Thursday 29 October 2015

LANDWIND X7 - KLON RANGE ROVER BUATAN CHINA


Berita baik dan panas bagi penggemar kereta berjenama Range Rover! Tahukah anda, hanya dengan RM80,000 anda sudah boleh miliki sebuah kereta seakan Range Rover tapi ianya adalah buatan China. Ya, negara China kini telah mengeluarkan sebuah kereta bernama LandWind X7 dengan harga sekitar RM80,000 sahaja!


Bernadikan enjin keluaran Mitsubishi, pasti ianya sudah cukup bertenaga untuk beraksi di atas jalanraya. Namun admin kira, ianya bukanlah tandingan Range Rover yang lebih kualiti dari segi aspek materialnya. Tapi jika anda sekadar ingin bergaya, miliki kereta besar seperti itu sudah memadai.



P/S Jom buat loan, kita beli sebijik dan buat koleksi :P~

Wednesday 28 October 2015

BERUANG LIAR DI TANGKAP DI KAJANG


Seekor beruang liar yang berkeliaran di Sungai Kantan, Kajang semalam telah berjaya ditangkap.


Rupanya masih ada lagi binatang liar yang hidup di hutan yang berdekatan bandar ni. Harap pihak Jabatan Hidupan Liar berilah perlindungan kepada spesis ini seperti mengalihkan mereka ke hutan yang lebih selamat serta jauh dari penempatan manusia seperti yang dibuat oleh team Nat Geo Wild di luar negara.


Monday 26 October 2015

TOYOTA AVANZA KEJAR LAMPU MERAH LANGGAR BMW M4



Sebuah kereta Toyota Avanza yang cuba mengejar lampu hijau yang sudah merah akhirnya merempuh sebuah kereta mewah BMW M4 yang kita tahu spesisnya amatlah rare dan jarang sekali kita lihat di jalan raya.


Melalui rakaman yang dibuat melalui kereta BMW M4 tersebut, jelas kelihatan lampu isyaratnya telah hijau dan ini bermakna lampu isyarat pada laluan Toyota Avanza tersebut telahpun bertukar merah. Kejadian berlaku di Melaka.


Masak juga nak bayar kos repair BMW M4 tersebut. Melalui carian dari Mudah dot my, harga model BMW M4 F82, 3.0 Coupe (A) tahun 2014 dijual pada harga RM568,000-RM615,000. Kalau claim insuran pun boleh kurus dompet jawabnya.... Next time kalau lampu isyarat tu dah berkelip jangan dikejar lagi. Kalau di Melaka tak silap admin, lampu isyaratnya bila nak tukar dari hijau ke merah, yang hijau akan berkelip dahulu dalam beberapa kali dan barulah bertukar merah.

Bila dah langgar, bukan diri je susah, orang lain pun susah.... Sekian, pesanan ringkas berhati-hati ketika memandu.

Thursday 22 October 2015

PDRM GANTI KERETA PERONDA DENGAN PROTON SUPRIMA S DAN IRIZ


Berkuatkuasa pada bulan November 2015, semua kereta peronda PDRM jenis Perodua Kancil akan digantikan dengan jenama Proton.


Menurut sumber, bagi kereta peronda Perodua Kancil yang digunakan oleh Ketua Balai Polis akan digantikan dengan model Iriz.

Manakala bagi balai besar pula, akan digantikan dengan model Suprima S.

“Majlis perasmian dan penyerahan kunci dijangka akan dilaksanakan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar pada awal November ini,” kata sumber itu.


Penggantian kereta peronda polis ini dilihat sebagai usaha PDRM meningkatkan imej dan integriti pasukan keselamatan.

Terbaru, lebih 1,200 buah kereta peronda model Inspira telah diberikan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi menggantikan 100 buah kereta peronda polis model Waja yang juga telah tamat tempoh pajakannya.


Bayangkan kalau yang kejar korang tu Proton Suprima S dengan kuasa turbo, jawabnya berhenti tepi dulu lah tak payah nak berangan nak cuba lari. Hehehehe....

P/S: Kereta Proton ni enjin dia kalau dah masuk turbo, lain sikit cara perginya terutama sekali Proton Exora Bold.

Tuesday 20 October 2015

KAMERA AES MUNGKIN DIHAPUSKAN - KERAJAAN MALAYSIA


Kerajaan mungkin akan menghapuskan semua kamera perangkap had laju (AES) di negara ini dan menarik balik hampir 1.6 juta saman trafik bernilai hampir setengah billion oleh kamera AES ini.


