Showing posts with label Exora. Show all posts
Showing posts with label Exora. Show all posts

Saturday, 2 July 2016

KENALI APA ITU TURBO DAN FUNGSINYA

Apa itu Turbo.


Dicipta pada tahun 1920an oleh orang Switzerland untuk kapal terbangnya. dan mula ditunakan dalam teknologi kereta pada tahun 1960an dan muncul dalam sukan Rally oleh SAAB, BMW, dan MITSUBISHI. Turbo adalah sebuah induksi paksaan (Forced induction) yang memaksa angin untuk masuk ke dalam kebuk pembakaran (combustion chamber) dengan mengecas udara diluar.

Bagaimana ia berfungsi? Turbine (turbo) diletakkan pada bahagian paip ekzos di hadapan enjin yang dipanggil Extractor/outlet manifold. turbine adalah sejenis kipas yang mempunyai bilah di bahagian kiri dan kanannya. apabila angin ekzos dihembuskan, ia akan menggerakkan bilah pada bahagian kiri dan secara tak lansung bilah pada bahagian kanan turut berputar. ini menyebabkan bilah di bahagian kanan akan menyedut udara luar memaksa angin untuk masuk ke ruang pembakaran dengan kuantiti yang lebih banyak.

Kebaikan turbo? Turbocharged sepatutnya lebih jimat dan menawarkan kuasa kuda lebih 30% dari asal. tetapi bergantung kepada setting dan tuning enjin anda. Mengapa ia lebih jimat? Kerana turbo mengitar semula momentum angin yang dikeluarkan oleh ekzos dan memberi bantuan untuk ruang pembakaran bernafas dengan lebih lancar.

Apa maksud ruang pembakaran bernafas dengan lebih lancar? Enjin tanpa turbo atau NA (naturally aspirated) engine mampu menghasilkan Volumetric Efficiency (VE) sebanyak 70% sahaja. VE ini adalah kuasa sedutan angin oleh piston.

Misalnya jika anda mempunyai botol air 500ml, anda perlu isikan air ke dalam botol menggunakan mulut anda. Dan anda hanya mampu mengisi separuh dari botol berkenaan dengan sekali sedutan air ke dalam mulut. ini bermakna VE anda adalah 50%. sahaja.

Sebuah enjin NA yang dihasilkan untuk perlumbaan pun sukar mendapat VE sehingga 100%, tetapi sebuah enjin turbo yang biasa mampu memberi VE sehingga 120% dari yang diperlukan. Ini membuatkan enjin turbo lebih efisyen dan menjimatkan.

Walaubagaimanapun, enjin dengan turbo yang diubahsuai tidak tahan lasak. ini kerana enjin terpaksa menahan tekanan udara lebih tinggi dari yang sepatutnya. dan penggunaan minyak yang dikawal oleh sensor akan menyembur minyak lebih banyak jika kapasiti udara semakin banyak masuk. semasa valve overlap (keadaan di mana valve intake dan outlet terbuka) banyak campuran angin dan minyak yang disembur tidak sempat terbakar dan dibazirkan begitu sahaja. Turbine jenis biasa selain ballbearing juga tidak tahan lasak. ia mudah panas dan tidak tahan halaju tinggi.

BOLT ON TURBO? mungkin anda selalu dengar perkataan ini. apat itu BOT? BOT adalah modifikasi enjin biasa dengan memasukkan sistem turbo. Dengan tuning yang cermat dan teratur, enjin biasa mampu mendapat kuasa kuda yang tinggi dan lebih efisyen. Kos pemasangan juga mampu mencecah RM2000 utk barang 2nd hand. Manakala kos untuk barang baru boleh mencecah sehingga RM4000. jadi anda fikirlah adakah ia berbaloi? Sistem BOT juga tidak disarankan menggunakan turbine yang besar, kerana enjin NA mempunyai piston high compression. jika ruang pembakaran anda mampu menerima VE sejumlah 80% tetapi tiba2 ia menerima 100%, ini sangat merbahaya kepada enjin anda. Kereta yg sgt tinggi compression seperti vtec juga tidak disarankan menggunakan BOT. tetapi pada mereka yang tahu apa yang mereka buat, dipersilakan kerana kosnya mungkin lebih mahal dari biasa. Sistem ECU (electronic control unit) juga perlu diubahsuai untuk membiasakan sistem enjin adan dengan penambahan baru. tetapi siste BOT biasa tidak perlu pengubahsuaian ini.

