Thursday 29 December 2011

VIDEO - GAMBARAN PENUH PROTON TUAH

Sebelum ini kita hanya melihat wajah kereta ini yang ditutupi dengan pelekat tetapi kali ini kami dari ProtonCLUB akan menunjukkan wajah sebenar bagaimana rupabentuk Proton Tuah ini. Dibawah ini kami sediakan sedikit paparan video untuk anda tonton dan kami akan terus mencari bahan-bahan lain mengenai model terbaru ini untuk tatapan anda di blog ini.


SPYSHOT - PROTON TUAH P3-21A

Mungkin ramai yang tertanya-tanya bagaimana rupabentuk kereta keluaran PROTON yang akan datang dan terbaru. Dan mungkin ramai juga yang telah tahu namanya yang dikenali sebagai Proton Tuah atau P3-21A yang bakal dipasarkan tidak lama lagi.

Khabarnya model ini mungkin akan dipasarkan pada tahun 2012. Apa yang pasti, model ini dijangka dapat memenuhi kehendak pengguna dan mampu bersaing dengan model import.


Melihat dari bahagian dalaman pula, ciri yang diterapkan dalam model TUAH kali ini nampak begitu hebat dan lain dari model PROTON sebelum ini. Mungkin ini adalah evolusi terbaru yang mahu ditunjukkan PROTON bagi menyaingi model-model import yang berada di pasaran.

Namun yang pasti, kita semua pasti ingin tahu berapakah nilainya dan adakah nilainya sepadan dengan rekaan dan ketahanannya. Diharap pihak Proton mampu memberikan harga mampu milik kepada rakyat Malaysia kerana kenderaan ini adalah buatan Malaysia. Dengan ini ia pasti mampu menyaingi model import yang lain.

Wednesday 21 December 2011

MY PROTON MAKEOVER - PROTON WIRA SEDAN

Tahniah diucapkan kepada pemilik kereta Proton Wira sedan, Encik Sashideran Radha Krishnan kerana telah berjaya menjadi pemenang Proton Makeover baru-baru ini.

Kereta beliau sudahpun berusia 17 tahun, namun selepas beberapa pengubahsuaian dibuat ianya nampak seperti baru keluar dari kilang.

Dibawah ini kami sediakan beberapa keping gambar untuk tatapan anda semua.









Jika anda berminat untuk menyertai peraduan ini, anda boleh layari ProtonVIP.com dan segala terma dan syarat ada disertakan didalam laman tersebut.

Thursday 15 December 2011

INFO: PROTON EXORA BOLD PREMIUM & PRIME

Setelah kian lama dunia internet dihujani dengan pelbagai gambar-gambar dan serba sedikit info mengenai Proton Exora terbaru dengan CFE (Penggunaan bahan api yang lebih cekap). Ia datang dalam dua jenis iaitu Exora Bold Premium dan Exora

Proton Exora baru ini menggunakan enjin CFE dengan kuasa 138 hp pada 5000 rpm dan 205 Nm tork dari 2,000 hingga 4,000 rpm untuk 1.6 liter. Dipadankan dengan kotak gear CVT, kelajuan tertinggi bagi kereta ini adalah pada 185 km / h dan 0-100 km / h dilakukan di 13.3 saat.

Penggunaan bahan api pula adalah pada sekitar 7.8 liter per 100 km sahaja, ianya memang sangat-sangat menjimatkan bagi sebuah MPV yang bersaiz sama besar dengannya.

Lejang enjin pula telah dipendekkan daripada 88 mm hingga 86 mm, menghasilkan sesaran yang lebih kecil iaitu sebanyak 1561 cc vs cc Campro CPS '1597.


"Didorong dengan enjin 1.6L yang lebih cekap, pengguna Proton Exora Boold ini pasti akan mengalami prestasi yang lebih hebat dan berkuasa dan ianya mampu menandingi enjin 2.0L, dengan penggunaan bahan api yang lebih rendah. Kuasa tambahan juga memberikan kuasa yang lebih tinggi terutama apabila hendak memotong." kata Pengarah Urusan Kumpulan Proton, Datuk Seri Syed Zainal Abidin.


Selain itu, kedua-dua jenis Proton Exora yang menggunakan CFE + CVT, ia juga ditawarkan dalam bentuk perapi Eksekutif Bold (1.6L Campro CPS dengan manual atau auto penukar tork) dan perapi bukan Bold Standard, yang hanya didapati dalam bentuk manual.

