Belum lagi Proton umumkan secara rasmi gambar sebenar Proton Perdana 2016 model terbaru yang akan menggantikan Proton Perdana lama, namun gambarnya sudah pun diperolehi di dalam laman internet. Beginilah asam garam dunia teknologi bila semua perkara dihujung jari sahaja. Ada bagusnya juga betul tak.
Jom kita tengok gambar Proton Perdana 2016 yang dikatakan rekaannya bukan diambil dari kereta lain seperti yang kita tahu sebelum ini Proton Perdana hanya rebage dari Honda Accord sahaja dan ianya kurang mendapat sambutan dari pelanggan mungkin kerana harganya yang agak tinggi.
Bagaimana pula dengan Proton Perdana 2016 ini? Adakah harganya murah berbanding yang sedia ada sekarang? Dengan enjin 2000cc admin rasa harganya mungkin mencecah RM100 ribu ke atas bagi yang premium. Sama juga dengan model Perdana yang lama, harganya juga agak tinggi terutama versi V6. Bagi keluaran terbaru ini, ianya masih lagi menggunakan enjin Campro dan bukannya enjin baru kerana ianya sedang dalam kajian oleh pihak Proton dan dijangka digunakan pada model keluaran kereta pada 2017 nanti.
Ok ini sahajalah coretan admin kali ini, kalau ada lagi gambar2 lain nanti admin kongsi lagi k.
GAMBAR SEBENAR PROTON PERDANA 2016
4/
5
Oleh
ProtonCLUB
1 comments:
Tulis commentsEnjin GDI banyak masaalah, selepas seawal 20k/km dan pengeluar2 kereta yg pada awal awal mengunakan injin ini kini berhadapan dengan penguna yang tidak berpuas hati kerana perlu mengeluar belanja yg tinggi. Google GDI enjin problem
Reply