Satu berita yang agak menarik namun apakah relevannya setelah wang sebanyak RM500 juta dibelanjakan untuk membangunkan kamera AES ini, kini ianya hendak dihapuskan pula.

Memetik sumber, laporan itu berkata caj dikenakan terhadap pesalah trafik AES, yang dikuatkuasakan pada September, 2012, kemungkinan besar akan digugurkan.

Sumber laporan itu dipetik sebagai berkata, kerajaan sedang bersedia untuk menghapuskan saman kesalahan yang dikeluarkan ketika peringkat pilot penguatkuasaan itu dan akan terus bergerak ke fasa kedua.

“Tindakan di bawah peringkat pilot terikat dengan masalah teknikal yang berbangkit daripada proses pengumpulan bukti yang tidak dijalankan pegawai penguat kuasa,” kata sumber berkenaan.

“Pihak pertama di pusat kawalan AES yang mengumpul gambar beresolusi tinggi berkaitan dakwaan kesalahan trafik, adalah kakitangan syarikat swasta.

“Peranan pihak pertama ialah mengumpul bukti yang sepatutnya dilaksanakan anggota polis atau penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), bukan kakitangan syarikat swasta. Ini menyebabkan undang-undang terhalang,” katanya.

Terdapat 10 kamera AES tetap dan 4 kamera bergerak beroperasi di 14 lokasi terdedah kemalangan di Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya dan Perak. Di bawah operasi AES, imej gambar dan video kenderaan yang melanggar undang-undang trafik akan dirakamkan, sebelum saman dikeluarkan kepada pesalah.

JPJ sebelum ini berjanji untuk memperbaiki semua 831 kamera untuk menangkap pemandu yang laju dan mencegah lebih banyak kemalangan maut sebagai sebahagian daripada fasa pilot projek AES yang dilaksanakan pada September 2012.

Bagaimanapun, 3 bulan kemudian, Pejabat Peguam Negara mengarahkan pemberhentian bagi semua prosiding mahkamah berkaitan dengan saman dikeluarkan di bawah AES untuk mengkaji isu perundangan berbangkit susulan rungutan orang ramai.

Masalah timbul apabila polis terus dengan penguatkuasaan mereka terhadap pemandu laju, serentak dengan penswastaan AES, menyebabkan pengguna jalan raya mengadu mereka dikenakan saman 2 kali.

Sejumlah besar tuntutan mencabar saman AES diterima mahkamah menyebabkan perintah peguam negara membekukan arahan senarai hitam pesalah.

Ini dikenal pasti sebagai halangan terbesar bagi melaksanakan fasa kedua AES, lapor The Sun.

“Jumlah besar kes tertunggak di mahkamah berkaitan fasa pertama AES mengganggu kerajaan. Kita perlu membatalkannya untuk mengelak AES jadi kapal karam,” kata seorang pegawai kanan kerajaan dipetik sebagai berkata.

“Operasi AES fasa kedua meliputi 350 lokasi menjelang suku pertama 2016 akan membuka lembaran baru. Kali ini kerajaan akan melakukannya dengan betul,” katanya.

Pegawai itu juga menyatakan kerajaan boleh mengembalikan semula saman yang sudah dibayar untuk menunjukkan AES bukan perkara main-main, tetapi dilaksanakan untuk menyelamatkan nyawa.– 20 Oktober, 2015.

Sumber ini dipetik dari laman TheMalaysianInsider.

Monday 19 October 2015

GAMBAR SEMBELIH KUCING BUKAN BERLAKU DI MALAYSIA


Anda semua diluar sana terutama kaki facebook tegar, tahukah anda sekarang ini sedang kecoh gambar dua orang remaja sedang memotong dan melapah seekor kucing? Dan dengan pantasnya kaki viral ni tanpa usul periksa terus menuduh ianya gambar pemuda dari Malaysia padahal jika anda tengok gambar tu dengan teliti, anda akan nampak terang dan jelas.


Dimana perkara ini berlaku, kalau lihat gambar yang admin bulatkan tu binaan rumahnya pun sudah buat kita sangsi bahawa ianya bukan rumah buatan Malaysia. Mungkin ianya dinegara jiran kita. Jadi janganlah sebab nak cepat post kita dapat banyak share dan popular, kita berkongsi benda yang tak betul, benda yang menfitnah negara dan bangsa kita sendiri.