Spec-bijak, CVT Premium Bold didatangkan dengan tempat duduk kulit, stereng dibalut kulit, lampu kabus depan, spoiler belakang, cermin sayap boleh lipat dengan kawalan elektrik, kawalan pelayaran dan kamera belakang dengan cermin pandangan belakang LCD. Kedua-duanya adalah sama dengan sistem yang dapat dilihat pada kereta Kia Forte 6-Kelajuan.



Akhir sekali kita akan bercerita mengenai harga. Proton secara rasmi telah mengeluarkan senarai harga OTR, di mana MT 1.6 Standard boleh didapati pada harga RM59, 998, MT Bold 1.6 Eksekutif pula pada harga RM70, 998, Bold 1.6 Eksekutif dengan harga RM74, 998 dan Bold 1.6 Premium CVT dengan harga RM79, 998. Manakala Exora Prime pula dijual pada harga RM88, 998 se-unit.

Monday 12 December 2011

PANAS! GAMBAR PROTON EXORA PRIME / BOLD

Berita menarik dan hangat buat peminat MPV tanahair! Proton akan melancarkan sebuah lagi MPV iaitu Proton Exora Prime yang bakal dirasmikan pada awal Januari tahun depan.

Kisah kali ini adalah berdasarkan rakaman 'spyshot' Proton Exora Turbo yang dikeluarkan dari posting sebelum ini.

MPV ini adalah satu lagi keluaran Proton yang dijangka mampu menguasai pasaran tempatan. Model ini didatangkan dengan enjin pengecas turbo 1.6L (138Hp/205Nm @ 2000RPM - 4000RPM). Selain itu, ianya juga dilengkapi dengan sistem brek cakera pada bahagian hadapan.

Bahagian dalam pula disolek dengan dashboard kayu agar ia nampak eksklusif dan bergaya. Apapun kita nantikan kemunculannya pada awal tahun hadapan!

NOMBOR PENDAFTARAN NAJ 113 (NAJIB)

Terkejut juga saya melihat nombor pendaftaran ini. Agaknya berapakah harganya? Dan gerangan siapakah pemilik nombor ini agaknya? Nombor pendaftaran NAJ 113 jika dirapatkan nombornya akan menjadi 'NAJIB', sama dengan nama Perdana Menteri Malaysia sekarang ini. Apapun si empunya nombor ini pastinya bukan calang-calang orangnya...

Sunday 11 December 2011

LAKARAN GRAFIK PROTON RS, SEJAUH MANA KEBENARANNYA?

Satu lagi ilustrasi yang agak menarik juga bagi kami kerana ianya mungkin satu model akan datang yang hendak dikeluarkan oleh pihak PROTON.

Siapa tahu kereta ini juga mampu menarik minat golongan muda untuk memilikinya. Walaubagaimanapun, gambar di atas hanyalah ilustrasi grafik yang dibuat dan diubahsuai berdasarkan gambar asal Proton Saga FLX baru. \

Diberi nama sebagai Proton Saga RS, model ini diubahsuai pada bahagian belakangnya hampir 90% sebagaimana kita dapat lihat pada gambar diatas. Dengan sistem ekzoz berkembar dan lampu yang kelihatan memanjang kebawah sedikit.

Manakala pada bahagaian hadapan pula hanya sedikit perubahan pada skirting bawah sahaja.

Saturday 10 December 2011

PROTON TAWAR PEMASANGAN TALI PINGGANG PERCUMA

Proton Holdings Bhd menawarkan pemasangan percuma tali pinggang belakang bagi model Saga LMST dan Gen.2 yang dikeluarkan antara tahun 2004 dan 2008 yang mana proses pemasangan hanya mengambil masa 30 minit bagi sebuah kenderaan.

Proton dalam satu kenyataan Jumaat berkata syarikat itu menyediakan Mobile Team sebagai sebahagian daripada Kempen Tali Pinggang Belakang bagi membantu pemilik kereta mematuhi arahan kerajaan berkaitan alat keselamatan bermula tahun depan.

Bersempena dengan kempen selama sebulan itu, Mobile Team akan dihantar ke kedai kereta terpakai di Lembah Klang dan kemudiannya tentera dan balai polis di seluruh negara, pejabat kerajaan dan universiti awam lewat bulan ini.

