Friday 29 July 2011

PANDU UJI PROTON SAGA FLX 1.3L

Apa yang kita dapat lihat sekarang, banyak kereta-kereta luar negara dan import menggunakan teknologi CVT terutama kereta-kereta mewah khususnya. Untuk itu, PROTON mengambil inisiatif untuk menambahbaik model Proton Saga FL ini dengan menambah ciri-ciri CVT yang dipasang pada model ini serta dinamakan Proton Saga FLX. Didatangkan dengan enjin berkemampuan 1.3 liter sudah cukup memberikan kepuasan kepada penggunanya nanti.

Gear 6 kelajuan pada FLX ini akan melangkah ke Mod Auto yang dipanggil SAT yang melibatkan suis pada sebelah gear tersebut. Ia juga dipanggil sebagai Mod L. Seperti yang kita semua tahu, Mod L ini adalah mod dimana kereta berada dalam keadaan gear yang rendah dan ini menyebabkan kereta lebih 'pick up' dan ia sesuai digunakan semasa kereta hendak menaiki bukit ataupun boleh digunakan semasa menurun bukit yang curam.

Selain itu, dengan penggunaan kotakj CVT ini ia juga mampu menjimatkan penggunaan petrol dan ia mampu memanjangkan jumlah hayat enjin kereta anda.

Antara perbezaan lain yang kami dapati adalah untuk RPM kereta FLX ini, pada RPM 2,000 ia mampu mencapai kelajuan pada 80 km/h manakala pada RPM 2,500 pula ia mampu pergi kepada 100 km/h dan ini berbeza dengan Proton Saga FL Auto. Untuk FL Auto ianya lebih 500 RPM berbanding FLX. Pada kelajuan 80 km/h, RPM untuk FL Auto ini menunjukkan sekitar RPM 2,400 ke 2,500 manakala pada kelajuan 100 km/h pula pada RPM 3,000.

Saksikan video pandu uji Proton Saga FLX ini pada pecutan penuh.

Thursday 28 July 2011

IMPIAN MALAYSIA LEBUR KE PIALA DUNIA

IMPIAN MALAYSIA LEBUR KE PIALA DUNIA

Mungkin dengan ketiadaan pemain utama seperti Mohd Safiq Rahim, Norshahrul Idlan Talaha dan beberapa tunggak membuatkan Malaysia kurang menyengat ketika beraksi bertemu dengan Singapura di Stadium Bukit Jalil tadi. Walaupun Malaysia mendapat gol awal hasil jaringan Safee Sali namun ianya masih belum cukup untuk menaikkan semangat pemain dan apa yang dapat saya lihat pemain di bahagian pertahanan begitu longlai sekali dan lawan mudah mencari gol persamaan. Kesudahannya Malaysia tewas kepada Singapura dengan agregat 6 - 4. Walaupun kalah, tahniah kepada pasukan Malaysia sebab menunjukkan semangat juang yang tinggi.

MALAYSIA VS SINGAPURA (LIVE STREAMING)

Bagi anda yang tidak dapat menonton siaran langsung perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2014 antara Malaysia menentang Singapura di Stadium Bukit Jalil, anda boleh tonton laman streaming yang kami sediakan dibawah ini...

Saksikan aksi-aksi anak-anak buah Dato' K. Rajagopal menentang Singapura dalam melayakkan diri mereka ke Piala Dunia 2014 nanti. Kita doakan skuad Malaysia dapat mengalahkan skuad Singapura nanti dengan sokongan ribuan penyokong sang HARIMAU!

LIVE STREAMING MALAYSIA vs SINGAPORE!


Stream videos at Ustream

Wednesday 27 July 2011

PROTON PERSONA ELEGANCE MODIFIED

Proton Persona antara salah sebuah model PROTON yang mempunyai ruang yang begitu luas dan sangat sesuai untuk digunakan sebagai kereta keluarga. Namun bagi anak muda ini, ia bukan penghalang untuk memberi sedikit modifikasi ke atas kereta ini...

Jika anda lihat bodykit yang digunakan, modifikasi yang dibuat atau ditambah adalah dari segi bumper hadapan dan belakang, bahagian tepi, spoiler dan bumper atas hadapan. Modifikasi ini membuatkan kereta yang dimiliki tampak berbeza dengan kereta Proton Persona Elegance yang standard.
Saya sendiri tidak dapat membezakan adakah ianya sebuah kereta Proton Persona Elegance atau sebaliknya tetapi apabila saya amati sebaik mungkin, ia adalah sebuah kereta Proton Persona yang dimaksudkan. Kosnya mungkin melebihi RM 5,000 namun kepuasan dimiliki oleh pemiliknya tiada bandingan.

