Showing posts with label Ferrari. Show all posts
Showing posts with label Ferrari. Show all posts

Saturday, 26 September 2015

11 BUAH MODEL FERRARI KE MALAYSIA ALAMI MASALAH BEG UDARA


FERRARI baru-baru ini telah membuat kenyataan bahawa terdapat lebih 2,600 buah kereta Ferrari yang terdiri dari model 458 Italia, 458 Spider, 458 Speciale / Speciale A, California T, FF, F12 Berlinetta dan juga LaFerrari, yang dibuat pada 19 Disember 2014 hingga 29 April 2015. Rentetan daripada itu, sebanyak 11 buah model Ferrari yang akan dihantar ke Malaysia juga mengalami masalah pemasangan beg udara yang salah dibahagian pemandu. Fuh, bukan calang-calang kereta ni malah harga bukan murah ni bang... Sportcar atau Supercar ni memang mahal giler harganya tapi masih boleh berlaku kesilapan sewaktu pemasangan dibuat. Inilah yang dikatakan 'human error' yang memang kita tidak boleh elakkan.


Bercakap mengenainya lagi, pengeluar kereta terkemuka dunia itu berkata antara sebab ianya berlaku datang daripada sebuah Syarikat yang di sub kan untuk memasang part berkenaan iaitu Takata Corp.

P/S Siapa agaknya pemilik 11 buah model Ferrari yang akan dihantar ke Malaysia tu nanti ye :)

Tuesday, 29 November 2011

Friday, 14 October 2011

NISSAN GTR KALAHKAN FERRARI 458



Kalau sebut je Ferrari, memang jauh berbeza dengan Ferrero Rocher betul tak? Haha bergurau sahaja. Video di atas saya nak kongsikan dengan pelayar ProtonCLUB tentang satu rakaman yang dirakam pemandu kereta Ferrari 458 yang ditewaskan oleh Nissan GTR.

Tuesday, 31 May 2011

FUHH! FERRARI SUPERAMERICA 45 (GAMBAR & VIDEO)

Inilah satu-satunya kereta yang direka hanya untuk 1 keluaran dan bukan untuk dijual. Siapa tak kenal model atau badan permotoran dunia yang ternama iaitu Ferrari. Ferrari telah mereka sebuah kereta yang diberi nama Ferrari Superamerica 45, ianya adalah projek istimewa yang dijalankan oleh Ferrari team berdasarkan 599 GTB Fiorano.

Kereta ini juga direka untuk lebih pick up dan ia sememangnya sebuah kereta yang laju dan istimewa. Dibawah ada sedikit video berkenaan kereta ini.


Saturday, 23 October 2010