Wednesday 30 September 2015

JPJ TERLIBAT KEMALANGAN DI GRIK


Gambar kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki oleh Pegawai Penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) terlibat kemalangan di 194 Grik di lebuhraya K. Kangsar ke Jelapang. Setakat ini tiada kemalangan jiwa dilaporkan, mudah-mudahan mereka semua selamat.


Mungkin faktor keadaan jalan yang agak licin akibat hujan sebelum ni menyebabkan pacuan empat roda Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) hilang kawalan dan terbabas.

HARGA BARU PETROL RON95 DAN DIESEL 1 OKTOBER 2015


Berkuatkuasa pada 12.01 tengah malam ini, harga baru petrol Ron 95 dan Diesel akan naik lagi.

Harga baru petrol Ron 95 adalah RM2.05 manakala harga baru Diesel adalah RM1.90 berkuatkuasa pada 1 Oktober 2015.

Harga baru Petrol Ron 95 dan Diesel di Malaysia setakat ini dilihat mengikut bulan ke bulan.

Apapun kita tunggu pengumuman KPDNKK di laman facebook. Dan admin pasti berita ini tidak akan keluar didalam TV.

Sekian laporan Harga Baru Petrol Ron 95 dan Diesel 1 Oktober 2015.

Tuesday 29 September 2015

PROTON IRIZ MODIFIED STANCE HELLAFLUSH 2015


Admin jumpa gambar Proton Iriz Modified ni dalam Google Search Engine tadi. Masa tu tengah cari-cari gambar terbaru Proton Iriz Modified ni, sebab makin berkenan pula tengok rekaan dia yang tampak lebih moden. Rasanya rupa bentuk Proton Iriz ni juga lebih moden berbanding Perodua Myvi Baharu tu kan.


Untuk pengetahuan korang, gambar di atas adalah gambar Proton Iriz Modified yang telah diubahsuai chamber tayar depan dan belakang. Orang panggil benda ni Hellaflush, ada yang panggil Stance dan Fitment serta macam-macam lagi lah. So berapa thumbs up korang nak bagi untuk gambar ni? Ayuh, komen dibawah dan share :)

AZWAN ALI MAKI PEMINAT SEBAB PERKATAAN JB


Tak faham betul dengan peel si Azwan Ali @ Diva AA ni. Sensitif betul dengan perkataan berkaitan job ni. Agaknya memang dia betul-betul sesak takde job ke ape sampaikan JB singkatan bagi Johor Bahru pun dia ingat job. Kesian betul, tolong lah pihak TV bagi si Azwan Ali ni banyak sikit job... ~

P/S Ada aku kesah?

PASARAYA TIPU TARIKH LUPUT BARANG DI MELAKA


Berhati-hati bagi mereka yang tinggal di Melaka, juga yang datang ke Melaka tak kiralah bercuti ke, melawat saudara atau kawan ke tapi kalau nak singgah mana-mana kedai atau pasaraya tu kena tengok betul-betul. Sebab Melaka dah ada kes sebuah Pasaraya yang menipu pelanggannya. Mereka menukar tarikh luput barang terbabit dengan memadamkan tarikh lama dan diganti dengan tarikh baru. Tak ke bahaya tu? Kesannya boleh mendatangkan mudharat pada mereka yang makan makanan tersebut.


Nak tau lokasi pasaraya yang tipu tarikh luput tu? Lokasinya di Cheng, Melaka. Admin dah tau dah mana satu pasaraya yang buat hal ni tapi tak nak lah admin hebohkan cuma hati-hatilah kalau anda nak beli barang di Cheng tu ye.

Antara kesalahan yang dilakukan termasuk menjual produk makanan melebihi tarikh luput, pelabelan produk yang salah dan turut melibatkan kesalahan berkaitan aspek keselamatan di premis tersebut.