Keburukan? Kereta jenis turbo ini tidak boleh dikendali terlalu lasak lagi2 jika diubahsuai. Kuasanya yang sukar dikawal akibat Turbo lag akan mengakibatkan anda hilang kawalan. turbo lag adalah satu kejadian di mana anda telah menekan pedal meminta kuasa pada enjin anda tetapi kuasa itu lambat sampai dan apabila ia sampai ia terlalu kuat untuk anda kendali. turbo biasa juga tidak tahan High revving iaitu rev enjin yang tinggi.

bunyi bunyian aneh seperi PISSHHH!!! CHINGG!! itu datangnya dari blow off valve. blow off valve berfungsi untuk melepaskan angin berlebihan yang ditarik oleh turbine. bunyi itu bertujuan untuk menarik minat pembeli dan tidak dipaksa penggunaannya.

intercooler adalah penyejuk angin yang disedut turbine. saiz besar bukan lambang kekuatan sesebuah enjin. tetapi yang penting adalah tuning enjin anda.

Sistem turbo cuma sesuai untuk enjin dengan sisten injection sahaja. penggunaan carburator adalah satu perkara sukar dalam penambahan turbo.

ANTILAG SYSTEM

sistem antilag biasanya digunakan dalam perlumbaan Rally. Antilag turbo berfungsi untuk menyekat kuasa kuda yang tiba2 datang. Dalam perlumbaan, turbo lag sangat bahaya terutama ketika selekoh. bayangkan anda sedang mengambil selekoh dengan laju, kereta anda hampir hilang geseran dan membawa anda ke tepi jalan, anda perlukan kuasa kereta anda untuk membawa kereta anda kembali ke landasan tetapi ia gagal memberi kuasa yang anda minta. Secara tiba2 satu kuasa yang sangat kuat menolak kereta anda dan ini boleh membuatkan anda hilang kawalan dalam keadaan laju di selekoh.

Dalam perlumbaan di litar, anda mungkin selamat. Dalam rally? anda mungkin berpeluang mencium pokok ataupun membuat terjunan bebas bersama kereta anda ke dalam gaung.

Sistem antilag akan me'retard' 'ignition timing' anda dan memberhentikan percikan api dari spark plug buat sementara waktu ketika anda tidak menekan pedal minyak. Tetapi ruang pembakaran sentiasa terbuka dan ini membuatkan campuran yang tidak terbakar terus berlalu di dalam enjin anda. Dan bila anda menekan pedal minyak anda, satu letupan besar akan berlaku pada extractor/exhaust manifold kereta berkenaan. Kereta anda tidak mengalami sebarang Lag tetapi dua atau tiga bunyi letupan yang sangat kuat akan berlaku setiap kali anda melepas dan menekan kembali pedal minyak.

walaubagaimanapun sistem ini tidak sesuai digunakan untuk perjalanan yang jauh. mungkin sepanjang 50-100km memandangkan ia akan merosakkan exhaust manifold atau enjin anda. Suhu turbine anda juga akan meningkat tinggi sehingga 1000 darjah selsius (turbine merah menyala). Engine breaking juga dikurangkan dan enjin anda akan memberi boost pada waktu idle.

Variable Turbocharger.

Satu lagi ciptaan khas untuk mengurangkan turbo lag. variable turbo bertindak seperti turbine yang boleh membesar dan mengecil. Terdapat dua ruand dalam turbine berkenaan, ruang besar dan kecil. Ruang kecil diaktifkan pada Rev rendah dari 0-3000 RPM. Jadi tiada lag berlaku kerana kipas kecil yang digerakkan tidak memerlukan sejumlah tenaga yang besar untuk menggerakkannya. Sebaik sahaja gas ekzos mencapai kapasiti optimum, turbine akan membuka ruang yang lebih besar untuk memberi boost yang lebih tinggi.

Twin turbo

Maksud twin turbo adalah penggunaan 2 turbine. biasanya berlaku pada enjin jenis V yang exhaust manifold masing di arah bertentangan. jenis V6, 3 silinder akan bergantung pada satu turbo. menjadikan 6 silinder dan 2 turbo.

