Saturday 10 December 2011

PROTON TAWAR PEMASANGAN TALI PINGGANG PERCUMA

Proton Holdings Bhd menawarkan pemasangan percuma tali pinggang belakang bagi model Saga LMST dan Gen.2 yang dikeluarkan antara tahun 2004 dan 2008 yang mana proses pemasangan hanya mengambil masa 30 minit bagi sebuah kenderaan.

Proton dalam satu kenyataan Jumaat berkata syarikat itu menyediakan Mobile Team sebagai sebahagian daripada Kempen Tali Pinggang Belakang bagi membantu pemilik kereta mematuhi arahan kerajaan berkaitan alat keselamatan bermula tahun depan.

Bersempena dengan kempen selama sebulan itu, Mobile Team akan dihantar ke kedai kereta terpakai di Lembah Klang dan kemudiannya tentera dan balai polis di seluruh negara, pejabat kerajaan dan universiti awam lewat bulan ini.

Setakat ini, unit Mobile team itu yang terdiri daripada lapan pasukan dengan empat anggota, telah memasang tali pinggang belakang di lebih 700 kereta sejak dilancarkan pada 5 Dis.

"Kami akan berusaha sedaya upaya untuk menyediakan perkhidmatan kepada pelanggan kami," kata Pengarah Urusan Kumpulan Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir.

Beliau berkata penyelidikan global menunjukkan penggunaan tali pinggang belakang mengurangkan risiko kecederaan kepala sebanyak 47 peratus dan abdomen 52 peratus sekiranya berlaku pelanggaran bahagian hadapan.

Sumber dari BERNAMA

Related Posts

PROTON TAWAR PEMASANGAN TALI PINGGANG PERCUMA
4/ 5
Oleh

Subscribe via email

Like the post above? Please subscribe to the latest posts directly via email.