Showing posts with label Isu Semasa. Show all posts
Showing posts with label Isu Semasa. Show all posts

Saturday, 23 July 2016

PENJELASAN ISU STEERING AUTOLOCK KETIKA MEMANDU


Hari ni share yang ni pula...

Ingat nak sentuh NCAP "Compatibility" pasal ramai sibuk bercerita pasal Bezza 5 Star Asean NCAP vs IRIZ 5 Star Asean NCAP vs Preve 5 Star ANCAP.
Masing-masing nak tunjuk dia yang paling kebal. Takpa simpan isu tu...lain kali kita sembang.

Kali ni nak sentuh pasal isu yang ramai dok kecoh mengenai Steering Wheel Lock sampai katanya ada yang terbabas.
Saya ada rahsia besar tentang System Steering IRIZ ni. Takpa biarlah saya bocorkan.
Let's begin..

Boleh ker Steering Wheel locked during driving.
Boleh...tapi macam kata P-Ramlee...kadang-kadang, jarang-jarang. Itupun saya baca untuk rujukan kes di luar negara.
Kalau ada itu memang kes besar dan memerlukan immediate containment action.

First kita perlu tahu tentang apa fungsi Steering Wheel Lock Ignition.
Steering Wheel Lock sebenarnya adalah mechanism for Anti-Theft dalam kategori Mechanical Operated Device, to prevent unauthorized engine ignition.

Kes steering wheel lock berpunca drp 2 perkara:
1. Key Mechanism worn out...especially old car.
2. Lock Pin Stuck kes yang berlaku pada Chevrolet.

Tetapi kebanyakkan kes yang berlaku sebenarnya bukanlah Total Locked tetapi Steering Wheel Berat nak mampus macam saka Mak Limah dok bertenggek atas steering.
Dan ini kerana Power Steering system down berpunca:
1. Power Steering Pump rosak
2. Engine terus shut down kerana masalah sensor rosak or engine problem.
(Ini selalu berlaku pada kereta buruk Nissan saya....huhuhu takda duit nak beli kereta baru)

So this is a secret untuk kereta IRIZ yang comel lotey macam Selena Gomez tu (nama melayu Sarimah Ghani asalnya)
IRIZ variant Premium dah mula tak pakai Steering Wheel Lock untuk makluman kalian.
IRIZ sudah mula mengunakan "Electronic Gear Shift Lock".

Apa Electronic Gear Shift Lock?
System ini buat pertama kali dalam dunia dibangunkan oleh Proton untuk mengatasi Steering Wheel Lock dan juga sebagai Anti Theft device.
Berani kawe claimed mcm ni pasal dulu kawe dan team yang developed system ni yang kami panggil Centralize Locking Unit (CLU). Beria ke Taiwan army guarded area tempat di mana CLU chip dihasilkan.

Mesti ada orang lain akan cakap...alaa OEM lain pun dah buat.
Jangan nak menipu....system CLU Iriz bukan setakat on engine dia akan activate.
System CLU dikawal oleh ECU yang hanya berfungsi apabila signal immobilizer active.
Step 1 immobilizer to communicate with ECU to start the engine.
Step 2 immobilizer to communicate with ECU to release the gear shift.
Coding drp CLU akan communicate dan encrypted signal dengan Continental ECU baru boleh start engine.
Maksudnya...kalau orang nak curi IRIZ dia kena hack 2 system immobilizer, ignition dan CLU.
So susah nak curi...tak tahulah ada yang terer macam Nicholas Cage macam cerita Gone in 60 seconds.

Itu kisah CLU...ini kisah Gear Shift safety.
Kereta dulu2....spt Wira or Gen2, start engine terus boleh masuk gear. Tak selamat.
Kalau anak kecil start engine terus boleh tarik gear lever ke R or D. Tak ker naya langgar dinding rumah.
Tapi kerana untuk memenuhi global requirements, Proton sudah apply Gear Lock.
Di mana perlu tekan brake baru Gear boleh shift daripada P ke R or D.
Dulu awal Proton guna cable type system. Tekan brake so cable akan tarik gear lock dalam Gear Shift Lever system.
Tapi sekarang Proton sudah guna solenoid to disengage the locking system yang berfungsi apabila menerima signal daripada ECU setelah brake ditekan.

Aaaa.....penat tulis panjang. Anyway to all Proton Sales guy....that is your selling point.
Kalau Perodua....sekecil benda pun dia jadikan selling point.

Sumber: Mukhlis Proton

Wednesday, 29 June 2016

PERODUA LANCAR KERETA SEDAN PERTAMA



Ura ura bahawa Syarikat Automotif Kedua Negara (PERODUA) akan mengeluarkan model sedan telah hampir menjadi realiti apabila gambar ini telah dimuatnaik di laman facebook dan ianya dijangkan dilancarkan pada 21 Julai 2016. Dan admin juga telah dapatkan beberapa info mengenai spesifikasi Perodua Sedan ini.

