Wednesday 4 November 2015

LALUAN JALAN TUN RAZAK AKAN BERUBAH MULAI 8 NOVEMBER 2015 - DBKL


Perubahan trafik dijangka akan berubah di beberapa laluan di Kuala Lumpur. Antara laluan yang terlibat adalah laluan Jalan Tun Razak dan ia akan dikuatkuasa pada 8 November ini. Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah mengeluarkan satu kenyataan media berhubung perubahan beberapa laluan trafik di Jalan Tun Razak mulai 8 November ini, laporan Bernama.

Ia bertujuan melaksanakan penyuraian trafik bagi mengurangkan kesesakan trafik di jalan itu.

Bagi kenderaan dari Jalan Pekeliling Lama hanya dibenarkan susur keluar ke Jalan Ipoh/Jalan Tun Razak manakala untuk ke Lebuhraya Sultan Iskandar, mereka perlu menggunakan persimpangan lampu isyarat di Jalan Ipoh/Jalan Tun Razak.

Kenderaan dari Jalan Tun Razak (dari Jalan Semarak/Jalan Ampang) pula dikehendaki melalui Bulatan Pahang jika ingin ke Jalan Ipoh.


Manakala kenderaan dari Jalan Tun Razak (dari Bulatan Pahang) ke Jalan U-Thant dikehendaki memilih laluan di bawah jejambat persimpangan Jalan Semarak/ Jalan Tun Razak melalui persimpangan Jalan Ampang/Jalan Tun Razak.

Bagi kenderaan ke arah Cheras dan selatan masih boleh menggunakan laluan sedia ada tetapi tidak boleh membelok ke Jalan U-Thant.

Kenderaan dari arah Jalan Ampang (dari Jalan Jelatek) yang memasuki susur kiri ke Jalan Tun Razak (selatan) hanya akan dibenarkan memasuki Jalan U-Thant sahaja.

Related Posts

LALUAN JALAN TUN RAZAK AKAN BERUBAH MULAI 8 NOVEMBER 2015 - DBKL
4/ 5
Oleh

Subscribe via email

Like the post above? Please subscribe to the latest posts directly via email.