Showing posts with label International News. Show all posts
Showing posts with label International News. Show all posts

Tuesday, 7 June 2016

HONDA CIVIC 1.5 TURBO 2016 ALAMI MASALAH OVERHEATING


Baru-baru ni kecoh dilaman FB, dilaporkan beberapa buah kereta Honda Civic1.5 Turbo tahun 2016 yang baharu dilancarkan mengalami masalah overheating. Kejadian dikatakan berlaku di Thailand. Cuba anda bayangkan, kalau ianya berlaku ke atas kereta keluaran Proton sudah tentu ianya akan mendapat kritikan dari netizen. Ini menunjukkan, bukan semua jenama gergasi dunia mampu menghasilkan kereta yang perfect dan tidak semestinya jenama yang baru diperkenalkan itu tidak mampu menyaingi produk yang sudah lama bertapak.



Jadi, apa komen anda semua mengenai kes ini?

Monday, 25 January 2016

PROTON REBADGE MODEL SUV SUZUKI ERTIGA


Betul ke Proton nak keluarkan kenderaan SUV? Jawapannya adalah benar kerana sekarang mereka dah jalin kerjasama dengan Suzuki untuk keluarkan kenderaan SUV di Malaysia dan sebelum ini kalau anda lihat ada kami keluarkan artikel mengenai MoU Proton dan Suzuki ini. Dengar cerita, Proton akan rebadge balik Suzuki Ertiga dan apa yang pasti dah tentu enjinnya menggunakan enjin Suzuki.


Ada juga sumber mengatakan Suzuki bakal membekal 1,500 unit Ertiga sebulan untuk dipasarkan di Malaysia. Di Indonesia, Suzuki Ertiga menggunakan enjin 1.4 liter dengan 92 PS dan 130 Nm tork. Terdapat dalam versi manual 5-kelajuan dan automatik. Di Malaysia agaknya adakah ia akan membawa masuk enjin yang sama atau tidak belum dapat lagi dipastikan.

Thursday, 7 January 2016

MERCEDEZ-BENZ UMUM TIDAK MENAIKKAN HARGA KERETA


MERCEDEZ-BENZ MALAYSIA mengumumkan bahawa mereka tidak akan menaikkan harga keretanya bagi tahun ini walaupun kebanyakkan pengeluar lain terutama PROTON telah menyatakan akan menaikkan harga kereta mereka akibat dari kejatuhan nilai ringgit ketika ini.

Menurut pembuat automotif premium terkemuka itu, ia akan terus memantau kesemua faktor yang mempengaruhi harga kenderaannya. "Bagi kepentingan pelanggan kami, kami terus menyediakan pengalaman produk terbaik dan perkhidmatan pelanggan pada harga yang kompetitif," menurut syarikat itu dalam satu kenyataan.


Mercedes-Benz Malaysia turut mengumumkan kenderaan hibrid mewah pemasangan tempatan iaitu S400L Hybrid dan E300 BlueTec Hybrid, diberi lanjutan pengecualian duti import dan cukai eksais. Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dr Claus Weidner, berkata syarikat gembira dengan pemberian pengecualian itu dan akan terus melabur di Malaysia menyokong aspirasi negara untuk menjadi hab kenderaan cekap tenaga (EEV).

Katanya, hibrid yang dikeluarkan secara tempatan itu pastinya bukti kerjasama erat antara Mercedes-Benz Malaysia dan pemegang kepentingan automotif tempatan kami, dari segi produk dan pengetahuan teknologi. "Dalam komitmen kami kepada pasaran automotif Malaysia dan pelanggan, kami melabur secara mapan ke dalam kilang pengeluaran kami dan membawa teknologi sesuai yang menjurus untuk menyokong aspirasi negara ini menjadi hab EEV," katanya.

Sejak 2003, Mercedes-Benz Malaysia melabur lebih RM800 juta untuk pemasangan, pengedaran dan pemasaran kenderaan penumpang Mercedes-Benz di Malaysia, menurut kenyataan itu.

