Tuesday 18 December 2012

KEMPEN JANGAN PAKAI HELMET DALAM STESYEN MINYAK



Jangan pakai topi keledar (helmet) dalam stesyen minyak..! Itu adalah kempen terbaru yang dijalankan oleh pihak Shell dengan kerjasama Polis Malaysia. PPost Before “read more”

Ianya bertujuan untuk mengurangkan lagi kadar jenayah yang melibatkan kes samun di stesyen minyak yang mana suspek akan menggunakan helmet untuk melindungi diri mereka dari dirakam atau dikenali oleh orang ramai.

Kes seperti ini bukan sahaja berlaku di stesyen minyak malah di kedai runcit dan serbaneka lain.

Jadi adakah anda yang bekerja di stesyen minyak boleh tegur sesiapa yang masuk dengan memakai helmet? Sebab rata-rata mereka masuk ke dalam dengan helmet yang masih dipakai kononnya malas nak tanggal.

Namun, saya rasa memang perlu untuk kita tanggalkan helmet sebab ianya dapat membantu mengurangkan kadar jenayah samun yang berleluasa sekarang.

Monday 17 December 2012

PDRM GUNA KAWASAKI NINJA 250R


TERBAIK DARI LADANG! Selepas ini Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menambah jentera terbaru mereka dengan Kawasaki Ninja 250R!

Menurut sumber daripada Buletin Utama, ianya akan dirasmikan oleh Datuk Seri Najib Razak. Polis akan menggunakan motosikal berkuasa tinggi ini untuk membuat rondaan dan membanteras jenayah.

Selain itu, pihak Polis juga akan melatih anggotanya agar dapat menunggang motosikal ini samada dalam keadaan aman dan ketika situasi bahaya.



Kita rakyat Malaysia berharap dengan adanya jentera baru ini, rondaan bermotosikal perlulah dilakukan dengan kerap memandangkan jenayah di Malaysia kini semakin membimbangkan kita.

P/S: JELES gua tengok Polis dapat macam-macam...Tahniah PDRM.

CCTV PANTAU KAMERA AES ATAU APA?


Selepas dikhabarkan dengan beberapa berita mengenai Kamera Perangkap Kelajuan AES yang menjadi tempat lepas geram orang ramai akibat dari lambakan saman yang terpaksa mereka bayar. Pihak tertentu telah membuat satu inisiatif baru untuk mengelak dari berlakunya kejadian berkenaan.

Berikut adalah petikan daripada akhbar SINAR HARIAN bertarikh 15 Disember 2012,


SERDANG – “Saya langsung tidak tahu menahu mengenai pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) berhampiran lokasi Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) di Kilometer 6.6 Lebuh raya Lembah Klang Selatan (SKVE),” kata Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Selangor, Ronnie Liu.

Beliau berkata, bukan Kerajaan Negeri yang melakukan pemasangan terbabit dan mendakwa ia dilakukan tanpa kelulusan pihak berkuasa tempatan (PBT).

Menurutnya, tiada mana-mana pihak yang mengemukakan permohonan kebenaran merancang dan mendakwa pihak yang memasang peralatan itu tiada hak berbuat demikian tanpa keizinan PBT.

“Saya tidak diberitahu apa-apa mengenai perkara ini (pemasangan CCTV), memang tiada permohonan dibuat sebelum ini malah kebenaran untuk memasang AES juga belum diterima kami.

“Kerajaan Negeri bertegas, dalam tempoh 30 hari dari tarikh notis dikeluarkan 6 Disember lalu, sekiranya masih tiada kontraktor atau Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengemukakan permohonan, kita akan buka AES itu,” katanya, semalam.

Sementara itu, tinjauan Sinar Harian kira-kira jam 11.30 pagi semalam mendapati, tiga pekerja melaksanakan kerja-kerja pemasangan CCTV kurang lima meter dari kamera AES.

Pemasangan peralatan itu dipercayai bagi mengesan tindak tanduk pihak tidak bertanggungjawab selepas AES yang dipasang di situ pernah menjadi sasaran perbuatan vandalisme sebelum ini.

Namun begitu saya pasti masih ramai rakyat dinegara ini tidak bersetuju dengan pemasangan kamera perangkap hadlaju ini walaupun tujuannya dipasang adalah untuk menangkap mereka yang melakukan kesalahan.

