Thursday 30 June 2011

DAIHATSU SIRION KLON MYVI 2011

DAIHATSU telah mengambil keputusan untuk mengeluarkan jenama Daihatsu Sirion untuk di eksport ke Indonesia. Rekaan ini diambil daripada Perodua Myvi 2011 yang dijual di Malaysia.

Gambar di atas dirakam oleh salah seorang peminat kereta tempatan. Gambar di ambil di highway Malaysia dan mungkin ia akan dihantar ke pelabuhan untuk di eksport ke Indonesia. Jadi kesimpulannya, Perodua Myvi dikenali sebagai Daihatsu Sirion di Indonesia. Ini bukan kali pertama jenama Perodua dijual dengan jenama Daihatsu di Indonesia tetapi kereta Perodua Myvi keluaran pertama dahulu pun menggunakan jenama Daihatsu apabila ia di eksport ke luar negara.

Monday 27 June 2011

Tuesday 21 June 2011

APAKAH NASIB PROTON INSPIRA?

Dengar sahaja Mitsubishi Lancer, pasti ramai yang tahu mengenai kereta ini tetapi kali ini saya ingin bercerita mengenai kereta yang seakan-akan Mitsubishi Lancer, iaitu Proton Inspira. Mungkin ramai yang ingin tahu bagaimanakah nasib kereta keluaran Malaysia dari PROTON ini? Ceritanya begini, tadi depan pejabat saya ada beberapa kakitangan Proton datang membuat pameran bagi model Proton Inspira ini. Menurut mereka, kereta ini permintaannya agak kurang dan sambutan juga terlalu dingin buat masa ini. Apakah faktornya?

Saya juga ada bertanya kepada beberapa rakan dan minta pandangan mereka, rata-rata mengatakan kereta ini terlalu mahal. Untuk spesifikasi Proton Inspira 2.0 CVT berharga sekitar RM 91,999 manakala harga kereta Mitsubishi Lancer 2.0 EX adalah sekitar RM117,676.10 (OTR). Apa pula pandangan anda? Boleh lontarkan komen-komen anda dibawah untuk kita sama-sama memberi pandangan dan mengapa kereta tempatan lebih kurang mahalnya berbanding kereta import.

Monday 20 June 2011

PERODUA MYVI ELEGANCE 2011 - MAKLUMAT PENUH!

Khas buat peminat-peminat atau pengguna yang ingin memiliki kereta berjenama PERODUA, untuk entry kali ini saya akan ulas serba sedikit mengenai keluaran terbaru dari PERODUA iaitu Myvi Elegance. Dengan kuasa enjin paling rendah adalah 1.3 liter dan saya difahamkan tiada lagi keluaran dengan enjin berkuasa 1.0 liter kerana permintaan untuk enjin berkuasa 1.0 liter amat kurang selain dari penggunaan petrol yang kurang menjimatkan kerana body Myvi yang lebih besar berbanding Perodua Viva.

Perodua Myvi Elegance merupakan varian dengan spesifikasi paling tinggi berbanding dua varian lain iaitu Premium dan Standard. Ukur panjang Myvi baru ini 3765mm, lebar 1665mm dan tinggi 1545mm. Jarak titik rodanya pula sepanjang 2440mm. Berat kering (kerb weight) Myvi Elegance bagi versi SXE (manual) ialah 975kg manakala versi EZE (automatik) ialah 985kg, perbezaan sebanyak 10kg.

Beralih ke bahagian teknikal yang agak kontroversi, ramai yang salah faham apabila menyangka Perodua Myvi baharu menggunakan enjin baru seperti Daihatsu Boon 2010 atau Toyota Passo 2010. Hakikatnya Perodua Myvi generasi kedua ini masih menggunakan enjin lama dengan kod K3-VE, DOHC 16 Valve dengan sistem DVVT. Kuasa kuda yang dihasilkan sebanyak 90hp@6,000rpm dan tork maksimum terhasil pada angka 117Nm@4,400rpm. Sistem transmisi kekal serupa, manual 5 kelajuan dan automatik 4 kelajuan.

Enjin lama dengan sistem Electronic Fuel Injection (EFI) ini sebenarnya masih lagi bagus, di mana menurut Perodua tahap ekonomi bahan apinya adalah lebih menjimatkan berbanding model Myvi sebelumnya. Semua itu disumbangkan oleh faktor rekabentuk Myvi baru yang lebih aerodinamik dan bersaiz lebih kompak. Kapasiti tangki minyak pula boleh diisi maksimum 40 liter, lebih dari cukup untuk perjalanan yang agak jauh.