Sumber dipetik dari Bernama

Wednesday, 18 November 2015

KENAPA KERETA PROTON MURAH DI LUAR NEGARA?


SEBELUM ini, sudah banyak kali kita mendengar dakwaan harga jualan bagi beberapa model kereta keluaran Proton Holdings Bhd (Proton) di luar negara dikatakan lebih rendah berbanding harga dalam negara.

Ramai penulis blog dan pengguna mendakwa kereta Proton di negara seperti Australia dan Arab Saudi dijual jauh lebih murah.

Pemeriksaan Sinar Harian menunjukkan, sebagai contoh, Proton Preve di Malaysia dijual pada harga bermula daripada RM58,921 bagi model 1.6 Executive Manual, tetapi di Australia, model sama dijual pada harga RM46,964 (atau 15,990 dolar Australia).

Namun, jika dilihat dalam laman sesawang Proton Australia, harga asal Proton Preve di Australia ditetapkan pada RM55,775 (18,990 dolar Australia) dan harga RM46,964 itu hanyalah promosi Proton di sana.

Tetapi ada pula yang mempersoalkan, jika Proton mampu memberikan harga promosi serendah itu di Australia, mengapa tidak Proton melakukan perkara sama di Malaysia yang merupakan negara pengeluar kenderaan tersebut?


Harga Proton murah kerana perlu bersaing

Bagi mendapatkan jawapan mengenai isu harga Proton yang dikatakan lebih murah di negara luar berbanding Malaysia, Sinar Harian menghubungi salah seorang pakar industri automotif untuk mendapatkan penjelasan dan pandangan beliau mengenai hal tersebut.

Menurutnya, bagi syarikat pengeluar kenderaan termasuk Proton, apa yang penting adalah keuntungan keseluruhan, di mana kereta dijual di dalam Malaysia mahupun dieksport ke luar negara mestilah secara keseluruhannya memberi keuntungan.

“Apa yang saya tahu daripada Proton, apabila kereta Proton memasuki pasaran Australia buat pertama kali, mereka perlu bersaing kerana pasaran automotif di sana lebih kompetitif berbanding pasaran Malaysia.

“Begitu juga dengan harga kereta Proton di sana, tidaklah murah sangat cuma sedikit murah daripada harga di Malaysia. Ini kerana kalau dijual mahal di Australia, Proton mungkin menanggung risiko kekurangan pembeli," katanya yang enggan dikenali.

Menurut beliau, pada peringkat permulaan, apa yang penting adalah Proton perlu menembusi pasaran automotif di Australia serta meningkatkan kesedaran pengguna terhadap jenama Proton di negara itu, menyebabkan syarikat itu perlu menawarkan promosi terbaik termasuk harga jualan yang dilihat lebih rendah berbanding di Malaysia sendiri.


Tidak tahu sama ada Proton rugi atau untung

Walaupun kereta Proton dijual dengan harga murah di luar negara, tidak boleh dipastikan sama ada pengeluar kenderaan nasional itu memperoleh keuntungan atau mengalami kerugian.

"Kita tidak tahu mereka untung atau rugi kerana kita tidak tahu berapa kos pembuatan sebuah kereta. Kalau kosnya kurang daripada harga jualan (walaupun
murah), maknanya Proton boleh melihat model mana yang sesuai untuk memasuki pasaran yang telah disasarkan.

“Katakanlah penembusan pasaran kereta disasarkan sekitar RM40,000 di sesuatu negara, jadi Proton perlu tahu sama ada harga itu kompetitif atau tidak dan melihat kesedaran pengguna di negara tersebut mengenai jenamanya," katanya.

Menurut beliau, Proton sebelum ini diketahui mengeksport kereta keluarannya ke lebih 50 negara seluruh dunia tetapi di sesetengah negara itu, Proton cuma mampu menjual bilangan kereta yang sedikit.

"Jika hanya dapat jual sedikit kereta, macam mana hendak buat tawaran selepas jualan seperti perkhidmatan penyenggaraan? Ini juga tidak membantu dalam menjenamakan Proton di negara tersebut.