Bi turbo/sequential twin turbo

Turbo bertindih. biasanya mempunyai 2 turbo. Sama seperti variable turbo. ia untuk mengurangkan lag. Pada Rev rendah, hanya satu turbine akan berfungsi, dan memaksa angin masuk ke dalam kebuk pembakaran dengan kadar minimum tetapi pada rev tinggi, turbine kedua diaktifkan dan paksaan udara yang masuk lebih tinggi dan kuat.

Tuesday, 28 June 2016

PHOTO LEAK: MPV SEAKAN PROTON FLX SEDANG DIUJI


Gambar sebuah kereta yang sedang diuji ini menyerupai Proton Saga FLX di bahagian hadapan manakala dibahagian belakang pula ianya lebih kepada ciri-ciri seakan Proton Exora, iaitu sejenis MPV keluaran Proton.


Mungkin Proton akan membuat kejutan dengan memperkenalkan MPV mampu milik, siapa tahu kan? Andainya berita ini benar sudah tentu ia satu berita yang amat gembira bagi mereka yang berpendapatan rendah dan sederhana memandangkan kereta merupakan satu keperluan pada zaman kini.

Tuesday, 23 June 2015

PENGGUNA PROTON LEPAS BACA CONFIRM BANGGA !


Artikel atau lebih sesuai disebut luahan oleh mungkin salah seorang yang pernah bekerja dengan Proton menceritakan sejarah bagaimana Proton melalui R&D nya dapat mencipta enjin 100% buatan Malaysia yang dinamakan CAMPRO. Jom kita baca lagi...

APA SALAH PROTON?

Disini lagi ada misinformation. Memang untuk kereta Perdana kita impot enjin dari Jepun. Untuk Savvy kita gunakan enjin Renault. Untuk Isawara, Wira dan Waja kita buat enjin di Malaysia walaupun design original
dia dari Mitsubishi. Tapi enjin Gen-2 adalah enjin terkini yang direka oleh jurutera Proton dan dibina di Malaysia. Enjin tersebut menggunakan teknologi terkini. Jadi kenyataan diatas agak menyesatkan sedikit. Naza, Perodua…. Masih lagi membawa enjin dari luar. Modal untuk mereka dan mengeluarkan enjin ni amat besar. Nak dapat return pun bukan nya sekejap. Tapi demi maruah dan kemajuan, kita korbankan keuntungan jangka pendek. Selagi kita tidak mengeluarkan enjin sendiri.. selagi itu kita tidak tahu. Sekarang kita telah pun mengeluarkan enjin sendiri… orang masih tidak percaya. Itu lah masalah orang kita… memandang rendah kebolehan anak negara sendiri.

“Selama ini proton bergantung kepada Mitsubishi sebagai rakan teknikal. Oleh kerana kontrak selama 20 tahun telah tamat. Maka proton terpaksalah mencari rakan teknikal yang baru dan bermulalah masalah melanda proton. Sudah tentu rakan teknikal baru tidak mahu meneruskan rekaan dan teknologi mitshubishi lagi. So apa kan jadi pada kereta proton yang ada
sekarang ni untuk masa akan datang.”

Tidak wujud kontrak 20 tahun dengan Mitsubishi. Mereka adalah rakan kongsi. Bertahun tahun kita berkerjasama dengan Mitsubishi tetapi teknikal apa yang mereka turunkan. Kalau kita pernah berkerja dengan orang Jepun atau Korea , mereka inilah yang paling kemut ilmu. Tapi bab nak korek ilmu kita, dia orang rajin habis.Korang jangan terkejut bila saya cakap yang idea
kita pun banyak yang Jepun curi. So bila kita mula menuntut teknologi baru dari mereka… mula lah nak caj dan nak ikat royalti yang tak munasabah. Nak mintak copy teknikal drawing zaman dulu sekeping pun dia orang caj beribu ribu. Mulalah kita pandang teknologi dari barat dan teknologi sendiri. Sebab itu kita beli Lotus.. Kita ignore Jepun. Bila kita design sesuatu yang lebih baik… laju je dia orang hantar balik information ke Mitsubishi. Last-last kita pun mula bersikap secrecy dengan dia orang… lama lama
diaorang fed up dan mintak keluar. Lagi pun dia orang dah nampak afta nanti dia orang akan masuk balik ke Malaysia.

