Tuesday 29 November 2011

FERRARI NAIK GENTING LAYAN LAP!

Tadi tengah sibuk mencari tempat peranginan, tiba-tiba terjumpa satu video beberapa buah kereta mewah jenama Ferrari tengah khusyuk layan lap di Genting Highlands, Malaysia. Mari kita saksikan video dibawah :)

Sunday 27 November 2011

PERODUA KELISA KERETA KOMPAK JIMAT PETROL

Perodua Kelisa dilancarkan oleh Perodua pada tahun 2001 dan pengeluarannya berakhir pada tahun 2007 setelah digantikan dengan model Perodua Viva.

Semasa zamannya, Perodua Kelisa mendapat perhatian yang baik dari peminat-peminat kereta kecil dan kompak. Antara sebab utama Perodua Kelisa menjadi pilihan ialah saiz bentuknya yang kompak dan pengendalian yang mudah. Model ini dilengkapi kotak gear manual dan automatik. Perodua Kelisa amat mudah dikendalikan, terutamanya ketika pemanduan di bandar. Saiznya yang kecil memudahkan pemandu untuk keluar dan masuk dari petak meletak kereta. Enjin bersesaran 1.0 liter juga tangkas ketika dipandu serta mampu memecut sehingga 160km/j. Varian 850cc juga terdapat pada Perodua Kelisa namun kurang menjadi pilihan pembeli. Antara yang sering menjadi sebutan tentang kelebihan Perodua Kelisa ialah penggunaan petrolnya yang dikatakan cukup menjimatkan. Rata-rata pemilik Kelisa memuji kenderaan mereka yang menjimatkan minyak. Majalah-majalah permotoran tempatan juga membuat review yang bagus berkenaan Perodua Kelisa dari aspek penggunaan petrol.

Memandangkan Perodua Kelisa merupakan sebuah kereta kecil yang kompak, tidak timbul isu tentang ruang penumpang yang sempit atau ruang bagasi yang kecil. Namun jika dibandingkan dengan Perodua Kancil, Perodua Kelisa jauh lebih selesa untuk 5 orang penumpang. Spesifikasi yang terdapat dalam Perodua Kelisa juga lebih lengkap kerana harganya yang lebih mahal. Perodua Kelisa lebih terkenal di kalangan pemandu wanita yang menginginkan sebuah kereta kecil yang mudah digunakan, tambahan pula rupa bentuk Perodua Kelisa agak feminin. Perodua Kelisa merupakan pilihan yang popular selain Kancil untuk dijadikan kenderaan kedua. Perodua Kelisa diakui sebagai sebuah model yang tahan lasak dan kurang memberikan masalah kepada pemiliknya. Kos penyelenggaraan Perodua Kelisa juga rendah dan kereta ini sesuai untuk mereka yang mempunyai bajet kecil. Bagi yang berminat untuk memiliki sebuah Perodua Kelisa, terdapat banyak pilihan di pasaran terpakai. Harga Perodua Kelisa terpakai bergantung kepada tahun ianya dikeluarkan dan spesifikasi pada setiap model.


Harga pasaran Perodua Kelisa terpakai keluaran 2001-2007 ketika ini ialah dalam anggaran RM15,000.00 sehingga RM30,000.00. Walaupun harganya agak mahal berbanding kereta terpakai lain, kos penyelenggaraan yang rendah dan penjimatan petrol menjadi kelebihan utamanya. Spesifikasi yang terdapat pada Perodua Kelisa seperti stereng kuasa, enjin yang bertenaga dan pengendalian mudah seringkali menjadi pilihan pembeli berbanding model Kancil. Sungguhpun Perodua Viva hadir dengan teknologi yang lebih moden dan ruang penumpang yang lebih luas, Perodua Kelisa masih merupakan sebuah kereta terpakai yang sesuai dijadikan kereta kedua.

Saturday 26 November 2011

PROTON SAGA FLX SE 1.6L DENGAN CVT AKAN DILANCARKAN!

Para peminat dan pemilik Proton Saga di Malaysia hari ini digemparkan dengan satu lagi model yang telahpun 'kantoi' dahulu sebelum promosi atau pengenalan dijalankan pihak Proton. Ianya adalah Proton Saga FLX Special Edition!!!



