Showing posts with label Malaysian Makes. Show all posts
Showing posts with label Malaysian Makes. Show all posts

Wednesday, 8 February 2017

KELEBIHAN PROTON ERTIGA YANG WAJIB ANDA TAHU


Dah lama admin tak update blog ni kerana sibuk dengan berbagai tugas dalam dunia automotif ni. Harini admin nak cerita sedikit tentang apa yang bagusnya Proton Ertiga ni. Sebab admin ada terdengar ramai yang masih ragu kemampuan kereta MPV kompak baharu dari Proton ini.

Okay kita pergi satu persatu, Proton Ertiga adalah sebuah kenderaan MPV jenis kompak yang mendapat status kenderaan cekap tenaga (EEV). Apa yang dimaksudkan EEV ini? Ia adalah model MPV yang menggunakan tenaga paling pintar jika dibanding dengan model lain. Nak senang faham, penggunaan tenaga lebih efisien dan jimat sejajar dengan langkah penjimatan yang disarankan oleh Najib :P


Selain itu, ia juga memiliki dimensi jarak roda 2,740mm, model MPV 6-tempat duduk (4+2) itu cukup luas. Tiada langsung masalah apabila duduk di barisan ketiga jika anda berketinggian normal, kecuali anda pemain bola keranjang NBA. Mesti tak percayakan? Ya, itulah realitinya.

Dari segi penggunaan petrol pula, MPV ini hanya menggunakan 5.7L bahan api untuk perjalanan sejauh 100KM bagi transmisi manual manakala 6L bahan api untuk perjalanan sejauh 100KM bagi transmisi automatik. Bagi keselesaan pula, Proton Ertiga dilengkapi dengan penghawa dingin di bahagian belakang (kebanyakkan MPV yang ada dinegara kita tidak ada penghawa dingin dibelakang).

Bagi pasaran Malaysia, Proton Ertiga menggunakan enjin sedia ada, K14B bersesaran 1.4L yang mampu menghasilkan kuasa 90hp dan tork 130Nm. Tiada sebarang perubahan mekanikal dan pengendalian. Masih asli dengan cita rasa Jepun.

Jadi apa yang anda tunggu lagi? Jom ke showroom Proton berdekatan dan pandu uji lah sendiri untuk rasa kelainannya!

Friday, 23 September 2016

GAMBAR JELAS PROTON SAGA 2016 SAMPAI DI SABAH


Ramai yang ternanti-nanti bilakah akan dilancarkan kereta terbaru Proton Saga 2016 yang kini hangat diperkata melalui media sosial dan media massa. Nah admin belanja korang beberapa keping gambar Proton Saga 2016 yang baru sahaja dikatakan mendarat di Sabah. Meleleh air liur admin menatap kehenseman kereta Proton Saga 2016 rekaan Proton ini.



Rekaannya sangat cantik, luarannya boleh dikatakan sangat berbeza dari model Saga yang ada di pasaran kini. Proton telah melakukan banyak transformasi dari segi exterior kereta ini.


Bagi admin, sangat menepati ciri kereta moden dan segak. Bakal dilancarkan pada akhir September ini. Ia dikatakan akan menggunakan gearbox CVT bermula dari 1.3 pada harga serendah RM32,000 sahaja!


Rasa macam nak trade in sahaja kereta lama ambil yang baru ni. Hehehe....

Thursday, 4 August 2016

PROTON SAGA CITY 2016 BAKAL DILANCARKAN


Leak lagi gambar terbaru Proton Saga City, kali ini betul-betul jelas sekali gambar yang berjaya diambil. Rekaan lampu belakang yang seakan model BMW manakala bahagian hadapan pula seakan Proton Iriz. Menampakkan lagi model Proton Saga City kali ini sangat-sangat sporty dan umph!


Pastinya kita tertanya-tanya bilakah model ini akan dilancarkan betul? Untuk makluman, model ini bakal dilancarkan pada tahun ini dan masanya hampir tiba. Kita tunggu sajalah sebab biasanya bila dah banyak gambar tersebar di internet itulah petanda ianya tak lama lagi akan berada dipasaran. Admin pun tak sabar lebih-lebih lagi nak tahu apakah enjin yang akan digunapakai pada model ini.


Sekian sahaja, nantikan update terbaru dari kami dan jangan lupa follow kami ;)

Tuesday, 19 July 2016

SPYSHOT GAMBAR PROTON SAGA CITY 2016


Gempar lagi nampaknya apabila perang dingin antara Proton dan Perodua semakin hangat selepas Perodua mengumumkan pelancara terbaru kereta sedan pertama mereka. Selepas beberapa gambar Proton Persona R dimuatnaik, kali ini gambar Proton Saga 2016 atau dikenali dengan Proton Saga City pula telah disebarkan.

Gambar yang diambil sedikit menanpakkan rekaan bahagian belakang kereta Proton Saga 2016 dengan rekaan yang lebih elegan dan moden. Fuhhhhh, lihat sahaja rekaan lampu belakang yang sangat seksi dan sporty. Rekaannya telah diubah hampir 75% dari kereta Proton Saga yang ada dipasaran sekarang.