Be profesional, siasat dahulu sebelum ambil tindakan. Sekian

Saturday 17 October 2015

PERODUA VIVA TERLIBAT KEMALANGAN HANCUR


Tahukah anda kereta apa yang renyuk teruk terselit diantara bas kilang dan kereta volkswagen tersebut? Dapatkah anda bayangkan bagaimana keadaan pemandu didalamnya? Kejadian berlaku di plaza tol di ibu kota.


Kereta yang remuk teruk itu adalah kereta Perodua Viva. Anda boleh tak bayangkan bagaimana sistem keselamatan yang didirikan pada kereta Perodua Viva ini.


Bukan admin nak kondem tapi anda yang memandu kereta Perodua Viva lepas ni berhati-hatilah. Bahkan semua jenis kereta pun, kalau kita tak berwaspada, maut pasti menanti.

Friday 16 October 2015

NISSAN NOTE BERHARGA RM59,400 LEBIH BERGAYA


Inilah dia rupabentuk kereta Nissan Note yang berharga serendah RM59,400. Wow! Terkejut bukan? Kalau dilihat dari aspek rekaannya memang sangat menepati ciri-ciri kereta idaman anak muda masa kini. Rekaan luarannya penuh elegance dan dinamik selain ia nampak lebih sport.


Jika ianya dibawa ke pasaran Malaysia, apakah nasib kereta tempatan seperti Perodua Myvi dan Proton Iriz. Admin rasa memang jualan kereta tempatan akan merosot teruk. Silap haribulan, kita boleh tengok banyak kereta ni di used car nanti sebab ramai nak trade in ambil Nissan Note ni.

Jom kita layan gambar kereta Nissan Note yang berharga pada RM59,400 ini. Gambar tak banyak tapi bolehlah untuk membuatkan kita terliur termasuk admin sendiri. Mana taknya, enjin keluaran Nissan ini sudah terbukti ketahanannya dan lasak. Tengok sahajalah Nissan Vannette dulu, 10 tahun ayah admin pakai, enjin tak meragam langsung! Memang superb!


Thursday 15 October 2015

KERETA BUATAN MALAYSIA LANGGAR AKTA KESELAMATAN - ASEAN NCAP


Berita panas! Pengeluar kereta buatan Malaysia kini dalam siasatan oleh pihak ASEAN NCAP kerana didakwa kereta model yang tidak disebutkan itu telah membuka alat keselamatan untuk kerusi kanak-kanak. Menurut pihaknya, kereta yang dihantar untuk ujian pihak ASEAN NCAP mematuhi piawaian tersebut namun kereta yang dipasarkan kepada pengguna tidak dilengkapi alat keselamatan berkenaan.


Pengeluar di Malaysia ada dua sahaja, Proton dan Perodua. Agak-agaknya siapa yang terlibat? Isu ini pasti akan mendatangkan kemarahan pengguna kerana bukan sahaja kita ditipu malah isu keselamatan yang melibatkan nyawa anak-anak juga menjadi taruhan! Sungguh tidak bertanggungjawab! Sewaktu beli, bukan main lagi dipromosikan kereta ini mencapai standard piawaian ASEAN NCAP tapi malangnya apabila dijual kepada pengguna, kereta mereka tidak dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan ini.

Pihak ASEAN NCAP juga akan menghantar surat tunjuk sebab kepada pengeluar kenderaan tersebut dan mempertimbangkan samada untuk menggantung penarafan tersebut. Mereka juga akan membuat pendedahan kepada umum apabila kes ini telah disiasat dan menurutnya pihak ASEAN NCAP lagi, semua model dari pengeluar ini akan disiasat juga kerana khuatir perkara yang sama turut dilakukan kepada lain-lain model.

Thursday 8 October 2015

JPJ TERIMA MOTOSIKAL BERKUASA TINGGI


Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telahpun menerima sebuah motosikal dari jenama Kawasaki 250 cc dan ini akan memudahkan penguatkuasa JPJ dalam menjalankan tugas terutama dikawasan yang sesak dan sempit. Motosikal yang dilengkapi alatan termasuk box pada kiri dan kanan ini adalah dari keluaran terbaru.


Mungkin selepas ini mat rempit yang cuba lari dari sekatan akan mudah dikejar dan ditangkap dan mana2 kenderaan yang cuba lari juga mudah ditahan sebab pergerakan dengan motosikal lebih mudah daripada kereta.

