Showing posts with label Exora Turbo. Show all posts
Showing posts with label Exora Turbo. Show all posts

Friday, 9 December 2011

PROTON EXORA TURBO CFE

Kami seakan tidak percaya apabila melihat sebuah lagi jentera Proton yang telah dinaiktaraf lagi dengan menggunakan enjin yang lebih bagus dan mantap. Siapa tidak kenal Proton Exora, sebuah MPV Proton yang mendapat sambutan menggalakkan kerana harganya yang berbaloi dan keluasannya yang mampu mengisi lebih muatan!

Kini Proton tampil dengan sebuah lagi Proton Exora yang disuntik dengan enjin CamPro (Pengecas Turbo) serta menggunakan CFE seperti yang anda dapat lihat pada pelekat di bahagian tepi kereta ini. Apakah itu CFE? Kami masih belum lagi mendapatkan maklumat detail mengenainya.

Dengan enjin 1.6L yang dilengkapkan dengan pengecas Turbo, kereta ini mampu menghasilkan 138 hp dan 205 Nm tork antara 2,000 hingga 4,000 rpm. Wow! Hebat sekali kuasa yang boleh dihasilkan. MPV ini juga didatangkan dalam transmisi CVT dan juga manual.

Monday, 23 May 2011

PROTON SAGA FL PHASE 2 & PROTON EXORA TURBO



Berikut adalah beberapa keping gambar terbaru spyshot untuk kereta Proton Saga FL (Phase 2) dengan pengubahsuaian dibuat pada enjin iaitu gabungan antara IAFM dan juga kotak gear CVT dimana kombinasi ini mampu menjimatkan minyak (adakah Proton Saga sekarang masih belum jimat minyak?)

Bagi Proton Exora pula, ia dilengkapi dengan enjin berkekuatan turbo yang pastinya memberi pick up yang lebih berbanding Proton Exora sekarang yang didakwa kurang pick up mungkin kerana body nya yang besar tetapi enjin hanya 1.6 sahaja.

Friday, 24 September 2010

PROTON AKAN LANCAR PROTON EXORA TURBO

Semalam baca paper, ada terselak satu berita ni yang mengatakan bahawa Proton Holdings akan melancarkan enjin Campro berkuasa turbo. Wahh memang gempak lah kalau mcmni tapi menurut Pengarah Urusan Proton, Dato Syed Zainal Abidin Tahir, enjin Campro turbo ini akan diletakkan keatas kereta model Exora. Keupayaan enjin Campro turbo ini katanya menyamai kuasa yang dikeluarkan oleh enjin 2000 cc... Not bad lah... Maybe Campro turbo ni 1.6 cc kot... Apapun kita tunggu jelah... adakah enjin Campro turbo ini akan digunakan pada kenderaan Proton Waja baru nanti? Sama2 kita nantikan..