Showing posts with label MPV. Show all posts
Showing posts with label MPV. Show all posts

Wednesday, 8 February 2017

KELEBIHAN PROTON ERTIGA YANG WAJIB ANDA TAHU


Dah lama admin tak update blog ni kerana sibuk dengan berbagai tugas dalam dunia automotif ni. Harini admin nak cerita sedikit tentang apa yang bagusnya Proton Ertiga ni. Sebab admin ada terdengar ramai yang masih ragu kemampuan kereta MPV kompak baharu dari Proton ini.

Okay kita pergi satu persatu, Proton Ertiga adalah sebuah kenderaan MPV jenis kompak yang mendapat status kenderaan cekap tenaga (EEV). Apa yang dimaksudkan EEV ini? Ia adalah model MPV yang menggunakan tenaga paling pintar jika dibanding dengan model lain. Nak senang faham, penggunaan tenaga lebih efisien dan jimat sejajar dengan langkah penjimatan yang disarankan oleh Najib :P


Selain itu, ia juga memiliki dimensi jarak roda 2,740mm, model MPV 6-tempat duduk (4+2) itu cukup luas. Tiada langsung masalah apabila duduk di barisan ketiga jika anda berketinggian normal, kecuali anda pemain bola keranjang NBA. Mesti tak percayakan? Ya, itulah realitinya.

Dari segi penggunaan petrol pula, MPV ini hanya menggunakan 5.7L bahan api untuk perjalanan sejauh 100KM bagi transmisi manual manakala 6L bahan api untuk perjalanan sejauh 100KM bagi transmisi automatik. Bagi keselesaan pula, Proton Ertiga dilengkapi dengan penghawa dingin di bahagian belakang (kebanyakkan MPV yang ada dinegara kita tidak ada penghawa dingin dibelakang).

Bagi pasaran Malaysia, Proton Ertiga menggunakan enjin sedia ada, K14B bersesaran 1.4L yang mampu menghasilkan kuasa 90hp dan tork 130Nm. Tiada sebarang perubahan mekanikal dan pengendalian. Masih asli dengan cita rasa Jepun.

Jadi apa yang anda tunggu lagi? Jom ke showroom Proton berdekatan dan pandu uji lah sendiri untuk rasa kelainannya!

Sunday, 13 November 2016

SPYSHOT PROTON ERTIGA - MPV BARU


PANAS! Inilah yang admin tunggu lama dah dan pastinya anda juga tertanya-tanya apakah model dalam gambar ini bukan? Ia adalah hasil usaha sama antara pihak Proton dan juga Suzuki dimana mereka (Suzuki) telah bersetuju untuk rebadge model mereka ini untuk Proton. Seperti yang anda semua maklum, ianya juga sama seperti model yang pernah Proton ambil seperti Honda Accord, Mitsubishi Lancer dan beberapa model Mitsubishi lain.


Baiklah, apa yang admin nak highlightkan disini ialah model Proton kali ini yang juga dikenali sebagai Proton Ertiga adalah sebuah model MPV yang mana ianya dikuasakan dengan enjin 1.4 Liter dengan 92 PS dan 130 Nm tork. Ianya adalah sebuah model MPV mini dan telah berada dipasaran jepun sebenarnya sejak tahun 2012 lagi. Di Indonesia dan Thailand juga terdapat model seperti ini dan kini ianya akan masuk ke Malaysia melalui hasil usaha yang dimeterai oleh Proton-Suzuki sendiri.


Persoalannya kini, bilakah model ini akan dilancarkan oleh Proton? Kerana admin dapat info ianya telahpun berada di kilang Proton agak lama juga dan kini menunggu masa yang sesuai untuk dilancarkan! Syabas Proton, satu usaha sama yang baik!

Tuesday, 28 June 2016

PHOTO LEAK: MPV SEAKAN PROTON FLX SEDANG DIUJI


Gambar sebuah kereta yang sedang diuji ini menyerupai Proton Saga FLX di bahagian hadapan manakala dibahagian belakang pula ianya lebih kepada ciri-ciri seakan Proton Exora, iaitu sejenis MPV keluaran Proton.


Mungkin Proton akan membuat kejutan dengan memperkenalkan MPV mampu milik, siapa tahu kan? Andainya berita ini benar sudah tentu ia satu berita yang amat gembira bagi mereka yang berpendapatan rendah dan sederhana memandangkan kereta merupakan satu keperluan pada zaman kini.