Pegawai Kesihatan Persekitaran, Jabatan Kesihatan Melaka Muhammad Ridzuan Mohd Sarif berkata pihaknya merampas beberapa produk makanan kerana kesalahan label dengan nilai rampasan RM 229.40 manakala kesalahan tarikh luput, nilai rampasan berjumlah RM616.80.

P/S Buat malu nama Melaka je!

Monday 28 September 2015

KAJIAN MENDAPATI LELAKI BADAN SADO TIDAK KUAT


Kajian yang dilakukan oleh para penyelidik dari Universiti Manchester Metropolitan di Britain mendapati bahawa lelaki yang berbadan sado ni kurang stamina berbanding lelaki yang sama seperti orang biasa akan tetapi sedikit berotot. Sebagai contohnya, para atlet sukan. Mereka ini dilihat boleh menjana tenaga yang lebih banyak berbanding mereka yang berbadan sado iaitu yang mempunyai otot lebih besar.

Jika dilihat, ada logiknya kerana mereka yang berotot besar ini lebih berat. Jadi, jika badan berat maka lebih banyak tenaga yang perlu atau akan dibakar. Selain itu, para atlet ini dilatih senaman seperti cardio (jogging), berbasikal, senaman intensiti tinggi (HIIT) jadi mereka ini dipelbagaikan dengan berbagai aneka corak senaman. Oleh itu, badan mereka lebih mudah diadaptasi. Ini berbeza dengan mereka yang berotot atau sado, dimana kebanyakkan waktu mereka dihabiskan di dalam gym sahaja.

Ada juga segelintir daripada mereka yang membuat senaman cardio seperti berlari atau berjogging tapi sangat sedikit bilangannya. Jadi, abam sado diluar sana mohon jangan terasa ya. Lagipun ini hasil daripada apa yang penyelidik ni dapat.

Peace ~ Admin kalau dapat sado pun dapat badan macam model pun dah cukup. Hehehe..

SERPIHAN KONKRIT JATUH LAGI BERHAMPIRAN UPM


Serpihan konkrit yang jatuh dekat PLUS Highway berhampiran UPM di KM305.4 menghala ke Sungai Besi hampir meragut nyawa. Bahaya betul sekarang ni, siapakah yang harus dipersalahkan? Kejadian seperti ini boleh mengundang padah dan boleh menyebabkan kemalangan jiwa.

Harap pihak berkuasa segera memantau, sebab dah terlalu banyak sangat kes binaan yang tidak kukuh berlaku dalam Malaysia ni. Masing-masing nak cut coss tapi tak fikir bahaya yang mendatang.

Sunday 27 September 2015

TIPS SERVIS PERODUA MYVI DI PUSAT SERVIS PERODUA

Beberapa hari yang lalu aku menemankan anak ke Pusat Servis Perodua di Lembah Kelang untuk membuat servis ketiga @ 10,ooo km. Kenapa aku menemaninya?

Pertama: Aku tak mahu anak kena tipu atau dikelentong oleh ‘Service Advisor’ yang sememangnya sudah di ‘indoktrin’ untuk ‘menyembelih’ pemilik kereta yang mereka anggap ‘makan-able‘.

Kedua: Aku mahu anak mengerti haknya sebagai pengguna.

Ketiga: Aku mahu anak belajar bagaimana orang tua ini menyampaikan mesej simple tapi tegas kepada ‘Service Advisor’ dan Puast Servis bahawa “Kereta aku punya, duit aku yang keluarkan, tugas kamu ialah melakukan apa yang ku arah.”

Arahanku: Tukar engine oil dan oil filter…sahaja seperti yang disaran oleh pembuat kereta (Manufacturer).

“Tak boleh pakcik, untuk servis 10,000 km spark plug kena tukar, dah masuk dalam pakej.” Service Advisor yang sudah diprogram seperti robot menjawab.

Aku pun menunjukkan kepada Service Advisor “Owner’s Manual” yang dikeluarkan oleh pembuat kereta, dan menunjukkan kepadanya tentang jadual senggaraan berkala atau routine maintenance yang tercatit dalam buku tersebut.