Perodua… kenapa daihatsu/toyota memberi enjin latest dia orang…. Sebab Perodua tu 100% milik Toyota/Daihatsu. Dah lama UMW menjual saham dia orang kepada Jepun. Proton…. Milik Malaysia .

“Mungkin ada yang tahu dan ada yang tak tahu yang proton yang digunakan pakai sekarang adalah barangan Mitshubishi. Samalah seperti kereta lain.. tukar lambang je..”

Inilah susah orang kita ni…. Banyak mendengar cerita sensasi yang
banyak ditaruk banyak rempah ratusnya….. Memang pada mulanya kita
belajar… selepas itu kita buat sendiri.Saya adalah seorang yang terlibat dengan kerja kerja tersebut.

Saga - base dia Lancer lama. Kita Cuma tukar depan dan belakang
sikit.

Iswara - base Saga, kita mula belajar untuk design kereta sendiri. Masa ni Mitsubishi dah tak berapa setuju bila kita menubuhkan R&D. So kita menggunakan khidmat penasihat dari UK .

Wira - Disini berpuluh puluh designer dan engineer Proton dihantar ke Jepun untuk kerjasama design kereta baru. Proton dan Mitsubishi kongsi modal. Hampir 2 tahun kami disana. Bahagian tengah dikongsi bersama.
Depan dan Belakang, design asing-asing. Lampu depan dan belakang share sebab nak kurang kan cost. Hasilnya Proton Wira-Mitsubishi Lancer.

Orang akan kata hah kongsi je sebab tak tahu buat kerja…. Tapi ada orang kata apa apa bila Ford dan Mazda berkongsi bahagian tengah? Ford Laser dan Mazda 323 adalah kereta yang sama. Ada orang komplen? Bila
orang Malaysia yang buat begitu… orang Malaysia sendiri yang nak mengutuk. Tak ramai yang tahu seksa bekerja kat Jepun sebab dia orang suka curi idea. Bayang kanlah semasa kami design dashboard untuk
Wira… masa tu Mitsubishi sudah pun siap soft tooling mould untuk dashboard kereta dia… Bila mereka tengok dashboard Proton, Mereka sanggup letak designer dia depan design kita untuk mengubahsuai kembali rupa bentuk dashboard mereka. Kalau kita pernah tengok dashboard mitsubishi lancer… hampir samakan. Itu mereka yang meniru bukan kita. Ianya menunjukkan kita bukan tak pandai… Cuma masyarakat sendiri berfikiran macam itu.
Perdana - untuk membuat satu satu design bukannya murah. Nak balik modal pun lama. Jumlah kereta yang dijual pun kena banyak.

So, kalau nak buat Perdana…. Sampai habis pun tak balik modal. So yang ni memang
kita ambil kereta dari mitsubishi dan pasang di Malaysia. Cuma kita tukar depan dan belakang, dan bahagian dalaman.

Tiara - Tiara adalah bukan product Proton. Ia adalah keluaran DRB. Tapi kita kena tunduk dengan arahan dari atas untuk mereka menggunakan lambang Proton.

Waja - Waja adalah permulaan kita untuk menunjukkan kita mampu melakukan kerja sendiri. 100% didesign orang orang kita. Tapi untuk kejuruteraan kita memerlukan consultant dari luar.. mainly dari Eropah
dan Amerika. Bukan sebab tak pandai tapi kita tak cukup kakitangan. Nak design kereta bukan seperti menjahit baju. Kebaikan dari mengambil consultant dari luar memang membuka mata kita… kita adalah setaraf
dengan kebolehan mereka. Nak design kereta ni memerlukan beratus ratus kakitangan. Bukannya sedikit.

Gen2 - 100% didesign oleh orang kita. Consultant dari luar hanya sedikit sebab kakitangan kita semakin ramai. Kita mula menggunakan enjin yang didesign sendiri.

