Tuesday 20 October 2015

KAMERA AES MUNGKIN DIHAPUSKAN - KERAJAAN MALAYSIA


Kerajaan mungkin akan menghapuskan semua kamera perangkap had laju (AES) di negara ini dan menarik balik hampir 1.6 juta saman trafik bernilai hampir setengah billion oleh kamera AES ini.


Satu berita yang agak menarik namun apakah relevannya setelah wang sebanyak RM500 juta dibelanjakan untuk membangunkan kamera AES ini, kini ianya hendak dihapuskan pula.

Memetik sumber, laporan itu berkata caj dikenakan terhadap pesalah trafik AES, yang dikuatkuasakan pada September, 2012, kemungkinan besar akan digugurkan.

Sumber laporan itu dipetik sebagai berkata, kerajaan sedang bersedia untuk menghapuskan saman kesalahan yang dikeluarkan ketika peringkat pilot penguatkuasaan itu dan akan terus bergerak ke fasa kedua.

“Tindakan di bawah peringkat pilot terikat dengan masalah teknikal yang berbangkit daripada proses pengumpulan bukti yang tidak dijalankan pegawai penguat kuasa,” kata sumber berkenaan.

“Pihak pertama di pusat kawalan AES yang mengumpul gambar beresolusi tinggi berkaitan dakwaan kesalahan trafik, adalah kakitangan syarikat swasta.

“Peranan pihak pertama ialah mengumpul bukti yang sepatutnya dilaksanakan anggota polis atau penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), bukan kakitangan syarikat swasta. Ini menyebabkan undang-undang terhalang,” katanya.

Terdapat 10 kamera AES tetap dan 4 kamera bergerak beroperasi di 14 lokasi terdedah kemalangan di Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya dan Perak. Di bawah operasi AES, imej gambar dan video kenderaan yang melanggar undang-undang trafik akan dirakamkan, sebelum saman dikeluarkan kepada pesalah.

JPJ sebelum ini berjanji untuk memperbaiki semua 831 kamera untuk menangkap pemandu yang laju dan mencegah lebih banyak kemalangan maut sebagai sebahagian daripada fasa pilot projek AES yang dilaksanakan pada September 2012.

Bagaimanapun, 3 bulan kemudian, Pejabat Peguam Negara mengarahkan pemberhentian bagi semua prosiding mahkamah berkaitan dengan saman dikeluarkan di bawah AES untuk mengkaji isu perundangan berbangkit susulan rungutan orang ramai.

Masalah timbul apabila polis terus dengan penguatkuasaan mereka terhadap pemandu laju, serentak dengan penswastaan AES, menyebabkan pengguna jalan raya mengadu mereka dikenakan saman 2 kali.

Sejumlah besar tuntutan mencabar saman AES diterima mahkamah menyebabkan perintah peguam negara membekukan arahan senarai hitam pesalah.

Ini dikenal pasti sebagai halangan terbesar bagi melaksanakan fasa kedua AES, lapor The Sun.

“Jumlah besar kes tertunggak di mahkamah berkaitan fasa pertama AES mengganggu kerajaan. Kita perlu membatalkannya untuk mengelak AES jadi kapal karam,” kata seorang pegawai kanan kerajaan dipetik sebagai berkata.

“Operasi AES fasa kedua meliputi 350 lokasi menjelang suku pertama 2016 akan membuka lembaran baru. Kali ini kerajaan akan melakukannya dengan betul,” katanya.

Pegawai itu juga menyatakan kerajaan boleh mengembalikan semula saman yang sudah dibayar untuk menunjukkan AES bukan perkara main-main, tetapi dilaksanakan untuk menyelamatkan nyawa.– 20 Oktober, 2015.

Sumber ini dipetik dari laman TheMalaysianInsider.

Related Posts

KAMERA AES MUNGKIN DIHAPUSKAN - KERAJAAN MALAYSIA
4/ 5
Oleh

Subscribe via email

Like the post above? Please subscribe to the latest posts directly via email.