Manufacturer menyaran spark plug hanya perlu DIPERIKSA setiap 30,000 km, dan bukan wajib ditukar setiap 10,000 km.

Ia…..diperiksa setiap 30,000 km.

Perhatikan carta di bawah, dan arahan manufacturer yang tentunya lebih arif dibanding pusat servis. Dan perhatikan juga kedangkalan pemahaman mereka (Service Advisor) tentang jarak antara servis.

  • Servis pertama @ 1,000 km
  • Servis kedua @ 5,000 km
  • Servis ketiga @ 10,000 km

Apa yang sering diamalkan atau disalah-faham oleh pusat servis ialah tentang jarak antara servis pertama, servis kedua, servis ketiga dan seterusnya. Fahaman mereka bahawa servis kedua adalah 5,000 km selepas servis pertama. Atau dalam lain perkataan, kalau servis pertama dilakukan genap 1,000 km, maka servis kedua adalah pada 6,000 km, dan servis ketiga pada 11,000 km. Itulah fahaman songsang mereka yang tak dapat mengerti ‘simple guideline’.

Perhatikan lagi carta di bawah:

Selain servis 40,000 km dan 80,000 km di mana penapis udara (Air Filter) dan minyak gear (Gear Oil) perlu ditukar, yang lainnya cuma mewajibkan penukaran Engine Oil dan Oil Filter. Arahan selebihnya hanya ‘periksa’ dan BUKAN ‘tukar’.

carta senggaraan berkala yang di scan dari buku “owner’s manual”

Berbalik kepada servis 10,000 km Myvi milik anak. Perhatikan inbois yang admin sunting di bawah.

Perhatikan arahan Service Advisor (setelah disanggah oleh admin) kepada mekanik – Customer Own Words: DO BASIC SVC.

Dan perhatikan komen mekanik – SPARK PLUG O.K.

Inbois Senggaraan 10,000 km Myvi Auto

Sedikit nota tentang spark plug…kalau spark plug tak boleh bertahan untuk sekurang-kurangnya 50,000 km, itu bererti ada sesuatu yang tak kena dengan injin. Dan jika berlaku ke atas kereta yang masih dalam tempoh ‘waranti’, pengeluar kereta wajib mengambil tindakan pro-aktif. Kalau injin tidak bermasalah, spark plug masih dalam keadaan baik walaupun sudah digunakan berpuluh ribu km.

Untuk servis 10,000 km yang dilakukan hari itu, dan atas arahan admin, Pusat Servis hanya tukar Engine Oil, Oil Filter dan Drain Plug Gasket. Semuanya anak admin kena bayar RM101.05 (Seratus satu ringgit lima sen) SAHAJA.

Dan kalau kita tau hak sebagai pengguna, itulah juga jumlah yang perlu dibayar untuk servis 20,000 dan 30,000 km.

Tapi kalau kita tak tau dan bergantung sepenuhnya dengan saranan lintah darat @ Service Advisor, maka bersedialah untuk disembelih.

Bagaimana mereka menjadikan pengguna sebagai korban?

Teruskan membaca.

Perhatikan dua carta di bawah yang disalin dan tempel dari laman sesawang Perodua, dan bandingkan dengan carta paling atas yang discan dari Owner’s Manual.

Kalau anda hanya tau mengangguk macam burung belatuk dan akur dengan setiap saranan Service Advisor, maka untuk servis 20,000 km Myvi Auto, anda terpaksa membayar minima RM 393.65. Bererti, anda kena ketuk RM 292.60 (393.65 – 101.05)

Untuk servis 30,000 km, anda terpaksa membayar minima RM 202.97. Bererti anda kena ketuk RM 101.92 (202.97 – 101.05)

Kenapa admin guna perkataan ‘minima’?

