Hello geng, hari ni aku nak update tentang kereta yang memang anda semua dah sedia kenal iaitu Proton Saga BLM. Tetapi kali ni agak menarik sikit sebabnya ianya bukan seperti kereta yang anda pakai sekarang ni kerana ia menggunakan kuasa elektrik untuk bergerak (macam handphone la pulak boleh cas2 nih...). Gambar diambil dari Kuala Lumpur International's Motor Show dengan kerjasama PROTON dan UTM.
Ni gambar Proton Saga EV (nama yang diberi oleh PROTON). Jangan konfius sebab itu bukan nozzle pump petrol tetapi charger yang digunakan untuk charge semula kuasa elektrik kedalam kereta ini.
Cuba anda lihat bahagian enjin kereta ini, ya memang kereta ini nampak kosong pada ruang enjinnya sebab enjin yang guna kuasa elektrik lebih simple dan lebih kecil berbanding yang menggunakan petrol maka terdapat banyak ruang2 kosong. Awas! ruang ini tak boleh letak barang ya!~
Ni pula adalah lakaran litar elektrik untuk model Proton Saga EV ini.
Selain menggunakan charger untuk salurkan kuasa elektrik, kereta ini direka khas dibumbungnya alat mengecas tenaga solar jadi anda tidak perlu risau kalau jalan jauh takkan nk pinjam plug elektrik rumah orang pula kan? So memadai kalau matahari ada, cuma guna tenaga solar sahaja.
Ni pula adalah lakaran litar elektrik untuk model Proton Saga EV ini.
Selain menggunakan charger untuk salurkan kuasa elektrik, kereta ini direka khas dibumbungnya alat mengecas tenaga solar jadi anda tidak perlu risau kalau jalan jauh takkan nk pinjam plug elektrik rumah orang pula kan? So memadai kalau matahari ada, cuma guna tenaga solar sahaja.
Gempak tak? Ni bukan mata naga tapi lampu hadapan kereta ni. Rasanya rekaan yang ni nampak lebih garang dan sporty sikit dari sebelum ni. Agak2 berapa harga sebijik eh?
Lihat pada gear pula, ianya menggunakan aliran transmisi auto dan class nya pula berlainan dengan kereta2 transmisi auto yang lain. Bagaimanapun belum ada pandu uji dibuat so tak dapat dipastikan bagaimana cara memandu kereta Proton Saga EV ini. Kalau ada berita2 baru tentang Proton Saga EV ni nanti kami akan update lagi...
PROTON SAGA EV GUNA KUASA ELEKTRIK!
4/
5
Oleh
ProtonCLUB
1 comments:
Tulis commentsBila la nak keluar kereta ni. Sbb kalau ikut teknologi bateri yang paling rendah pun kereta ni boleh bergerak 100km dengan satu caj. Nak ulang alik kerja & pergi pasar mmg best! Jimat giler.
ReplyDh lama aku tunggu berita macam ni keluar dari Proton. Sbb dulu diaorang pernah kata nak keluarkan kereta jenis "Hybrid" Ni sudah ada model elektrik. Ni dah lagi bagus.
M. Fauzy