Kereta adalah satu keperluan pada masa sekarang. Namun memiliki sebuah kereta idaman bukanlah sesuatu yang mudah kerana kita perlukan komitmen yang sangat tinggi dimana setiap bulan kita perlu membayar pinjaman kereta kepada bank. Namun, perkara pertama yang kita perlu berdepan sebelum membeli kereta adalah berjumpa atau membuat temujanji dengan salesman kereta. Salesman kereta ni pula ada bermacam ragam. Berikut adalah 5 ragam penjual kereta yang perlu anda kenali/tahu.
1 - Fokus Kepada Bayaran Bulanan Sahaja
"Kalau nak kereta ni cuma perlu bayar RM850 sebulan". Itu ayat yang biasa yang akan keluar dari seorang dealer kereta bagi menampakkan kereta itu mampu dimiliki oleh pembeli. Tapi hakikatnya, banyak lagi benda yang perlu difikirkan contohnya penjimatan minyak, insuran, maintainance. Hakikatnya, bayaran bulanan terletak pada jumlah loan dan juga kadar bunga yang akan dikenakan oleh pihak bank.
Salah satu cara untuk mengatasi dealer ini adalah dengan tidak bercakap langsung tentang bayaran bulanan tapi fokuskan kepada berapa harga paling murah yang mampu diberikan oleh dealer itu untuk sesebuah kereta.
2 - Pilih mangsa
"Nak cari kereta sedan ke MPV ke SUV?". Soalan ini sebenarnya bertujuan untuk mengetahui adakah pembeli itu datang untuk membeli kereta yang dia mahu atau datang untuk mencari sebuah kereta yang mungkin dia inginkan. Sekiranya pembeli menjawab "Tak, saya datang untuk tengok-tengok dulu", ini boleh mendatangkan bahaya kerana dealer itu sudah pun dapat memancing si pembeli untuk mendengar cadangan-cadangan darinya yang kebanyakannya indah-indah belaka.
Cara untuk mengatasi teknik adalah dengan membuat research terlebih dahulu kereta apa yang anda inginkan dan sentiasa membawa telefon supaya anda dapat membuat research sendiri dari mendengar cadangan manis dari dealer.
3 - Beli sekarang, kalau tak...
"Promo ni bulan ni je ade. Bulan depan dah tak ada dah". Ini merupakan ayat bagi membuatkan si pembeli merasa rugi sekiranya dia tidak melakukan proses pembelian sekarang. Mungkin dari hanya untuk "test drive" sahaja, pembeli akan membuat mengikat dirinya selama bertahun-tahun hanya untuk sebuah kereta. Hakikatnya, promosi sentiasa ada. Lebih-lebih lagi jika kereta itu sudah lama dikilangkan.
Jika niat anda bukan untuk membeli, pastikan anda kekal kepada niat itu. Jangan sesekali terpengaruh dengan janji manis dari dealer kereta tentang promosi dan sebagainya.
4 - Penggunaan 'Statistik'
"Kereta ni yang paling laku sekarang". Seorang dealer tahu, pembeli mahukan yang terbaik dari apa yang dibayarnya. Jadi antara ayat yang akan keluar dari mereka adalah ayat ini. Mungkin benar, mungkin tidak, kereta yang bakal dibeli adalah kereta yang paling laku tapi ayat itu sebenarnya akan membuatkan pembeli berfikir "orang lain banyak beli, kereta ni pasti OK". Tapi betul ke kereta tu OK atau ianya laku disebabkan oleh "marketing" semata-mata?
Sekali lagi, buat research terlebih dahulu sebelum pergi berurusan dengan dealer kereta.
5 - Dua Muka
"Ni saya dah tanya bos, siap potong part saya lagi untuk awak". Teknik ini bertujuan untuk membuat anda rasa seolah-olah dealer tu 'rakan' yang mengambil berat tentang anda. Siapa lagi yang kita nak percaya selain dari rakan kita? Teknik ini sebenarnya sudah lama tapi masih lagi efektif diguna pakai sehingga ke hari ini. Pada hakikatnya, trik ini digunakan untuk membuatkan si pembeli merasa lebih yakin untuk membeli kereta dengan dealer itu.
Jangan terpedaya. Selagi boleh minta kurang, teruskan sampai anda capai target anda.
Bonus Tip : Sekiranya dealer ada menawarkan option untuk promosi; sebagai contoh pilih antara rebat atau diskaun bodykit atau free goodies atau +2 years warranty, pastikan anda sentiasa memilih rebat. Ini kerana rebat akan diguna pakai sebagai downpayment manakala benda-benda lain boleh dibeli lain kali. Tapi bayaran muka hanya boleh dibuat pada awal pembelian sahaja.
Sekiranya anda tertanya-tanya masa yang paling baik untuk membeli kereta, ianya pada bulan Oktober/ November kerana waktu itu rebat akan banyak diberikan kerana sudah hampir penghujung tahun.
5 PERKARA ANDA PERLU TAHU TENTANG PENJUAL KERETA
4/
5
Oleh
ProtonCLUB