Sistem brek tiada sebarang perubahan, masih mengekalkan brek cakera di depan dan brek drum di belakang. Cuma saya berharap tahap pemberhentian Perodua Myvi baharu ini terutamanya untuk versi high-line Elegance, daya cengkaman breknya lebih baik dan streng tidak akan bergegar apabila dibrek dengan kuat dan secara tiba-tiba. Sistem suspensi seperti yang ditulis di dalam brochure adalah seperti berikut ; Front – MacPherson Strut with coil spring; Rear – Torsion Beam with coil spring. Apa pun, saya merasa selesa dengan Myvi lama, jadi sudah pasti Myvi Elegance akan memberikan perasaan yang sama (atau mungkin lebih baik).

Masih lagi di bahagian luaran (exterior), antara perubahan utama yang dapat dikesan sekilas pandang ialah lampu utama di depan. Kali ini lampu utama dilengkapi lampu jenis projektor dan rekabentuknya bagi saya sangat menarik dan sporty. Ianya juga tersedia lampu kabus di bahagian bampar di bawah lampu utama. Cermin sisi menampilkan teknologi terbaru untuk model Myvi, apabila ia kini boleh dilipat secara elektronik, juga tersedia lampu isyarat untuk membelok.

Antara yang terbaru pada Myvi Elegance ini merupakan pemasangan lapisan penebat haba (tinted film) untuk semua cermin. Menurut Perodua, ianya memberikan perlindungan dari sinar Infra Red, Visible Light (VL) dan Ultra Violet (UV) dengan berkesan, di samping memberikan lebih perlindungan dan suasana di dalam kabin lebih nyaman.

Antara ciri-ciri lain di bahagian luaran Perodua Myvi Elegance seperti pemegang pintu di bahagian luar dengan warna krom, spoiler belakang bergaya, kombinasi lampu belakang menarik dengan rekaan baru, skirting depan, tepi dan belakang, ‘side door moulding’ di sisi pintu, dan tiang pillar diwarnakan hitam untuk gaya lebih sporty. Tidak dilupakan rim aloi bersaiz 14 inci disaluti tayar dari siri 175/65 R14. Bagi saya bahagian luaran Myvi Elegance sangat bergaya, sporty dan menampilkan ciri-ciri lebih maskulin.

Menyentuh bahagian dalam (interior) seperti mana yang diwar-warkan oleh Perodua sebagai ciri utama yang bakal menarik minat pembeli, papan pemuka kini berwajah baru dengan rekaan lebih menarik dan mempunyai dua tona warna. Versi automatik memperlihatkan tuil gear diletakkan pada posisi di papan pemuka dan dilengkapi butang pelepasan dan kunci (Dash-mounted Gear Shift & Shift Lock Release Button).

Kedudukan tuil gear bagi versi manual masih sama seperti model Myvi lama, namun apa yang saya rasa agak ‘kurang’ ialah apabila ruang kosong di bahagian gear untuk versi automatik telah dikosongkan untuk versi manual. Bagi saya adalah lebih ‘cantik’ jika ruang tersebut ditutup sepenuhnya, atau diisi dengan peralatan lain. Mungkin Perodua ada sebab-sebab tertentu, atau ruang kosong itu sendiri ada fungsinya yang tersendiri.

Bahagian paling menarik sudah pastinya di bahagian meter dengan gaya baru hasil kombinasi meter optitron dengan kesan 3D. Warna biru kehijauan yang dipaparkan terang terasa amat sesuai sekali bagi meninggalkan kesan pandangan yang menyenangkan, terutamanya apabila memandu di waktu malam. Nasib baik Perodua tidak melakukan uji kaji dengan meletakkan meter speedometer di tengah-tengah papan pemuka seperti Toyota Vios, jadi posisi dan rekaan konsol tengah kali ini bagi saya lebih menarik berbanding model Myvi terdahulu.

Harga paling terbaru yang saya perolehi tadi untuk Perodua Myvi Elegance seperti berikut ;

1) Perodua Myvi Elegance SXE (M) Solid – RM53,900.00 2) Perodua Myvi Elegance SXE (M) Metalik – RM54,400.00 3) Perodua Myvi Elegance EZE (A) Solid – RM56,900.00 4) Perodua Myvi Elegance EZE (A) Metalik – RM57,400.00


Kunjungilah bilik pameran PERODUA yang berdekatan dengan anda sekarang untuk tempahan!

Saturday 18 June 2011

AUDI R8 GT SPYDER DILANCARKAN

Kepada semua peminat kereta mewah, mungkin anda juga adalah peminat jenama Audi! Kini muncul model terbaru dari Audi iaitu R8 GT Spyder yang pasti menggegarkan pasaran!

Dengan 560 kuasa kuda, kelajuan atau kepantasan kereta ini boleh pergi sejauh 100 KM/H dalam masa hanya 3.8 saat! Wow! Memang laju... Ditambah dengan spoiler pada bahagian belakang, memang nampak lebih sporty kereta ini. Bahagian ekzos pula dilihat pada badan kereta ini dan bukan diluaran seperti kereta-kereta biasa sebelum ini menampakkan lagi ia adalah rekaan terkini!

