owner’s manual”

Berbalik kepada servis 10,000 km Myvi milik anak. Perhatikan inbois yang admin sunting di bawah.

Perhatikan arahan Service Advisor (setelah disanggah oleh admin) kepada mekanik – Customer Own Words: DO BASIC SVC.

Dan perhatikan komen mekanik – SPARK PLUG O.K.

Inbois Senggaraan 10,000 km Myvi Auto

Sedikit nota tentang spark plug…kalau spark plug tak boleh bertahan untuk sekurang-kurangnya 50,000 km, itu bererti ada sesuatu yang tak kena dengan injin. Dan jika berlaku ke atas kereta yang masih dalam tempoh ‘waranti’, pengeluar kereta wajib mengambil tindakan pro-aktif. Kalau injin tidak bermasalah, spark plug masih dalam keadaan baik walaupun sudah digunakan berpuluh ribu km.

Untuk servis 10,000 km yang dilakukan hari itu, dan atas arahan admin, Pusat Servis hanya tukar Engine Oil, Oil Filter dan Drain Plug Gasket. Semuanya anak admin kena bayar RM101.05 (Seratus satu ringgit lima sen) SAHAJA.

Dan kalau kita tau hak sebagai pengguna, itulah juga jumlah yang perlu dibayar untuk servis 20,000 dan 30,000 km.

Tapi kalau kita tak tau dan bergantung sepenuhnya dengan saranan lintah darat @ Service Advisor, maka bersedialah untuk disembelih.

Bagaimana mereka menjadikan pengguna sebagai korban?

Teruskan membaca.

Perhatikan dua carta di bawah yang disalin dan tempel dari laman sesawang Perodua, dan bandingkan dengan carta paling atas yang discan dari Owner’s Manual.

Kalau anda hanya tau mengangguk macam burung belatuk dan akur dengan setiap saranan Service Advisor, maka untuk servis 20,000 km Myvi Auto, anda terpaksa membayar minima RM 393.65. Bererti, anda kena ketuk RM 292.60 (393.65 – 101.05)

Untuk servis 30,000 km, anda terpaksa membayar minima RM 202.97. Bererti anda kena ketuk RM 101.92 (202.97 – 101.05)

Kenapa admin guna perkataan ‘minima’?

Terdapat segelintir Service Advisor yang mengambil kesempatan terhadap kedangkalan pemahaman pemilik kereta di negara kita. Mereka akan mencadangkan tukar spark plug “iridium”, masukkan bahan pencuci cermin (windscreen washer fluid), masukkan additive engine oil, gear oil, dan buat wheel alignment serta wheel balancing setiap kali anda menghantar kereta untuk diservis walaupun pada hakikatnya kereta anda tidak memerlukan alignment/balancing sekerap itu.

Pernahkan pemilik kenderaan memikirkan: Berapa commission yang dibayar oleh kedai tayar kepada Sales Advisor bagi setiap kenderaan yang dihantar untuk alignment/balancing?

Panduan senggaran Pusat Servis Perodua (Myvi) yang membebankan pengguna – berbeza dengan saranan dalam Owner’s Manual yang dikeluarkan oleh pembuat kereta dan pemberi jaminan

Carta PERODUA SERVICE CENTRE yang membebankan pemilik kenderaan menunjukkan barang yang perlu ditukar pada setiap 20,000 km servis sedangkan pembuat kenderaan menyaran untuk dilakukan setiap 40,000 km servis

Dipetik dari: Utuhpaloi dot com

Friday, 12 November 2010

PERODUA OPTIMIS LANCARKAN MODEL BARU

Perodua optimis model baru penuhi keperluan warga muda kota

Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) melancarkan Viva Elite edisi ekslusif (VEE), dengan sasaran 600 unit dijual setiap bulan.

Pengarah Urusannya, Datuk Aminar Rashid Salleh berkata, sambutan hangat terhadap Viva Elite dengan jualan mencecah 24,000 unit daripada 58,000 jumlah keseluruhan model Viva yang dilancarkan sejak 2007, menjadi pendorong utama kelahiran VEE.

Menurutnya, VEE berharga RM42,000 di atas jalan raya dan ditampilkan dengan warna ungu anggun baru, disasarkan kepada golongan muda di bandar.

Secara keseluruhan, jualan kenderaan Perodua didahului oleh MyVi dengan purata 41 hingga 42 peratus, diikuti Viva (37), dan Alza (22).

“Permintaan MyVi begitu menggalakkan setiap masa dan muncul sebagai model paling laris dengan jumlah jualan mencecah 64,000 unit bagi tempoh pertama hingga 10 bulan tahun ini,” katanya selepas melancarkan model VEE dan Pusat Servis cawangan Puchong, Selangor.

Beliau berkata, berdasarkan sambutan dan permintaan pengguna, Perodua yakin semua model kenderaan keluarannya mampu dijual dengan jumlah 185,000 melebihi 176,000 seperti disasarkan sehingga akhir tahun ini.

Selaras mencapai peningkatan di luar jangkaan itu, Perodua akan mengorak langkah untuk mencari pasaran baru bagi kenderaan keluarannya.

“Kami akan meneroka pasaran luar yang mempunyai tahap keselamatan dan persamaan pemanduan di sebelah kanan seperti Vietnam, Thailand, Kemboja, Afrika Selatan, selain China dan India yang juga mempunyai potensi besar,” katanya.

Sebagai perancangan masa depan, Aminar berkata, Perodua akan menggunakan pelaburan modal sebanyak RM120 juta untuk proses menaikkan taraf, manakala RM220 juta hingga RM250 juta untuk membuka pusat perkhidmatan dan jualan.

“Setakat ini kami mempunyai 180 pusat jualan dan 170 pusat servis. Sepanjang 10 bulan pertama tahun ini, pusat servis itu menerima 1.39 juta kenderaan berkurangan daripada 1.37 juta perkhidmatan bagi tempoh sama tahun lalu,” katanya.

Tuesday, 7 September 2010

PERODUA MYVI LUDICROUS EDITION

Perodua Myvi LE atau Ludicrous Edition adalah salah satu ilustrasi yang dilakar designer tempatan. Tetapi agak menarik dan kelihatan sporty juga Myvi LE ni.

Bahagian belakang Myvi LE ini juga kelihatan menggunakan twin ekzos. Manakala bahagian bumbung warna hitam.

Sunday, 2 May 2010

NEW FACE FOR MYVI 2010 ?


New face of PERODUA MYVI 2010? Looks great but I dont know is this just a potret or real car will be lunch next.... Between, these are my impressions of the next generation Perodua MyVi. The based car was Kia Soul.