Setakat ini, unit Mobile team itu yang terdiri daripada lapan pasukan dengan empat anggota, telah memasang tali pinggang belakang di lebih 700 kereta sejak dilancarkan pada 5 Dis.

"Kami akan berusaha sedaya upaya untuk menyediakan perkhidmatan kepada pelanggan kami," kata Pengarah Urusan Kumpulan Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir.

Beliau berkata penyelidikan global menunjukkan penggunaan tali pinggang belakang mengurangkan risiko kecederaan kepala sebanyak 47 peratus dan abdomen 52 peratus sekiranya berlaku pelanggaran bahagian hadapan.

Sumber dari BERNAMA

Friday 9 December 2011

PROTON EXORA TURBO CFE

Kami seakan tidak percaya apabila melihat sebuah lagi jentera Proton yang telah dinaiktaraf lagi dengan menggunakan enjin yang lebih bagus dan mantap. Siapa tidak kenal Proton Exora, sebuah MPV Proton yang mendapat sambutan menggalakkan kerana harganya yang berbaloi dan keluasannya yang mampu mengisi lebih muatan!

Kini Proton tampil dengan sebuah lagi Proton Exora yang disuntik dengan enjin CamPro (Pengecas Turbo) serta menggunakan CFE seperti yang anda dapat lihat pada pelekat di bahagian tepi kereta ini. Apakah itu CFE? Kami masih belum lagi mendapatkan maklumat detail mengenainya.

Dengan enjin 1.6L yang dilengkapkan dengan pengecas Turbo, kereta ini mampu menghasilkan 138 hp dan 205 Nm tork antara 2,000 hingga 4,000 rpm. Wow! Hebat sekali kuasa yang boleh dihasilkan. MPV ini juga didatangkan dalam transmisi CVT dan juga manual.

Thursday 1 December 2011

PROTON SAGA FLX SE DI SHOWROOM PROTON

Adakah anda sudah pandu uji kereta Proton Saga FLX SE di bilik showroom Proton? Jika belum, anda bolehlah cuba memandu uji kereta ini kerana anda pasti akan merasai kelainannya nanti berbanding Proton Saga yang ada sekarang!

Ianya datang dengan harga RM 49,449 dan ianya menggunakan enjin CamPro dengan IAFM 1.6L. Ia juga dilengkapi dengan sistem terbaru iaitu Continuous Variable Transmission (CVT) dimana ianya dikhususkan untuk kereta yang bertransmisi automatik sahaja. Dengan teknologi ini, penggunaan bahan api akan lebih baik lagi.

Tuesday 29 November 2011

FERRARI NAIK GENTING LAYAN LAP!

Tadi tengah sibuk mencari tempat peranginan, tiba-tiba terjumpa satu video beberapa buah kereta mewah jenama Ferrari tengah khusyuk layan lap di Genting Highlands, Malaysia. Mari kita saksikan video dibawah :)

Sunday 27 November 2011

PERODUA KELISA KERETA KOMPAK JIMAT PETROL

Perodua Kelisa dilancarkan oleh Perodua pada tahun 2001 dan pengeluarannya berakhir pada tahun 2007 setelah digantikan dengan model Perodua Viva.

Semasa zamannya, Perodua Kelisa mendapat perhatian yang baik dari peminat-peminat kereta kecil dan kompak. Antara sebab utama Perodua Kelisa menjadi pilihan ialah saiz bentuknya yang kompak dan pengendalian yang mudah. Model ini dilengkapi kotak gear manual dan automatik. Perodua Kelisa amat mudah dikendalikan, terutamanya ketika pemanduan di bandar. Saiznya yang kecil memudahkan pemandu untuk keluar dan masuk dari petak meletak kereta. Enjin bersesaran 1.0 liter juga tangkas ketika dipandu serta mampu memecut sehingga 160km/j. Varian 850cc juga terdapat pada Perodua Kelisa namun kurang menjadi pilihan pembeli. Antara yang sering menjadi sebutan tentang kelebihan Perodua Kelisa ialah penggunaan petrolnya yang dikatakan cukup menjimatkan. Rata-rata pemilik Kelisa memuji kenderaan mereka yang menjimatkan minyak. Majalah-majalah permotoran tempatan juga membuat review yang bagus berkenaan Perodua Kelisa dari aspek penggunaan petrol.