Namun setakat ini, admin rasa motosikal Kawasaki 250cc ini akan diberi kepada skuad Peronda JPJ dan rondaan juga akan lebih kerap dilakukan. Jadi hati2 lah kepada pengguna jalanraya diluarsana.

Monday 5 October 2015

POLIS MALAYSIA GUNA KAMERA BOLEH SEMAK NO PLAT ADA SAMAN


Polis Malaysia (PDRM) akan menggunakan sistem kamera pengesan nombor plat automatik (ANPR) dalam tempoh dua bulan akan datang. Hanya dengan merakam gambar pada no plat kenderaan terbabit, segala saman tertunggak akan dapat diketahui dan ini memudahkan tugas Polis untuk menahan pemilik kenderaan tersebut.

Dimaklumkan bahawa lebih 20 kamera yang menggunakan sistem ini akan digunapakai oleh Polis Malaysia. Kamera itu akan diletakkan di sembilan kawasan strategik termasuk di beberapa pintu keluar dan masuk negara.

Jadi selepas ini, mungkin kadar saman yang tertunggak di seluruh negara yang berjumla lebih 1.06 juta itu dapat dikurangkan. Mereka yang ingkar membayar saman juga akan dapat dijejaki. Selepas ini, mungkin para pengguna jalanraya akan lebih mematuhi arahan ketika dijalanraya dan tidak melakukan kesalahan sewenang-wenangnya.

Tahniah PDRM Malaysia!

JEREBU: RAKYAT INDONESIA MINTA BANTUAN PERUBATAN


Mesej yang disebarkan dari laman Facebook dari Riau, Indonesia. Kanak-kanak ini memohon bantuan kewangan untuk mereka ke klinik. Hampa sungguh dengan kerajaan Indon ni, nampak sangat kelemahan dan banyak sangat korupsi berlaku di sana. Sehingga kini, tiada tindakan langsung dari pihak kerajaan Pak Jokowi terhadap mereka yang menjadi dalang kebakaran disana.

Siasatan dilakukan Polis Indonesia pun tak nampak, walaupun dalam Facebook Pak Jokowi ada turun padang namun itu hanyalah syarat sebagai wakil rakyat yang mereka ini datang melawat dan bergambar. Apa yang kau buat ni Indon woiii.... Tiap-tiap tahun jerebu kau tahu tak? Kali ni jerebu paling lama sekali dan berpanjangan, tambah pula fenomena kemarau akan datang hingga bulan 1 tahun depan.

Indonesia harus bertanggungjawab! Kerana lambat ambil tindakan, rakyat Indonesia serta rakyat di negara jiran yang terpaksa menanggung derita!

Sunday 4 October 2015

PROTON PERDANA 2016 - OFFICIAL PREVIEW OLEH TUN M


Antara berita automotif paling hangat ketika ini adalah penantian pelancaran Proton Perdana Baru 2016 yang bakal dilancarkan pada 2016. Dan betapa beruntungnya apabila Tun Dr Mahathir dijemput bagi membuat sedikit kejutan pada peminat Proton di Karnival ALAMI Proton di COE Shah Alam hujung minggu lepas.

Sebelum ini kita digemparkan dengan kemunculan Kenderaan Pickup Konsep dari Proton yang ditontonkan kepada umum dan kini sedikit kejutan walaupun tak banyak tapi dapat juga kita lihat terutama rekaan pada lampu belakang Proton Perdana 2016 baharu itu yang menggunakan paparan LED dan ada jalur krum.


Apa yang mengejutkan admin, rekaan lampu belakangnya agak berbeza dari rekaan model Proton Perdana 2016 yang dipaparkan dalam Filem Kapsul Pendek sebelum ini. Adakah ianya Proton Perdana 2016 yang berlainan? Bermain sejenak difikiran admin adakah model yang dipaparkan dalam video berkenaan bukan Proton Perdana 2016 yang sebenar.


Selain itu, kalau anda pernah melihat kereta BMW lampu LED nya menyala pada siang hari betul? Begitu juga dengan Proton Perdana 2016 ini juga lampunya direka seperti itu. Fuh, memang nampak garang bila bayangkan. Rekaannya juga amat berbeza dari kereta Proton yang menggunakan body Honda yang digunakan oleh Pegawai Kerajaan sekarang.



