Sunday, 2 July 2017

PENGAKUAN! JANGAN TERPEDAYA POSTING "BAIK BELI BMW DARI VIOS"


Baru-baru ini kita ada terlihat satu posting dari seorang pemilik akaun facebook yang ingin menjual kereta miliknya iaitu BMW E90 320i dengan harga RM65,000. Apa yang membuatkan netizen mula panas apabila beliau cuba comparekan kereta BMW miliknya dengan Toyota Vios dengan berkata "Lebih baik beli BMW E90 320i daripada beli Toyota Vios baru...". Bagi admin, beliau boleh menjual kereta beliau dengan cara yang lebih matang seperti tidak membandingkan antara kereta lama dan baru kerana dari segi harga sudah pasti yang baru lebih tinggi dan sistem serta selenggaraannya masih baru. Hasil daripada posting ini, admin terjumpa luahan daripada seorang pemilik BMW E90 ini bagi menyatakan apa sebenarnya ragam kereta buatan german ini.


Kamarul Ariffin Nor Sadan dari page Auto Stylista di Facebook ada memiliki sebuah kereta BMW 3-Series E90 buatan German ini, dan mari kita dengar sedikit sebanyak pengalaman yang ingin beliau kongsikan mengenai kereta BMW 3-Series E90 ini.

KAMARUL bersama BMW miliknya

Sebagai pemilik BMW E90, aku sarankan agar kau orang tak terperdaya dengan penjual seperti ini.
Aku beli E90 LCI tahun keluaran 2010 pada tahun 2012 di BMW Premium Selections— kira secondhand tapi melalui Auto Bavaria.

Masa ambil, odometer baru 8,000km. Ada warranti lagi setahun. Lima tahun aku guna kereta ni aku boleh kata kereta ini bagus.

Aku berpuashati dengannya, cuma pemilikan kereta ini tak seindah gambaran yang dihebahkan.

Beberapa perkara kau kena tahu:

1. Harga: 
RM80,000 hutang vs RM75,000 tunai. Bukan mudah kumpul wang tunai sebanyak RM75,000. Kalau kau ada wang tunai sebanyak itu, elok kau guna duit itu untuk beli kereta terpakai yang masih boleh buat pinjaman bank dan bayar harga muka tinggi, selebihnya kau laburkan.

2. Waranti: 
BMW terpakai tahun 2010 mestilah dah luput waranti. Kereta baru ada warranty sehingga 5 tahun. Jika kewangan baru nak stabil, jangan peningkan kepala pakai kereta tiada warranty. Kecuali kau beli kereta terpakai yang kos selenggara rendah. Semestinya bukan BMW E90.

3. Alat ganti: 
Sparepart reconditioned boleh dapat murah, tapi kena rajin cari sendiri. Kalau kereta dah rosak, nak kena cari lagi sparepart sendiri, memang niaya. Sparepart Taiwan pun murah, tapi apa guna beli kereta kualiti Jerman tapi semua pakai parts Taiwan yang tak authorised. Baik beli kereta tempatan tapi alat ganti asli. Bergaya jangan sampai poket papa kedana. itu kurang bijak.

4. Tayar: 
Sesetengah spec E90 tiada tayar spare. Ia pakai tayar run flat— bermaksud kalau pancit boleh jalan beberapa puluh kilometer lagi dengan kelajuan terhad. Harga sebuah tayar run flat untuk size untuk E90 ni mececah RM1,200 sebiji. Aku tukar kepada tayar biasa, sebab tak mampu. Kalau pancit, terpaksa panggil tow truck. Lagi satu, saiz tayar pun tak begitu mudah di cari.

5. Penjimatan bahan api: 
E90 320i mempunyai enjin 2.0L. Kecermatan minyaknya tak akan sama dengan enjin 1.5L. Mesti 2.0L lebih tinggi sedikit. Lagi-lagi kalau suka bawa macam pelesit, seperti yang dianjurkan dalam pos penjual. Jangan nanti dah beli E90, merungut setiap minggu sebab harga minyak naik. Dan bila pandu macam pelesit, komponen akan perlu ditukar dengan lebih kerap!

6. Lain-lain: 
- Ada ciri lampu tutup sendiri jika lupa matikan lampu selepas enjin dimatikan, namun namanya bukan LED Angel Eye Technology.
- Kesenyapan kabin (NVH) E90, terutamanya jika spesifikasi dengan rim 18" dan tayar run flat, tidaklah begitu hebat. Kalau versi M-sport, NVH lebih teruk kerana springnya keras. Dan Vios baharu sudah mempunyai lebih banyak alatan canggih seperti keyless entry, push start button dan lain-lain. Paling penting, Vios ini "reliable" dan menjimatkan minyak!

Kesimpulan:
Hati-hati dengan janji manis penjual. Dia cerita yang indah-indah sahaja. Tak usah percaya semua yang dia kata.
Maaf jika saya kata, jika budget kau mampu beli Vios baharu RM80,000 secara pinjaman bank, maka anda belum mampu beli BMW E90 terpakai pada harga RM75,000 secara tunai.

Oh ya! Cuba teka harga brake pad ori E90 berapa? Eh jangan kata boleh pakai brake tak ori pula.

Credit untuk Saudara Kamarul, pemilik BMW E90 :)~

Posting asal di facebook mengenai "Lebih Baik Beli BMW dari VIOS"

Related Posts

PENGAKUAN! JANGAN TERPEDAYA POSTING "BAIK BELI BMW DARI VIOS"
4/ 5
Oleh

Subscribe via email

Like the post above? Please subscribe to the latest posts directly via email.

2 comments

Tulis comments
avatar
21 September, 2017 04:51

BMW E90 320i adalah pesat di hadapan pendahulunya dalam hampir setiap aspek yang boleh dibayangkan. Bukan sahaja kelihatan lebih baik, tetapi ia juga lebih selesa, lebih besar, lebih praktikal, lebih halus, lebih ekonomis, dan yang paling penting, masih membawa tag harga yang sangat kompetitif.

Reply
avatar
Kadir Jasin
31 May, 2018 19:18

betul tu bro... selesa sangat. kalau beli baru mmg tak mampu tp kalau 2nd hand boleh lagi dibeli sbb harga dh jatuh

Reply