Thursday 31 March 2011

CHEVROLET CRUVE SPECIAL EDITION

Okay hari ni saya nak update sedikit info tentang kereta2 mewah. Dari jenama Chevrolet dengan modelnya Cruze. Menariknya model ini hanya dikeluarkan sebanyak 300 unit sahaja untuk jualan. Apakah keistimewaan kereta ini?

Apa yang menariknya kereta ini? Menurut sumber yang kami terima, kereta ini base kepada model standard Cruze 1.8 LT, tetapi dengan rekaan special edition kali ini ianya ditambah dengan beberapa solekan dari pereka khas termasukbumper hadapan dan roda yang lebih bersaiz besar. Harganya pula anda boleh dapati pada RM 97,888 sahaja. Pendek kata, dapat sahaja kereta ini tak payah nak solek atau custom lagi sebab memang dah nampak sporty dah.

Wednesday 30 March 2011

AUDI A8 L 3.0 TFSI RM658,800

Sekali tengok pasti anda berasa teruja juga melihat rekaan terbaru Audi A8 ini. Ia mungkin dikatakan mampu menyaingi S-Class ataupun 7-Series. Kereta ini boleh dibeli dengan harga RM 658,800 termasuk insuran. Dengan pickup yang baik iaitu ia boleh mencapai kelajuan 100 KM/H dalam masa 6.2 saat sahaja daripada kelajuan penuhnya 250 KM/H. Saya pasti anda teruja melihat kenderaan ini, walaubagaimanapun pilihan ditangan anda. Inilah sedikit review dari saya.

Sunday 27 March 2011

HONDA BRIO DI BANGKOK MOTOR SHOW!

Rasanya ramai yang masih belum pernah tengok Honda Brio ataupun dengar namanya di Malaysia ni betul tak? Tapi kalau dalam internet mungkin sudah ada. Kalau ada pun yang menggunakannya mungkin dalam jumlah yang begitu kecil. Jadi saya nak tunjuk sedikit gambar Honda Brio ini bagaimanakah rupa bentuknya. Jika dilihat ianya mungkin seperti Perodua Viva untuk gambar di atas betul tak? Namun di bahagian dalaman pula ciri2nya sudah mendapat sentuhan moden dan exklusif. Walaupun nampak simple tetapi mempunyai ciri2 rekaan yang mewah juga.

Wednesday 23 March 2011

GAMBAR PERODUA MYVI 2011 BARU DIRAKAM!

Jom kita tengok gambar yang berjaya dirakam oleh saudara Azani. Gambar kereta Perodua Myvi dengan design terbaru oleh Perodua. Dibawah saya sertakan tiga gambar yang berjaya dirakamkan. Anda boleh lihat sendiri pada tagging warna kuning berkemungkinan adalah aksesori tambahan ataupun perubahan yang telah dilakukan oleh Perodua.

Kemungkinan besar kereta Perodua Myvi 2011 baru ini akan dilancarkan pada tahun ini walaubagaimanapun tarikhnya masih samar2. Mungkin peminat Myvi seluruh tanah air tidak sabar untuk menatap wajah sebenar kereta ini, saya akan update gambar penuh Perodua Myvi baru 2011 ini akan datang... Tunggu :)

Friday 11 March 2011

PENGGANTI PROTON SAVVY?

Cuba anda semua perhatikan rupa bentuk kereta ini seakan Proton Savvy iaitu kereta compact keluaran Proton sebelum ini. Walaubagaimanapun, saya sendiri masih tidak pasti apakah nama kereta ini berikutan sumber maklumat yang kurang. Apapun saya akan bongkarkan dalam keluaran akan datang... Bagi saya, rekaan ini mungkin lebih besar sedikit dari Proton Savvy sebelum ini dan ianya diterapkan ciri2 lebih sporty dan menarik.

PERODUA ALZA M2 EDITION

Mungkin ramai tertanya2 apakah kelebihan Perodua Alza M2 ini dan kenapa hanya 500 unit sahaja dikeluarkan betul tak? Sebenarnya Perodua Alza ini mempunyai ciri2 atau kelebihan pada warnanya yang seakan-akan cerah kebiruan pada waktu malam. Lain2 rekaan adalah seperti karpet custom dan cover tempat duduk.

PROTON TUAH CONCEPT SPYSHOT!