Ada juga yang terkena ditempat yang hadlaju ditetapkan adalah 60KM/H dan ini agak menghairankan. Mungkin disitu tempat yang kerap berlaku kemalangan agaknya KOT.....

KERETA IMPORT JUGA 'LEMAU'


Pelik tapi benar! Ajaib bagaimana bahagian penyambung antara roda bahagian belakang boleh berputar dan tercabut seperti dalam gambar diatas?

Inilah hakikatnya tak semua kereta buatan luar negara baik dan utuh seperti yang selalu diperkatakan oleh sebilangan pengguna. Pendek kata tak semua kereta buatan luar negara itu bagus dan tidak semestinya kereta buatan nasional itu tidak bagus.

Bagi saya pengalaman yang membezakan mereka. Mungkin telah sekian lama mencebur diri dalam bidang permotoran membuatkan mereka lebih maju dari kita. Siapa tahu suatu hari nanti produk keluaran tempatan juga akan mampu bersaing dengan produk buatan luar negara.

Sunday 16 December 2012

TV3 MOHON MAAF ISU PELESIT REMPIT


KECOH! Itu yang berlaku apabila seorang wartawan tanahair yang cukup dikenali telah melemparkan kata-kata yang menyinggung warga superbike. Digelar 'Pelesit Jalanan', saya beranggapan ianya tidak sesuai dilemparkan kepada para penunggang motosikal kerana tidak semuanya yang bersikap tidak elok dan membahayakan pengguna jalanraya yang lain.






Pada hari sabtu lalu, wartawan program televisyen Majalah 3 Mazidul Akmal Sidek telah membuat satu laporan mengenai kamera AES dalam satu slot pada rancangan tersebut. Malangnya rancangan terbabit kini mendapat kritikan 'panas' daripada orang ramai akibat daripada salah faham dalam rancangan tersebut.



Berikutan itu, laman sosial Facebook wartawan terbabit teruk dilemparkan dengan kata-kata tidak puas hati oleh warga superbike amnya. Pihak TV3 lantas telah memohon maaf diatas kejadian terbabit kerana tidak menyatakan video rakaman oleh wartawan tersebut yang dinyatakan dirakam secara 'kebetulan' itu adalah video yang dilakonkan oleh penunggang upahan.

Saya berharap selepas ini pihak televisyen diminta mengkaji dahulu dan perlu lebih telus sebelum menyiarkan laporan-laporan sebegini kerana dikhuatiri menyinggung mana-mana pihak. Rakaman yang dipaparkan dikaca televisyen perlulah jelas dan benar.

Saturday 22 September 2012

KAWASAN PANAS KAMERA AES DI SEKITAR MALAYSIA


Penguatkuasaan kamera automatik AES telahpun dikuatkuasakan. Ianya telah bermula pada 12.00 tgh malam semalam. Dan diantara lokasi panas yang diletakkan kamera perangkap had laju automatik AES ini adalah seperti dibawah.




Jadi selepas ini anda perlu berhati-hati kerana keupayaan kamera ini adalah sangat hebat dan telahpun digunapakai di Negara-negara barat khususnya.

Friday 21 September 2012

AES SPEED TRAP SPY SHOT CAPTURED!


Adakah anda pernah dengar mengenai teknologi AES pada kamera perangkap had laju (Speed Trap)? Sejauh mana keupayaannya bukan lagi persoalan tetapi kecekapan kamera ini memerangkap kelajuan sesebuah kenderaan amat dikagumi walaupun tiada orang yang mengawalnya. Berikut adalah lokasi panas yang sempat diambil oleh jurugambar amatur di highway. 

Menurut jurugambar tersebut, kamera ini dirakamkan di KM376 PLUS Slim River, Ipoh Perak. Jadi kami berharap anda lebih berhati-hati selepas ini. Pandu cermat dan ingatlah orang tersayang.

P/S: Kalau ada update terbaru mengenai lokasi kamera ini, kami akan update dari semasa ke semasa. Sentiasalah subscribe blog ProtonCLUB. Terima kasih.

Friday 7 September 2012

BETUL KE PENGGUNA TAK KISAH RON97 NAIK?