Maklumat awal mendapati kemungkinan ianya akan menggunakan enjin Campro CVVT+ yang pasti lebih menjimatkan petrol.

Nantikan kupasan yang lebih lanjut dan berita-berita sensasi mengenai isu industri automotif tempatan hanya di ProtonClub dot blogspot dot com!

Friday, 15 July 2016

PHOTO LEAK - PROTON PERSONA R BAHARU


Haritu dah cerita pasal Perodua Bezza baru, kali ni kita tengok pula kereta sedan terbaru rekaan Proton yang mungkin untuk menyaingi Perodua Bezza nanti. Dari segi rekabentuk pula hampir sama.



Nampak gayanya dunia automotif kita semakin rancak dan kita akan dapat lihat persaingan kereta sedan tempatan. Moga ianya akan lebih bermanfaat buat kita sebagai pengguna dan semoga pihak pengeluar akan sentiasa menambahbaik produk keluaran mereka.

Wednesday, 13 July 2016

PANDU UJI PERODUA BEZZA 2016


Kita sudah sedia maklum sebelum ini bahawa pihak Perodua akan mengeluarkan model sedan pertama mereka pada keluaran kali ini. Sebenarnya, Perodua sudah lama membangunkan model sedan ini cuma kita sahaja yang tidak tahu kerana pihak Perodua berjaya merahsiakan cerita mengenai pembuatan kereta sedan pertama mereka dari dihidu oleh pihak media dan juga paparazi kereta. Bagaimana mereka merahsiakan perkara ini? Untuk pengetahuan semua, model sedan ini telah dibangunkan di jepun, ianya telah diuji disana dan disebabkan itulah kita tidak tahu langsung akan kewujudan model sedan Perodua ini. Sehinggalah pihak Perodua mula membangunkan model ini dikilang mereka yang bertempat di Sungai Choh.


Model sedan Perodua ini dibina di atas platform Axia dan rekabentuk badan dan ruang kabin direka oleh anak-anak Perodua sendiri. Ini ialah model pertama Perodua menggunakan kepakaran rekabentuk tempatan secara seratus peratus.
Model sedan ini dibina dengan kandungan bahan tempatan yang sangat tinggi, malah antara yang tertinggi di kalangan kenderaan tempatan. Ia juga kemungkinan besar akan diambil oleh Daihatsu untuk dipasarkan di negara Asean yang lain – satu kebanggaan kerana Jepun mengambil model tempatan untuk dipasarkan dengan nama mereka. Oleh kerana ia diasaskan dari model Axia, secara logiknya, model sedan ini duduk di antara Axia dan Myvi. Dari segi harga, ia sepatutnya mencerminkan kedudukan model ini di dalam pasarannya. Admin yakin harganya akan berada dalam julat awal RM30,000 sehingga ke RM55,000 untuk varian paling premium. Model ini terletak di dalam kategori sedan Segmen A, dan sekarang ini, ia hanya ada Mitsubishi Attrage sebagai pesaing utama.

Ianya juga akan dikeluarkan dalam 4 jenis iaitu:

  • 1.0 liter transmisi manual 5-kelajuan
  • 1.0 liter transmisi automatik 4-kelajuan
  • 1.3 liter transmisi manual 5-kelajuan
  • 1.3 liter transmisi automatik 4-kelajuan



Ia juga terdapat dalam lima varian iaitu:

  • 1.0 liter Standard G (manual dan auto)
  • 1.3 liter Premium X (manual dan auto)
  • 1.3 liter Advance (auto sahaja)

Kedua enjin-enjin ini dihasilkan di kilang baharu Perodua/Daihatsu di Negeri Sembilan. Enjin 1.0 liter 1KR-VE VVTi ialah sama dengan enjin pada Axia. Enjin 1.3 liter 1NR-VE dwi VVT-i ialah enjin direct injection baharu dan sangat moden. Model ini dibina dengan objektif penggunaan bahan api serendah 22.9 km/l dan memenuhi ciri-ciri kenderaan Energy Efficient Vehicle (EEV) oleh MAI/MITI. Malah untuk variasi 1.3 Advance, ia datang dengan sistem Eco-Idle atau sistem Henti Melahu, di mana enjin akan mati sendiri bila berhenti di lampu merah atau bila kenderaan tidak bergerak, dan akan hidup semula secara automatik bila kaki mula menekan pedal pendikit. Tempat letak barang atau boot Perodua baharu ini ialah sebesar 508 liter. ia lebih besar dari boot Toyota Vios (506 liter), boot Nissan Almera (490 liter), boot Mitsubishi Atrage (450 liter) dan boot Proton Saga (413 liter). Cuma Honda City sahaja mempunyai boot yang lebih besar iaitu pada 536 liter. Walaupun boot Perodua ini besar, ia masih lebih pendek dari Mitsubishi Atrage. Paling penting, ia tidak nampak mempunyai ekor yang tebal atau panjang! Bukaan boot Perodua ini juga rendah dan lebar, memudahkan keluar masuk barang. Malah, penulis dengan mudah ditelan masuk!