Saturday 23 July 2011

DAIHATSU SIRION DILANCARKAN DI INDONESIA

Daihatsu Sirion, klon kepada Perodua Myvi Lagi Best telah dilancarkan di Indonesia.

Ianya berharga 139,500,000 to 150,500,000 rupiah untuk sebuah Daihatsu Sirion.

Dijangka keluaran bagi model ini sebanyak 500 unit sebulan.

Thursday 21 July 2011

GAMBAR PROTON SAGA FLX DENGAN CVT

Pasti ramai yang tertanya-tanya apakah perbezaan Proton Saga FLX (CVT) dengan Proton Saga FL yang ada dipasaran sekarang. Jom kita lihat apakah itu CVT?

Ini bukanlah berita baru cuma secara rasminya hari ini Proton Holdings Berhad (PROTON) telah mengesahkan penggunaan transmisi pemboleh ubah berterusan CVT (Continuous Variable Transmission) untuk barisan model kereta keluaran mereka pada masa akan datang.

Pengarah Urusan Kumpulan, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir dilaporkan mengeluarkan kenyataan sedemikian, seperti mana dipetik oleh sumber dari BERNAMA.

Penggunaan sistem transmisi CVT akan ditawarkan sebagai pilihan, bermakna model kereta dengan transmisi automatik sedia ada empat kelajuan akan terus diperkenalkan.

Sistem transmisi CVT pada enjin CamPro dikatakan akan memberikan kesan dari segi penggunaan bahan api lebih cekap sehingga 4% bagi penggunaan di dalam bandar dan 10% di lebuh raya, selain menjadikan corak pemanduan lebih lancar.

Setakat ini Datuk Syed Zainal masih belum mengumumkan tarikh bila kereta pertama dengan transmisi CVT akan mula dijual, selain tidak mendedahkan secara terperinci model kereta yang mana.

Berdasarkan maklumat sebelum ini, antara model yang disahkan bakal menggunakan teknologi kotak gear CVT ialah Saga FL, Persona dan MPV Exora, termasuk model terbaru Persona R yang dijangka dilancarkan pada suku kedua 2012.




Tuesday 19 July 2011

MODEL EXORA TURBO DENGAN KOTAK CVT

Mungkin ramai yang tertanya-tanya bilakah Proton Exora Turbo akan dipasarkan di Malaysia. Kemungkinan pada tahun 2012 anda akan dapat melihat Proton Exora Turbo dilengkapi CVT pada enjinnya. Di atas adalah jenis prototaip Exora dengan CVT Turbo didalamnya. Sila tekan read more untuk melihat Proton Exora yang dipasarkan dipasaran UK.

Gambar Proton Exora yang berada dipasaran UK.


Saturday 16 July 2011

FREE DOWNLOAD ANGRY BIRDS RIO VERSI PC

Di hari minggu (Ahad) yang bosan ni, aku dah boring tahap Kamen Rider dah nie so aku planning nak hilangkan kebosanan aku dengan bermain permainan video game melalui PC ni.. Dalam tengah fikir-fikir, tiba2 terlintas nak download game Angry Birds versi RIO. Sebab yang lama dah bosan main so aku nak kongsi dengan geng-geng diluar sana yang mengikuti blog ini....

DOWNLOAD:

Mediafire:
http://www.mediafire.com/?271fwvtq2vcaywn

Langkah 1:

Extract dan install Angry Bird RIO. Untuk install, double klik file “ Angry Birds Rio Installer v1.1.0”

Install macam biasa sampai habis. Then proceed to step 3.

Langkah 3 :

Extract file “Crack” . Selepas itu, copy paste file “AngryBirdsRio,exe” ke dalam destination folder Angry Bird RIO. (tempat korang install Angry Bird RIO tadi) . Selalu nya ia akan diinstall di sini : C: Progam Files (x86)/Rovio/AngryBirdsRIO

Langkah 4 :

Launch Angry Bird RIO korang dan klik “Register”. Bila dia mintak registration key, masukkan saje apa2 number yang korang nak. Nak letak 1 je pun boleh.

Langkah 5 :

Mainlah Angry Bird RIO sampai lebam.

P/S: Sila komen dibawah kalau ada apa-apa masalah, nanti aku akan reply balik.