Persamaan FLX 1.6L biasa dan FLX 1.6L SE:
  • Dual SRS Airbags
  • Tali pinggang keledar dengan pre-tensioners
  • Anti Lock Braking System (ABS)
  • Electronic brakeforce distribution 9EBD)
  • Mempunyai CD dengan pemain MP3 dan USB dan AUX
  • Kawalan audio pada streng kereta

Perbezaan FLX 1.6L biasa dan FLX 1.6L SE:

  • Kapasiti enjin yang lebih besar menggunakan enjinCampro IAFM 1.6L yang mampu untuk menghasilkan 108hp pada 5,750 rpm dan tork maksimum, 150Nm pada 4000rpm dengan sistem transmisi boleh laras berterusan (CVT). Pastinya kalau anda pandu model ini anda boleh rasai sendiri kelancarannya
  • Tempat duduk kulit
  • Stereng dibalut kulit
  • Bodykit penuh
  • Lampu kabus depan dan dibelakangnya pula lampu rear combi jenis LED
  • Rim aloi telah telah ditukar kepada aloi rim 15 inci supaya nampak lebih sport

Berkemungkinan besar model ini akan dilancarkan pada bulan Disember 2011! Sama-sama kita nantikan ~

Friday 18 November 2011

KEBANGKITAN CHEVROLET CAMARO ZL1

Model ZL1 adalah satu lagi model yang boleh dibanggakan oleh kumpulan Chevrolet. Dengan kuasa pecutan yang mengagumkan, ianya adalah kereta yang digeruni di atas jalan raya.

Apakah kelebihan kenderaan ini?
Saksikan sedutan video yang kami sediakan untuk anda semua.

Thursday 17 November 2011

SPYSHOT PROTON TUAH / PERSONA TYPE R

Adakah akan ada keluaran terbaru Proton pada tahun 2012 nanti? Berkemungkinan akan adanya kereta yang menggantikan model Persona.

Menurut apa yang dapat dilihat pada KLIMS 2011 yang lepas, Proton ada mengeluarkan beberapa jenis prototaip kereta untuk masa akan datang dan gambar diatas (Kuning) adalah berkemungkinan besar Proton Tuah atau Proton Persona Type R.

Tuesday 15 November 2011

HONDA CR-Z TYPE R

Honda CR-Z Type R akan dilancarkan tidak lama lagi. Kereta ini dikatakan boleh mencapai kuasa 200hp dengan kuasa yang menggunakan konsep TurboCharged (pengecas) yang terdapat pada kereta ini. Berita lanjut mengenai kereta ini akan kami bawakan nanti. Namun maklumat mengenai harganya di pasaran Malaysia adalah dalam lingkungan harga RM 115,000 (OTR).

Sunday 6 November 2011

LAKARAN PROTON ISPIRA R3 TERBARU

Satu berita yang sedang kita nantikan mengenai model Inspira versi R3. Kami telah berjaya mendapatkan satu lakaran imej yang menggambarkan reka bentuk roda aloi yang berbeza berbanding dengan gambar-gambar dalam iklan yang ada dalam laman sesawang di internet sebelum ini.

Proton Inspira R3 hanya boleh didapati dalam varian transmisi manual 1.8 dan terhad kepada 100 unit. Pada dasarnya sesiapa yang membeli 1 Inspira 1.8 manual untuk harga OTR (RM78, 549 solid, RM78, 999 metallic) akan dapat set R3 Inspira dengan semua bit ditambah R3 (bodykit, rim aloi 18 inci dengan tayar bernilai RM9, 000) dan ianya hanya akan dikeluarkan sebanyak 100 unit sahaja.

Tempahan dibuka sekarang dan berakhir pada 31 Disember, 2011, jadi anda mempunyai kira-kira dua bulan untuk pergi merebut penghantaran Inspira R3 manual anda. Pendaftaran dan penghantaran bermula pada minggu kedua bulan November. Warna tersedia termasuk putih, perak, merah dan hitam, tetapi kita mendengar majoriti mereka adalah putih.

Klik untuk rujuk post sebelum ini tentang Inspira Edisi R3