Thursday, 15 December 2011

INFO: PROTON EXORA BOLD PREMIUM & PRIME

Setelah kian lama dunia internet dihujani dengan pelbagai gambar-gambar dan serba sedikit info mengenai Proton Exora terbaru dengan CFE (Penggunaan bahan api yang lebih cekap). Ia datang dalam dua jenis iaitu Exora Bold Premium dan Exora

Proton Exora baru ini menggunakan enjin CFE dengan kuasa 138 hp pada 5000 rpm dan 205 Nm tork dari 2,000 hingga 4,000 rpm untuk 1.6 liter. Dipadankan dengan kotak gear CVT, kelajuan tertinggi bagi kereta ini adalah pada 185 km / h dan 0-100 km / h dilakukan di 13.3 saat.

Penggunaan bahan api pula adalah pada sekitar 7.8 liter per 100 km sahaja, ianya memang sangat-sangat menjimatkan bagi sebuah MPV yang bersaiz sama besar dengannya.

Lejang enjin pula telah dipendekkan daripada 88 mm hingga 86 mm, menghasilkan sesaran yang lebih kecil iaitu sebanyak 1561 cc vs cc Campro CPS '1597.


"Didorong dengan enjin 1.6L yang lebih cekap, pengguna Proton Exora Boold ini pasti akan mengalami prestasi yang lebih hebat dan berkuasa dan ianya mampu menandingi enjin 2.0L, dengan penggunaan bahan api yang lebih rendah. Kuasa tambahan juga memberikan kuasa yang lebih tinggi terutama apabila hendak memotong." kata Pengarah Urusan Kumpulan Proton, Datuk Seri Syed Zainal Abidin.


Selain itu, kedua-dua jenis Proton Exora yang menggunakan CFE + CVT, ia juga ditawarkan dalam bentuk perapi Eksekutif Bold (1.6L Campro CPS dengan manual atau auto penukar tork) dan perapi bukan Bold Standard, yang hanya didapati dalam bentuk manual.

Spec-bijak, CVT Premium Bold didatangkan dengan tempat duduk kulit, stereng dibalut kulit, lampu kabus depan, spoiler belakang, cermin sayap boleh lipat dengan kawalan elektrik, kawalan pelayaran dan kamera belakang dengan cermin pandangan belakang LCD. Kedua-duanya adalah sama dengan sistem yang dapat dilihat pada kereta Kia Forte 6-Kelajuan.



Akhir sekali kita akan bercerita mengenai harga. Proton secara rasmi telah mengeluarkan senarai harga OTR, di mana MT 1.6 Standard boleh didapati pada harga RM59, 998, MT Bold 1.6 Eksekutif pula pada harga RM70, 998, Bold 1.6 Eksekutif dengan harga RM74, 998 dan Bold 1.6 Premium CVT dengan harga RM79, 998. Manakala Exora Prime pula dijual pada harga RM88, 998 se-unit.

Monday, 12 December 2011

PANAS! GAMBAR PROTON EXORA PRIME / BOLD

Berita menarik dan hangat buat peminat MPV tanahair! Proton akan melancarkan sebuah lagi MPV iaitu Proton Exora Prime yang bakal dirasmikan pada awal Januari tahun depan.

Kisah kali ini adalah berdasarkan rakaman 'spyshot' Proton Exora Turbo yang dikeluarkan dari posting sebelum ini.

MPV ini adalah satu lagi keluaran Proton yang dijangka mampu menguasai pasaran tempatan. Model ini didatangkan dengan enjin pengecas turbo 1.6L (138Hp/205Nm @ 2000RPM - 4000RPM). Selain itu, ianya juga dilengkapi dengan sistem brek cakera pada bahagian hadapan.

Bahagian dalam pula disolek dengan dashboard kayu agar ia nampak eksklusif dan bergaya. Apapun kita nantikan kemunculannya pada awal tahun hadapan!

Tuesday, 19 July 2011

MODEL EXORA TURBO DENGAN KOTAK CVT

Mungkin ramai yang tertanya-tanya bilakah Proton Exora Turbo akan dipasarkan di Malaysia. Kemungkinan pada tahun 2012 anda akan dapat melihat Proton Exora Turbo dilengkapi CVT pada enjinnya. Di atas adalah jenis prototaip Exora dengan CVT Turbo didalamnya. Sila tekan read more untuk melihat Proton Exora yang dipasarkan dipasaran UK.

Gambar Proton Exora yang berada dipasaran UK.