AUDI R8 PUTIH MELEPAK!

Siapa yang tidak kenal jenama kereta sports terkemuka iaitu AUDI. Jenama ini sudah masyhur di seantero dunia dengan kereta-kereta berkonsepkan kemewahan. Mari kita tengok apakah kelebihan kereta ini...

Bahagian hadapan kereta ini nampak kembang dan bonetnya sangat besar dan lebar dengan ruang yang melengkung seolah-olah ianya direka khas untuk berlumba.

Dibahagian belakang pula anda akan dapat lihat enjin kereta tersebut. Ya, memang enjinnya berada dibelakang dan ianya memang benar-benar nampak seperti kereta lumba yang bersedia untuk berlumba bila-bila masa sahaja!

Dengan 414 hp dan 430 Nm tork, ianya mampu memecut sehingga membuatkan anda melekat ditempat duduk pemandu.....

Ini adalah bahagian lampu kereta ini, hanya dengan melihat lampunya sahaja kita sudah dapat mengagak kereta apakah ini... Begitulah serba sedikit info tentang kereta mewah ini.

VOLKSWAGEN GOLF GTI LEBIH SPORTY!

Gambar Volkswagen Golf baru dengan gaya yang lebih menawan dilengkapi dengan lampu xenon dan mampu memecut dengan baik.

Ianya dipadatkan dengan enjin yang boleh mencapai 200 hp dan 260Nm Tork dengan menggunakan enjin TSL 2.0 nya.


Rim 18 inch dengan rekaan seperti corak berbunga serta dipadankan dengan cover brake berwarna merah.

Lampu xenon yang menarik perhatian apabila memakainya. Tampak lebih garang! Mungkin berharga dalam lingkungan RM 200+ ribu...~

Friday 15 July 2011

BMW KELUARKAN E-SCOOTER?


Siapa sangka BMW kini sedang dalam proses untuk mengeluarkan model motosikal berkonsepkan E-Skuter pula. Mungkin ia boleh menyaingi skuter yang ada di pasaran sekarang namun apa yang menjadi tanda tanya adalah harganya yang mungkin boleh melambung tinggi kerana jenamanya adalah BMW! Mengikut sumber, sudah ada prototaip untuk model ini.

CKD SUBARU BERKONSEP XV

Kumpulan Tan Chong Motor akan menandatangani satu memorandum dengan Fuji Heavy Industries (FHI) untuk memasang kenderaan SUBARU di Malaysia.

Ianya mungkin adalah salah satu model yang dipamerkan di Shanghai baru-baru ini dan kami dimaklumkan ianya mungkin dari konsep XV.

Selain Malaysia yang dijangka akan membuka lebih kurang 18 cawangan pada tahun 2013, negara jiran lain seperti Indonesia dan Thailand juga mempunyai cawangan untuk memasang kenderaan dari jenis SUBARU ini. Tetapi bagaimana pula dengan harganya? Adakah ianya semahal harga import juga? Sama-sama kita nantikan.

Monday 11 July 2011

PERODUA MYVI JET DAN PERODUA MYVI SPORT SILVER SE

Perodua UK telah melancarkan dua model keluaran Perodua iaitu Perodua Myvi JET dan Perodua Myvi Silver Sport Special Edition untuk pasaran UK. Kedua buah model ini hanya didatangkan dalam versi manual transmisi sahaja.

Perodua Myvi Silver Sport SE dengan rim sukan 15 inci hanya berharga £7,499

Manakala Perodua Myvi JET pula didatangkan dengan rim 14 inci hanya berharga £7,999

Thursday 7 July 2011

PROTON ESPIRE - PERSONA R

Jom kita tengok bagaimanakah rekabentuk kereta Proton Persona R. Buat masa ini kita lihat dahulu ilustrasi grafik model Persona R ini. Secara peribadi saya amat suka dengan rekabentuk dibahagian hadapan kerana ianya nampak begitu menyerlah dan rekaannya nampak lebih ke hadapan.

Tetapi untuk bahagian belakang pula mereka telah membuat satu gabungan untuk lampu belakang. Laluan itu mengikut bonet kereta tersebut. Selain itu, kita dapat lihat kereta ini menggunakan sistem ekzos berkembar yang mana corongnya berbentuk seperti segiempat bujur. Bagi spesifikasi enjin pula, berkemungkinan ianya akan dipadankan dengan enjin 1.8 liter bagaimanapun ianya masih samar-samar lagi.

