Saturday, 14 May 2011

BAHAYAKAH PETROL RON95?

Ramai yang masih lagi samar-samar tentang apakah kebaikan atau keburukan menggunakan petrol RON95 ini dan masih ramai yang dihantui dengan berita-berita daripada surat khabar mengenai kemalangan yang diselangi dengan kebakaran dan berakhir dengan kematian. ProtonClub Blog kali ini menyingkap apakah kesan penggunaan petrol RON95 ke atas kenderaan.

Maklumat mengenai RON95:
  • RON bermaksud Research Octane Number
  • Adakah RON97 lebih baik daripada RON95? Secara teorinya, ya tetapi secara paraktiknya, tidak. Petrol RON95 di stesen A mungkin lebih baik daripada petrol RON97 di stesen B.
  • Perlu diingatkan bahawa setiap petrol yang dijual oleh Petronas, Shell, BHP, Esso, Caltex dan Mobil adalah tidak sama. Setiap syarikat mempunyai ramuan tersendiri untuk meningkatkan keupayaan kualiti petrol masing-masing.
  • Techron, Primax dan Infiniti merupakan antara petrol yang dihasilkan menerusi kajian dan pembangunan yang serius
  • Adakah petrol RON95 berkualiti rendah? Ini adalah pandangan yang salah. RON berkaitan dengan campuran dua unsur asas iaitu oktana dan pentana yang melengkapkan sifatnya menjadi bahan bakar petrol.
  • RON95 bermaksud 95 peratus kandungannya adalah oktana dan selebihnya pentana. Begitu juga dengan RON97 iaitu hanya tiga peratus pentana dan selebihnya oktana.
  • Dakwaan mengatakan semakin tinggi RON adalah lebih baik dan mampu menghasilkan enjin yang lebih berkuasa juga tidak benar. Petrol yang baik adalah petrol yang sesuai dengan RON yang diperlukan oleh enjin.
Begitulah serba sedikit maklumat yang berjaya kami dapat mengenai petrol RON95 ini, pendek kata tepuk dada, tanyalah selera. Utamakan keselamatan anda dan keluarga, sekian.

Related Posts

BAHAYAKAH PETROL RON95?
4/ 5
Oleh

Subscribe via email

Like the post above? Please subscribe to the latest posts directly via email.