Showing posts with label BMW. Show all posts
Showing posts with label BMW. Show all posts

Sunday, 2 July 2017

PENGAKUAN! JANGAN TERPEDAYA POSTING "BAIK BELI BMW DARI VIOS"


Baru-baru ini kita ada terlihat satu posting dari seorang pemilik akaun facebook yang ingin menjual kereta miliknya iaitu BMW E90 320i dengan harga RM65,000. Apa yang membuatkan netizen mula panas apabila beliau cuba comparekan kereta BMW miliknya dengan Toyota Vios dengan berkata "Lebih baik beli BMW E90 320i daripada beli Toyota Vios baru...". Bagi admin, beliau boleh menjual kereta beliau dengan cara yang lebih matang seperti tidak membandingkan antara kereta lama dan baru kerana dari segi harga sudah pasti yang baru lebih tinggi dan sistem serta selenggaraannya masih baru. Hasil daripada posting ini, admin terjumpa luahan daripada seorang pemilik BMW E90 ini bagi menyatakan apa sebenarnya ragam kereta buatan german ini.


Kamarul Ariffin Nor Sadan dari page Auto Stylista di Facebook ada memiliki sebuah kereta BMW 3-Series E90 buatan German ini, dan mari kita dengar sedikit sebanyak pengalaman yang ingin beliau kongsikan mengenai kereta BMW 3-Series E90 ini.

KAMARUL bersama BMW miliknya

Sebagai pemilik BMW E90, aku sarankan agar kau orang tak terperdaya dengan penjual seperti ini.
Aku beli E90 LCI tahun keluaran 2010 pada tahun 2012 di BMW Premium Selections— kira secondhand tapi melalui Auto Bavaria.

Masa ambil, odometer baru 8,000km. Ada warranti lagi setahun. Lima tahun aku guna kereta ni aku boleh kata kereta ini bagus.

Aku berpuashati dengannya, cuma pemilikan kereta ini tak seindah gambaran yang dihebahkan.

Beberapa perkara kau kena tahu:

1. Harga: 
RM80,000 hutang vs RM75,000 tunai. Bukan mudah kumpul wang tunai sebanyak RM75,000. Kalau kau ada wang tunai sebanyak itu, elok kau guna duit itu untuk beli kereta terpakai yang masih boleh buat pinjaman bank dan bayar harga muka tinggi, selebihnya kau laburkan.

2. Waranti: 
BMW terpakai tahun 2010 mestilah dah luput waranti. Kereta baru ada warranty sehingga 5 tahun. Jika kewangan baru nak stabil, jangan peningkan kepala pakai kereta tiada warranty. Kecuali kau beli kereta terpakai yang kos selenggara rendah. Semestinya bukan BMW E90.

3. Alat ganti: 
Sparepart reconditioned boleh dapat murah, tapi kena rajin cari sendiri. Kalau kereta dah rosak, nak kena cari lagi sparepart sendiri, memang niaya. Sparepart Taiwan pun murah, tapi apa guna beli kereta kualiti Jerman tapi semua pakai parts Taiwan yang tak authorised. Baik beli kereta tempatan tapi alat ganti asli. Bergaya jangan sampai poket papa kedana. itu kurang bijak.

4. Tayar: 
Sesetengah spec E90 tiada tayar spare. Ia pakai tayar run flat— bermaksud kalau pancit boleh jalan beberapa puluh kilometer lagi dengan kelajuan terhad. Harga sebuah tayar run flat untuk size untuk E90 ni mececah RM1,200 sebiji. Aku tukar kepada tayar biasa, sebab tak mampu. Kalau pancit, terpaksa panggil tow truck. Lagi satu, saiz tayar pun tak begitu mudah di cari.

5. Penjimatan bahan api: 
E90 320i mempunyai enjin 2.0L. Kecermatan minyaknya tak akan sama dengan enjin 1.5L. Mesti 2.0L lebih tinggi sedikit. Lagi-lagi kalau suka bawa macam pelesit, seperti yang dianjurkan dalam pos penjual. Jangan nanti dah beli E90, merungut setiap minggu sebab harga minyak naik. Dan bila pandu macam pelesit, komponen akan perlu ditukar dengan lebih kerap!

6. Lain-lain: 
- Ada ciri lampu tutup sendiri jika lupa matikan lampu selepas enjin dimatikan, namun namanya bukan LED Angel Eye Technology.
- Kesenyapan kabin (NVH) E90, terutamanya jika spesifikasi dengan rim 18" dan tayar run flat, tidaklah begitu hebat. Kalau versi M-sport, NVH lebih teruk kerana springnya keras. Dan Vios baharu sudah mempunyai lebih banyak alatan canggih seperti keyless entry, push start button dan lain-lain. Paling penting, Vios ini "reliable" dan menjimatkan minyak!