Memandangkan Perodua Kelisa merupakan sebuah kereta kecil yang kompak, tidak timbul isu tentang ruang penumpang yang sempit atau ruang bagasi yang kecil. Namun jika dibandingkan dengan Perodua Kancil, Perodua Kelisa jauh lebih selesa untuk 5 orang penumpang. Spesifikasi yang terdapat dalam Perodua Kelisa juga lebih lengkap kerana harganya yang lebih mahal. Perodua Kelisa lebih terkenal di kalangan pemandu wanita yang menginginkan sebuah kereta kecil yang mudah digunakan, tambahan pula rupa bentuk Perodua Kelisa agak feminin. Perodua Kelisa merupakan pilihan yang popular selain Kancil untuk dijadikan kenderaan kedua. Perodua Kelisa diakui sebagai sebuah model yang tahan lasak dan kurang memberikan masalah kepada pemiliknya. Kos penyelenggaraan Perodua Kelisa juga rendah dan kereta ini sesuai untuk mereka yang mempunyai bajet kecil. Bagi yang berminat untuk memiliki sebuah Perodua Kelisa, terdapat banyak pilihan di pasaran terpakai. Harga Perodua Kelisa terpakai bergantung kepada tahun ianya dikeluarkan dan spesifikasi pada setiap model.


Harga pasaran Perodua Kelisa terpakai keluaran 2001-2007 ketika ini ialah dalam anggaran RM15,000.00 sehingga RM30,000.00. Walaupun harganya agak mahal berbanding kereta terpakai lain, kos penyelenggaraan yang rendah dan penjimatan petrol menjadi kelebihan utamanya. Spesifikasi yang terdapat pada Perodua Kelisa seperti stereng kuasa, enjin yang bertenaga dan pengendalian mudah seringkali menjadi pilihan pembeli berbanding model Kancil. Sungguhpun Perodua Viva hadir dengan teknologi yang lebih moden dan ruang penumpang yang lebih luas, Perodua Kelisa masih merupakan sebuah kereta terpakai yang sesuai dijadikan kereta kedua.

Saturday 26 November 2011

PROTON SAGA FLX SE 1.6L DENGAN CVT AKAN DILANCARKAN!

Para peminat dan pemilik Proton Saga di Malaysia hari ini digemparkan dengan satu lagi model yang telahpun 'kantoi' dahulu sebelum promosi atau pengenalan dijalankan pihak Proton. Ianya adalah Proton Saga FLX Special Edition!!!



Persamaan FLX 1.6L biasa dan FLX 1.6L SE:
  • Dual SRS Airbags
  • Tali pinggang keledar dengan pre-tensioners
  • Anti Lock Braking System (ABS)
  • Electronic brakeforce distribution 9EBD)
  • Mempunyai CD dengan pemain MP3 dan USB dan AUX
  • Kawalan audio pada streng kereta

Perbezaan FLX 1.6L biasa dan FLX 1.6L SE:

  • Kapasiti enjin yang lebih besar menggunakan enjinCampro IAFM 1.6L yang mampu untuk menghasilkan 108hp pada 5,750 rpm dan tork maksimum, 150Nm pada 4000rpm dengan sistem transmisi boleh laras berterusan (CVT). Pastinya kalau anda pandu model ini anda boleh rasai sendiri kelancarannya
  • Tempat duduk kulit
  • Stereng dibalut kulit
  • Bodykit penuh
  • Lampu kabus depan dan dibelakangnya pula lampu rear combi jenis LED
  • Rim aloi telah telah ditukar kepada aloi rim 15 inci supaya nampak lebih sport

Berkemungkinan besar model ini akan dilancarkan pada bulan Disember 2011! Sama-sama kita nantikan ~

Friday 18 November 2011

KEBANGKITAN CHEVROLET CAMARO ZL1

Model ZL1 adalah satu lagi model yang boleh dibanggakan oleh kumpulan Chevrolet. Dengan kuasa pecutan yang mengagumkan, ianya adalah kereta yang digeruni di atas jalan raya.

Apakah kelebihan kenderaan ini?
Saksikan sedutan video yang kami sediakan untuk anda semua.

Thursday 17 November 2011

SPYSHOT PROTON TUAH / PERSONA TYPE R

Adakah akan ada keluaran terbaru Proton pada tahun 2012 nanti? Berkemungkinan akan adanya kereta yang menggantikan model Persona.