Terdapat segelintir Service Advisor yang mengambil kesempatan terhadap kedangkalan pemahaman pemilik kereta di negara kita. Mereka akan mencadangkan tukar spark plug “iridium”, masukkan bahan pencuci cermin (windscreen washer fluid), masukkan additive engine oil, gear oil, dan buat wheel alignment serta wheel balancing setiap kali anda menghantar kereta untuk diservis walaupun pada hakikatnya kereta anda tidak memerlukan alignment/balancing sekerap itu.

Pernahkan pemilik kenderaan memikirkan: Berapa commission yang dibayar oleh kedai tayar kepada Sales Advisor bagi setiap kenderaan yang dihantar untuk alignment/balancing?

Panduan senggaran Pusat Servis Perodua (Myvi) yang membebankan pengguna – berbeza dengan saranan dalam Owner’s Manual yang dikeluarkan oleh pembuat kereta dan pemberi jaminan

Carta PERODUA SERVICE CENTRE yang membebankan pemilik kenderaan menunjukkan barang yang perlu ditukar pada setiap 20,000 km servis sedangkan pembuat kenderaan menyaran untuk dilakukan setiap 40,000 km servis

Dipetik dari: Utuhpaloi dot com

JEREBU TERKINI - GUNUNG LOKON TERBAKAR, MALAYSIA DAN SINGAPURA TERIMA KESANNYA


Jerebu yang melanda negara buat kali kedua baru-baru ini rupanya bukan sebab pembakaran terbuka seperti yang berlaku sebelum ini. Kalau anda buka website Jabatan Alam Sekitar, anda boleh lihat sendiri keadaan IPU Terkini yang berada diparas tidak sihat.


Kalau korang perasan, jerebu kali ini lebih kuat bau asapnya berbanding sebelum ini. Puncanya disebabkan letusan Gunung Lokon di Indonesia yang menyebabkan kebakaran yang besar. Efeknya, negara Singapura dan juga Malaysia telah menerima jerebu yang teruk. Beberapa sekolah di Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Selangor akan ditutup pada 28 September 2015.

Jadi pada anda yang bercuti diluar, kurangkan aktiviti luar sebab jerebu kali ini agak berbahaya untuk kesihatan kita.

Saturday 26 September 2015

11 BUAH MODEL FERRARI KE MALAYSIA ALAMI MASALAH BEG UDARA


FERRARI baru-baru ini telah membuat kenyataan bahawa terdapat lebih 2,600 buah kereta Ferrari yang terdiri dari model 458 Italia, 458 Spider, 458 Speciale / Speciale A, California T, FF, F12 Berlinetta dan juga LaFerrari, yang dibuat pada 19 Disember 2014 hingga 29 April 2015. Rentetan daripada itu, sebanyak 11 buah model Ferrari yang akan dihantar ke Malaysia juga mengalami masalah pemasangan beg udara yang salah dibahagian pemandu. Fuh, bukan calang-calang kereta ni malah harga bukan murah ni bang... Sportcar atau Supercar ni memang mahal giler harganya tapi masih boleh berlaku kesilapan sewaktu pemasangan dibuat. Inilah yang dikatakan 'human error' yang memang kita tidak boleh elakkan.


Bercakap mengenainya lagi, pengeluar kereta terkemuka dunia itu berkata antara sebab ianya berlaku datang daripada sebuah Syarikat yang di sub kan untuk memasang part berkenaan iaitu Takata Corp.

P/S Siapa agaknya pemilik 11 buah model Ferrari yang akan dihantar ke Malaysia tu nanti ye :)

Friday 25 September 2015

SKANDAL VOLKSWAGEN 11 JUTA KERETA


Bila cerita pasal skandal kereta ni automatik mindset kita akan cakap, "Wow! Ini pasti pasal Proton ni..." Walhal sebenarnya diluar sana banyak syarikat pengeluar kereta gergasi yang kita sanjung selama ini, yang kita idamkan selama ini rupanya banyak juga skandal mengenai penglibatan mereka. Begitu juga masalah kerosakan pada enjin, sebelum ni kita dengar berita mengenai Honda Malaysia Panggil Semula City 2014 dan Jazz 2015.