Kita sebagai rakyat di Malaysia sudah banyak kali merasai kenaikan harga minyak walaupun kita juga adalah negara pengeluar minyak sama seperti Brunei, Arab Saudi, Libya dan sebagainya. Saya terbaca berita mengenai kenaika harga RON97 sebanyak RM0.30sen dan ini merupakan satu kenaikan yang sangat sedikit jika kereta anda hanya menggunakan tangki penuh 1Liter sahaja. Ada ke kereta macamni? Paling tidak pun mesti 40 liter ke atas dan bayangkan berapa jumlah kenaikan yang perlu ditanggung pengguna.

Keratan akhbar berkenaan mengatakan kita sebagai pengguna tidak terbeban dengan kenaikan ini kerana kita menggunakan minyak RON95. Adakah anda menggunakan RON yang lebih rendah kerana anda sukakan prestasinya? Atau kerana anda tiada pilihan lain kerana harga RON97 terlalu tinggi. Saya masih terbayang ketika harga RON97 masih rendah, prestasi motosikal dan juga kereta saya sangat tidak mengecewakan. Dan kini, akibat terpaksa bertukar kepada RON95, prestasinya memang jauh tidak sama kerana kadar octane yang rendah berbanding RON97.

Banyak juga kes kemalangan yang melibatka kenderaan yang terbakar dan saya perasan kes ini berlaku ketika RON95 diperkenalkan. Ada pandangan yang saya dengar dari pengguna, ia disebabkan minyak RON95 yang mudah terbakar. Saya juga tidak pasti kerana tiada kajian dibuat. Apapun, tepuk dada tanyalah selera anda. Jangan lupa tengok poket juga. Selamat memandu.

KETAHANAN KERETA ZAMAN SEKARANG

Apa nak jadi dengan kenderaan pada zaman ini. Harganya boleh dikatakan berkali ganda mahalnya daripada kenderaan dahulu tetapi bagaimana pula dengan ketahanan sesebuah kenderaan tersebut? Ramai dikalangan kita mengutuk kereta keluaran dalam negara kita Malaysia ibarat 'tin milo' tetapi apa yang anda dapat lihat dalam gambar diatas menceritakan segalanya. Anda yang tentukan.

P/S: Dan ingatlah, walau sebesar mana pun kereta kita, semewah mana pun, keranda jugalah menjadi kenderaan terakhir kita nanti.

Thursday 30 August 2012

PENJAGAAN BUNGA TAYAR

ENJIN yang baik tidak memberi sebarang makna jika penjagaan tayar diabaikan pemiliknya dan kerosakan kom ponen terbabit turut menyebabkan perjalanan terbantut.

Ramai yang tidak mengetahui tayar adalah sebahagian daripada sistem keselamatan kenderaan.

Tayar adalah satu komponen yang menghubungkan ken deraan dengan permukaan jalan dan setiap pergerakan atau kemalangan sentiasa dikaitkan dengan kegagalan fungsi tayar.
 “read more” Ini kerana, tayar yang haus bunganya akan menghasilkan cengkaman lemah di jalan raya dan akhirnya daya membrek kurang berkesan sehingga mengundang kemalangan.

Oleh itu, jika kenderaan dilengkapi dengan empat brek cakera sekalipun, ia tidak akan memberi sebarang makna sekiranya tayar yang digunakan tidak diambil perhatian.

Perlu diingatkan, pemasangan sistem brek yang canggih pada sesebuah kereta perlu seiring dengan penggunaan tayar sesuai dengannya.

Ada dua jenis tayar iaitu tayar asli yang digunakan ken deraan penumpang manakala tayar celup pula lazimnya dikhaskan kepada lori atau kenderaan komersial.

Namun, penjagaan kedua-dua jenis tayar itu sama termasuk beberapa perkara yang perlu diambil perhatian.

Perkara paling utama adalah memastikan kandungan angin tayar mencukupi dengan menggunakan alat pengukur angin yang boleh didapati di kedai aksesori.

Tayar kurang angin menyebabkan penggunaan petrol tinggi kerana enjin kereta terpaksa bekerja lebih keras kerana berat kenderaan bertambah.

Seeloknya, paras angin tayar diperiksa pada waktu pagi iaitu sebelum memulakan perjalanan kerana udara dalam tayar masih sejuk dan paras anginnya minimum.

