Thursday 29 December 2011

VIDEO - GAMBARAN PENUH PROTON TUAH

Sebelum ini kita hanya melihat wajah kereta ini yang ditutupi dengan pelekat tetapi kali ini kami dari ProtonCLUB akan menunjukkan wajah sebenar bagaimana rupabentuk Proton Tuah ini. Dibawah ini kami sediakan sedikit paparan video untuk anda tonton dan kami akan terus mencari bahan-bahan lain mengenai model terbaru ini untuk tatapan anda di blog ini.


SPYSHOT - PROTON TUAH P3-21A

Mungkin ramai yang tertanya-tanya bagaimana rupabentuk kereta keluaran PROTON yang akan datang dan terbaru. Dan mungkin ramai juga yang telah tahu namanya yang dikenali sebagai Proton Tuah atau P3-21A yang bakal dipasarkan tidak lama lagi.

Khabarnya model ini mungkin akan dipasarkan pada tahun 2012. Apa yang pasti, model ini dijangka dapat memenuhi kehendak pengguna dan mampu bersaing dengan model import.


Melihat dari bahagian dalaman pula, ciri yang diterapkan dalam model TUAH kali ini nampak begitu hebat dan lain dari model PROTON sebelum ini. Mungkin ini adalah evolusi terbaru yang mahu ditunjukkan PROTON bagi menyaingi model-model import yang berada di pasaran.

Namun yang pasti, kita semua pasti ingin tahu berapakah nilainya dan adakah nilainya sepadan dengan rekaan dan ketahanannya. Diharap pihak Proton mampu memberikan harga mampu milik kepada rakyat Malaysia kerana kenderaan ini adalah buatan Malaysia. Dengan ini ia pasti mampu menyaingi model import yang lain.

Wednesday 21 December 2011

MY PROTON MAKEOVER - PROTON WIRA SEDAN

Tahniah diucapkan kepada pemilik kereta Proton Wira sedan, Encik Sashideran Radha Krishnan kerana telah berjaya menjadi pemenang Proton Makeover baru-baru ini.

Kereta beliau sudahpun berusia 17 tahun, namun selepas beberapa pengubahsuaian dibuat ianya nampak seperti baru keluar dari kilang.

Dibawah ini kami sediakan beberapa keping gambar untuk tatapan anda semua.









Jika anda berminat untuk menyertai peraduan ini, anda boleh layari ProtonVIP.com dan segala terma dan syarat ada disertakan didalam laman tersebut.

Thursday 15 December 2011

INFO: PROTON EXORA BOLD PREMIUM & PRIME

Setelah kian lama dunia internet dihujani dengan pelbagai gambar-gambar dan serba sedikit info mengenai Proton Exora terbaru dengan CFE (Penggunaan bahan api yang lebih cekap). Ia datang dalam dua jenis iaitu Exora Bold Premium dan Exora

Proton Exora baru ini menggunakan enjin CFE dengan kuasa 138 hp pada 5000 rpm dan 205 Nm tork dari 2,000 hingga 4,000 rpm untuk 1.6 liter. Dipadankan dengan kotak gear CVT, kelajuan tertinggi bagi kereta ini adalah pada 185 km / h dan 0-100 km / h dilakukan di 13.3 saat.

Penggunaan bahan api pula adalah pada sekitar 7.8 liter per 100 km sahaja, ianya memang sangat-sangat menjimatkan bagi sebuah MPV yang bersaiz sama besar dengannya.

Lejang enjin pula telah dipendekkan daripada 88 mm hingga 86 mm, menghasilkan sesaran yang lebih kecil iaitu sebanyak 1561 cc vs cc Campro CPS '1597.


"Didorong dengan enjin 1.6L yang lebih cekap, pengguna Proton Exora Boold ini pasti akan mengalami prestasi yang lebih hebat dan berkuasa dan ianya mampu menandingi enjin 2.0L, dengan penggunaan bahan api yang lebih rendah. Kuasa tambahan juga memberikan kuasa yang lebih tinggi terutama apabila hendak memotong." kata Pengarah Urusan Kumpulan Proton, Datuk Seri Syed Zainal Abidin.


Selain itu, kedua-dua jenis Proton Exora yang menggunakan CFE + CVT, ia juga ditawarkan dalam bentuk perapi Eksekutif Bold (1.6L Campro CPS dengan manual atau auto penukar tork) dan perapi bukan Bold Standard, yang hanya didapati dalam bentuk manual.

Spec-bijak, CVT Premium Bold didatangkan dengan tempat duduk kulit, stereng dibalut kulit, lampu kabus depan, spoiler belakang, cermin sayap boleh lipat dengan kawalan elektrik, kawalan pelayaran dan kamera belakang dengan cermin pandangan belakang LCD. Kedua-duanya adalah sama dengan sistem yang dapat dilihat pada kereta Kia Forte 6-Kelajuan.



Akhir sekali kita akan bercerita mengenai harga. Proton secara rasmi telah mengeluarkan senarai harga OTR, di mana MT 1.6 Standard boleh didapati pada harga RM59, 998, MT Bold 1.6 Eksekutif pula pada harga RM70, 998, Bold 1.6 Eksekutif dengan harga RM74, 998 dan Bold 1.6 Premium CVT dengan harga RM79, 998. Manakala Exora Prime pula dijual pada harga RM88, 998 se-unit.

Monday 12 December 2011

PANAS! GAMBAR PROTON EXORA PRIME / BOLD

Berita menarik dan hangat buat peminat MPV tanahair! Proton akan melancarkan sebuah lagi MPV iaitu Proton Exora Prime yang bakal dirasmikan pada awal Januari tahun depan.