Berikut adalah sedikit petikan yang diambil dari laman sesawang Astro Awani berkenaan skandal terbaru melibatkan kumpulan Volkswagen.

DAKWAAN penipuan ujian pelepasan toksik kereta keluaran kumpulan Volkswagen AG melibatkan sekitar 11 juta unit yang menggunakan enjin jenis EA 189.

Dalam satu kenyataan terbaharu yang dikeluarkan Volkswagen, syarikat Jerman itu turut menegaskan model baharu yang menggunakan enijn diesel EU6 yang kini berada di pasaran mematuhi peraturan standard alam sekitar Eropah.

Berikut pengumuman terbaharu itu, saham Volkswagen menjunam lebih 20% lagi pada Selasa.
Syarikat pembuat kereta Jerman itu turut mengumumkan simpanan dana sekitar AS$7.3 bilion untuk melindunginya akibat kejatuhan berikutan skandal yang menjejaskan reputasi Volkswagen.

Skandal penipuan Volkswagen terhadap ujian pelepasan toksik yang dijalankan Agensi Perlindungan Alam Sekitar Amerika Syarikat (EPA) didedahkan Jumaat lalu.

EPA mendakwa Volkswagen menggunakan sebuah perisian kereta diesel yang memperdaya pengawal selia pengukur pelepasan toksik.

Namun Volkswagen menegaskan perisian yang dibina pada kereta diesel itu tidak memberi kesan kepada kawalan, penggunaan minyak dan juga pengeluaran asap.

Pihak berkuasa Amerika juga mengarahkan Volkswagen memanggil semula hampir setengah juta kereta yang terlibat.

482,000 model kereta yang terlibat termasuk Volkswagen Golf (2009-2015), Beetle, Jetta and Beetle, Volkswagen Passat (2014-2015) and Audi A3 (2009-2015).
Volkswagen AG memiliki beberapa jenama kenderaan ternama di dunia termasuk Audi, Seat, Skoda, Bentley, Bugatti, Porsche dan Lamborghini.

Thursday 24 September 2015

KARNIVAL ALAMI PROTON DI PROTON COE - 3 & 4 OKT 2015


Jom kita meriahkan Karnival 'open day' Proton di Karnival ALAMI PROTON bertempat di PROTON Centre of Excellence di Shah Alam pada 3 dan 4 Oktober 2015, 10 pagi hingga 7.00 malam.

Pelbagai aktiviti menarik dijanjikan dan pastinya ia sangat meriah. Terdapat juga pameran model-model Proton termasuk dari R3 dan Lotus. Jadi anda semua, jangan lepaskan peluang ini :)

Kot sesiapa yang ada persoalan mengenai kereta juga boleh datang kerana ramai tenaga pakar yang akan berada disana nanti. Jadi siapa tak datang memang rugi sangat2 lah :P

SERAMAI 717 JEMAAH HAJI TERKORBAN PADA TAHUN 2015


Berita sedih yang kita dengar selepas dari tragedi runtuhan kren di tanah suci Makkah. Berlaku lagi tragedi yang sungguh menyayat hati apabila para jemaah yang bersesak-sesak merempuh sesama sendiri ketika melontar jamrah dilakukan. Dikhabarkan sebanyak 717 orang jemaah telah terkorban (Ya Allah, kau terimalah haji mereka dan kau ampunkanlah mereka serta tempatkan lah mereka dikalangan orang yang beriman dan beramal soleh. Al-Fatihah).

Difahamkan, TIADA JEMAAH DARI MALAYSIA terlibat.