Maklumat awal mengatakan ianya akan didatangkan dengan enjin berkuasa 1.0L dan 1.3L namun enjin apakah yang akan digunakan masih lagi menjadi tanda tanya. Manakala bagi enjin 1.5L juga akan dilancarkan cuma waktu pelancarannya kemudian nanti dan mungkin ia akan didatangkan dalam bentuk facelift.


Perodua bakal memperkenalkan sistem mula-henti (start-stop) pada varian premium yang menyamai teknologi i-Stop digunakan Mazda2. Ini bermakna, Perodua Sedan ialah model segmen-B kedua di pasaran Malaysia yang menggunakan sistem berkenaan.

Sistem mula-henti berfungsi mematikan dan menghidupkan enjin pembakaran dalaman secara automatik bagi mengurangkan masa enjin melahu, sekali gus menjimatkan penggunaan bahan api dan pelepasan emisi. Ya, ia sistem sama yang digunakan kenderaan hibrid dan amat berguna ketika berdepan situasi kesesakan teruk.

Ciri keselamatan asas juga tidak dilupakan seperti beg udara dan sistem brek anti-kunci (ABS). Namun, sumber enggan mendedahkan apa-apa maklumat apabila ditanya sama ada Perodua akan melengkapkan sistem keselamatan ekstra seperti Bantuan Brek, Agihan Brek Elektronik (EBD), Kawalan Stabiliti Elektronik (ESC) atau Bantuan Daki Bukit (HSA).

Paling penting, kontroversi indikator lampu depan yang pernah disuarakan seorang warga Jerman tahun lalu sudah pun diatasi pada model Perodua Sedan ini. Jadi, tiada lagi alasan tidak membuka lampu kereta anda ketika memandu malam.

Harga pula ianya mungkin akan dijual pada RM35,000 hingga RM50,000 dan ini merupakan anggaran harga yang diberikan menurut sumber iu tadi. Apapun kita sama-sama tunggu berita mengenainya pada 21 Julai ini nanti.

Tuesday, 7 June 2016

HONDA CIVIC 1.5 TURBO 2016 ALAMI MASALAH OVERHEATING


Baru-baru ni kecoh dilaman FB, dilaporkan beberapa buah kereta Honda Civic1.5 Turbo tahun 2016 yang baharu dilancarkan mengalami masalah overheating. Kejadian dikatakan berlaku di Thailand. Cuba anda bayangkan, kalau ianya berlaku ke atas kereta keluaran Proton sudah tentu ianya akan mendapat kritikan dari netizen. Ini menunjukkan, bukan semua jenama gergasi dunia mampu menghasilkan kereta yang perfect dan tidak semestinya jenama yang baru diperkenalkan itu tidak mampu menyaingi produk yang sudah lama bertapak.



Jadi, apa komen anda semua mengenai kes ini?

Wednesday, 18 November 2015

KENAPA KERETA PROTON MURAH DI LUAR NEGARA?


SEBELUM ini, sudah banyak kali kita mendengar dakwaan harga jualan bagi beberapa model kereta keluaran Proton Holdings Bhd (Proton) di luar negara dikatakan lebih rendah berbanding harga dalam negara.

Ramai penulis blog dan pengguna mendakwa kereta Proton di negara seperti Australia dan Arab Saudi dijual jauh lebih murah.

Pemeriksaan Sinar Harian menunjukkan, sebagai contoh, Proton Preve di Malaysia dijual pada harga bermula daripada RM58,921 bagi model 1.6 Executive Manual, tetapi di Australia, model sama dijual pada harga RM46,964 (atau 15,990 dolar Australia).

Namun, jika dilihat dalam laman sesawang Proton Australia, harga asal Proton Preve di Australia ditetapkan pada RM55,775 (18,990 dolar Australia) dan harga RM46,964 itu hanyalah promosi Proton di sana.

Tetapi ada pula yang mempersoalkan, jika Proton mampu memberikan harga promosi serendah itu di Australia, mengapa tidak Proton melakukan perkara sama di Malaysia yang merupakan negara pengeluar kenderaan tersebut?


Harga Proton murah kerana perlu bersaing

Bagi mendapatkan jawapan mengenai isu harga Proton yang dikatakan lebih murah di negara luar berbanding Malaysia, Sinar Harian menghubungi salah seorang pakar industri automotif untuk mendapatkan penjelasan dan pandangan beliau mengenai hal tersebut.

Menurutnya, bagi syarikat pengeluar kenderaan termasuk Proton, apa yang penting adalah keuntungan keseluruhan, di mana kereta dijual di dalam Malaysia mahupun dieksport ke luar negara mestilah secara keseluruhannya memberi keuntungan.

“Apa yang saya tahu daripada Proton, apabila kereta Proton memasuki pasaran Australia buat pertama kali, mereka perlu bersaing kerana pasaran automotif di sana lebih kompetitif berbanding pasaran Malaysia.

“Begitu juga dengan harga kereta Proton di sana, tidaklah murah sangat cuma sedikit murah daripada harga di Malaysia. Ini kerana kalau dijual mahal di Australia, Proton mungkin menanggung risiko kekurangan pembeli," katanya yang enggan dikenali.