Savvy - 100% dedesign sendiri. Cuma enjin sahaja kita menggunakan Renault sebab kita tidak ada enjin bersaiz kecil. Well…. Kehebatan enjin Renault sudah terbukti bila mereka memenangi F1. Disin banyak berita palsu disebarkan oleh mereka yang tidak bertanggung jawab.Contohnya… Savvy adalah Tiara dan menggunakan chasis Tiara lama. Savvy tidak ada kena mengena dengan Tiara. Savvy adalah baru, 100%. Tidak ramai yang tahu bahawa Savvy menggunakan HTHS steel (High Tensile High Strength Steel). Sebab tu body Savvy kuat. Memang ada terpampang kereta Savvy kemek kerana accident. Well… kereta mercedes, volvo, BMW pun kemek bila accident. Tapi tak ramai yang tengok keadaan dalaman Savvy yang
accident tu… In fact. Kukuh. Saudara saudari… Bila kita design kereta ni.. yang paling penting adalah keselamatan penumpang. Memang kereta didesign untuk crumple bila ada impact. Itu untuk menyerap daya
hentakan supaya bukan manusia yang menerima hentakan kuat. Rating TUV Germany memberikan 3 star untuk Proton. BMW 5 series pun dapat 3 star. Ramai yang kata Savvy ni tak sedap bila memandu. Tapi tanyalah yang
bercakap tu… adakah mereka pernah memandu Savvy. Kebanyakan nya tidak. Hanya mendengar dari orang lain.

Lain lain - Ada banyak lagi yang saya tak boleh cerita sebab ada secrecy act. Proton pun ada design kereta untuk company lain dan ada membuat part untuk company lain. Proton ada juga buat reverse engineering untuk
motosikal lumba (tahun tu dia champion) tapi kita tidak boleh menceritakan sebab dasar secrecy kita. Mungkin sesetengah orang yang memakai certain kereta mewah tidak tahu yang part kereta mereka dibuat di proton. Kalau Proton tak elok… masakan mereka mengkontrakkan proton untuk membuat kereta mereka.

“Berbalik kepada masalah yang sedang dihadapi oleh proton. Kenapa ianya harus berlaku perkara sebegini. Apakah yang sebenarnya telah berlaku dan dibuat oleh proton dalam masa 20 tahun untuk membina kenderaan nasional sendiri. Memang ada R&D proton cuba mendapatkan struktur dan bahan-bahan untuk membuat injin tapi gagal mendapatkan resepinya.”

Proton memang dah ada enjin sendiri. Yang terpasang dekat Gen-2 tu apa dia. Bab-bab bahan untuk membuat enjin tu senang je. Kebanyakan pengeluar kereta menggunakan besi yang sama sebab pengeluar besi
dalam dunia ni bukan banyak. Kita Cuma bagi specifikasi je. Nak design enjin tu yang susah. Transmition yang paling susah. Untuk info lah… kami
masih lagi dalam proses untuk mereka cipta transmition sendiri. Bukan macam nak buat karipap tau.

“Penubuhan proton sejak 20 tahun yang lampau tidak mencapai objektif yang sebenarnya. Dimana silapnya? Berapa ramaikah yang tahu bilakah ilham proton ini sebenarnya timbul dan berapa lamakah usaha dilakukan
bagi membolehkan impian ini tercapai.”

Mungkin ramai yang mengganggap hanya seorang perdana menteri sahaja terlibat. Cuma pada zaman Tun M baru persetujuan dapat dicapai setelah Mitshubishi bersetuju menjadi rakan teknikal dengan bersyarat. (syarat ni tak bolehlah diberi tahu.. sebab ianya adalah OSA)

Penubuhan Proton lebih mencapai objectif nya. Pada mulanya Proton hanya di rancang untuk membuat kereta bukan untuk merekacipta kereta. Kita menubuh R&D, Mitsubishi tidak setuju. Ye la… siapa nak bagi kita pandai kan . Cuba check dekat Perodua, berapa ramai jurutera dari Proton bekerja dekat sana, Head of R&D Perodua…bekas Proton, Head of Styling…bekas
Proton, Head of Planning…bekas Proton, Head of Production…bekas Proton (rasa-rasanya dah kena kebas dekat Naza), Head of Engineering Services…bekas
Proton. Ratarata mereka yang senior dekat sana dari proton. We trained them… orang lain ambil cara senang je.