Kita lihat dibahagian dalam pula, memang nampak sporty dan keselesaan bagi pemandu amat diutamakan jadi apabila anda berada dalam kelajuan yang tinggi, anda masih lagi berada pada kedudukan yang selesa di dalam.
PERODUA MYVI 2011 PANEL DEMO

PERODUA MYVI 2011 PANEL DEMO


Memang hot item lah Perodua Myvi 2011 ni. Ramai betul visitor masuk ke blog ProtonClub ini dengan tagline Perodua Myvi baru 2011. Jadi kami akan bongkarkan kepada anda sedikit demi sedikit maklumat mengenai Perodua Myvi terbaru keluaran Perusahaan Otomobil Nasional Kedua (PERODUA) ini. Diatas adalah video bagaimana panel bahagian hadapan kereta ini berfungsi, mari kita lihat.

Friday 17 June 2011

PERBEZAAN PERODUA MYVI LAMA DAN BARU

Nampaknya ramai yang tertunggu-tunggu bagaimana rupa sebenar Perodua Myvi 2011 ini yang bakal menggantikan Perodua Myvi yang ada dipasaran pada masa ini. Jadi tanpa membuang masa lagi mari kita lihat apakah perbezaan diantara Perodua Myvi lama dan Perodua Myvi baru 2011 ini.






Apa yang dapat saya rumuskan ialah bentuk Perodua Myvi baru 2011 ini nampak lebih kecil berbanding Perodua Myvi yang lama yang lebih kembang. Dari segi rekabentuk pula, ianya nampak lebih moden dengan sentuhan dalaman yang nampak seperti kereta mewah kerana dilengkapi skrin lcd. Kami akan bongkarkan lagi beberapa maklumat mengenai kekuatan enjin untuk Perodua Myvi baru 2011 ini, nantikan....

Sunday 12 June 2011

VOLKSWAGEN GOLF R CABRIO BARU!

Buat semua peminat kereta keluaran Volkswagen VW. Model Volkswagen Golf R Cabrio ini masih belum lagi diputuskan oleh pihak pengeluar samada ianya akan dipasarkan ataupun tidak. Menurut sumber, ianya akan dipasarkan bergantung kepada respon daripada masyarakat. Rekaan ini boleh tahan juga berbanding Volkswagen Golf yang lama.

BMW M5 BERKONSEP BUGATTI VEYRON SS

Siapa yang tidak kenal jenama atau kereta paling laju didunia ini, Bugatti Veyron yang berharga jutaan ringgit. Tetapi kali ini kita lihat sebuah kereta BMW M5 yang telah mengalami sedikit pengubahsuaian dari segi warna dan sedikit sentuhan agar ianya tampak seperti kereta Bugatti Veyron Super Sport.

Anda boleh lihat koleksi gambar dibawah ini.

Begitulah serba sedikit yang dapat kami tunjukkan pada anda semua. Bagi saya, pemilihan konsep warna hitam dipadankan dengan warna oren adalah sesuai dan nampak lebih garang. Tahniah kepada pemilik kereta diatas.

Saturday 11 June 2011

NISSAN GRAND LIVINA FACELIFT DILANCARKAN

Kali ni kita nak tengok pula kereta import yang di facelift kan. Tiba giliran Nissan pula berubah bentuk dan gaya lebih mantap dengan citarasa terkini. Ianya telah dipasarkan dipasaran Malaysia baru-baru ini.

Anda boleh lihat bahagian dalaman yang berbeza. Yang atas adalah Nissan Grand Livina Facelift manakala yang bawah adalah yang biasa.

Ini pula rekabentuk dalaman. Nyata nampak berbeza dengan keluaran yang ada sekarang. Ianya diubahsuai mengikut citarasa masakini. Harga bagi Nissan Grand Livina 1.6 MT adalah RM 86,800 termasuk insurans, RM 89,800 untuk 1.6 AT dan bagi yang berminat dengan enjin yang lebih besar, harganya adalah sebanyak RM 98, 800 untuk enjin 1.8 AT.

Wednesday 8 June 2011

GAMBAR PROTON EXORA FL (FACELIFTED) BARU!

Gambar ini dirakam di hentian R&R Machap. Menurut perakam gambar terbabit (Hafiz), beliau agak susah untuk mengejar kereta Proton Exora FL ini kerana kelajuannya yang lebih laju berbanding keretanya. Jadi besar kemungkinan Proton Exora FL ini dilengkapi dengan enjin Campro Turbo.

Gambar bahagian belakang kereta Proton Exora FL baru nampak lebih sporty dan bergaya.