Menurut beliau, pada peringkat permulaan, apa yang penting adalah Proton perlu menembusi pasaran automotif di Australia serta meningkatkan kesedaran pengguna terhadap jenama Proton di negara itu, menyebabkan syarikat itu perlu menawarkan promosi terbaik termasuk harga jualan yang dilihat lebih rendah berbanding di Malaysia sendiri.


Tidak tahu sama ada Proton rugi atau untung

Walaupun kereta Proton dijual dengan harga murah di luar negara, tidak boleh dipastikan sama ada pengeluar kenderaan nasional itu memperoleh keuntungan atau mengalami kerugian.

"Kita tidak tahu mereka untung atau rugi kerana kita tidak tahu berapa kos pembuatan sebuah kereta. Kalau kosnya kurang daripada harga jualan (walaupun
murah), maknanya Proton boleh melihat model mana yang sesuai untuk memasuki pasaran yang telah disasarkan.

“Katakanlah penembusan pasaran kereta disasarkan sekitar RM40,000 di sesuatu negara, jadi Proton perlu tahu sama ada harga itu kompetitif atau tidak dan melihat kesedaran pengguna di negara tersebut mengenai jenamanya," katanya.

Menurut beliau, Proton sebelum ini diketahui mengeksport kereta keluarannya ke lebih 50 negara seluruh dunia tetapi di sesetengah negara itu, Proton cuma mampu menjual bilangan kereta yang sedikit.

"Jika hanya dapat jual sedikit kereta, macam mana hendak buat tawaran selepas jualan seperti perkhidmatan penyenggaraan? Ini juga tidak membantu dalam menjenamakan Proton di negara tersebut.

“Tetapi berbeza dengan pengurusan baru Proton, sekarang mereka hanya akan memasuki pasaran yang mereka rasa boleh menjual kenderaan dengan harga agak tinggi dan dengan harga tersebut, mereka juga dapat menyediakan perkhidmatan selepas jualan seperti servis kereta," katanya.

Wednesday, 4 November 2015

LALUAN JALAN TUN RAZAK AKAN BERUBAH MULAI 8 NOVEMBER 2015 - DBKL


Perubahan trafik dijangka akan berubah di beberapa laluan di Kuala Lumpur. Antara laluan yang terlibat adalah laluan Jalan Tun Razak dan ia akan dikuatkuasa pada 8 November ini. Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah mengeluarkan satu kenyataan media berhubung perubahan beberapa laluan trafik di Jalan Tun Razak mulai 8 November ini, laporan Bernama.

Ia bertujuan melaksanakan penyuraian trafik bagi mengurangkan kesesakan trafik di jalan itu.

Bagi kenderaan dari Jalan Pekeliling Lama hanya dibenarkan susur keluar ke Jalan Ipoh/Jalan Tun Razak manakala untuk ke Lebuhraya Sultan Iskandar, mereka perlu menggunakan persimpangan lampu isyarat di Jalan Ipoh/Jalan Tun Razak.

Kenderaan dari Jalan Tun Razak (dari Jalan Semarak/Jalan Ampang) pula dikehendaki melalui Bulatan Pahang jika ingin ke Jalan Ipoh.


Manakala kenderaan dari Jalan Tun Razak (dari Bulatan Pahang) ke Jalan U-Thant dikehendaki memilih laluan di bawah jejambat persimpangan Jalan Semarak/ Jalan Tun Razak melalui persimpangan Jalan Ampang/Jalan Tun Razak.

Bagi kenderaan ke arah Cheras dan selatan masih boleh menggunakan laluan sedia ada tetapi tidak boleh membelok ke Jalan U-Thant.

Kenderaan dari arah Jalan Ampang (dari Jalan Jelatek) yang memasuki susur kiri ke Jalan Tun Razak (selatan) hanya akan dibenarkan memasuki Jalan U-Thant sahaja.

Monday, 2 November 2015

BANGLADESH ANGGAP MALAYSIA SEBAGAI IDOLA


Malaysia sering menjadi idola dan penanda aras kepada negara-negara sedang membangun dalam aspek sosial, politik dan ekonomi, kata Pengerusi Jawatankuasa Tetap Parlimen, Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri Bangladesh Dr Dipu Moni.

Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata perkara itu dinyatakan dr Dipu semasa membuat kunjungan hormat terhadapnya di Bangunan Parlimen hari ini.

“Beliau (Dr Dipu) berkata tumpuan selalu diberikan kepada Malaysia oleh negara-negara yang sedang membangun seperti Bangladesh dan Afrika kerana Malaysia telah mencapai kejayaan dalam bidang sosial, politik dan ekonomi,” katanya kepada Bernama selepas kunjungan hormat itu.

Menurutnya Dr Dipu yang juga bekas menteri luar Bangladesh turut menyampaikan penghargaan kepada kerajaan Malaysia yang menerima kehadiran rakyat negaranya untuk bekerja di negara ini.

Pandikar Amin berkata Dr Dipu menganggap sifat keterbukaan Malaysia terhadap rakyat Bangladesh bukan sahaja membantu memacu ekonomi negara ini malah turut meningkatkan ekonomi Bangladesh.