Naza pulak.. Head of R&D….bekas Proton. Head of Production…bekas
Proton. Honda pun ramai bekas Proton, DRB Pekan… Head dia pun bekas
proton, Inokom… head dia pun bekas proton. Itu kira head je…bukan lagi kira engineer dan designer. So it meets its objective untuk memajukan orang-orang kita. Mainly orang Melayu. Naza sendiri tidak menyangkal
kereta Naza mainly didevelop oleh bekas kakitangan Proton. So… orang Proton tak bagus?

Kita belum lagi kira bekas pekerja proton yang diambil oleh consultant luar negara… dari America, Eropah sampai ke Jepun.Tau tak kita kakitangan Proton telah memenangi pertandingan mereka design kereta anjuran Ford. Beliau mendapat tempat pertama. Bukan bertanding diperingkat Malaysia . Tapi di peringkat antarabangsa. Memang beliau mendapat tawaran kerja dari syarikat kereta gergasi Amerika dan Eropah. Tapi kami tabik bila dia decide nak stay dekat Malaysia sebab taknak anak-anak membesar dinegara lain. Ada orang tau…?
“Selama 20 tahun proton pergantung kepada pemerintah yang sepatutnya telah boleh berdiri dengan sendirinya sekarang ini selepas perjanjian tamat. Ibarat kata.. berapa lama perlu bergantung.. tak kan dah 20 tahun
nak merangkak lagi.. nak tambah masa untuk merangkak lagi.. so bila lak nak belajar berdiri dan berjalan sendiri tanpa dipimpin lagi..sebab tu exPM kata.. kalau dah tak boleh tutup aja…”

Proton boleh menjadi lebih baik kalau tidak ada tanggung jawab kepada negara. Senang aja… buang sahaja pengeluar-pengeluar yang bermasalah. Tapi apa akan jadi dengan ekonomi. Itu tanggungjawab Proton untuk negara. Bayangkanlah penjanaan ekonomi proton untuk negara… berapa banyak kaki tangan Proton… 8000. Berapa banyak kakitangan syarikat yang secara lansung untuk membuat part Proton…100,000 orang. Berapa banyak bank dapat untung, berapa banyak syarikat bumiputra yang naik? Bayangkanlah kami boleh membantu sedangkan polisi kerajaan tidak membantu.
Cuba ingat sebelum timbulnya proton. Berapa banyak wakil jualan bumiputra untuk kereta toyota , nissan, honda? 0… Kosong.

Mengenai masalah AP pulak perkara tu bukan perkara baru. Mungkin ada yang tak tahu yang proton juga mendapat AP. Kalau tak.. sure harga kereta proton tak serendah sekarang ini. Tak percaya boleh check duti import yang dibayar untuk sebuah kereta proton. Nak check duti import tak susah sgt.. cuma bandingkan harga kereta proton di kawasan bebas cukai.

Kita memang tak payah bayar duti impot sebab kita buat kereta kat dalam Malaysia . Tapi tetap kena cukai. Kita tak ada AP. Yang Proton kecewa kenapa terlampau banyak AP dikeluarkan. Lepas tu sebijik-sebijik kerajaan kena
tipu. Bayangkan lah kalau kereta KIA yang dibawa masuk ke Malaysia … harga yang di declare adalah RM8000. Tak masuk akalkan bila kastam approve benda ni. Paling murah kereta yang pernah dibuat adalah dalam dunia ni adalah lebih kurang RM18,000. Itu baru bahan bahan dia. Belum lagi kira cost modal acuan, cost tenaga kerja, cost R&D. Bayangkan lah banyak mana kerjaan rugi pada cukai. Bayangkanlah banyak mana Naza untung.

Dasar Automotif Negara di perlukan bagi meneruskan perjuangan yang belum tercapai disamping menjaga serta melindungi pemilik kereta proton sekarang ini. sejauh mana boleh bertahan tak tahula..kalau tidak akan
bertimbunlah bakal besi buruk bila tiada lagi sparepart proton (asalnya milik Mitsubishi) dan akan timbulah barangan made in Jinjang atau sewaktu
dengannya.