Tuesday 7 June 2011

Monday 6 June 2011

GAMBAR PERODUA MYVI 1.5 2011 ATAS TRAILER

Gambar ini berjaya dirakam oleh salah seorang rakan dari blog sebelah. Beberapa buah kereta jenis Perodua Myvi 2011 dalam perjalanan untuk dihantar kepada cawangan Perodua. Tak lama lagi anda dapat lihat kereta ini di bilik pameran Perodua berdekatan anda ;)

Saturday 4 June 2011

NEW BMW VORSTEINER 5 SERIES

Kepada semua peminat BMW. Kini kereta berkonsepkan kemewahan yang sporty ini datang dengan variasi baru, Vorsteiner! Dengan sistem pengudaraan yang lebih besar dibahagian hadapan melancarkan lagi pengudaraan yang masuk dan keluar. Dibahagian bawah pula ditambah dengan material jenis karbon dan dipadankan dengan rim sukan berwarna putih dengan jejari kecil 9 batang agar tampak segak dan sporty!

Dibahagian belakang pula ia dilengkapi dengan material karbon pada bahagian bawah dan set diffuser dengan rekaan baru. Sistem ekzos pula berbentuk seperti segiempat yang bujur dan mungkin ini adalah rekaan ekzos pada masa kini.

AUTOGLASS 2020 UNTUK CERMIN HADAPAN


Video diatas menunjukkan paparan cermin hadapan yang dilengkapi paparan Autoglass dimana setiap pergerakan atau kelajuan dipaparkan keatasnya. Lebih menarik lagi ianya mengeluarkan paparan sama seperti skrin LCD anda dengan memancarkannya keatas cermin.

Ia juga dilengkapi dengan paparan GPS untuk memudahkan anda mencari lokasi yang ingin ditujui dengan paparan yang lebih jelas. Selain itu, apa yang menarik tentang alat ini, ia juga mampu mengesan perangkap trafik automatik dan juga mampu mengenalpasti dimana lokasi anda. Walaubagaimanapun, alat diatas masih dalam prototaip dan masih dalam kajian. Sangat menarik, superb!

Friday 3 June 2011

GAMBAR LUAR DAN DALAM PERODUA MYVI BARU 2011

Gambar di atas menunjukkan rekaan dalaman (interior) bagi kereta Perodua Myvi baru 2011. Memang nampak mewah dan versetil kerana rekaannya terkini seperti kereta import. Anda boleh lihat paparan skrin ditengah.

Versi yang ini pula mungkin bukan dari jenis high spec kerana paparan skrin tiada tetapi ia digantikan dengan butang untuk kawalan. Begitu juga warna lampu pada meter juga dapat dilihat menggunakan warna oren sahaja.

Gambar dirakam menggunakan kamera handset jadi ia agak kabur sedikit namun ini adalah gambar paparan skrin Perodua Myvi baru 2011 dari jarak dekat.

Ini pula gambar Perodua Myvi baru 2011 dengan kawalan butang.

CUSTOM PROTON SAGA BLM MODIFIED

Bagi sesiapa yang memiliki kereta jenis ini, anda boleh dapatkan sedikit idea bagaimana nak solek kereta anda supaya nampak lebih garang dan gah seperti contoh di atas. Gambar ni saya jumpa di internet so saya tertarik dengan custom yang telah dilakukan jadi saya share bersama pelawat blog ProtonClub.

Thursday 2 June 2011

BENTLEY CONTINENTAL GT LAUNCHED

Bentley telah melancarkan kereta terbaru mereka iaitu Continental GT baru. Kereta yang mempunyai 2 pintu ini berharga RM 1.74 juta tidak termasuk insurans. Mungkin harganya boleh mencapai setinggi RM 2.1 juta bagi harga 'on the road'.

Dengan pengeluaran kuasa 567 hp pada 6,000 rpm dan 700 Nm pada 1,700 rpm, dan digabungkan dengan hantaran 6HP28 ZF enam kelajuan, kereta ini mampu bergerak sepantas 0-100 dalam 4 atau 6 saat dan sampai ke kelajuan tertinggi pada 318 km / jam .


Tengok pada harganya pun anda sudah tahu bagaimana kualiti kereta ini. Jadi bagi penggemar kereta mewah ini anda pasti akan mendapat kepuasan maksimum apabila memilikinya nanti.

Wednesday 1 June 2011

HONDA CIVIC 2012

Belum pun sampai tahun 2012, Honda akan melancarkan Civic terbaru mereka tetapi buat masa ini ia berada di pasaran negara Amerika. Di atas adalah gambar ilustrasi kereta Honda Civic 2012 yang bakal dijual dipasaran.



Apapun mari kita tonton iklan oleh Honda mengenai kereta terkemuka mereka iaitu Civic versi baharu. Info lebih lanjut kami akan paparkan untuk artikel yang akan datang.