Menurut apa yang dapat dilihat pada KLIMS 2011 yang lepas, Proton ada mengeluarkan beberapa jenis prototaip kereta untuk masa akan datang dan gambar diatas (Kuning) adalah berkemungkinan besar Proton Tuah atau Proton Persona Type R.

Tuesday 15 November 2011

HONDA CR-Z TYPE R

Honda CR-Z Type R akan dilancarkan tidak lama lagi. Kereta ini dikatakan boleh mencapai kuasa 200hp dengan kuasa yang menggunakan konsep TurboCharged (pengecas) yang terdapat pada kereta ini. Berita lanjut mengenai kereta ini akan kami bawakan nanti. Namun maklumat mengenai harganya di pasaran Malaysia adalah dalam lingkungan harga RM 115,000 (OTR).

Sunday 6 November 2011

LAKARAN PROTON ISPIRA R3 TERBARU

Satu berita yang sedang kita nantikan mengenai model Inspira versi R3. Kami telah berjaya mendapatkan satu lakaran imej yang menggambarkan reka bentuk roda aloi yang berbeza berbanding dengan gambar-gambar dalam iklan yang ada dalam laman sesawang di internet sebelum ini.

Proton Inspira R3 hanya boleh didapati dalam varian transmisi manual 1.8 dan terhad kepada 100 unit. Pada dasarnya sesiapa yang membeli 1 Inspira 1.8 manual untuk harga OTR (RM78, 549 solid, RM78, 999 metallic) akan dapat set R3 Inspira dengan semua bit ditambah R3 (bodykit, rim aloi 18 inci dengan tayar bernilai RM9, 000) dan ianya hanya akan dikeluarkan sebanyak 100 unit sahaja.

Tempahan dibuka sekarang dan berakhir pada 31 Disember, 2011, jadi anda mempunyai kira-kira dua bulan untuk pergi merebut penghantaran Inspira R3 manual anda. Pendaftaran dan penghantaran bermula pada minggu kedua bulan November. Warna tersedia termasuk putih, perak, merah dan hitam, tetapi kita mendengar majoriti mereka adalah putih.

Klik untuk rujuk post sebelum ini tentang Inspira Edisi R3

Saturday 22 October 2011

LORI KONTENA KAWALAN JAUH PALING KUAT 2011

Memang menakjubkan! Siapa sangka sebuah lori kontena kawalan jauh mempunyai enjin yang begitu dasyat sehingga mampu menarik kereta, membawa manusia dan sebagainya! Kontena ini diberi nama ModelTruck Peterbilt 359 RC. Mari kita lihat video yang kami sediakan di ProtonCLUB...





Thursday 20 October 2011

GENTY AKYLONE SUPERCAR

Sepertimana yang anda lihat, kereta ini adalah salah sebuah model yang dikeluarkan oleh syarikat yang berpangkalan di Perancis iaitu Genty.

Menurut sumber, kereta ini diperkuat dengan enjin v8 4.8L yang berkuasa twin-turbo serta menghasilkan 1000hp dan 1200Nm tork. Untuk mencapai kelajuan 100 km/h, kereta ini hanya mengambil masa 2.7 saat sahaja!!! Kereta ini mampu mencapai kelajuan maksima 350 km/j...

Sungguhpun kereta jenama ini tidak dikenali atau kurang populariti jika hendak dibandingkan dengan jenama lain seperti Bugatti Veyron, Ferrari dan sebagainya namun kereta ini dilihat mampu bersaing dengan jenama besar lain.

Anda boleh lihat video dibawah ini

Tuesday 18 October 2011

MENANG PROTON SAGA 1.6L DENGAN SMILES (ESSO/MOBIL)

Sejumlah 6 Proton Saga, 1.5 juta Mata Ganjaran Smiles, RM107,200 nilai Touch ‘n Go dan 506
unit SmartTAG mesti dimenangi! Leretkan kad Smiles dan isilah bahan api Synergy dimana-mana stesen servis Esso atau Mobil hari ini, dan anda mungkin pemenang bertuah!

Lebih banyak anda isi, lebih cerah peluang kemenangan anda!Syarat dan Peraturan Promosi Smiles : Peraduan Cabutan Bertuah “Menangi Proton Saga”

Penganjur:

ExxonMobil Malaysia Sdn Bhd (“Syarikat”) adalah penganjur Peraduan Cabutan Bertuah “Menangi Proton Saga” (“Peraduan”).