Kisah kali ini adalah berdasarkan rakaman 'spyshot' Proton Exora Turbo yang dikeluarkan dari posting sebelum ini.

MPV ini adalah satu lagi keluaran Proton yang dijangka mampu menguasai pasaran tempatan. Model ini didatangkan dengan enjin pengecas turbo 1.6L (138Hp/205Nm @ 2000RPM - 4000RPM). Selain itu, ianya juga dilengkapi dengan sistem brek cakera pada bahagian hadapan.

Bahagian dalam pula disolek dengan dashboard kayu agar ia nampak eksklusif dan bergaya. Apapun kita nantikan kemunculannya pada awal tahun hadapan!

NOMBOR PENDAFTARAN NAJ 113 (NAJIB)

Terkejut juga saya melihat nombor pendaftaran ini. Agaknya berapakah harganya? Dan gerangan siapakah pemilik nombor ini agaknya? Nombor pendaftaran NAJ 113 jika dirapatkan nombornya akan menjadi 'NAJIB', sama dengan nama Perdana Menteri Malaysia sekarang ini. Apapun si empunya nombor ini pastinya bukan calang-calang orangnya...

Sunday 11 December 2011

LAKARAN GRAFIK PROTON RS, SEJAUH MANA KEBENARANNYA?

Satu lagi ilustrasi yang agak menarik juga bagi kami kerana ianya mungkin satu model akan datang yang hendak dikeluarkan oleh pihak PROTON.

Siapa tahu kereta ini juga mampu menarik minat golongan muda untuk memilikinya. Walaubagaimanapun, gambar di atas hanyalah ilustrasi grafik yang dibuat dan diubahsuai berdasarkan gambar asal Proton Saga FLX baru. \

Diberi nama sebagai Proton Saga RS, model ini diubahsuai pada bahagian belakangnya hampir 90% sebagaimana kita dapat lihat pada gambar diatas. Dengan sistem ekzoz berkembar dan lampu yang kelihatan memanjang kebawah sedikit.

Manakala pada bahagaian hadapan pula hanya sedikit perubahan pada skirting bawah sahaja.

Saturday 10 December 2011

PROTON TAWAR PEMASANGAN TALI PINGGANG PERCUMA

Proton Holdings Bhd menawarkan pemasangan percuma tali pinggang belakang bagi model Saga LMST dan Gen.2 yang dikeluarkan antara tahun 2004 dan 2008 yang mana proses pemasangan hanya mengambil masa 30 minit bagi sebuah kenderaan.

Proton dalam satu kenyataan Jumaat berkata syarikat itu menyediakan Mobile Team sebagai sebahagian daripada Kempen Tali Pinggang Belakang bagi membantu pemilik kereta mematuhi arahan kerajaan berkaitan alat keselamatan bermula tahun depan.

Bersempena dengan kempen selama sebulan itu, Mobile Team akan dihantar ke kedai kereta terpakai di Lembah Klang dan kemudiannya tentera dan balai polis di seluruh negara, pejabat kerajaan dan universiti awam lewat bulan ini.

Setakat ini, unit Mobile team itu yang terdiri daripada lapan pasukan dengan empat anggota, telah memasang tali pinggang belakang di lebih 700 kereta sejak dilancarkan pada 5 Dis.

"Kami akan berusaha sedaya upaya untuk menyediakan perkhidmatan kepada pelanggan kami," kata Pengarah Urusan Kumpulan Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir.

Beliau berkata penyelidikan global menunjukkan penggunaan tali pinggang belakang mengurangkan risiko kecederaan kepala sebanyak 47 peratus dan abdomen 52 peratus sekiranya berlaku pelanggaran bahagian hadapan.

Sumber dari BERNAMA

Friday 9 December 2011

PROTON EXORA TURBO CFE

Kami seakan tidak percaya apabila melihat sebuah lagi jentera Proton yang telah dinaiktaraf lagi dengan menggunakan enjin yang lebih bagus dan mantap. Siapa tidak kenal Proton Exora, sebuah MPV Proton yang mendapat sambutan menggalakkan kerana harganya yang berbaloi dan keluasannya yang mampu mengisi lebih muatan!

Kini Proton tampil dengan sebuah lagi Proton Exora yang disuntik dengan enjin CamPro (Pengecas Turbo) serta menggunakan CFE seperti yang anda dapat lihat pada pelekat di bahagian tepi kereta ini. Apakah itu CFE? Kami masih belum lagi mendapatkan maklumat detail mengenainya.

Dengan enjin 1.6L yang dilengkapkan dengan pengecas Turbo, kereta ini mampu menghasilkan 138 hp dan 205 Nm tork antara 2,000 hingga 4,000 rpm. Wow! Hebat sekali kuasa yang boleh dihasilkan. MPV ini juga didatangkan dalam transmisi CVT dan juga manual.

Thursday 1 December 2011

PROTON SAGA FLX SE DI SHOWROOM PROTON

Adakah anda sudah pandu uji kereta Proton Saga FLX SE di bilik showroom Proton? Jika belum, anda bolehlah cuba memandu uji kereta ini kerana anda pasti akan merasai kelainannya nanti berbanding Proton Saga yang ada sekarang!

Ianya datang dengan harga RM 49,449 dan ianya menggunakan enjin CamPro dengan IAFM 1.6L. Ia juga dilengkapi dengan sistem terbaru iaitu Continuous Variable Transmission (CVT) dimana ianya dikhususkan untuk kereta yang bertransmisi automatik sahaja. Dengan teknologi ini, penggunaan bahan api akan lebih baik lagi.