Showing posts with label Jerebu. Show all posts
Showing posts with label Jerebu. Show all posts

Monday, 5 October 2015

JEREBU: RAKYAT INDONESIA MINTA BANTUAN PERUBATAN


Mesej yang disebarkan dari laman Facebook dari Riau, Indonesia. Kanak-kanak ini memohon bantuan kewangan untuk mereka ke klinik. Hampa sungguh dengan kerajaan Indon ni, nampak sangat kelemahan dan banyak sangat korupsi berlaku di sana. Sehingga kini, tiada tindakan langsung dari pihak kerajaan Pak Jokowi terhadap mereka yang menjadi dalang kebakaran disana.

Siasatan dilakukan Polis Indonesia pun tak nampak, walaupun dalam Facebook Pak Jokowi ada turun padang namun itu hanyalah syarat sebagai wakil rakyat yang mereka ini datang melawat dan bergambar. Apa yang kau buat ni Indon woiii.... Tiap-tiap tahun jerebu kau tahu tak? Kali ni jerebu paling lama sekali dan berpanjangan, tambah pula fenomena kemarau akan datang hingga bulan 1 tahun depan.

Indonesia harus bertanggungjawab! Kerana lambat ambil tindakan, rakyat Indonesia serta rakyat di negara jiran yang terpaksa menanggung derita!

Sunday, 4 October 2015

BACAAN IPU INDONESIA MELEBIHI 2000


Bacaan IPU di Indonesia ketika ini melebihi 2,000 dan terus meningkat setiap masa. Bukan nak kondem Indonesia ni tapi tengoklah apa kerajaan mereka buat selain sombong bila negara ASEAN lain seperti Malaysia dan Singapura ingin membantu memadam kebakaran pun mereka tolak dengan mengatakan mereka mampu mengatasinya.

Tapi tahukah anda, kemampuan Indonesia ni nak atasi masalah jerebu mengambil masa lebih 3 tahun barulah masalah pembakaran hutan ni dapat di atasi. Bagi admin, ini adalah satu tempoh masa yang sangat lama. Cuba bayangkan rakyat mereka terpaksa menghidu udara di paras bahaya yang boleh membawa maut ini. Dan ianya turut dikongsi jiran terdekat seperti Malaysia, Singapura dan Thailand.



Memang wajarlah Singapura mengambil tindakan ke atas mereka ini dan harap Malaysia juga ikut langkah sama. Kita pun berharap Indonesia ni cepatlah bertindak, cari dalang pembakaran ini dan hukum dengan adil kerana merosakkan alam. Juga menjejaskan kesihatan manusia. Jangan jadi kerajaan yang lemah, tak mampu melindungi rakyat sendiri dan menyusahkan rakyat negara lain!

Saturday, 3 October 2015

JEREBU: KUALA LUMPUR CATAT IPU TERTINGGI TAHAP BAHAYA


Bacaan terbaru IPU jerebu terkini hari ini yang dikeluarkan oleh Jabatan Alam Sekitar menunjukkan bacaan telah hampir kepada 300 dimana ianya adalah pada tahap bahaya.



Jika kita lihat, negeri yang teruk dilanda jerebu dengan IPU terkini yang tinggi adalah di Ibu Kota Kuala Lumpur dan kawasan sekitarnya dengan bacaan IPU terkini melebihi 250 dan ke atas.

Harap kerajaan dapat tangani segera. Dikatakan, punca jerebu ini makin teruk akibat ribut yang sedang melanda dan dijangka pulih selepas 5 Oktober ini. Apapun kita doakan semuanya kembali kepada sedia kala.

Sunday, 27 September 2015

JEREBU TERKINI - GUNUNG LOKON TERBAKAR, MALAYSIA DAN SINGAPURA TERIMA KESANNYA


Jerebu yang melanda negara buat kali kedua baru-baru ini rupanya bukan sebab pembakaran terbuka seperti yang berlaku sebelum ini. Kalau anda buka website Jabatan Alam Sekitar, anda boleh lihat sendiri keadaan IPU Terkini yang berada diparas tidak sihat.


Kalau korang perasan, jerebu kali ini lebih kuat bau asapnya berbanding sebelum ini. Puncanya disebabkan letusan Gunung Lokon di Indonesia yang menyebabkan kebakaran yang besar. Efeknya, negara Singapura dan juga Malaysia telah menerima jerebu yang teruk. Beberapa sekolah di Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Selangor akan ditutup pada 28 September 2015.

Jadi pada anda yang bercuti diluar, kurangkan aktiviti luar sebab jerebu kali ini agak berbahaya untuk kesihatan kita.

Tuesday, 22 September 2015

RIBUT TAUFAN BAWA JEREBU KE MALAYSIA


KUALA LUMPUR: Beberapa kawasan di Semenanjung Malaysia dan Sarawak dijangka terjejas ekoran ribut taufan di timur Filipina yang menolak angin dan membawa jerebu dari Indonesia kembali ke Malaysia mulai hari ini. Pegawai Meteorologi Kanan Pusat Cuaca Nasional, Dr Mohd Hisham Mohd Anip, berkata kawasan terlibat di Semenanjung termasuk bahagian selatan Perak ke bawah, pantai Barat hingga ke Johor serta sebahagian Pahang dan beberapa kawasan di Sarawak.

"Kawasan ini akan menerima angin ribut taufan yang membawa jerebu dari Indonesia namun tidak dapat dipastikan sejauh mana tahap keadaan jerebu yang akan berlaku," katanya kepada Bernama. Beliau berkata terdapat kemungkinan berlaku semula jerebu selepas keadaan beransur pulih dalam tempoh seminggu lepas, tetapi ia bergantung kepada tiupan angin sama ada sangat perlahan atau kuat dalam masa peralihan monsun yang sentiasa berubah-ubah. "Mungkin sukar untuk jerebu kembali tetapi sekiranya terdapat angin taufan yang baharu terbentuk, maka tidak mustahil jerebu akan kembali semula... semuanya bergantung kepada keadaan semasa," katanya.

Beliau berkata memandangkan angin yang bergerak itu berlaku di kawasan tekanan tinggi ke rendah, taufan akan tetap terjadi pada kawasan mempunyai tekanan rendah kerana kedudukan Malaysia berhampiran dengan tempat berlakunya jerebu. "Itu punca mengapa negara kita mudah menerima asap dari negara jiran dan saya jangkakan ia akan berakhir pada penghujung bulan ini," katanya. Dalam perkembangan lain, Mohd Hisham berkata musim peralihan monsun yang melanda negara kini masih dalam keadaan baik dengan tiupan angin kencang dan ribut petir serta hujan juga dijangka berkurangan sehingga tiupan angin berubah menjadi normal. "Musim ribut petir dan kilat dijangka berkurang dalam masa seminggu akan datang tetapi tetap hujan, namun tidak secara menyeluruh di semua tempat," katanya. Beliau berkata pihaknya juga menjangkakan selepas tiupan angin taufan itu berakhir akhir bulan ini, keadaan seperti ribut petir dan banjir kilat akan berlaku seperti sebelum ini. - BERNAMA