Paras angin tayar juga berbeza dari segi saiz dan berat bagi sesetengah kereta buatan Jepun dan Eropah.

Kereta buatan Jepun lebih ringan dan memerlukan paras angin tayar yang rendah berbanding kereta buatan Eropah.

Bagi kenderaan mewah, biasanya pengeluar akan me nawarkan tayar jenis lembut tetapi harganya sangat mahal, setanding kualitinya.

Ini menjadikan kebanyakan pengguna memilih tayar buatan tempatan yang lebih murah dengan kualiti yang boleh dianggap sederhana.

Selain itu, pemasangan rim tidak mengikut saiz yang dicadangkan oleh kilang pengeluar kereta juga memberi kesan sampingan pada kenderaan dan tayar.

Antaranya, masalah bunga tayar kereta hanya digunakan sebelah atau stereng tidak seimbang apabila memandu pada kelajuan sekata.

Masalah bunga tayar makan sebelah berpunca daripada kedudukan penjajaran tidak seimbang, sekali gus menye babkan stereng seakan berat sebelah.

Ia boleh membahayakan keselamatan pemandu kerana penjajaran tidak betul menyebabkan kesukaran mengawal stereng terutama ketika dipandu laju.

Pengimbangan tayar pula perlu dilakukan setiap kali me nukar tayar baru atau apabila terasa gegaran pada stereng apabila memecut pada kelajuan tertentu.

Pemilik perlu pastikan ketulan timah pengimbang pada rim roda tidak tercabut sehingga boleh menyebabkan stereng bergegar.

Untuk penjagaan keempat-empat tayar dengan baik, buat pertukaran secara silang setiap 20,000 kilometer bagi me mastikan kehausan bunga tayar berlaku secara sekata.

Saturday 21 July 2012

SISTEM 'SPEEDTRAP' BERKEUPAYAAN TINGGI

Daripada sumber-sumber yang boleh dipercayai. Suatu sistem kamera perangkap kelajuan berkeupayaan tinggi akan dipasang di sekitar lebuhraya di Malaysia. Ianya dijangka akan dipasang sekitar bulan Ogos 2012. Ianya dijangka dapat mengurangkan statistik kemalangan maut yang mana menunjukkan Malaysia adalah diantara Negara yang mempunyai jumlah kemalangan maut tertinggi setakat ini.

Automated Enforcement System (AES) - Semua kamera yang mempunyai resolusi 11MP ini dipercayai akan dapat merakam imej pegun dan rakaman video kenderaan yang melakukan kesalahan berkaitan kelajuan, dan disambungkan melalui pautan jalur lebar kepada ibu pejabat sistem masing-masing. Setelah dirakam, bukti fotografi kemudiannya disampaikan kepada JPJ, yang akan mengesahkan, dan denda akan dikeluarkan kepada pesalah trafik. Pihak SIRIM pula akan sentiasa memantau kebolehan kamera ini pada setiap 8 bulan.

Apa yang pasti, kamera ini mampu merakam kelajuan kenderaan sehingga lorong keempat dengan purata kelajuan 250 KM/H hingga 300 KM/H.

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN 2012

Pihak pentadbiran ProtonCLUB dot blogspot dot com ingin mengucapkan selamat berpuasa bagi semua umat Islam yang melayari laman blog ini. Semoga Ramadhan kali ini lebih baik dan bersederhanalah dalam apa jua keadaan, bersederhana dalam berbelanja. Ameen Ya Robbal Alamin ~

Sunday 15 July 2012

ELAKKAN MENCUCI ENJIN KERETA ANDA!

KITA pasti seronok dan selesa apabila melihat kereta bersih, berkilat dan bahagian enjin pula tidak comot.
Jangan menggunakan air ketika membersihkan enjin kerana pada permukaannya terdapat banyak kesan minyak yang tidak boleh ditanggalkan dengan air.

Penggunaan air juga boleh menyebabkan litar pintas dan kereta meragam. Seelok-eloknya gunakanlah bahan yang paling klasik iaitu minyak tanah bagi menghilangkan minyak dan gris pada permukaan enjin.

