Monday, 28 February 2011

Saturday, 26 February 2011

PROTON SAGA FL MODIFIED

Hari ini saya ingin berkongsi dengan pengunjung ProtonClub gambar sebuah kereta Proton Saga FL (Facelift) yang telah diubahsuai tetapi ianya hanyalah melalui lakaran artis sahaja. Belum lagi saya temui pemilik Proton Saga FL ini yang mengubahsuai kereta mereka, jika ada nanti saya akan upload untuk tatapan anda semua.

Thursday, 17 February 2011

PROTON AMBIL KHIDMAT PG ANDERSSON UNTUK RALLY 2011

Proton sudah menandatangi untuk mengambil Per-Gunnar Andersson dalam perlumbaan Intercontinental Rally 2011 ini. Pelumba berumur 30an ini akan memandu Proton Satria Neo S2000 dalam perlumbaan itu nanti. Harapnya adalah peningkatan yang akan ditunjukkan nanti dalam perlumbaan yang dijangka sengit itu. Apapun, kita mengharapkan yang terbaik dalam membaiki kedudukan Proton dalam saingan.

PROTON CAMPRO CFE TURBO PROTOTYPE


Bangga dengan keluaran yang bakal menggegar tanah air, Proton dengan enjin berkekuatan turbo sekarang akan di uji di dalam keadaan cuaca bersalji, ia mungkin untuk menguji kekuatan enjin turbo yang dihasilkan Proton. Kereta ini kelihatan seperti Proton Exora tetapi ianya tidak sama dengan Proton Exora, kemungkinan rekabentuknya lebih hebat dari yang ada dipasaran sekarang. Bagaimanapun, ianya masih dalam prototype jadi kita mengharapkan kereta jenis prototype ini akan berada di jalan raya tidak lama lagi.

Wednesday, 16 February 2011

PERODUA MYVI BARU 2011 SPYSHOT AT MALACCA

Perodua Myvi berwajah baru? Mungkin ianya juga akan di 'facelift' kan kerana mengikut rakaman gambar spyshot yang kami terima, kelihatan sedikit pengubahsuaian dari segi bentuk malah ada yang mengatakan enjinnya juga mungkin akan dinaikkan dari 1.3 kepada 1.5 iaitu sama seperti Perodua Alza. Mungkin ianya lebih laju dan mantap dari Myvi yang ada dipasaran sekarang. Walaubagaimanapun, pihak kami tidak menolak sebarang kemungkinan kenaikan harga kereta ini nanti apabila ia dilancarkan untuk jualan.

Saturday, 12 February 2011

MERCEDEZ CLS 63 AMG JADI KERETA POLIS

Gempak jugak la kalau anda semua tengok kereta polis di New York, ada pula skuad Fashion Force tu... Agak2 skuad ni untuk kejar penjenayah ke atau saja test market nak bergaya atau untuk bawa anggota2 atasan je? Tak mungkin kereta ni digunakan untuk kejar penjenayah kan?

Memang Mercedez ni adalah jenama permotoran yang popular dan tidak asing lagi dalam taja menaja ni terutama sekali di Malaysia juga. Sape dapat bawa kereta ni memang untung la terutama yang tak mampu nak beli kereta ni..Huhuhu...

Thursday, 10 February 2011

NEW SPORT RIM CUSTOM FOR PROTON SAGA BLM

Fashion terbaru zaman sekarang memang guna sport rim color pelik kot? Anyway, nice custom by Prosboc member. Dengar cerita mereka cat sendiri kot, ada yg guna cat tin dan ada yang guna spray... Nice idea untuk dikongsi, kalau ada D.I.Y lagi bagus kan,huhuhu...

Monday, 7 February 2011

PROTON EXORA NEW BUMPER & NEW LOOK SPOTTED

Proton Exora dengan bumper hadapan dan belakang baru diambil oleh jurugambar/wartawan dari website Paultan. Ianya adalah bumper terbaru yang direka untuk Proton Exora dan semasa ianya dipandu uji, gambarnya berjaya dirakam untuk tatapan... Adakah Proton Exora akan keluar juga versi Facelift terbaru sama seperti Proton Saga FL? Sama2 kita nantikan dalam pembongkaran seterusnya!

TOYOTA YARIS HSD CONCEPT

Toyota looks like its aiming for a serious push down the hybrid path into Europe’s largest market sector, the B-segment, and will show the precursor to things in the form of the Yaris HSD Concept, which makes its world debut in Geneva next month. The Japanese automaker hasn’t divulged any details about the upcoming hatch, aside from a teaser shot of its nose and stating that it will have hybrid-specific styling cues and new, forward-looking design elements. It adds that that the car anticipates the company’s hybrid intentions for the segment and represents the next step in its full hybrid roll-out strategy for the continent.

Tuesday, 1 February 2011

VALENTINO ROSSI PANDU UJI SUPERBIKE DUCATI 1198


Mari kita lihat video yang kami jumpa di laman streaming video paling popular yang memaparkan seorang pelumba motor terkenal iaitu Valentino Rossi sedang memandu uji jentera Ducati 1198. Sama2 kita saksikan...