Gambar ini dirakamkan oleh darylloy di salah sebuah highway elite di Malaysia.

Berita panas! Proton Tuah Concept yang pernah dipamerkan di KLIMS 2010 tahun lepas berjaya di rakam oleh darylloy di highway elite. Kepada yang masih belum melihat bagaimana rupa bentuk Proton Tuah ini, ia adalah seperti gambar dibawah ini.

Komen anda dialu2kan, bagaimana rupanya? Gempak bukan ;)

PROTON SATRIA NEO R3 PICTURES

Nak update beberapa gambar Proton Satria Neo yang lebih jelas untuk tatapan anda semua. Rasanya memang tidak dapat dinafikan lagi rekaan kali ini lebih ditumpukan kepada golongan muda. Walaubagaimanapun, golongan tua pun masih boleh memilikinya jika benar2 berminat,tidak salah pun. Mengenai harga pula, pihak kami belum dapat info yang tepat mengenai harga kereta ini tetapi apa yang pasti harganya tidaklah seperti Proton Satria Neo Lotus Edition yang dikatakan harganya terlalu mahal dan membebankan pengguna. Kalau anda ada apa2 nak komen tentang kereta Satria Neo R3 ini silakan :)



PROTON SATRIA NEO R3 SPYSHOT!


Gambar spyshot Proton Satria Neo R3 terbaru sedang dalam perjalanan ke pusat edar... Lepas ni pastinya kereta ini akan menggegar semua jalan raya terutama di lorong kanan highway2 di seluruh Malaysia!!! Pastinya ia direka bagi yang mencintakan kelajuan tetapi awas! kelajuan itu MEMBUNUH!

credit to sembang-auto ;)

Wednesday 9 March 2011

NEW DESIGN OF PERODUA MYVI 2011 SPOTTED


Kalau Proton sibuk dengan rekaan Facelift mereka, kini Perodua pula tampil dengan rekaan terbaru yang dikatakan akan menggantikan model terlaris masa kini di Malaysia iaitu Perodua Myvi. Ini adalah gambar yang berjaya dirakamkan oleh detektif khas. Menurut sumber, gambar ini dirakamkan berdekatan dengan Sungai Besi, Kuala Lumpur. kemungkinan besar ianya akan menggegarkan pasaran automotif tempatan tidak lama lagi. Walaubagaimanapun, rekaan di bahagian dalam kereta ini masih tidak dapat dirakamkan, mungkin dikeluaran akan datang saya akan postkan artikel mengenai ciri2 yang ditambahbaik dalam Perodua Myvi 2011 ini.

PROTON SAGA BLM R3 CUSTOM

Lama betul saya tak update blog ni. Hari ni agak terkezut juga saya melihat rekaan terbaru pemilik kereta Proton Saga BLM yang telah membuat beberapa pengubahsuaian melalui gabungan barang2 atau komponen berasaskan rekaan R3 dari Proton. Anda boleh tengok sendiri gambar2 yang telah disajikan dalam blog ini untuk tatapan anda semua.










Harap anda semua berpuas hati dengan gambar2 yang telah disajikan. Pada pemilik Proton Saga BLM, tepuk dada tanyalah selera. Kalau pocket anda penuh boleh tukar secepat mungkin kepada rekaan ini ;)

Sunday 6 March 2011

TEST DRIVE PROTON SAGA FL BARU

Apa khabar semua, dah lama aku tak update blog ni so hari ni nak update lah setelah aku selesai membuat sesi pandu uji Proton Saga FL baru milik bapaku sendiri, hehehehe... Dari segi handling memang mantap jika dibandingkan dengan kereta lain yang sama CC dengannya. Pendek kata kalau pandu kereta ni lebih kurang sama macam pandu Proton Saga BLM. Yang aku nak puji adalah ciri-ciri aksesori yang ditambah termasuk bumper belakang, memang dah cukup cantik manakala rekaan untuk lampu hadapan memang nampak lebih moden.

Untuk aksesori dalaman pula, butang kawalan yang terdapat pada stereng memudahkan lagi untuk kita mengawal sistem audio. Manakala butang kawalan ditambah untuk mengawal cermin belakang. Pendek kata Proton Saga FL ni penuh ciri-ciri kemewahan namun harganya masih lagi murah dan berpatutan.