Wednesday 6 July 2011

ASAS CUCI KERETA

Sebelum kita mempelajari cara membaiki komponen kenderaan. perkara pertama yang diajar adalah asas penjagaan kenderaan, iaitu bagaimana mencuci kereta anda, ya saya rasa semua orang tahu bagaimana mencuci kereta anda, tapi tahukan anda adakah langkah yang anda lakukan betul atau tidak, Ramai orang tak tahu mencuci kereta ada caranya. yang mana dahulu yang mana kemudian dan yang utama sekali jangka hayat cat kereta anda.

Walaupun ditempat kedai cuci kereta pun para pekerja yang mencuci kereta menggunakan teknik yang salah dan masih ramai yang tidak sedar akan akibatnya nanti.

Baiklah, biarkan saya cerita sedikit mengenai punca masalah ini.

Pertama : Tahukah anda kereta kita akan membawa kekotoran pasir halus yang melekat.
Kedua : Tahukah anda kereta kita mungkin terkena najis haiwan seperti burung, kelawar.
Ketiga : Tahukah anda Kereta kita mungkin terkena getah daun pokok apabila kita parking.

ketiga-tiga elemen ini akan mengakibatkan hakisan pada cat kereta anda.

Langkah pertama: Apabila kereta kita kotor , kekotoran yang melekat pada badan kereta kita membawa pasir yang halus. Apa terjadi bila pasir tadi kita gosok, ya ini akan menyebabkan cat terhakis atau calar jika tidak menggunakan teknik betul semasa mencuci kereta anda.

Mula-mula basahkan kereta anda dari atas dahulu dan perlahan-lahan basahkan hingga kebawah, ini untuk memberi laluan kepada kotoran dan pasir jatuh kebawah, dan bukannya dari bawah keatas, pastikan semua bahagian badan kereta kita benar-benar basah, Biarkan ia basah dulu beberapa minit, jangan terus digosok dengan kain cuci sebab tanah yang melekat pada badan kereta belum betul-betul basah. Kemudian bolehlah dilap dengan kain cuci atau sponge. mulakan dari atas bumbung dahulu kemudian turun kebawah tujuannya untuk memberi laluan kepada kekotoran dari atas turun kebawah dan untuk mengelakkan bahagian yang hendak dicuci nanti tiada pasir masih melekat (Ingat jangan mulakan dari bawah ke atas sebab kain cuci atau sponge yang kita guna akan membawa kekotoran dan pasir kebahagian atas) kemudian seluruh cermin depan belakang dan sisi. dan barulah bahagian pintu bonet dan boot belakang, yang terakhir sekali barulah bahagian bawah pintu bumper depan dan belakang fender dan skirt kalau ada. setiap bahagian yang dicuci pastikan kain atau sponge anda direndam dalam baldi pencuci untuk membuang kotoran dan pasir.

Akhir Sekali barulah dibilas dengan air dimulai dari atas dulu dan perlahan-lahan ke bawah, selesai saja lapkan bahagian badan kereta anda dengan kain kering, Untuk memastikan kereta kita betul-betul dicuci pastikan bahagian sisi pintu , sisi boot belakang anda dicuci, selalunya kekotoran akan melekat pada sisi pintu dan jika dibiarkan ia akan kekal dan menjadi susah untuk dibersihkan. Untuk bahagian rim boleh dicuci menggunakan kain atau sponge manakala tayar pula boleh gunakan berus serabut.

Akhir sekali cantikanlah kenderaan anda dengan bahan pengilat yang boleh didapati dikedai. ingat gunakan bahan yang sesuai saja seperti pengilat dalam kereta untuk dalam kereta saja dan pengilat tayar untuk tayar saja, tidak perlu membazir wang anda untuk membeli jenama yang mahal.

Untuk masalah najis haiwan dan getah daun jika terjumpa pada badan kereta, hendaklah dibersihkan serta merta dengan air dan untuk getah daun pastikan anda gunakan bahan polish jika ada , jika tiada cukuplah sekadar bahan cuci biasa.

(Najis haiwan dan getah daun merupakan bahan asid yang dapat menghakis cat kereta anda dan akan menyebabkan karat jika dibiarkan.)

Saturday 2 July 2011

KERETA PERONDA POLIS DARI CHEVROLET CRUZE DAN CHEVROLET CAPTIVA?

