Home / Archived For November 2011
Tuesday, 29 November 2011
Sunday, 27 November 2011
PERODUA KELISA KERETA KOMPAK JIMAT PETROL
Cars Local News Perodua Perodua Kelisa Petrol Tips Used Cars
Semasa zamannya, Perodua Kelisa mendapat perhatian yang baik dari peminat-peminat kereta kecil dan kompak. Antara sebab utama Perodua Kelisa menjadi pilihan ialah saiz bentuknya yang kompak dan pengendalian yang mudah. Model ini dilengkapi kotak gear manual dan automatik. Perodua Kelisa amat mudah dikendalikan, terutamanya ketika pemanduan di bandar. Saiznya yang kecil memudahkan pemandu untuk keluar dan masuk dari petak meletak kereta. Enjin bersesaran 1.0 liter juga tangkas ketika dipandu serta mampu memecut sehingga 160km/j. Varian 850cc juga terdapat pada Perodua Kelisa namun kurang menjadi pilihan pembeli. Antara yang sering menjadi sebutan tentang kelebihan Perodua Kelisa ialah penggunaan petrolnya yang dikatakan cukup menjimatkan. Rata-rata pemilik Kelisa memuji kenderaan mereka yang menjimatkan minyak. Majalah-majalah permotoran tempatan juga membuat review yang bagus berkenaan Perodua Kelisa dari aspek penggunaan petrol.
Memandangkan Perodua Kelisa merupakan sebuah kereta kecil yang kompak, tidak timbul isu tentang ruang penumpang yang sempit atau ruang bagasi yang kecil. Namun jika dibandingkan dengan Perodua Kancil, Perodua Kelisa jauh lebih selesa untuk 5 orang penumpang. Spesifikasi yang terdapat dalam Perodua Kelisa juga lebih lengkap kerana harganya yang lebih mahal. Perodua Kelisa lebih terkenal di kalangan pemandu wanita yang menginginkan sebuah kereta kecil yang mudah digunakan, tambahan pula rupa bentuk Perodua Kelisa agak feminin. Perodua Kelisa merupakan pilihan yang popular selain Kancil untuk dijadikan kenderaan kedua. Perodua Kelisa diakui sebagai sebuah model yang tahan lasak dan kurang memberikan masalah kepada pemiliknya. Kos penyelenggaraan Perodua Kelisa juga rendah dan kereta ini sesuai untuk mereka yang mempunyai bajet kecil. Bagi yang berminat untuk memiliki sebuah Perodua Kelisa, terdapat banyak pilihan di pasaran terpakai. Harga Perodua Kelisa terpakai bergantung kepada tahun ianya dikeluarkan dan spesifikasi pada setiap model.


Saturday, 26 November 2011
PROTON SAGA FLX SE 1.6L DENGAN CVT AKAN DILANCARKAN!
Cars Local News Proton Proton Saga FLX Special Edition

Persamaan FLX 1.6L biasa dan FLX 1.6L SE:
- Dual SRS Airbags
- Tali pinggang keledar dengan pre-tensioners
- Anti Lock Braking System (ABS)
- Electronic brakeforce distribution 9EBD)
- Mempunyai CD dengan pemain MP3 dan USB dan AUX
- Kawalan audio pada streng kereta
Perbezaan FLX 1.6L biasa dan FLX 1.6L SE:
- Kapasiti enjin yang lebih besar menggunakan enjinCampro IAFM 1.6L yang mampu untuk menghasilkan 108hp pada 5,750 rpm dan tork maksimum, 150Nm pada 4000rpm dengan sistem transmisi boleh laras berterusan (CVT). Pastinya kalau anda pandu model ini anda boleh rasai sendiri kelancarannya
- Tempat duduk kulit
- Stereng dibalut kulit
- Bodykit penuh
- Lampu kabus depan dan dibelakangnya pula lampu rear combi jenis LED
- Rim aloi telah telah ditukar kepada aloi rim 15 inci supaya nampak lebih sport
Berkemungkinan besar model ini akan dilancarkan pada bulan Disember 2011! Sama-sama kita nantikan ~
Friday, 18 November 2011
Thursday, 17 November 2011
SPYSHOT PROTON TUAH / PERSONA TYPE R
Local News Malaysian Makes Persona R ProtonAdakah akan ada keluaran terbaru Proton pada tahun 2012 nanti? Berkemungkinan akan adanya kereta yang menggantikan model Persona.
Menurut apa yang dapat dilihat pada KLIMS 2011 yang lepas, Proton ada mengeluarkan beberapa jenis prototaip kereta untuk masa akan datang dan gambar diatas (Kuning) adalah berkemungkinan besar Proton Tuah atau Proton Persona Type R.

Menurut apa yang dapat dilihat pada KLIMS 2011 yang lepas, Proton ada mengeluarkan beberapa jenis prototaip kereta untuk masa akan datang dan gambar diatas (Kuning) adalah berkemungkinan besar Proton Tuah atau Proton Persona Type R.

Tuesday, 15 November 2011
HONDA CR-Z TYPE R
Cars Honda Local News Type RHonda CR-Z Type R akan dilancarkan tidak lama lagi. Kereta ini dikatakan boleh mencapai kuasa 200hp dengan kuasa yang menggunakan konsep TurboCharged (pengecas) yang terdapat pada kereta ini. Berita lanjut mengenai kereta ini akan kami bawakan nanti. Namun maklumat mengenai harganya di pasaran Malaysia adalah dalam lingkungan harga RM 115,000 (OTR).
Sunday, 6 November 2011
LAKARAN PROTON ISPIRA R3 TERBARU
Cars Local News Malaysian Makes Proton Proton Inspira R3
Proton Inspira R3 hanya boleh didapati dalam varian transmisi manual 1.8 dan terhad kepada 100 unit. Pada dasarnya sesiapa yang membeli 1 Inspira 1.8 manual untuk harga OTR (RM78, 549 solid, RM78, 999 metallic) akan dapat set R3 Inspira dengan semua bit ditambah R3 (bodykit, rim aloi 18 inci dengan tayar bernilai RM9, 000) dan ianya hanya akan dikeluarkan sebanyak 100 unit sahaja.
Tempahan dibuka sekarang dan berakhir pada 31 Disember, 2011, jadi anda mempunyai kira-kira dua bulan untuk pergi merebut penghantaran Inspira R3 manual anda. Pendaftaran dan penghantaran bermula pada minggu kedua bulan November. Warna tersedia termasuk putih, perak, merah dan hitam, tetapi kita mendengar majoriti mereka adalah putih.
Klik untuk rujuk post sebelum ini tentang Inspira Edisi R3
Subscribe to:
Posts (Atom)