Walau apapun, kita tunggu dan kita nantikan preview penuh Proton Perdana 2016 ini dan jika ada gambar-gambar SPYSHOTS lain akan admin kongsikan kepada anda nanti. Adios ~

Gambar dari: Paultan dot Org

RAKAMAN CCTV FERI HAMPIR BERLANGGAR DI LANGKAWI



Rakaman CCTV dari salah sebuah Feri yang hampir berlanggar di perairan Langkawi. Dikhabarkan antara Feri yang terlibat adalah dari My Master dan Marine Star2. Salah seorang penumpang menceritakan detik cemas itu berkata, ketika feri itu bergesel, badan mereka juga turut bergerak dari kedudukan asal.



Walaubagaimanapun, kita bersyukur kerana tiada kemalangan jiwa berlaku dan kesan akibat geseran itu hanyalah cat yang melekat pada badan feri itu sahaja. Kita berharap pihak berwajib buat siasatan kerana kita tidak mahu perkara ini berulang.

Setiap Feri dilengkapi alat GPS yang mana mereka boleh lihat pergerakan Feri lain di laluan tersebut walaupun dalam keadaan gelap atau berjerebu.

BACAAN IPU INDONESIA MELEBIHI 2000


Bacaan IPU di Indonesia ketika ini melebihi 2,000 dan terus meningkat setiap masa. Bukan nak kondem Indonesia ni tapi tengoklah apa kerajaan mereka buat selain sombong bila negara ASEAN lain seperti Malaysia dan Singapura ingin membantu memadam kebakaran pun mereka tolak dengan mengatakan mereka mampu mengatasinya.

Tapi tahukah anda, kemampuan Indonesia ni nak atasi masalah jerebu mengambil masa lebih 3 tahun barulah masalah pembakaran hutan ni dapat di atasi. Bagi admin, ini adalah satu tempoh masa yang sangat lama. Cuba bayangkan rakyat mereka terpaksa menghidu udara di paras bahaya yang boleh membawa maut ini. Dan ianya turut dikongsi jiran terdekat seperti Malaysia, Singapura dan Thailand.



Memang wajarlah Singapura mengambil tindakan ke atas mereka ini dan harap Malaysia juga ikut langkah sama. Kita pun berharap Indonesia ni cepatlah bertindak, cari dalang pembakaran ini dan hukum dengan adil kerana merosakkan alam. Juga menjejaskan kesihatan manusia. Jangan jadi kerajaan yang lemah, tak mampu melindungi rakyat sendiri dan menyusahkan rakyat negara lain!

Saturday 3 October 2015

FERI LANGKAWI LANGGAR DI TENGAH LAUT


Gempar pagi tadi di Langkawi, feri dari arah Kuala Perli ke Langkawi bergesel dengan feri dari arah Langkawi ke Kuala Perlis. Apakah faktor berlakunya perlanggaran tersebut sebab apa yang admin tahu, jarak laluannya agak jauh juga. Walaubagaimanapun, semua penumpang serta anak kapal selamat, alhamdulillah...

Apakah faktor jerebu atau masalah pada alat GPS yang digunakan sudah tidak diselenggara atau sudah lama? Mujur perlanggaran feri tersebut hanya mengakibatkan pergeseran kecil sahaja kerana jika tidak, mungkin malapetaka yang besar pasti akan berlaku.

Walau apapun kita berharap pihak berwajib turun padang dan buat siasatan terperinci kerana kes seperti ini boleh mengakibatkan kehilangan nyawa.

JEREBU: KUALA LUMPUR CATAT IPU TERTINGGI TAHAP BAHAYA


Bacaan terbaru IPU jerebu terkini hari ini yang dikeluarkan oleh Jabatan Alam Sekitar menunjukkan bacaan telah hampir kepada 300 dimana ianya adalah pada tahap bahaya.



Jika kita lihat, negeri yang teruk dilanda jerebu dengan IPU terkini yang tinggi adalah di Ibu Kota Kuala Lumpur dan kawasan sekitarnya dengan bacaan IPU terkini melebihi 250 dan ke atas.

Harap kerajaan dapat tangani segera. Dikatakan, punca jerebu ini makin teruk akibat ribut yang sedang melanda dan dijangka pulih selepas 5 Oktober ini. Apapun kita doakan semuanya kembali kepada sedia kala.

LORI PICKUP DIESEL BUATAN PROTON - KARNIVAL ALAMI 2015


Siapa ada pergi ke Karnival Alami Proton hari ini di Proton COE Shah Alam? Siapa yang pergi maka dapatlah dia tengok banyak model Proton yang tidak ditontonkan kepada umum.