Kelayakan:

Peraduan ini dibuka kepada semua ahli kad Smiles Program Smiles Driver Rewards (“Smiles”) kecuali ahli Kad Fleet dan Kad Diskaun Diesel, yang merupakan warga Malaysia, berusia 18 tahun ke atas (“Peserta”) tertakluk kepada Syarat dan Peraturan berikut. Semua transaksi untuk tujuan Peraduan ini mesti dileret bersama kad Smiles untuk diambil kira sebagai penyertaan sah.
Peraduan ini dibuka kepada semua Peserta, kecuali kategori individu berikut yang TIDAK LAYAK menyertai Peraduan ini:
Kakitangan tetap/kontrak subsidiari-subsidiari ExxonMobil di Malaysia, dan ahli keluarga terdekat mereka (ibu, bapa, suami/isteri dan anak-anak).
Pengusaha stesen Syarikat.
Kakitangan agensi pengiklanan dan promosi Syarikat (seterusnya dirujuk sebagai “Peserta Yang Tidak Layak”).
Ahli keluarga terdekat (bapa, ibu, suami/isteri dan anak) Peserta Yang Tidak Layak juga tidak dibenarkan menyertai Peraduan ini.

Tempoh Peraduan:

Peraduan akan berlangsung dari 7 Oktober 2011 hingga 9 Disember 2011, termasuk kedua-dua tarikh (“Tempoh Peraduan”).

Peraduan:

Untuk menyertai Peraduan ini, Peserta mesti membuat pembelian terkumpul bernilai RM30.00 untuk Synergy F-1, Synergy 5000 dan/atau produk Diesel di mana-mana stesen servis Esso atau Mobil dalam satu resit atau berbilang resit sama ada secara tunai atau kad kredit. Semua pembelian mesti dileret bersama kad Smiles.
Setiap perbelanjaan terkumpul RM30.00 dalam satu resit atau berbilang resit melayakkan Peserta untuk satu (1) penyertaan. Contohnya, transaksi RM70.00 melayakkan Peserta untuk dua (2) penyertaan.
Tiada borang peraduan atau resit transaksi diperlukan. Peserta layak secara automatik jika dia mematuhi semua Syarat dan Peraturan yang tersebut di sini. Dengan menyertai Peraduan, setiap Peserta dianggap bersetuju untuk mematuhi Syarat dan Peraturan yang tersebut di sini.
Berdasarkan semua penyertaan yang diterima, Syarikat akan memilih beberapa Peserta (“Calon Terpilih”). Keputusan Syarikat mengenai semua perkara berkenaan Peraduan (termasuk pemilihan para pemenang menerusi sistem pemilihan elektronik) adalah muktamad. Surat-menyurat berhubung pemilihan pemenang tidak akan dilayan.
Jika kad Smiles tidak dileret untuk mengumpul mata ganjaran, dan/atau pembelian tidak menepati kriteria kelayakan, penyertaan akan dibatalkan.
Ahli-ahli kad jenama bersama layak untuk 3X peluang kemenangan dengan setiap pembelian terkumpul RM30, yang disampaikan menerusi bahan-bahan komunikasi di stesen.
Peserta Terpilih akan dihubungi oleh Syarikat atau wakil terlantik menerusi telefon (nombor telefon seperti yang tercatat di dalam pangkalan data Smiles) dan diwajibkan menjawab satu (1) soalan Peraduan untuk melayakkan diri sebagai pemenang. Andainya Syarikat tidak berjaya menghubungi peserta terpilih atas apa jua sebab, Syarikat dengan ini berhak memilih Peserta layak yang lain.

Lain-lain Syarat dan Peraturan:

