Wednesday, 1 July 2015

CHEVROLET CRUZE LT 1.4L KERETA MAMPU MILIK DI U.S.


Tahukah anda, Chevrolet Cruze LT 1.4L bukanlah model yang baru dan ia adalah kereta berkonsep moden dan dijual pada harga paling murah di United States? Kalau di Malaysia, kereta mampu milik kita adalah merupakan Proton Saga BLM, FLX dan SV. Namun, apa yang membezakan kedua kenderaan ini adalah harga dan juga teknologi yang ada pada kereta tersebut.



Harga kereta Chevrolet Cruze ini hanya dijual pada harga sekitar USD13,995 hingga USD20,000 sahaja namun cuba anda lihat rekaan dalamannya bagaimana, kalau di Malaysia kita boleh beli Proton Saga SV pada harga sekitar RM30,000 dan aksesori yang ada begitu sedikit.



Ruang panel hadapan anda boleh lihat stereng juga dilengkapi pelbagai button selain dari meter yang sangat2 menarik. Manakala Proton Saga SV hanya dilengkapi dengan meter yang sangat simple dengan rekaan yang agak kuno.



Ada juga mereka cakap kita tidak boleh bandingkan antara kereta ini dengan kereta Malaysia kerana julat mata wang mereka sangat tinggi berbanding Ringgit. Namun jika anda lihat, purata gaji mereka di sana hanyalah USD1,500 sebulan. Ini bersamaan dengan gaji kita di Malaysia RM1,500 jadi jika beli kereta di Malaysia dengan harga RM30,000 lebih kurang sama sahaja bayaran bulanan mereka dan kita.


Apa yang kita agak terkilan, cukai import yang dikenakan ke atas kenderaan import amat2 tinggi walaupun dahulunya dikatakan cukai ini dibuat untuk menggalakkan jualan kereta tempatan. Tapi kalau kereta tempatan pun dijual pada harga tinggi sekarang, apa lagi keselesaan yang rakyat dapat guna?

Jika anda ada pendapat nak diutarakan, sila ke ruangan komen dibawah. Mana tahu kita boleh berkongsi pendapat serta pandangan. Ianya amat dialu-alukan ;)

Related Posts

CHEVROLET CRUZE LT 1.4L KERETA MAMPU MILIK DI U.S.
4/ 5
Oleh

Subscribe via email

Like the post above? Please subscribe to the latest posts directly via email.

3 comments

Tulis comments
avatar
Jani Malek
01 July, 2015 23:24

apesal la aku tak duduk kat us...

Reply
avatar
Anonymous
28 September, 2015 21:00

Varian LT dgn enjin Ecotec 1.4T sebenarnya bermula pada harga USD19,065. Varian yang paling murah adalah L (transmisi manual) dgn enjin 1.8 NA hanya bermula pada harga USD17,745, bkn USD13,995 yg dinyatakan diatas. Saya tahu kerana saya menetap di US dan memiliki sebuah Cruze varian Eco (bermula dgn harga USD20,095). Secara umum, di US, kebanyakan kereta memang mampu dimiliki.

Reply
avatar
Anonymous
18 May, 2016 12:07

Di us model ini termasuk ford hyundai vw audi yg mengunakan enjin gdi banyak masaalah termasuk gearbox dan honda dgn airbag toyota dgn kereta memecut sendiri, kes kes ini dibawa ke mahkamah, tetapi di Malaysia penguna hanya mampu memaki hamun di internet kemudian memendam rasa ��

Reply