Showing posts with label Proton Saga FLX. Show all posts
Showing posts with label Proton Saga FLX. Show all posts

Saturday, 26 November 2011

PROTON SAGA FLX SE 1.6L DENGAN CVT AKAN DILANCARKAN!

Para peminat dan pemilik Proton Saga di Malaysia hari ini digemparkan dengan satu lagi model yang telahpun 'kantoi' dahulu sebelum promosi atau pengenalan dijalankan pihak Proton. Ianya adalah Proton Saga FLX Special Edition!!!



Persamaan FLX 1.6L biasa dan FLX 1.6L SE:
  • Dual SRS Airbags
  • Tali pinggang keledar dengan pre-tensioners
  • Anti Lock Braking System (ABS)
  • Electronic brakeforce distribution 9EBD)
  • Mempunyai CD dengan pemain MP3 dan USB dan AUX
  • Kawalan audio pada streng kereta

Perbezaan FLX 1.6L biasa dan FLX 1.6L SE:

  • Kapasiti enjin yang lebih besar menggunakan enjinCampro IAFM 1.6L yang mampu untuk menghasilkan 108hp pada 5,750 rpm dan tork maksimum, 150Nm pada 4000rpm dengan sistem transmisi boleh laras berterusan (CVT). Pastinya kalau anda pandu model ini anda boleh rasai sendiri kelancarannya
  • Tempat duduk kulit
  • Stereng dibalut kulit
  • Bodykit penuh
  • Lampu kabus depan dan dibelakangnya pula lampu rear combi jenis LED
  • Rim aloi telah telah ditukar kepada aloi rim 15 inci supaya nampak lebih sport

Berkemungkinan besar model ini akan dilancarkan pada bulan Disember 2011! Sama-sama kita nantikan ~

Monday, 8 August 2011

PERBEZAAN SISTEM CVT DAN SISTEM AUTOMATIK BIASA

Assalamualaikum dan Salam sejahtera, malam ini saya ingin berkongsi dengan pelawat blog ProtonCLUB tentang teknologi CVT yang digunakan PROTON pada masa sekarang ke atas kereta Proton Saga FLX nya yang baru. Mari kita lihat video dibawah ...

Saksikan video dibawah
Rakaman ini telah diambil dan dikaji oleh Encik Hezeri Samsuri dari NST dan beliau telah membuat pandu uji kereta Proton Saga FLX dan menguji enjin Campro dengan CVT ini.


Friday, 29 July 2011

PANDU UJI PROTON SAGA FLX 1.3L

Apa yang kita dapat lihat sekarang, banyak kereta-kereta luar negara dan import menggunakan teknologi CVT terutama kereta-kereta mewah khususnya. Untuk itu, PROTON mengambil inisiatif untuk menambahbaik model Proton Saga FL ini dengan menambah ciri-ciri CVT yang dipasang pada model ini serta dinamakan Proton Saga FLX. Didatangkan dengan enjin berkemampuan 1.3 liter sudah cukup memberikan kepuasan kepada penggunanya nanti.

Gear 6 kelajuan pada FLX ini akan melangkah ke Mod Auto yang dipanggil SAT yang melibatkan suis pada sebelah gear tersebut. Ia juga dipanggil sebagai Mod L. Seperti yang kita semua tahu, Mod L ini adalah mod dimana kereta berada dalam keadaan gear yang rendah dan ini menyebabkan kereta lebih 'pick up' dan ia sesuai digunakan semasa kereta hendak menaiki bukit ataupun boleh digunakan semasa menurun bukit yang curam.

Selain itu, dengan penggunaan kotakj CVT ini ia juga mampu menjimatkan penggunaan petrol dan ia mampu memanjangkan jumlah hayat enjin kereta anda.

Antara perbezaan lain yang kami dapati adalah untuk RPM kereta FLX ini, pada RPM 2,000 ia mampu mencapai kelajuan pada 80 km/h manakala pada RPM 2,500 pula ia mampu pergi kepada 100 km/h dan ini berbeza dengan Proton Saga FL Auto. Untuk FL Auto ianya lebih 500 RPM berbanding FLX. Pada kelajuan 80 km/h, RPM untuk FL Auto ini menunjukkan sekitar RPM 2,400 ke 2,500 manakala pada kelajuan 100 km/h pula pada RPM 3,000.

Saksikan video pandu uji Proton Saga FLX ini pada pecutan penuh.

Thursday, 21 July 2011

GAMBAR PROTON SAGA FLX DENGAN CVT

Pasti ramai yang tertanya-tanya apakah perbezaan Proton Saga FLX (CVT) dengan Proton Saga FL yang ada dipasaran sekarang. Jom kita lihat apakah itu CVT?

Ini bukanlah berita baru cuma secara rasminya hari ini Proton Holdings Berhad (PROTON) telah mengesahkan penggunaan transmisi pemboleh ubah berterusan CVT (Continuous Variable Transmission) untuk barisan model kereta keluaran mereka pada masa akan datang.

Pengarah Urusan Kumpulan, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir dilaporkan mengeluarkan kenyataan sedemikian, seperti mana dipetik oleh sumber dari BERNAMA.

Penggunaan sistem transmisi CVT akan ditawarkan sebagai pilihan, bermakna model kereta dengan transmisi automatik sedia ada empat kelajuan akan terus diperkenalkan.

Sistem transmisi CVT pada enjin CamPro dikatakan akan memberikan kesan dari segi penggunaan bahan api lebih cekap sehingga 4% bagi penggunaan di dalam bandar dan 10% di lebuh raya, selain menjadikan corak pemanduan lebih lancar.

Setakat ini Datuk Syed Zainal masih belum mengumumkan tarikh bila kereta pertama dengan transmisi CVT akan mula dijual, selain tidak mendedahkan secara terperinci model kereta yang mana.

Berdasarkan maklumat sebelum ini, antara model yang disahkan bakal menggunakan teknologi kotak gear CVT ialah Saga FL, Persona dan MPV Exora, termasuk model terbaru Persona R yang dijangka dilancarkan pada suku kedua 2012.