Antara model tersebut adalah sebuah kenderaan berupa lori pickup. Ianya sama seperti Toyota Hilux, Mitsubishi Storm, Isuzu Demax dan sebagainya.



Jika anda lihat dari segi rekaannya memang nampak lebih moden dan sporty. Menggunakan enjin dari bahan bakar diesel sudah tentu menjimatkan. Kalaulah ia dipasarkan, saya rasa sudah tentu ianya dapat sambutan kerana mungkin harganya lebih murah dari Isuzu Demax. Apapun kita sentiasa support keluaran tempatan dari Malaysia. Adios ~



Thursday 1 October 2015

22 PERKARA PENTING PENJAGAAN KERETA



Hari ini jika kita melihat, rata-rata orang sudah memiliki kereta. Boleh dikatakan kereta ini adalah sesuatu yang wajib ada dalam kehidupan kita dan bagi sesetengah keluarga, ianya menjadi aset yang penting tatkala berlaku kecemasan seperti isteri mahu bersalin, bawa anak isteri ke klinik, membeli barang dan sebagainya. Namun, tahukah anda bahawa penjagaan kereta juga amat penting untuk anda ambil tahu selain daripada tahu mengisi minyak dan membasuh kereta sahaja.

Ini kerana ianya akan menentukan jangka hayat kereta anda selain mudah ditipu oleh mana-mana bengkel yang tidak bertanggungjawab. Jadi untuk itu, admin sediakan 22 PERKARA PENTING PENJAGAAN KERETA untuk persiapan diri anda. Sekurang-kurangnya anda tahu sedikit sebanyak berkenaan kereta anda.

Berikut adalah 22 PERKARA PENTING PENJAGAAN KERETA:

1. MINYAK HITAM
Minyak hitam yang bukan jenis sintetik perlu ditukar pada setiap perjalanan menjangkau 5,000km atau selama 3 bulan. Kalau minyak hitam jenis sintetik, berkemungkinan dalam jumlah perjalanan 7,500km sehingga 10,000km.

2. FILTER
Sama juga seperti minyak enjin. Minyak mineral biasa perlu ditukar selepas 5000km manakala minyak sintetik boleh ditukar apabila menjangkau 7500km hingga 10,000km
Kebiasaannya, apabila menukar minyak enjin, anda juga disyorkan untuk menukar juga filter minyak (oil filter).

3. SPARK PLUG
Ditukar selepas 20,000 km perjalanan mengikut buku jadual penyelenggaraan.
Jika anda menggunakannya sampai 30,000 hingga ke 40,000 km juga tidak menjadi masalah. Alatan ini bukan kritikal sangat.
Tetapi kalau dah lebih 40,000 km tidak ditukar, “electrode” akan menipis, maka perlu ditukarkannya. Harga untuk 4 biji biasanya sekitar RM20.00 ke RM25.00.

4. BATERI KERETA
Selepas 18 bulan hingga 2 tahun, anda boleh menukar bateri kereta anda bergantung pada cara penggunaan.
Jika anda sering membuat pengisian semula air suling bateri, ianya boleh bertahan sampai 2 tahun. Kalau selalu lupa refill dan selalu kering, dalam masa 6 bulan pun bateri boleh “kong”.
Free maintenance battery lain pulak ceritanya. Tidak perlu “top up” air, tetapi hargaya mahal sedikit daripada bateri biasa.
Tips: Apabila beli bateri, jangan main hentam sahaja, kerana terdapat banyak barangan cetak rompak dipasaran. Jadi, belilah bateri kereta daripada jenama yg boleh dipercayai seperti BOSCH, dan juga CENTURY.
Bateri yang baik kebiasaanya lebih berat daripada bateri yang kurang baik.

5. TIMING BELT
Bila perlu ditukar? Biasanya selepas 60,000 km untuk kereta proton Wira, dan Proton Saga. Kereta Proton Waja boleh bertahan sampai 90,000 km dan Honda CRV pula mampu bertahan sehingga 160,000 km.
Jadi anda hanya perlu menukar timing belt mengikut jenis kenderaan yang anda gunakan. Ramai orang tersilap kerana menukar timing belt hanya selepas 60,000km perjalanan walaupun sebenarnya ianya masih elok lagi.

6. CLUTCH PLATE
Cluth Plug ini kebiasaannya jarang ditukar ganti melainkan kereta anda mengalami simptom “cluth slipping” semasa sedang memandu.