Nama semua pemenang akan diumumkan menerusi poster pengumuman pemenang di semua stesen servis Esso dan Mobil dan laman web www.Esso-Mobil-Smiles.com.my.
Andainya mana-mana penyertaan atau Hadiah Peraduan diberi kepada individu yang:
tidak layak menyertai Peraduan; dan/atau,
telah menipu atau disyaki menipu berhubung dengan penggunaan kad Smiles
Syarikat berhak membatalkan penyertaan individu tersebut dari Peraduan dan/atau menerima Hadiah.
Semua pemenang yang terpilih menerusi sistem pemilihan elektronik Syarikat adalah muktamad.
Surat Pemberitahuan akan dipos kepada pemenang Peraduan dan Hadiah akan dipos kepada pemenang (“Surat Pemberitahuan”) (alamat rumah yang diberi seperti di dalam pangkalan data Smiles). Pemenang mesti menghubungi Syarikat dalam tempoh 14 hari dari tarikh Surat Pemberitahuan, jika tidak Syarikat berhak memilih pemenang baru. Semua Hadiah mesti dituntut dalam tempoh tiga (3) bulan dari tarikh Surat Pemberitahuan.
Pemenang mesti menuntut Hadiah Utama di cawangan Proton seperti yang dinasihatkan oleh Syarikat.
Premium Insurans 12 bulan, Cukai Jalan 12 bulan dan mana-mana cukai atau levi berkenaan akan ditanggung sendiri oleh Pemenang Hadiah Utama sebelum menuntut Proton Saga 1.6L. Syarikat tidak bertanggungjawab untuk apa jua implikasi cukai yang mungkin timbul akibat kemenangan tersebut.
Semua Hadiah tidak boleh dipindah milik dan mesti dituntut sendiri oleh pemenang atau proksi terlantik yang diluluskan oleh Syarikat.
Jika sesuatu Hadiah tidak dituntut oleh pemenang dalam tempoh yang ditetapkan, pemenang secara automatik membatalkan haknya terhadap Hadiah tersebut dan tidak berhak membuat tuntutan selepas itu dan di dalam keadaan ini, Syarikat berhak memindahkan Hadiah kepada Peserta terpilih yang lain.
250,000 Mata Ganjaran Smiles akan dikreditkan ke kad Smiles Pemenang Hadiah Utama dalam tempoh 4 - 6 minggu dari tarikh Surat Pemberitahuan.
Untuk pemenang-pemenang Hadiah Sagu Hati di Sabah, 25,000 Mata Ganjaran Smiles akan dikreditkan ke kad Smiles ahli kad Smiles untuk menggantikan SmartTag dan kad Touch ‘n Go.
Semua Hadiah tidak boleh dipindah milik dan tidak boleh ditukar untuk wang tunai atau apa jua barangan atau pakej lain. Semua pemenang tidak dibenarkan menuntut Hadiah selepas tempoh yang dinyatakan.
Syarikat berhak membatal, memendek, melanjut, menggantung atau menghentikan Tempoh Peraduan pada bila-bila masa sebelum tarikh tamat Tempoh Peraduan tanpa notis terlebih dahulu. Syarikat juga berhak meminda, mengubah, membatal atau menukar mana-mana Syarat dan Peraturan yang terkandung di sini pada bila-bila masa mengikut budi bicara mutlaknya tanpa notis terlebih dahulu. Untuk mengelakkan sebarang keraguan, mana-mana pembatalan, pelanjutan, penggantungan atau pemberhentian Tempoh Peraduan pada bila-bila masa sebelum tarikh tamat Tempoh Peraduan tidak melayakkan Peserta untuk menuntut pampasan daripada Syarikat untuk apa jua dan semua kerugian atau kerosakan yang ditanggung atau dialami oleh Peserta akibat daripada pembatalan, pelanjutan, penggantung atau pemberhentian tersebut.
Syarikat berhak mengguna nama, alamat, gambar dan testimoni Peserta di dalam iklan dan lain-lain bentuk publisiti berhubung dengan Peraduan. Penyertaan Peserta di dalam Peraduan dan persetujuan untuk terikat dengan Syarat dan Peraturan yang tersebut di sini akan dianggap sebagai kebenaran mereka untuk penggunaan tersebut, tanpa notis, bayaran atau pertimbangan lanjut.