Kesimpulan:
Hati-hati dengan janji manis penjual. Dia cerita yang indah-indah sahaja. Tak usah percaya semua yang dia kata.
Maaf jika saya kata, jika budget kau mampu beli Vios baharu RM80,000 secara pinjaman bank, maka anda belum mampu beli BMW E90 terpakai pada harga RM75,000 secara tunai.

Oh ya! Cuba teka harga brake pad ori E90 berapa? Eh jangan kata boleh pakai brake tak ori pula.

Credit untuk Saudara Kamarul, pemilik BMW E90 :)~

Posting asal di facebook mengenai "Lebih Baik Beli BMW dari VIOS"

Monday, 26 October 2015

TOYOTA AVANZA KEJAR LAMPU MERAH LANGGAR BMW M4



Sebuah kereta Toyota Avanza yang cuba mengejar lampu hijau yang sudah merah akhirnya merempuh sebuah kereta mewah BMW M4 yang kita tahu spesisnya amatlah rare dan jarang sekali kita lihat di jalan raya.


Melalui rakaman yang dibuat melalui kereta BMW M4 tersebut, jelas kelihatan lampu isyaratnya telah hijau dan ini bermakna lampu isyarat pada laluan Toyota Avanza tersebut telahpun bertukar merah. Kejadian berlaku di Melaka.


Masak juga nak bayar kos repair BMW M4 tersebut. Melalui carian dari Mudah dot my, harga model BMW M4 F82, 3.0 Coupe (A) tahun 2014 dijual pada harga RM568,000-RM615,000. Kalau claim insuran pun boleh kurus dompet jawabnya.... Next time kalau lampu isyarat tu dah berkelip jangan dikejar lagi. Kalau di Melaka tak silap admin, lampu isyaratnya bila nak tukar dari hijau ke merah, yang hijau akan berkelip dahulu dalam beberapa kali dan barulah bertukar merah.

Bila dah langgar, bukan diri je susah, orang lain pun susah.... Sekian, pesanan ringkas berhati-hati ketika memandu.

Friday, 14 October 2011

VIDEO: BMW 3 SERIES LEBIH GEMPAK!

Peminat kereta mewah dan jenama BMW, pastinya mereka ternanti-nanti keluaran terbaru dari BMW yang mempertaruhkan keluaran 3-SERIES pada kali ini. Apakah kelebihan kereta ini berbanding yang sebelumnya? Kita lihat video yang akan kami paparkan kepada anda.





BMW telah meletakkan video interaktif di YouTube di mana mereka memperkenalkan konsep "garis" trim sukan sedan terbaru yang boleh dikatakan sangat mantap. Konsep garisan memulakan kerjaya pada 1 Siri, di mana ia telah menawarkan 1 Line Bandar, Line Sukan atau M-Sport.

Untuk 3-SERIES, tiga garis trim berlainan diperkenalkan pada majlis pelancaran - Line Mewah, Talian Moden dan Line Sukan.

Friday, 15 July 2011

BMW KELUARKAN E-SCOOTER?


Siapa sangka BMW kini sedang dalam proses untuk mengeluarkan model motosikal berkonsepkan E-Skuter pula. Mungkin ia boleh menyaingi skuter yang ada di pasaran sekarang namun apa yang menjadi tanda tanya adalah harganya yang mungkin boleh melambung tinggi kerana jenamanya adalah BMW! Mengikut sumber, sudah ada prototaip untuk model ini.

Tuesday, 7 June 2011

Saturday, 4 June 2011

NEW BMW VORSTEINER 5 SERIES

Kepada semua peminat BMW. Kini kereta berkonsepkan kemewahan yang sporty ini datang dengan variasi baru, Vorsteiner! Dengan sistem pengudaraan yang lebih besar dibahagian hadapan melancarkan lagi pengudaraan yang masuk dan keluar. Dibahagian bawah pula ditambah dengan material jenis karbon dan dipadankan dengan rim sukan berwarna putih dengan jejari kecil 9 batang agar tampak segak dan sporty!

Dibahagian belakang pula ia dilengkapi dengan material karbon pada bahagian bawah dan set diffuser dengan rekaan baru. Sistem ekzos pula berbentuk seperti segiempat yang bujur dan mungkin ini adalah rekaan ekzos pada masa kini.