Tuesday, 21 June 2011

APAKAH NASIB PROTON INSPIRA?

Dengar sahaja Mitsubishi Lancer, pasti ramai yang tahu mengenai kereta ini tetapi kali ini saya ingin bercerita mengenai kereta yang seakan-akan Mitsubishi Lancer, iaitu Proton Inspira. Mungkin ramai yang ingin tahu bagaimanakah nasib kereta keluaran Malaysia dari PROTON ini? Ceritanya begini, tadi depan pejabat saya ada beberapa kakitangan Proton datang membuat pameran bagi model Proton Inspira ini. Menurut mereka, kereta ini permintaannya agak kurang dan sambutan juga terlalu dingin buat masa ini. Apakah faktornya?

Saya juga ada bertanya kepada beberapa rakan dan minta pandangan mereka, rata-rata mengatakan kereta ini terlalu mahal. Untuk spesifikasi Proton Inspira 2.0 CVT berharga sekitar RM 91,999 manakala harga kereta Mitsubishi Lancer 2.0 EX adalah sekitar RM117,676.10 (OTR). Apa pula pandangan anda? Boleh lontarkan komen-komen anda dibawah untuk kita sama-sama memberi pandangan dan mengapa kereta tempatan lebih kurang mahalnya berbanding kereta import.

Related Posts

APAKAH NASIB PROTON INSPIRA?
4/ 5
Oleh

Subscribe via email

Like the post above? Please subscribe to the latest posts directly via email.

8 comments

Tulis comments
avatar
CrocZ
21 June, 2011 17:03

harga dia mahal sgt la bagi aku.
patut kete malaysia harga kena kurang sbb xde kene cukai mcm kete import.. ini lagi sembelih ada la!

Reply
avatar
xXrockXx
22 June, 2011 05:31

alamak kita dh kena tipu ngn poton

Reply
avatar
Anonymous
22 June, 2011 19:30

Betul le tu, kereta tu mahal sbb tax tinggi. Tapi jangan lupa, Proton tak untung byk dgn Inspira ni. Skrg model proton paling menguntungkan ialah Exora. Tak percaya, tanya sales agent.

Reply
avatar
kerisMAS
23 June, 2011 01:54

Exora dengan BLM mana lagi untung?

Reply
avatar
cikembon1211
25 June, 2011 22:28

baik pakai grand livina lg berbaloi

Reply
avatar
02 August, 2011 06:34

Nissan Grand Livina dan Proton Exora masing-masing ada kelebihannya. Tapi kalau dilihat dari segi keluasan saiznya, saya pilih Proton Exora.

Reply
avatar
15 September, 2011 21:16

Saga magma n exora is da best!( sy bangga memiliki ke2-2 nya) :)

Reply
avatar
22 September, 2011 20:38

Bagaimana dengan penggunaan FC Proton EXORA En mohafiz?

Reply