Saturday, 8 October 2011

LAMBORGHINI GALLARDO PUN BOLEH TERBAKAR?

Sebelum ini kita selalu mengutuk kereta tempatan selalu mengalami masalah tiba-tiba terbakar, siapa cakap kereta tempatan sahaja yang senang terbakar? Kereta mewah juga boleh terbakar. Pendek kata, yang buat kereta ini pun manusia juga yang tidak lari dari kealpaan dan kelalaian. Anda beli kereta baru, belum tentu lagi semua yang anda dapat adalah PERFECT!

Menurut pemilik kereta mewah ini, sewaktu memandu dia melihat asap tiba-tiba keluar dari bahagian belakang kereta dan dia terus menghentikan keretanya lalu keluar dari situ. Apabila sepasukan anggota Bomba tiba, api sudahpun marak dan bagai mengila menjilat seluruh tubuh kenderaan mewah terbabit. Hancur berkecai perasaan pemilik kereta ini dan beliau tidak mahu ditemuramah. Kejadian berlaku di Malaysia.

Cuba anda bayangkan harga kereta ini dengan cukai yang dikenakan kerajaan, pastinya menjerut leher anda jika anda bukan seorang yang mampu. Di Malaysia, harga untuk sebuah kereta Lamborghini Gallardo bernilai
RM1,637,000.00 !!! Pastinya pemilik kereta mewah ini yang seorang ahli perniagaan terkemuka juga di negara kita ini.

Related Posts

LAMBORGHINI GALLARDO PUN BOLEH TERBAKAR?
4/ 5
Oleh

Subscribe via email

Like the post above? Please subscribe to the latest posts directly via email.