7. FUEL FILTER
Anda boleh menukarkannya apabila perjalanan kenderaan mencecah setiap sekitar 40,000km. Harga peralatan ini dalam sekitar RM15.00 hingga RM20.00.

8. AIR FILTER (Filter Udara)
Perlu ditukar setiap 20,000km. Tetapi untuk mereka yang tukar kepada K&N type, anda sudah tidak perlu menukarnya lagi, cukup sekadar anda membersihkannya sendiri sahaja.

9. ATF (Automatic Transmission Fluid)
Minyak ni memang penting bagi kenderaan jenis AUTO. Dalam buku manual ada dinyatakan setiap 20,000 km perlu ditukar. Tetapi boleh dilanjutkan hingga 30,000 km kepada pengguna yang ingin berjimat.
Jangan abaikan (contohnya tidak tukar lebih dari 30,000 km) kerana kerosakan kepada AUTO gearbox perlukan perbelanjaan yg besar.
Kalau anda rajin tukar, kereta anda tidak perlu Transmission Flush seperti yg disyorkan oleh sesetengah bengkel.

10. GEAR OIL
Untuk mereka yg pakai manual gearbox, kereta anda tak perlu pakai ATF tetapi sebaliknya perlu gunakan Gear Oil. Ia boleh tukar dalam 60,000km perjalanan sekali.

11. BRAKE FLUID dan POWER STEERING FLUID
Kalau rajin boleh flush keluar ganti baru setiap 60,000 km.

12. RADIATOR COOLANT
Harga sebotol adalah RM8 – RM15. Selalunya berwarna hijau! Setiap 60,000km bolehlah ditukar sekali.
Jikalau air radiator anda berwarna jernih, maknanya guna air paip biasa sahaja dan tidak berapa bagus. Gunakanlah coolant, enjin lebih cepat panas dan juga tak mudah mendidih!

13. AIR-COND BELT / ALTERNATOR BELT
Belt-belt ni perlu ditukar sama waktu dengan timing belt, seandainya kita terlupa menukarkannya sewaktu servis sebelum-sebelum ni.
Belt Air-con dan juga alternator mudah dikenal pasti akan perlunya ditukar atau tidak. Ini kerana belt-belt ni letaknya diluar dan boleh nampak.
Kalau bahagian “ribs”nya dah ada”crack-crack” yang halus. Maka eloklah ditukar belt tersebut. Jangan tunggu masa timing belt nak tukar, baru nak ditukar belt-belt ini.

14. Adalah diingatkan maintenance schedule yang ikut “km” atau masa “3 bulan”, “6 bulan” dan seterusnya ni hanya memudahkan pengguna-pengguna kereta melakukan penyelengaraan.
Maksudnya, benda yang kita tukar tu belum tentu rosak, tapi kita dah tukar. Preventive maintenance ni mampu mengelak dari pengguna kereta menghadapi kerosakan yang kritikal dimasa akan datang!

15. MINYAK HITAM
Untuk minyak mineral, perlu ditukar selepas 5000 km ataupun 3 bulan, manakala minyak semi-sintetik utk 10,000km atau 6 bulan, dan minyak sintetik selepas 15-20,000 km atau 1 tahun.
Berhati-hati ketika membeli minyak hitam di kedai spare part kerana terdapat minyak “tidak berkualiti” yang disediakan oleh pengusaha atau mekanik bengkel.
Botol mungkin ada cap jenama Castrol, Shell, Petronas, Eneos dan lain-lain. Tetapi dalam tu sebenarnya adalah minyak murah “made in china”. Dlm satu hari ada beribu-ribu botol minyak hitam kosong wujud di bengkel-bengkel.
Pengusaha bengkel tertentu mengarahkan pekerjanya untuk mengambil botol-botol kosong ini dan refill serta diletakkan seal baru supaya dapat mengaut keuntungan lebih.
Adalah lebih selamat beli minyak di stesen minyak yang pasti tulen. Melainkan kalau betul-betul yakin dengan kedai spare part yang anda kunjungi itu.

16. MINYAK GEAR
Jika manual, perlu ditukar setiap 40,000km untuk kereta baru (kurang 5 tahun), setiap 20,000km untuk kereta atas 5 tahun atau apabila gear shift rasa ketat.
Paling bagus untuk kereta lama ialah gunakan gearbox treatment. Minyak gear ATF pula perlu ditukar setiap 20,000km. Sama seperti di atas.