Setakat ini korban tragedi direkodkan adalah:

Tahun 1990 - 1426 orang
Tahun 1994 - 270 orang
Tahun 1998 - 180 orang
Tahun 2004 - 244 orang
Tahun 2006 - 364 orang
Tahun 2015 - 717 orang

Al-Fatihah buat mereka semua...

HONDA MALAYSIA PANGGIL SEMULA CITY 2014 DAN JAZZ 2015


Honda Malaysia telah mengumumkan penarikan balik sebanyak 12.232 unit Honda City tahun 2014 dan 97 unit Honda Jazz tahun 2015 kerana masalah perisian kawalan tekanan hidraulik yang tidak betul yang menjejaskan fungsi CVT itu sendiri.

Syarikat itu berkata bahawa terdapat satu keadaan di mana satu anjakan yang cepat ketika pedal minyak ditekan pada kelajuan tinggi, tekanan hidraulik yang tinggi akan menyebabkan kenderaan ini mengalami kehilangan kuasa ketika kita memandu.

Langkah ini bertujuan untuk membetulkan modul kawalan enjin (PCM) dalam kereta yang terjejas apabila perisian CVT dikemaskini. Ianya mengandungi perisian pengurangan tekanan. Sehingga hari ini, tiada sebarang kemalangan atau kecederaan yang berkaitan dengan isu ini yang dilaporkan di Malaysia.


Honda Malaysia berkata ia mengambil langkah pencegahan bagi memastikan keselamatan pelanggan dan pihaknya kesal atas kesulitan yang dialami. Pelanggan akan dimaklumkan melalui surat yang di hantar dan ia termasuk butiran mengenai maklumat produk. Pelanggan yang menerima surat itu dinasihatkan supaya menghantar kenderaan mereka kepada Wakil Sah Honda yang terdekat untuk ujian pemeriksaan kenderaan. Segala caj atau bayaran akan ditanggung sepenuhnya oleh Honda Malaysia.

Wednesday 23 September 2015

BAJET 2016 - HENTIKAN JUALAN MOTOSIKAL 300CC 90CC ATASI GEJALA REMPIT


Satu kenyataan yang dipetik dari blog NajibRazak dot com dimana salah seorang melontarkan cadangan agar jualan motosikal dibawah 300cc dihentikan untuk mengurangkan gejala rempit di negara ini. Persoalannya....

Adakah itu dilihat relevan?
Adakah semua rakyat dinegara ini menggunakan motosikal untuk buat rempit sahaja?
Adakah pengguna motosikal berkuasa besar tidak merempit?
Terkesankah jika cadangan ini dilaksanakan, ia akan menyusahkan rakyat berpendapatan rendah?

Itu adalah sedikit sebanyak persoalan yang akan dilontarkan jika cadangan tidak masuk akal ini dilaksanakan. Dan admin pun tak tahu malah tak kenal pun siapa pelontar cadangan ni, mungkin dia seorang yang banyak duit dan tak perlu fikir soal nak beli motor sebab dah biasa naik kereta ke sana sini agaknya. Walau apa cara pun, admin tetap tidak bersetuju kerana gejala rempit ini berlaku bukan sebab motosikal tetapi individu itu sendiri serta pengaruh rakan.

Kalau anda ada sebarang cadangan atau komen boleh lah kongsi dengan admin dibawah ni, kita sama-sama berikan pendapat. Mungkin anda ada banyak perosalan atau cadangan yang nak dikongsi bersama. Sebelum tu jom kita layan video kat bawah ni, Adios :)


BAYAN LEPAS PENANG BANJIR


Beginilah keadaaan apabila air mula naik akibat hujan tanpa henti selama 6 jam semalam di Bayan Lepas, Pulau Pinang.


Beberapa kawasan di sekitar negeri ini dinaiki air, kesian betul mereka terpaksa sambut raya dengan keadaan begini. Apapun inilah ujian Allah ke atas hambanya.


Kepada anda yang balik ke kampung tu sila lah berhati-hati ketika memandu, jangan lupa solat juga bagi yang muslim. Adios Amigos... Ingat, kelajuan maksimum dibenarkan hanya 110KMH sahaja.