Kini lebih mudah apabila ada banyak bahan cucian yang dijual di kedai aksesori untuk menghilang gris dan tar. Semburkan bahan berkenaan di tempat yang perlu, biarkan ia meresap kemudian lap dengan kain kering.
Gris dan sisa minyak pelincir perlu dibersihkan dengan segera daripada bahagian luaran enjin kerana boleh merosakkan tali kipas, paip getah dan kabel elektrik.


Selain gris, debu atau lumpur yang melekat pada komponen elektrik seperti alternator (motor penghidup), generator, gegelung penghidup, pengagih dan lampu boleh menyerap wap air serta menyebabkan litar pintas.

Pada terminal bateri pula jika terlihat ada endapan putih, siram dengan air panas kemudian bersihkan menggunakan kain.

Endapan itu dapat dihilangkan dengan mudah tetapi hati-hati dan jangan sampai air masuk ke dalam bateri. Lubang pengudaraan pada penutup bateri juga perlu dipastikan sentiasa terbuka.

Ketika mencuci bahagian enjin, pemilik kenderaan dapat memastikan jika ada kebocoran minyak pelincir, elemen penting bagi menjamin kesinambungan kerja setiap bahagian yang bergerak.

Jika menyedari ada kebocoran minyak pelincir, cari segera puncanya dan tambahkan minyak pelincir apabila kurang.

Dalam keadaan biasa, selepas beberapa tahun, gasket kebuk enjin boleh bocor sedikit dan minyak pelincir pula menitis. Ini dapat dilihat pada lantai tempat kereta diletakkan. Jika jumlah titisan itu banyak, mungkin gasket di oil sum yang rosak.

Dalam keadaan biasa minyak pelincir berkurang menerusi pemeluwapan dan pembakaran. Tapi jumlahnya tidak banyak kira-kira 1/300-1/500 daripada jumlah penggunaan petrol.

Jumlah minyak pelincir boleh dipastikan dengan memeriksa tolok sukat. Baik periksa sendiri kerana jika dibiarkan juruteknik stesen minyak memeriksanya, dalam banyak keadaan anda sebenarnya membantu memajukan perniagaan mereka.

Membersihkan bahagian luar adalah lebih mudah. Hantar saja ke bengkel mencuci kereta dan bayar antara RM5 dan RM10. Dalam tempoh setengah jam, kereta anda sudah bersih dan cantik semula.

Namun, jika anda mahu membasuh sendiri, gunakan sabun yang sesuai tetapi elak sabun basuh atau peluntur.

Lazimnya, kereta baru dicat dengan cat bermutu tinggi. Jika permukaan itu tidak dibersihkan dengan baik, ia cepat rosak.

Debu dan lumpur yang melekat pada badan kenderaan boleh menyerap wap air dengan cepat dan merosakkan permukaan cat. Selain nampak comot, cat mudah luntur dan kelihatan retak-retak.

Langkah pertama membersihkan kenderaan adalah menghilang debu dengan membuat semburan tanpa menggunakan sabun.

Apabila permukaan badan kenderaan berada dalam keadaan kering dan tidak terlalu kotor, debu yang melekat dapat dihilangkan dengan bulu ayam. Tetapi, jika kotoran tidak dapat dihilangkan, gunakan kain bersih basah.

Penggunaan kain kering boleh menyebabkan calar atau gurisan pada permukaan cat. Ini disebabkan kotoran berkenaan mempunyai butir debu keras dan pasir.

Apabila membasuh kenderaan menggunakan sabun, jangan biarkan sabun melekat terlalu lama di badan kenderaan kerana ia akan meningkatkan partikel bintik-bintik putih serta bahan kimia sabun boleh merosakkan cat.

Selepas dibasuh, keringkan badan kereta dengan kain bersih. Bagi hasil yang lebih baik selepas kereta kering sapu wax (lilin). Selain menambahkan kilat kereta, wax melindungi permukaan supaya tetap menarik dan hidup.

Wednesday 13 June 2012

PERBEZAAN JENAMA PETROL DI MALAYSIA

Semua isian petrol di atas adalah sebanyak RM1 untuk satu isian ke dalam botol 100plus kecil. Dan dari apa yang anda dapat lihat, berikut adalah semua minyak petrol dari setiap stesen minyak di Malaysia. Anda lihat dan anda tentukan.

Sumber: Kereta.Info