“Tetapi berbeza dengan pengurusan baru Proton, sekarang mereka hanya akan memasuki pasaran yang mereka rasa boleh menjual kenderaan dengan harga agak tinggi dan dengan harga tersebut, mereka juga dapat menyediakan perkhidmatan selepas jualan seperti servis kereta," katanya.

Monday, 2 November 2015

BANGLADESH ANGGAP MALAYSIA SEBAGAI IDOLA


Malaysia sering menjadi idola dan penanda aras kepada negara-negara sedang membangun dalam aspek sosial, politik dan ekonomi, kata Pengerusi Jawatankuasa Tetap Parlimen, Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri Bangladesh Dr Dipu Moni.

Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata perkara itu dinyatakan dr Dipu semasa membuat kunjungan hormat terhadapnya di Bangunan Parlimen hari ini.

“Beliau (Dr Dipu) berkata tumpuan selalu diberikan kepada Malaysia oleh negara-negara yang sedang membangun seperti Bangladesh dan Afrika kerana Malaysia telah mencapai kejayaan dalam bidang sosial, politik dan ekonomi,” katanya kepada Bernama selepas kunjungan hormat itu.

Menurutnya Dr Dipu yang juga bekas menteri luar Bangladesh turut menyampaikan penghargaan kepada kerajaan Malaysia yang menerima kehadiran rakyat negaranya untuk bekerja di negara ini.

Pandikar Amin berkata Dr Dipu menganggap sifat keterbukaan Malaysia terhadap rakyat Bangladesh bukan sahaja membantu memacu ekonomi negara ini malah turut meningkatkan ekonomi Bangladesh.

GEORGE TOWN BANDAR KEEMPAT TERBAIK DUNIA 2016


Keputusan telah dikeluarkan! George Town berada di kedudukan keempat dalam 10 Bandar Terbaik Untuk Dikunjungi Pada 2016 dalam senarai Lonely Planet.

“George Town mungkin terkenal dengan jalan-jalan persekitarannya yang tersenarai dalam warisan dunia Unesco, tetapi akhir-akhir ini ia juga telah muncul sebagai tempat berciri seni, Malaysia moden,” menurut Lonely Planet di laman webnya.

“Hari ini, anda mungkin mahu mencari seni jalanan gaya ‘funky’ di tengah-tengah rumah kedai tradisional Cina, dan ruang pameran versetail yang mempamerkan avant garde seni, filem, muzik dan tarian yang muncul di sebelah kiri dan kanan. Menginaplah di beberapa di rumah tumpangan butik dan anda akan mendapat resipi salah sebuah daripada pelbagai komuniti paling berseni dan berdaya cipta di Asia.”


George Town berada di senarai keempat selepas Kotor (Montenegro), Quito (Ecuador) dan Dublin (Ireland).

Bandar-bandar ini mendahului tempat-tempat lain yang lebih dikenali dalam senarai itu seperti Rotterdam (Belanda), Mumbai, Fremantle (Australia), Manchester (United Kingdom), Nashville (Amerika Syarikat) dan Rom.

Sebagai sebuah bandar yang tersenarai dalam Warisan Dunia Unesco, Lonely Planet juga menyifatkan George Town sebagai ‘syurga bagi dunia seni yang berkembang dengan kemudahan penginapan gaya ‘hip”.


“Telusurilah jalan-jalan yang berliku dan lorong-lorong seni di bandar bersejarah George Town untuk menikmati galeri seni jalanan di bahagian luar yang menarik.

Penghargaan untuk Pulau Pinang datang dua tahun selepas Lonely Planet menamakan negari tersebut sebagai destinasi terbaik di dunia untuk makanan.

Sebelum ini, akhbar Britain, Guardian turut menamakan Pulau Pinang sebagai salah sebuah daripada 10 destinasi yang mesti dikunjungi pada 2014.


Admin pernah pergi ke Penang ni dua kali, memang makan kat sana sedap2... Hehehe.... Terbaik Penang!