Belum dapat dipastikan apakah kegunaan yang akan digunakan oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk kedua-dua model Chevrolet ini. Namun penyerahan kunci telah dibuat oleh pihak NAZA kepada Menteri Dalam Negeri. Kedua-dua buah model ini telah siap di 'make-up' khas untuk kereta Peronda Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Ini adalah model Chevrolet Cruze berwarna putih, memang sesuai untuk dijadikan kereta Polis dan bentuknya memang menarik sekali.

Ini pula adalah model Captiva yang didatangkan dalam warna hitam.

Petikan UTUSAN Malaysia:
Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima 60 kereta jenis Chevrolet Captiva dari syarikat Naza Quest Sdn. Bhd., sebagai kereta rasmi sempena Pameran dan Persidangan Kedua Peralatan Polis 2011 (GPEC Asia 2011) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini dari 27 hingga 29 Jun ini.

Selain untuk kegunaan tetamu, satu unit kereta jenis Chevrolet Cruze dan dua unit Chevrolet Captiva yang diwarnakan sepenuhnya seperti kereta polis, turut dipamerkan kepada pengunjung-pengunjung pameran.

Menurut Ketua Pegawai Operasi Naza Quest, Datuk Maruan Mohd. Said, Chevrolet merupakan pilihan polis Amerika Syarikat sebagai kenderaan peronda kerana keupayaannya meningkatkan kecekapan ketika melaksanakan tugas.

Katanya, sebanyak 110 penyertaan dari syarikat tempatan dan 11 negara luar akan mengetengahkan peralatan polis terkini masing-masing.

"Antara peralatan dipamerkan termasuk 41 sistem keselamatan, kajian teknologi maklumat forensik, penyiasatan jenayah, teknologi kenderaan, kawalan trafik dan peralatan keselamatan jalan raya.

"Turut dipamerkan teknologi petugas khas, pakaian kalis peluru, senjata-senjata, peralatan kecemasan dan menyelamat," katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis penyerahan replika kunci kereta itu kepada Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah.

Dalam perkembangan lain, Chin Wah memberitahu, empat anggota dari Bahagian Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul yang ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes peras ugut ke atas seorang lelaki pada 17 Jun lalu dibebaskan semalam, dengan jaminan polis.

Katanya, tindakan tersebut diambil atas arahan pihak Peguam Negara sementara menunggu siasatan membabitkan tiga anggota berpangkat Lans Koperal dan seorang berpangkat Koperal itu selesai.

"Kita masih dalam proses menyiapkan kertas siasatan tersebut sebelum dihantar kepada pihak pendakwa raya.

"Keempat-empat anggota terbabit ditempatkan di bahagian tugas-tugas am yang tidak melibatkan mereka berurusan dengan orang awam," katanya.


OFFTOPIC!!! - REVIEW MOVIE TRANSFORMERS DARK OF THE MOON

OFFTOPIC!!! - REVIEW MOVIE TRANSFORMERS DARK OF THE MOON

Hari ni untuk sesi OFFTOPIC!!! saya nak review sebuah filem terkemuka arahan Micheal Bay. Rasanya ramai yang dah sinonim dengan nama Michael Bay ni betul tak... Dia ni orang kenal sebagai pengarah untuk filem Transformers dari part 1 hingga part 3 yang sedang ditayangkan di pawagam tanah air sekarang. Tanpa membuang masa lagi, saya nak cerita serba sedikit review saya untuk filem ini (bukan ceritakan jalan cerita nanti ramai yang marah pulak).

Pagi tadi lepas je beli tiket wayang untuk versi bukan 3D, saya duduk di seat yang tertera angka yang sama dengan tiket. Watak hero masih dikekalkan tetapi watak heroin telahpun bertukar, kalau dulu kita kenal Megan Fox sebagai watak yang sangat seksi dalam filem ini namun untuk episod Dark Of The Moon ini, watak heroin dipegang oleh Rosie Huntington Whiteley. Memang watak dia sangat2 seksi dan seksa sapa yang tengok...

Jalan cerita kali ini agak panjang masa mula2 agak boring juga tapi bila dah pertengahan dah masuk klimaks, memang gempak! Puas hati... Tapi bagi sesiapa yang nak bawa anak2 kecil dinasihatkan mestilah dibawah pengawasan sebab cerita ini memang 13PG dan ada unsur2 ganas. Nak cerita lebih2 tak sedap pula, jadi baik anda pergi sendiri untuk menonton.. Kompom tak menyesal!!! Hehehehe....

P/S: Penulis memang mengikuti cerita Transformers dari episod pertama lagi.