TIPS PENTING CABLE CHARGER UNTUK SMARTPHONE
Android Apple Lowyat Samsung SMARTPHONE TipsBaru-baru ni kita dikejutkan dengan pelbagai kes penipuan berkenaan telefon bimbit khususnya yang berlaku di Plaza Lowyat yang menyebabkan rusuhan antara penjual dan pembeli. Sebenarnya kita juga perlu persiapkan diri kita dengan ilmu pengetahuan agar kita tidak mudah ditipu oleh peniaga yang tidak bertanggungjawab ni. Jadi selain kita bercerita tentang kereta, admin nak kongsi sedikit tips yang admin dapat dari facebook. Berkenaan cable charger smartphone korang sebab kebiasaannya cable ni mudah rosak betul tak? Okay jom kita tengok apa tips yang ada.
TIPS PEMBELIAN CABLE CHARGER SMARTPHONE
1) ramai antara kita ditipu atau tertipu ketika membeli cable charge smartphone. Biasa penjual akan tanya "mau beli cable charge apa" samsung ka, apple ka, OPPO ka bla blabla. Sebenarnya yang penting jenis cable. Micro USB yg biasa utk MOST smartphone, atau apple lightning utk peranti apple, atau usb 3.0 mcm galaxy note 3 ke atas. Jgn pelik, kadang penjual yg haprak tatau pon...Mari kita lihat macam mana kita boleh tertipu
2) Penjual menjual cable murah yang hanya mengeluarkan 0.5 A ( errr, A ni jumlah letrik yang bleh masuk ) tetapi cable asal anda sebenarnya boleh menerima 1.0 A. Apa jadi? lembab la nak charge. cable dalam tuh pon logam halus , cepat jahanam.. ni semua nak untung lebih punya pasal . kita yang tertipu.
3) hang tanya lagi, ini cable boleh charge ipad ka, utk tablet boleh kasik charge ka? Tablet banyak yg terima 2.0 A. cable bodo tuh bleh bagi 0.5 jer. bertahun laaaaaa nak penuh. kalau tgh charge hang pakai, batt pon boleh abis sebab power consumption lagi tinggi dari rate charge masuk 0.5 tuh....Puiii. kene tipu lagi
4) biasa cable murah ni ada lampu2 ( nak tipu anda letewww ) , dan loose packaging
5) banyak dari cable murah ni ada label :samsung" padahal samseng yang buat . Penjual pulak kata "ini oli woooo". psttttt Bila nak buat serbuan carik bende ni. keh keh. Berleluasa ni tau!
6) Kadang2 cable murah ni dipakej cantik2 dan dijual sampai RM 30 . Sebenarnya harga cabel bodoh ni x sampai 50 sen pon
7) satu cara lagi hangpa kene kencing. charger dia ( bende yg hang cucuk kat wall plug ) kadang depa jual yang 0.5 A . kah kah kah. hang punya ori cable bleh support 1.0 A. hang dpt laaaaaa 0.5 saja
8) Untuk cable yg agak baik didalam gambar ni harga sebenarnya adalah RM +- 15 sahaja. Tgk penjual label rege berapa? RM 69!!!! hang pi beli depa kata saya kasik diskaun jadi RM 30. HAHAHA. hang pon seronok pi beli. Padahal cable ni rege RM 15 saja. Saya survey disatu pasaraya minggu lepas. Kesemua penjual berpakat melabel harga cable ni dlm RM 45 - rm 50. Bila beli semua bagi diskaun.
9) Sila tengok di lelong.my . Harga cable ni sebenarnya dlm RM 12 + RM 6 postage. Beli la dari situ. Apa takut nak beli dari internet.? jangan paranoid sgt sampai kene tipu kat kedai. Sila lihat kepilan A
10) Sila tgk di website antarabangsa seperti ebay dan Aliexpress . rege cable ni USD 5 dgn penghantaran percuma. Klau beli Bulk kongsi dgn kawan2 tak sampai RM 10 siap hantar kat rumah hang ...kene carik tapi .Sila lihat Kepilan B
kalau hang rasa panduan ni berguna sila share. baik share bende gini dari share bende ngarut. Bagi bini hang tau ...atau bini-bini hang tau atau awek2 hang tau pasai bende ni....
P/s tak semua Remax ni ori. Dah makin byk yg ciplak. Buy from trusted seller only
Sumber: Facebook