Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, September 15, 2011

PROTON SAGA LAMA MODIFIED KE R3

Mungkin sudah rezeki anak-anak kata orang, siapa sangka dari sebuah kereta yang nampak lusuh dan lama kini ibarat mendapat sentuhan sang emas apabila keretanya terus berubah bentuk dari rekaan lama kepada rekaan yang lebih moden sesuai dengan peredaran zaman sekarang. Begitulah tuah seorang pekerja kilang, Fadhly Hisham Roplay, 33 tahun merupakan pemenang pertama pertandingan 'Very Important Proton' (VIP) yang dianjurkan pihak Proton.

Gembira tidak terhingga melihat wajah kereta beliau yang terus berubah wajah!

Rekaan dalaman juga dibuat lebih kurang sama dengan keluaran Proton yang ada dipasaran sekarang. Dashboard R3 ini adalah dashboard custom yang dibuat khas untuk Proton Saga lama ini.

Enjin jug telah diubahsuai bagaimanapun kekuatan enjin dikekalkan.


Konsep lampu belakang dan juga nombor pendaftaran rekaan terbaru ciri-ciri R3 oleh pereka Proton.

Ini adalah rupa asal kereta Proton Saga lama ini sebelum mendapat sentuhan R3 yang dikendalikan oleh Unit R3, Bahagian Sukan Bermotor, Proton Holdings Bhd. Jika anda mempunyai kereta model ini anda bolehlah menyertai pertandingan yang dianjurkan ini dilaman sesawang www.ProtonVIP.com

(Lagi gambar anda boleh layari Facebook ProtonCLUB)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About This Blog

This blog launched on early 2009, full with information about Malaysian Cars, International Cars, Car Accesories, Spare Part, Car Tips and More. So I hope all people from Malaysia and another country will know and get a knowledge from this blog. Thank you for visiting us at ProtonClub blog.

Regard,
ProtonClub

  © Copyright 2009 - The Malaysian Proton Cars Club - Powered by ProtonClub

Back to TOP  

Blog Ping Tool