Thursday 15 October 2015

KERETA BUATAN MALAYSIA LANGGAR AKTA KESELAMATAN - ASEAN NCAP


Berita panas! Pengeluar kereta buatan Malaysia kini dalam siasatan oleh pihak ASEAN NCAP kerana didakwa kereta model yang tidak disebutkan itu telah membuka alat keselamatan untuk kerusi kanak-kanak. Menurut pihaknya, kereta yang dihantar untuk ujian pihak ASEAN NCAP mematuhi piawaian tersebut namun kereta yang dipasarkan kepada pengguna tidak dilengkapi alat keselamatan berkenaan.


Pengeluar di Malaysia ada dua sahaja, Proton dan Perodua. Agak-agaknya siapa yang terlibat? Isu ini pasti akan mendatangkan kemarahan pengguna kerana bukan sahaja kita ditipu malah isu keselamatan yang melibatkan nyawa anak-anak juga menjadi taruhan! Sungguh tidak bertanggungjawab! Sewaktu beli, bukan main lagi dipromosikan kereta ini mencapai standard piawaian ASEAN NCAP tapi malangnya apabila dijual kepada pengguna, kereta mereka tidak dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan ini.

Pihak ASEAN NCAP juga akan menghantar surat tunjuk sebab kepada pengeluar kenderaan tersebut dan mempertimbangkan samada untuk menggantung penarafan tersebut. Mereka juga akan membuat pendedahan kepada umum apabila kes ini telah disiasat dan menurutnya pihak ASEAN NCAP lagi, semua model dari pengeluar ini akan disiasat juga kerana khuatir perkara yang sama turut dilakukan kepada lain-lain model.

Related Posts

KERETA BUATAN MALAYSIA LANGGAR AKTA KESELAMATAN - ASEAN NCAP
4/ 5
Oleh

Subscribe via email

Like the post above? Please subscribe to the latest posts directly via email.