Saudara… Dalam banyak banyak negara pengeluar kereta, Malaysia lah yang paling kurang memprotect industry automotive mereka. Rakyat Malaysia juga lah yang paling tidak patriotik dalam hal-hal kereta ni. Walaupun kita telah merdeka, minda kita tetap diajar barangan lain lebih elok dan tidak membantu barangan sendiri. Saya ambil contoh… Thailand membuka pintu
mereka untuk industri automotif… tapi ada syarat. Kereta yang dibina di Thailand harus lah di export keluar lebih dari yang dijual dalam negara nya. Korea… cuba pergi ke Korea dan lihat sendiri disana. Nak cari kereta yang bukan dari Korea …susah. Sebabnya…

1. memang mereka patriotik.
2. Cuba pakai kereta import… Lembaga Cukai mereka
akan menyusahkan pembeli kereta tu. Sebab kata mereka
tentu banyak duit.

Jepun… Semasa mereka belajar membuat kereta hampir 80 tahun dulu… nak naik bukit pun boleh undur (baca sejarah toyota ), tapi rakyat mereka tetap bangga dan tetap membeli. Cuba kat Malaysia …. Kutuk lagi ada.

Saudara semua… kejayaan sesuatu project negara bergantung kepada sokongan dari rakyat sendiri. The more people buy, the cheaper things can be. Economic of scale lah tu. Lagi banyak dijual, lagi rendah cost pembalikan modal untuk setiap kereta. Nak buat sebijik
kereta hampir 1 billion cost dia. Macam mana nak balik modal kalau kita tak ambil untung. Kilang enjin lagi mahal… tapi kita korbankan keuntungan kerana kalau kita dok asyik beli enjin dari luar, masa mana kita nak belajar dan maju. Proton baru 20 tahun. Korea mengambil masa 40 tahun untuk kereta dia tiba ditahap ini. Jepun sudah 80 tahun, Barat sudah 100 tahun. Ini
industri kereta. Kalau orang suruh kita fikir nak buat plastik aiskrim tu pun majority kita tak boleh. Ini kereta. So yang mengutuk tu… fikir. Lagi banyak kita jual, lagi murah kita boleh jual… lagi banyak duit, lagi baik pembangunan yang kita boleh buat. Setiap test dan setiap bahan baru yang nak direka memerlukan wang yang banyak.

Masalahnya sekarang siapakah yang bakal atau boleh dijadikan rakan teknikal. Walau pun volkswagen nak join ngan proton tapi persoalannya boleh ke..?

Kenapa..saya kata macam tu..sebab Volkswagen ni guna euro. Sudah tentu la harga kereta proton pada masa akan datang lebih mahal lagi. (salah satu sebab isu AP keluar) Nak mohon Nissan atau Honda atau Toyata jadi rakan teknikal memang agak sukar. Errr…. Ini kita bagi hint sikit sebab teruk sangat dah ni. Kita tengah develop kereta dengan VW. Sebab tu kita jangan dengar saja orang cakap.

Kalau semua AP ditarik balik lagi banyak masalah akan timbul.. salah satunya adalah AFTA. Mampukah negara kita membayar ganti rugi kepada negara lain yang telah melaksana AFTA. Mungkin ada yang tak sedar yang negara kita telah membayar ganti rugi RM billion sebab menangguh perlaksanaan AFTA sebelum ni kapada negara Asean yg berkaitan.

Memang kita akan kena penalti sebab ada perjanjian AFTA. Tapi bukan kita nak tarik AP macam tu aja. Jalan penyelesaian masih ada. Kalau negara lain boleh ada polisi dia orang yang membantu industri kereta mereka… kenapa kita tidak boleh. Kerana AP China boleh mengeksport kereta mereka ke Malaysia (kereta Chery hampis masuk), tapi polisi China masih
lagi tidak membenarkan kereta kita masuk kesana. Memang dia kata boleh masuk tapi dah 5 tahun mencuba pun belum dapat kelulusan lagi. Banyak syarat lagi. India… nak masuk kesana kena letak deposit USD200 Million. Belum lagi nak set up kilang dan infrastruktur jualan. Cuba masuk kat Korea … Kita nak jual kain kita kat sana pun diaorang tak nak beli walau pun kualiti kita bagus. Kuat nya patriotik diaorang. Kita… apa yang nama lain selain dari barang sendiri mesti bagus punya.

