Thursday, 22 September 2011

LAMBORGHINI AVENTADOR DI MALAYSIA

Siapakah gerangan pemilik bertuah Lamborghini Aventador ini?

Yang pasti gambar ini dirakam di Malaysia sewaktu kenderaan mewah ini baru sahaja sampai. Mengikut sumber dari sebuah akhbar tempatan, kereta ini dijual dengan harga RM 2.8 juta !!! Bayangkan berapakah pendapatan bulanan pemiliknya? Apakah pekerjaannya sehingga mampu untuk membeli kenderaan yang lebih mahal dari rumah ini?

Pastinya dia adalah seorang yang berpengaruh di Malaysia ini. Kereta ini sudah mendapat tempahan sebanyak 15 unit dipasaran Malaysia. Walaubagaimanapun, jika anda juga berminat bolehlah menempah kereta mewah ini di branch Lamborghini yang berada di Malaysia.

Video pandu uji Lamborghini Aventador di Sepang

Thursday, 15 September 2011

PERODUA MYVI SE 1.5 DAN EXTREME DILANCARKAN!

Peminat-peminat dan pemilik Perodua yang inginkan kelainan pasti tidak sabar untuk memandu model Perodua terbaru ini iaitu Perodua Myvi 1.5 dan juga Perodua Myvi Extreme. Dengan kekuatan enjin 1.5 liter DVVT, pastinya ia lebih hebat berbanding Myvi sebelum ini.

Dibawah ini adalah beberapa keping gambar yang dirakamkan pada hari pelancaran model ini.

Model ini boleh didapati pada harga sekitar RM 50,900 hingga RM 61,700 bergantung kepada model yang dipilih kerana ianya datang dalam dua versi iaitu Auto Transmision dan juga Manual Transmision.






Jadi adakah anda terpegun melihat model ini? Sudahkah anda membuat tempahan? Jika belum, anda bolehlah berkunjung ke pusat pameran Perodua yang terdekat dan tempahan boleh dibuat disana. Apa yang pasti, model ini pasti akan 'meletup' !!!

PROTON SAGA LAMA MODIFIED KE R3

Mungkin sudah rezeki anak-anak kata orang, siapa sangka dari sebuah kereta yang nampak lusuh dan lama kini ibarat mendapat sentuhan sang emas apabila keretanya terus berubah bentuk dari rekaan lama kepada rekaan yang lebih moden sesuai dengan peredaran zaman sekarang. Begitulah tuah seorang pekerja kilang, Fadhly Hisham Roplay, 33 tahun merupakan pemenang pertama pertandingan 'Very Important Proton' (VIP) yang dianjurkan pihak Proton.

Gembira tidak terhingga melihat wajah kereta beliau yang terus berubah wajah!

Rekaan dalaman juga dibuat lebih kurang sama dengan keluaran Proton yang ada dipasaran sekarang. Dashboard R3 ini adalah dashboard custom yang dibuat khas untuk Proton Saga lama ini.

Enjin jug telah diubahsuai bagaimanapun kekuatan enjin dikekalkan.


Konsep lampu belakang dan juga nombor pendaftaran rekaan terbaru ciri-ciri R3 oleh pereka Proton.

Ini adalah rupa asal kereta Proton Saga lama ini sebelum mendapat sentuhan R3 yang dikendalikan oleh Unit R3, Bahagian Sukan Bermotor, Proton Holdings Bhd. Jika anda mempunyai kereta model ini anda bolehlah menyertai pertandingan yang dianjurkan ini dilaman sesawang www.ProtonVIP.com

(Lagi gambar anda boleh layari Facebook ProtonCLUB)

Saturday, 10 September 2011

PERODUA MYVI SE 1.5 UNTUK TEMPAHAN

Secara rasminya Perusahaan Automobil Nasional Kedua (PERODUA) akan bersedia menerima tempahan untuk Perodua Myvi SE 1.5 terbarunya mulai 12 September 2011.

PERODUA akan dipamirkan di setiap bilik pameran PERODUA di seluruh negara bermula pada 15 September 2011 untuk tatapan umum manakalan harga pula akan diumumkan pada hari tersebut. Model ini akan didatangkan dalam dua versi iaitu dalam bentuk manual dan juga automatik. Dibawah ada serba sedikit gambar spyshot Perodua Myvi SE 1.5 liter yang sempat dirakamkan untuk tatapan anda.

Jadi bagaimana pendapat anda? Masih belum puas dengan gambar disediakan? Apa yang pasti, dengan enjin 1.3 liter sebelum ini sudah pun membuatkan keluaran Perodua ini begitu pick up apatah lagi dengan kapasiti enjin 1.5 liter ini, tepuk dada tanyalah saku... Sekian.