Sunday 12 February 2017

PROTON SAGA HATCHBACK 2017


Mengancam! Gambar Proton Saga Hatchback yang direka oleh salah seorang pengguna facebook. Memang agak menarik dan kelihatan seakan Proton Suprima.



Jom kita layan sedikit gambar Proton Saga Hatchback 2017, tak banyak tapi kalau Proton boleh keluarkan memang power!


Design hadapan masih mengekalkan ciri-ciri rekaan Proton Saga manakala dibelakang pula digabungkan sedikit rekaan Suprima dan Saga.

Thursday 9 February 2017

PROTON SAGA MAGMA MODIFIED LOWERED SPORTRIM & FITMENT


Hari ini admin nak belanja gambar 'barang lama'. Orang kata barang lama ni sangat berharga, memang betul lah kalau tak percaya cuba anda cari duit lama dan nilaikan harga pasaran dia punyalah mahal. Admin agak tertarik dengan sebuah gambar Proton Saga keluaran pertama Proton iaitu Proton Saga Magma yang menggunakan enjin buatan Mitsubishi pada ketika itu. Rasanya kereta ini sangat lasak dan tahan lama dan kita boleh nampak lagi di atas jalan raya.


Apa yang menarik, kereta model ini telah di solek dengan begitu cantik dan apabila dikenakan dengan sportrim warna kilat bersaiz besar serta padat memenuhi ruang fender, ia kelihatan tegap. Mungkin ianya bukanlah bertujuan untuk perlumbaan tetapi lebih kepada konsep cantik. Barang lama kalau dah di touch-up terus nampak baru kan?


Apapun admin nak ucapkan tahniah kepada pemilik kereta tersebut dan ternyata barang Proton tidak reput dimamah usia.

Wednesday 8 February 2017

KELEBIHAN PROTON ERTIGA YANG WAJIB ANDA TAHU


Dah lama admin tak update blog ni kerana sibuk dengan berbagai tugas dalam dunia automotif ni. Harini admin nak cerita sedikit tentang apa yang bagusnya Proton Ertiga ni. Sebab admin ada terdengar ramai yang masih ragu kemampuan kereta MPV kompak baharu dari Proton ini.

Okay kita pergi satu persatu, Proton Ertiga adalah sebuah kenderaan MPV jenis kompak yang mendapat status kenderaan cekap tenaga (EEV). Apa yang dimaksudkan EEV ini? Ia adalah model MPV yang menggunakan tenaga paling pintar jika dibanding dengan model lain. Nak senang faham, penggunaan tenaga lebih efisien dan jimat sejajar dengan langkah penjimatan yang disarankan oleh Najib :P


Selain itu, ia juga memiliki dimensi jarak roda 2,740mm, model MPV 6-tempat duduk (4+2) itu cukup luas. Tiada langsung masalah apabila duduk di barisan ketiga jika anda berketinggian normal, kecuali anda pemain bola keranjang NBA. Mesti tak percayakan? Ya, itulah realitinya.

Dari segi penggunaan petrol pula, MPV ini hanya menggunakan 5.7L bahan api untuk perjalanan sejauh 100KM bagi transmisi manual manakala 6L bahan api untuk perjalanan sejauh 100KM bagi transmisi automatik. Bagi keselesaan pula, Proton Ertiga dilengkapi dengan penghawa dingin di bahagian belakang (kebanyakkan MPV yang ada dinegara kita tidak ada penghawa dingin dibelakang).

Bagi pasaran Malaysia, Proton Ertiga menggunakan enjin sedia ada, K14B bersesaran 1.4L yang mampu menghasilkan kuasa 90hp dan tork 130Nm. Tiada sebarang perubahan mekanikal dan pengendalian. Masih asli dengan cita rasa Jepun.

Jadi apa yang anda tunggu lagi? Jom ke showroom Proton berdekatan dan pandu uji lah sendiri untuk rasa kelainannya!