Bagi yang nak membandingkan kereta kita dengan kereta German…. Bukan tak boleh buat. Boleh… tapi sanggup ke bayar harga kereta German untuk kereta buatan Malaysia .

Naza yang rata rata import kereta Cuma tukar bumper pun boleh jadi taraf kereta nasional. Perodua yang tak pernah design kereta sendiri (cuma design bumper depan belakang) pun dapat taraf kereta nasional… Proton sekurang-kurangnya telah mendidik ramai anak bangsa dalam kemajuan teknologi. Dah ramai hasil dari pengalamn bekerja dengan proton diambil untuk sektor R&D ditempat lain. Bayangkan lah satu kumpulan Advance Engine Research Proton terus diambil oleh Petronas. Bukan sorang…. Kesemuanya. Nak kerja dengan R&D proton….. Paling minimum 2nd class upper. 1st class berlambak. Selepas berpengalaman… Perodua, Naza ambil.

Tapi saya tak marah bila orang kata macam-macam pasal proton. Itu hak mereka. Tapi fikirkanlah tenaga yang kami beri untuk memajukan negara dalam bidang teknologi. Boleh sebut tak company mana lagi dalam bidang industri yang betul-betul menggunakan kepakaran anak Malaysia dalam bidang R&D ni. Kalau kita tidak belajar… sampai bila kita tidak akan tahu. Dan sampai bila kita akan bergantung dengan orang luar.

Tapi bab support selepas jualan…. saya sendiri pun tak puas hati. Sabotaj pun Proton dah biasa kena…. Orang curi part semasa delivery kerata tukar dengan part tiruan atau lama. Yang kena komplen… proton. Tapi yang hairannya semasa Perodua recall balik 4000 unit Myvi…. Tak ada pulak yang kutuk. Letak sebelah sebelah Myvi dan Savvy… check performance dia. Then baru tahu nak kata apa. Jangan dengar orang cakap je… test sendiri. Baru tau. Sekarang ni Savvy dah keluar dengan Savvy Auto-Manual…. Maksudnya dua-dua jenis gear ada dalam kereta. Malas
nak tukar gear… swith to auto. Nak main ciluk-ciluk… switch to manual. Errr.. siapa kata
kita guna tecnology 70an?

sekian terima kasih

Sumber: Facebook

Wednesday, 12 October 2011

PROTON EXORA MODIFIED KE LANCER

Para pemilik Proton Exora pada masa kini mungkin dah banyak idea untuk modified kereta MPV kesayangan anda ini. Saya ada terspot gambar Proton Exora yang telah di convert kan rupabentuknya seakan-akan Mitsubishi Lancer.

Gambar diatas adalah beberapa buah Proton Exora yang telahpun dimodifikasikan bentuknya dibahagian hadapan seperti Lancer. Bagaimanapun kos bagi membuat modifikasi ini dianggarkan mencapai harga ribuan ringgit juga.

Tuesday, 11 January 2011

TOP 10 CARS IN THAILAND 2010

TOP 10 CARS IN THAILAND 2010

Tahniah dan bangga rasa diriku sebab kereta Proton mampu bersaing di Thailand. Mengikut carta dari sumber dipercayai, aku dah senaraikan kereta2 yang paling banyak orang guna di Thailand antaranya adalah Proton Exora...!

Senarai 10 kereta paling banyak digunakan di Thailand:

1. BMW 525d
2. FORD FIESTA 1.6
3. TOYOTA COROLLA 1.8
4. NISSAN MARCH
5. MAZDA CX-9
6. TOYOTA PRIUS
7. LAND ROVER DISCOVERY 4 TDV6
8. VOLVO S60
9. PROTON EXORA
10.VOLKSWAGEN SCIROCCO 2.0T

Thursday, 2 December 2010

PROTON LEKIU ATAU XACTIVE ADALAH SUV MALAYSIA


Kini desas desus mengenai kenderaan SUV dari Proton sudah terjawab. Dengan menggunakan platform Exora MPV, model SUV lima tempat duduk masih lagi dalam peringkat awal. Apa yang kami tahu, enjinnya masih tidak diketahui cuma namanya yang sebenar adalah Proton Xactive.