Tuesday 18 December 2012

KEMPEN JANGAN PAKAI HELMET DALAM STESYEN MINYAK



Jangan pakai topi keledar (helmet) dalam stesyen minyak..! Itu adalah kempen terbaru yang dijalankan oleh pihak Shell dengan kerjasama Polis Malaysia. PPost Before “read more”

Ianya bertujuan untuk mengurangkan lagi kadar jenayah yang melibatkan kes samun di stesyen minyak yang mana suspek akan menggunakan helmet untuk melindungi diri mereka dari dirakam atau dikenali oleh orang ramai.

Kes seperti ini bukan sahaja berlaku di stesyen minyak malah di kedai runcit dan serbaneka lain.

Jadi adakah anda yang bekerja di stesyen minyak boleh tegur sesiapa yang masuk dengan memakai helmet? Sebab rata-rata mereka masuk ke dalam dengan helmet yang masih dipakai kononnya malas nak tanggal.

Namun, saya rasa memang perlu untuk kita tanggalkan helmet sebab ianya dapat membantu mengurangkan kadar jenayah samun yang berleluasa sekarang.

Monday 17 December 2012

PDRM GUNA KAWASAKI NINJA 250R


TERBAIK DARI LADANG! Selepas ini Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menambah jentera terbaru mereka dengan Kawasaki Ninja 250R!

Menurut sumber daripada Buletin Utama, ianya akan dirasmikan oleh Datuk Seri Najib Razak. Polis akan menggunakan motosikal berkuasa tinggi ini untuk membuat rondaan dan membanteras jenayah.

Selain itu, pihak Polis juga akan melatih anggotanya agar dapat menunggang motosikal ini samada dalam keadaan aman dan ketika situasi bahaya.



Kita rakyat Malaysia berharap dengan adanya jentera baru ini, rondaan bermotosikal perlulah dilakukan dengan kerap memandangkan jenayah di Malaysia kini semakin membimbangkan kita.

P/S: JELES gua tengok Polis dapat macam-macam...Tahniah PDRM.

CCTV PANTAU KAMERA AES ATAU APA?


Selepas dikhabarkan dengan beberapa berita mengenai Kamera Perangkap Kelajuan AES yang menjadi tempat lepas geram orang ramai akibat dari lambakan saman yang terpaksa mereka bayar. Pihak tertentu telah membuat satu inisiatif baru untuk mengelak dari berlakunya kejadian berkenaan.

Berikut adalah petikan daripada akhbar SINAR HARIAN bertarikh 15 Disember 2012,


SERDANG – “Saya langsung tidak tahu menahu mengenai pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) berhampiran lokasi Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) di Kilometer 6.6 Lebuh raya Lembah Klang Selatan (SKVE),” kata Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Selangor, Ronnie Liu.

Beliau berkata, bukan Kerajaan Negeri yang melakukan pemasangan terbabit dan mendakwa ia dilakukan tanpa kelulusan pihak berkuasa tempatan (PBT).

Menurutnya, tiada mana-mana pihak yang mengemukakan permohonan kebenaran merancang dan mendakwa pihak yang memasang peralatan itu tiada hak berbuat demikian tanpa keizinan PBT.

“Saya tidak diberitahu apa-apa mengenai perkara ini (pemasangan CCTV), memang tiada permohonan dibuat sebelum ini malah kebenaran untuk memasang AES juga belum diterima kami.

“Kerajaan Negeri bertegas, dalam tempoh 30 hari dari tarikh notis dikeluarkan 6 Disember lalu, sekiranya masih tiada kontraktor atau Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengemukakan permohonan, kita akan buka AES itu,” katanya, semalam.

Sementara itu, tinjauan Sinar Harian kira-kira jam 11.30 pagi semalam mendapati, tiga pekerja melaksanakan kerja-kerja pemasangan CCTV kurang lima meter dari kamera AES.

Pemasangan peralatan itu dipercayai bagi mengesan tindak tanduk pihak tidak bertanggungjawab selepas AES yang dipasang di situ pernah menjadi sasaran perbuatan vandalisme sebelum ini.

Namun begitu saya pasti masih ramai rakyat dinegara ini tidak bersetuju dengan pemasangan kamera perangkap hadlaju ini walaupun tujuannya dipasang adalah untuk menangkap mereka yang melakukan kesalahan.

Ada juga yang terkena ditempat yang hadlaju ditetapkan adalah 60KM/H dan ini agak menghairankan. Mungkin disitu tempat yang kerap berlaku kemalangan agaknya KOT.....

KERETA IMPORT JUGA 'LEMAU'


Pelik tapi benar! Ajaib bagaimana bahagian penyambung antara roda bahagian belakang boleh berputar dan tercabut seperti dalam gambar diatas?

Inilah hakikatnya tak semua kereta buatan luar negara baik dan utuh seperti yang selalu diperkatakan oleh sebilangan pengguna. Pendek kata tak semua kereta buatan luar negara itu bagus dan tidak semestinya kereta buatan nasional itu tidak bagus.

Bagi saya pengalaman yang membezakan mereka. Mungkin telah sekian lama mencebur diri dalam bidang permotoran membuatkan mereka lebih maju dari kita. Siapa tahu suatu hari nanti produk keluaran tempatan juga akan mampu bersaing dengan produk buatan luar negara.

Sunday 16 December 2012

TV3 MOHON MAAF ISU PELESIT REMPIT


KECOH! Itu yang berlaku apabila seorang wartawan tanahair yang cukup dikenali telah melemparkan kata-kata yang menyinggung warga superbike. Digelar 'Pelesit Jalanan', saya beranggapan ianya tidak sesuai dilemparkan kepada para penunggang motosikal kerana tidak semuanya yang bersikap tidak elok dan membahayakan pengguna jalanraya yang lain.






Pada hari sabtu lalu, wartawan program televisyen Majalah 3 Mazidul Akmal Sidek telah membuat satu laporan mengenai kamera AES dalam satu slot pada rancangan tersebut. Malangnya rancangan terbabit kini mendapat kritikan 'panas' daripada orang ramai akibat daripada salah faham dalam rancangan tersebut.



Berikutan itu, laman sosial Facebook wartawan terbabit teruk dilemparkan dengan kata-kata tidak puas hati oleh warga superbike amnya. Pihak TV3 lantas telah memohon maaf diatas kejadian terbabit kerana tidak menyatakan video rakaman oleh wartawan tersebut yang dinyatakan dirakam secara 'kebetulan' itu adalah video yang dilakonkan oleh penunggang upahan.

Saya berharap selepas ini pihak televisyen diminta mengkaji dahulu dan perlu lebih telus sebelum menyiarkan laporan-laporan sebegini kerana dikhuatiri menyinggung mana-mana pihak. Rakaman yang dipaparkan dikaca televisyen perlulah jelas dan benar.