17. FLUSH
Kalau dalam buku tiada dinyatakan, maka tidak perlu ditukar. Begitu juga dengan Air Filter. Coolant perlu tukar tiap-tiap 20,000km. Jika nak tukar tiap-tiap 50,000km pun boleh dengan syarat guna air suling or RO water. Timing belt ditukar setiap 80,000km.
Tapi pernah terjadi stretch sampai 110,000km(Wira 1.6xli) tanpa masalah sebab menggunakan timing belt original Mitsubishi dan ia selalu inspect timing belt keretanya. Tiada merekah, “gigi” masih elok maka tak perlu ditukar.
Aircond belt, altrnator belt, power steering belt – tukar semasa tukar timing belt atau apabila nampak rekahan.

18. WATER PUMP
Ditukar apabila menukar timing belt untuk kali ke dua. Katakan anda menukar timing belt setiap 80,000km, maka apabila anda menukar timing belt utk kali kedua pada 160,000km, elok ditukar sekali water pump kerana hayatnya pun hampir tiba.
Nak tukar water pump perlu buka timing belt terlebih dahulu. Jadi kalau dibuat pada masa yang sama, tiada caj tambahan dikenakan.
Spark plug ditukar setiap 20,000km. Ataupun selagi plastik di bahagian tengah masih berwarna putih dan tiada kesan terbakar. Jadi kena selalu check spark plug.
Kalau spark plug anda berminyak, ianya bermaksud enjin sudah agak uzur dan perlu dioverhaul kerana piston ring sudah haus. Asap biru dibahagian ekzos juga adalah tanda piston ring haus dan minyak hitam terbakar.
Walau bagaimanapun, ini bukanlah servis biasa tetapi servis major. Head gasket ditukar apabila minyak leaking dikawasan tersebut. Atau sekiranya berlaku coolant loss akibat daripada blown head gasket. Buat grind valve sekali. Kerja penyelenggaraan ini dikenali sebagai top-overhaul.

19. Biasanya top overhaul tidak diperlukan kepada kereta bawah 7 tahun atau 200,000km.
Tetapi ada juga yang mencapai perjalanan dalam 7-80,000km atau kurang 5 tahun sudah kena top overhaul kerana pemilik tidak cermat. Brake pad ditukar bila haus atau bila rasa brake kurang menggigit. Biasanya kereta berusia 3 hingga 4 tahun sekali.
Minyak brake juga pun sama, brake belakang tahan lebih lama dari brake depan biasanya dua kali ganda jangka hayatnya.

20. Pada asalnya, enjin pembakaran dalaman menggunakan camshaft yg di letak di dalam blok enjin.
Secara asasnyanya pertukaran timing belt pada setiap 100,000km mengikut ketetapan pengeluar di Jepun. Tetapi Jepun adalah negara bercuaca sederhana sejuk manakala cuaca di Malaysia lebih panas dan mampu mempercepatkan proses wear and tear timingbelt yang dibuat dari adunan getah, plastik dan fibre glass.
Jadi adalah dinasihatkan pertukarannya dibuat lebih awal iaitu antara 90,000km. Bagi alat ganti timing belt berkualiti rendah, anda perlu menukar lebih awal, dalam sekitar 60,000km jarak perjalanan.

21. Sesetengah pengeluar seperti Alfa Romeo mencadangkan pertukaran timing belt pada jarak hanya 30,000km bagi semua enjin straight 4 twin spark dan juga enjin V6 bagi model sebelum tahun 1999.
Pada tahun 1996 dahulu, ada juga pemilik bengkel memberitahu timing belt boleh tahan sampai 100,000km, tak perlu tukar pada bacaan 30,000km. Kemudian, kereta kena tarik masuk bengkel sebab timing belt putus dan enjin kena overhaul. Bacaan odometer ketika itu = 35,000km. Maka moralnya adalah kita perlu patuhi spesifikasi servis dan penyelenggaraan pengeluar.

22. Model seperti Honda CRV pada mulanya menggunakan timing belt, tetapi untuk model CRV baru generasi kedua, Honda juga kembali memperkenalkan timing chain melalui enjin i-VTEC.
Ianya tidak memerlukan pertukaran biarpun sudah mencecah 500,00km lantas menjimatkan kos dan menjaga alam sekitar. Sekiranya mekanisme rantai mengeluarkan bunyi, anda hanya perlu tukar tensioner bearing dan segalanya pulih seperti sedia kala.

P/S Untuk itu, tiada lagi alasan untuk anda tidak tahu mengenai perkara asas tentang kenderaan anda. :)