Update blog lagi... Hari ni nak cerita sikit pada anda semua berkenaan alat ganti tulen Proton dan juga alat ganti tiruan, apakah yang membezakan alatan tersebut. Kita lihat dibawah ini,
1) Part Label - Lihat kedua2 label di atas, alat ganti tulen Proton mempunya tanda 'thick' dan lebih gelap warna birunya berbanding tiruan di atas.
2) ATF Fluid Bottle - Penutup botol tulen lebih baik berbanding penutup botol tiruan di sebelah kanan pula menggunakan penutup biasa yang menyebabkan ianya di seal kurang baik.
3) Genuine Oil Filter - Perbezaan pada kedua2 barang ini jelas boleh dilihat dari segi warna dan logo Proton iaitu di sebelah kanan lebih terang dan jelas menunjukkan ianya adalah yang tulen.
4) Anda dapat lihat pada warna material di antara yang tulen dan tiruan seperti dilabelkan.
5) Yang terakhir, di sebelah kanan adalah yang tulen manakala di sebelah kiri adalah tiruan jadi anda sudah tentu dapat membezakannya bukan? Lihat sahaja bukaan span berwarna oren kekuningan, bagi yang tulen ianya kelihatan rapat dan tersusun kemas manakala yang tiruan kelihatan lebih jarak dan kurang kemas.
Sekian saja untuk kali ini, harap anda semua dapat membuat pilihan yang tepat dalam membuat pembelian nanti.
PERBEZAAN GENUINE PARTS PROTON
4/
5
Oleh
ProtonCLUB