Dengan menyertai Peraduan ini dan menerima Hadiah, pemenang Hadiah bersetuju bahawa ExxonMobil berhak menggambar, merakam atau memaparkan mereka sebagai pemenang Peraduan dalam apa jua cara mengikut budi bicara mutlak ExxonMobil, dan mempamerkan bahan-bahan tersebut untuk semua tujuan pengiklanan, pemasaran dan publisiti berhubung dengan Peraduan tanpa sebarang pampasan, dengan Syarat ia mematuhi undang-undang. Para Peserta dan pemenang Peraduan dengan ini dimaklumkan dan dianggap membenarkan ExxonMobil untuk mengguna nama, suara, gambar atau footage, atau isi kandungan penyertaan mereka semata-mata untuk tujuan yang tersebut di atas.
Syarikat berhak menggantikan mana-mana Hadiah dengan Hadiah yang senilai dengannya sekiranya Hadiah tersebut tidak terdapat atas apa jua sebab di luar kawalannya, jika perlu.
Peserta dengan ini bersetuju untuk mengecualikan Syarikat, para pengarah, pegawai, kakitangan dan ejen, termasuk tanpa batasan, syarikat induk, subsidiari, syarikat bersekutu, kakitangan, agensi dan cawangannya, serta semua rakan niaga / penaja Peraduan dan semua pihak yang berkaitan dengan pembangunan dan pelaksanaan Peraduan ini, dari dan terhadap apa jua dan semua liabiliti untuk kecederaan, kerugian atau kerosakan dalam apa jua bentuk (sama ada secara langsung, tidak langsung atau akibat daripada) yang timbul daripada Peraduan ini dan kemenangan serta penggunaan atau penyalahgunaan atau pemilikan mana-mana Hadiah, termasuk liabiliti untuk kecederaan peribadi, kematian atau kerosakan harta, kecuali di mana dilarang atau dihadkan oleh undang-undang. Semua pemenang mengakui bahawa sejauh yang dibenarkan oleh undang-undang, Hadiah yang dianugerahkan oleh Syarikat adalah tanpa apa jua waranti sama ada secara lisan atau tersirat, termasuk tetapi tidak terhad kepada waranti tersirat tentang kepuasan mutu, dan bukan perlanggaran.
Peserta akan mengecualikan sepenuhnya dan tidak mengikat Syarikat, para pengarah, pegawai, kakitangan dan ejen daripada mana-mana dan semua kerugian, liabiliti, kos, tuntutan, caj, perbelanjaan, tindakan atau permintaan (termasuk kos perundangan), sama ada secara langsung atau tidak langsung kerana melanggar Syarat dan Peraturan ini.
Peraduan ini adalah di bawah kuasa undang-undang Malaysia dan semua pertelingkahan adalah tertakluk kepada kuasa eksklusif mahkamah Malaysia.
Jika atas apa jua sebab mana-mana bahagian Peraduan ini tidak dapat dilaksanakan mengikut perancangan, Syarikat boleh mengikut budi bicaranya membatal, menamat, meminda atau menggantung promosi, atau tidak mengesahkan mana-mana penyertaan terbabit tanpa sebarang liabiliti atau obligasi untuk meneruskan Peraduan.
Ketaksahan atau ketakkuatkuasaan mana-mana Syarat dan Peraturan ini atas apa jua sebab tidak akan memberi prejudis atau kesan terhadap kesahan atau penguatkuasaan bahagian lain dan setiap bahagian Syarat dan Peraturan ini adalah ketara dan sentiasa terasing daripada bahagian lain Syarat dan Peraturan.
Syarikat tidak bertanggungjawab atau tidak boleh dipertanggungjawabkan untuk apa jua tuntutan, kehilangan atau kerosakan, akibat daripada atau berhubung dengan Peraduan ini atau penggunaan atau keadaan Hadiah yang diberi sepanjang Peraduan ini.
Syarikat merupakan pihak berkuasa muktamad untuk menentukan penterjemahan Syarat dan Peraturan ini dan dalam apa jua perkara berhubung Peraduan ini.
Tertakluk kepada lain-lain Syarat dan Peraturan Smiles.
Untuk pertanyaan, sila hubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan Smiles Driver Rewards di 1-300-880-323, Isnin hingga Jumaat, dari 9.00 pg hingga 5.00 ptg, dan Sabtu, 9.00 pg hingga 1.00 ptg.

Sumber: Exxon Mobil

Monday 17 October 2011

FREE KUPON MCDONALDS - JIMAT RM 2.95

FREE KUPON MCDONALDS - JIMAT RM 2.95

Petang ni saya nak kongsi dengan anda semua kupon McD dimana anda akan jimat sebanyak RM 2.95 !!! Caranya anda cuma perlu print sahaja dan pergi ke mana-mana restoran McD pilihan anda dan tunjukkan sahaja kupon ini. Cepat sebelum ianya tamat pada 25 Oktober 2011.

Anda boleh klik link dibawah untuk muat turun kupon ini