Tuesday 22 September 2015

RIBUT TAUFAN BAWA JEREBU KE MALAYSIA


KUALA LUMPUR: Beberapa kawasan di Semenanjung Malaysia dan Sarawak dijangka terjejas ekoran ribut taufan di timur Filipina yang menolak angin dan membawa jerebu dari Indonesia kembali ke Malaysia mulai hari ini. Pegawai Meteorologi Kanan Pusat Cuaca Nasional, Dr Mohd Hisham Mohd Anip, berkata kawasan terlibat di Semenanjung termasuk bahagian selatan Perak ke bawah, pantai Barat hingga ke Johor serta sebahagian Pahang dan beberapa kawasan di Sarawak.

"Kawasan ini akan menerima angin ribut taufan yang membawa jerebu dari Indonesia namun tidak dapat dipastikan sejauh mana tahap keadaan jerebu yang akan berlaku," katanya kepada Bernama. Beliau berkata terdapat kemungkinan berlaku semula jerebu selepas keadaan beransur pulih dalam tempoh seminggu lepas, tetapi ia bergantung kepada tiupan angin sama ada sangat perlahan atau kuat dalam masa peralihan monsun yang sentiasa berubah-ubah. "Mungkin sukar untuk jerebu kembali tetapi sekiranya terdapat angin taufan yang baharu terbentuk, maka tidak mustahil jerebu akan kembali semula... semuanya bergantung kepada keadaan semasa," katanya.

Beliau berkata memandangkan angin yang bergerak itu berlaku di kawasan tekanan tinggi ke rendah, taufan akan tetap terjadi pada kawasan mempunyai tekanan rendah kerana kedudukan Malaysia berhampiran dengan tempat berlakunya jerebu. "Itu punca mengapa negara kita mudah menerima asap dari negara jiran dan saya jangkakan ia akan berakhir pada penghujung bulan ini," katanya. Dalam perkembangan lain, Mohd Hisham berkata musim peralihan monsun yang melanda negara kini masih dalam keadaan baik dengan tiupan angin kencang dan ribut petir serta hujan juga dijangka berkurangan sehingga tiupan angin berubah menjadi normal. "Musim ribut petir dan kilat dijangka berkurang dalam masa seminggu akan datang tetapi tetap hujan, namun tidak secara menyeluruh di semua tempat," katanya. Beliau berkata pihaknya juga menjangkakan selepas tiupan angin taufan itu berakhir akhir bulan ini, keadaan seperti ribut petir dan banjir kilat akan berlaku seperti sebelum ini. - BERNAMA

PROTON PERDANA 2016


Video Proton Perdana terbaru 2016 kini giat di viralkan terutama melalui facebook, youtube dan sebagainya melalui filem pendek berjudul 'Kapsul'. Apa yang kita dapat lihat, rekabentuk kereta ini amat menarik dan menekankan ciri-ciri kemodenan terkini. Admin pun tertarik dengan design yang menarik ini.



Namun ada sedikit kesamaan apabila diteliti, lampu belakang kelihatan seperti Proton Persona manakala rekabentuknya body kereta ini lebih besar dan jika dilihat seakan Mercedez. Namun itu hanya penelitian admin melalui video ini sahaja, gambar-gambar lain masih belum lagi dapat kita lihat. Harganya pula dikatakan mampu milik, sejauh manakah nilai mampu milik yang diperkatakan oleh pihak Proton? Bagi admin, untuk kereta jenis exsecutive ini jika harganya dibawah RM100k sudah memadai untuk dimiliki oleh rakyat Malaysia masa kini namun jika harganya seakan kereta import, maka kesannya ke atas jualan mungkin akan ada saingan yang lebih kuat dimana pengguna lebih cenderung kepada kereta import.

Apapun tahniah kami ucapkan kepada Proton! Chow~