Boot sebesar itu juga masih mampu menyorokkan sebuah tayar gantian bersaiz sebenar. Sayangnya, untuk mendapat boot sebesar itu, tempat duduk belakang model sedan ini sedikit menegak. Namun, ia tidak keterlaluan dan masih selesa. Paling penting, ruang lega kepala masih bagus untuk seorang penumpang setinggi 6 kaki. Bagi varian 1.0L, boot hanya boleh dibuka menggunakan kawalan jauh sahaja (remote). Untuk varian 1.3L, ada butang di pintu boot – lebih mudah.


Perodua menggunakan teknologi lampu dari jenis Light Guide untuk lampu belakang. Canggih! Lampu depan masih dari variasi halogen dengan reflektor biasa. Panel meter model ini juga nampak canggih dengan lampu LED dan skrin sesentuh yang besar bagi model Advance. Stereng sedan ini sama seperti Axia – tidak boleh dilaras. Ia menggunakan stereng berkuasa elektrik. Sedan ini ialah model Perodua yang pertama untuk mendapat pengiktirafan Asean NCAP 5-bintang, tetapi hanya untuk varian Advance kerana ia datang dengan kawalan kestabilan kenderaan atau VSC. Ia juga datang dengan kemudahan ISOFIX untuk kerusi bayi/kanak-kanak.


Sesi Pandu Uji:

Perodua sedan 1.0L manual

Pada mulanya, penulis beranggapan enjin 1.0L 3-silinder dengan 67hp dan 91Nm ini pasti bising seperti pada Axia. Rupanya tidak! Ia sudah hampir tidak kedengaran seperti sebuah enjin 3-silinder lagi, malah gegaran pun sangat berkurangan. Hanya bila dipaksa, ia mula terasa kasar.

Menarik apabila tork maksima boleh didapati dari kelajuan enjin 4,400 rpm. Ini membolehkan pemandu tidak perlu “meneran” enjin Perodua ini ketika memandu di jalan biasa, walaupun berbukit.

Pada pendakian bukit, secara jujur, penulis terkejut ia masih mampu memberi prestasi segar walaupun dengan dua orang di dalam. Dan halaju yang dicapai dalam litar pendek itu ialah melebihi 130 kmsj.


Sistem gantungan selesa dan sejak Myvi lagi, Perodua sebenarnya sudah pandai bermain dengan talaan sistem gantungan. Sedan ini walaupun selesa, ia tidak membuai secara berlebihan dan masih mudah dikawal. Bila dipaksa mengambil selekoh tajam, tayar hadapan akan menyasar ke hadapan atau “understeer” dengan mudah – selamat untuk pemandu biasa.

Untuk mereka yang mempunyai bajet terbatas, model ini sebenarnya tidak mengecewakan.

Perodua sedan 1.0L automatik

Penulis tidak sangka, walaupun automatik, dengan enjin sebesar 1.0 liter untuk membawa badan sedan ini, ia masih boleh memecut dengan lancar.

Pick-up atau pecutan awal terasa sedikit perlahan untuk beberapa saat kerana komputer transmisi diprogram untuk memberi fokus lebih kepada penjimatan bahan api. Selepas itu, ia terus memecut lancar.

Bermula dari cerun bukit, ia masih mampu mendaki dengan lancar dan senyap. Malah jika tidak diberitahu, penulis tidak akan percaya ia dijana oleh enjin 1.0 liter.

Perodua sedan Advance 1.3L automatik

Varian paling lengkap, ia semestinya lebih selesa dan prestasi enjin 1.3L 94hp dan 121 Nm sangat memuaskan.

Tork maksima masuk seawal 4,000 rpm, menjanjikan pemanduan yang lebih bersahaja, walapun ketika sedang mendaki.

Stereng berkuasa elektrik ini semakin berat bila kelajuan meningkat, tetapi feedback stereng terasa sedikit artificial atau palsu. Ini bukan masalah besar kerana sedan ini direka bukan untuk memuaskan nafsu serakah penggila kereta sport. Untuk pemandu biasa, mereka pasti tidak terasa apa pun, malah tidak faham kenapa ayat ini ditulis pun barangkali.

Kawalan Kestabilan Kenderaan atau Vehicle Stability Control (VSC) akan memotong kuasa enjin bila dirasakan pemandu hilang kawalan. Ujian yang dilakukan oleh penulis di kawasan skid-pad di litar tersebut mendapati ia sama dengan sistem yang digunakan pada Toyota, Honda dan Nissan. Bila tayar mula hilang cengkaman dalam selekoh laju, kuasa enjin dipotong dan ia memperlahankan kenderaan. Jika stereng disentap ke kiri dan ke kanan dalam halaju yang tinggi dari biasa, komputer akan memastikan VSC masuk awal untuk mengawal balik kestabilan kenderaan. Dalam erti kata lain, pemandu akan berasa lebih selamat dengan VSC ini.






Jadi, tunggu apa lagi? Dapatkan maklumat lanjut di cawangan Perodua berdekatan anda dan pastikan semasa sesi pelancaran nanti anda hadir dan boleh lah buat pandu uji kereta ini nanti.

Sumber: Careta