Thursday, 19 December 2013

KENAIKAN KADAR ELEKTRIK TIDAK CUKUP KATA TNB?

Kenaikan kadar elektrik baru-baru ini masih lagi tidak mencukupi untuk menampung perbelanjaan TNB. Habis tu berapa banyak nak naikkan lagi? Tidak apalah asalkan negara Malaysia ini aman sudahlah. Rakyatnya pun kaya raya, mampu nak bayar bil-bil TNB yang melambung tinggi ni.

Wednesday, 18 December 2013

BANTUAN RM2500 KWSP YANG RAMAI TIDAK TAHU


Tahukah anda bahawa KWSP perlu membayar sebanyak RM2,500.00 kepada keluarga pemegang akaun KWSP apabila dia (pemegang akaun) meninggal dunia? Wang tersebut perlu dituntut sebelum 6 bulan daripada tarikh si mati meninggal dunia. Tidak kiralah berapa pun yang ada dalam akaun si mati, tidak kiralah berapa lama si mati berdaftar dengan KWSP. Namun, anda (keluarga si mati) layak menerima wang tersebut dalam tempoh 6 bulan. Saya yakin tidak ramai yang tahu mengenai perkara ini, jadi marilah kita sama-sama share maklumat ini kepada rakan kita.

MCLAREN GUNA GELOMBANG BUNYI GANTI WIPER KERETA


Kemajuan yang dikecapi oleh Syarikat Permotoran terkenal dunia McLaren dari Unit R&D mereka telah menemui penemuan baru iaitu menggantikan wiper cermin kereta dengan teknologi gelombang bunyi. Menurut mereka, teknologi ini membuatkan hujan atau salji tidak melekat pada cermin berkenaan. Wow! Mengagumkan sekali.

Tuesday, 17 December 2013

AZEAN IRDAWATY MENINGGAL DUNIA


Industri hiburan tanah air dikejutkan lagi dengan berita kematian aktress terkenal Azean Irdawaty, 63 tahun yang telah pergi ke rahmatullah akibat dari penyakit tumor dan lymphedema yang dialaminya sejak lima tahun lalu di Hospital University, Petaling Jaya Selangor jam 8.26 malam tadi.

Takziah kami ucapkan kepada keluarga beliau dan semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang yang beriman, AL-FATIHAH.

Tuesday, 10 December 2013

PELANCARAN PROTON PERDANA BARU UNTUK NAJIB

Tahniah DS Najib kerana menjadi orang pertama yang dapat menggunakan PROTON PERDANA MODEL BARU. Dari segi bentuknya kelihatan lebih executive dan mirip kereta HONDA ACCORD. Mungkin ianya adalah konsep VIP yang ingin ditekankan oleh PROTON yang kini diambil alih oleh DRB-HICOM.

Bahagian hadapan kereta yang mirip seperti Honda Accord.


Model Executive menerapkan ciri-ciri kereta mewah.


SPYSHOT PROTON P2-30A HATCHBACK BARU 2014


Wow! PROTON nak keluarkan model hatchback baru lagi ke? Tapi kali ini ianya nampak kecil sedikit, mungkin ianya adalah pesaing kepada PERODUA VIVA dalam pasaran Malaysia ataupun ianya khas buat mereka yang memerlukan kereta dengan harga yang lebih rendah.

Maklumlah harga kereta mampu milik dalam model PROTON SV ada yang mengatakan ianya masih lagi mahal kerana bayaran yang rendah hanya pada permulaan sahaja. Apapun kita tunggu dan lihat apakah model terbaru ini dapat dikurangkan harganya kepada harga yang benar-benar mampu dimiliki oleh mereka yang berpendapatan rendah atau sederhana.

PROTON WE-CARE BANTU KERETA BANJIR

Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd,

Proton akan menjalankan program 'PROTON We-Care Prihatin Banjir' ke seluruh

negara bagi membantu mangsa banjir.

Ketua Pegawai Operasi (Komersial) Proton, Hisham Othman berkata program

bermula hari ini itu, akan berterusan sehingga 15 Feb depan.

Beliau berkata program berkenaan menawarkan khidmat pemeriksaan percuma,

penilaian kerosakan kepada pemilik kereta Proton dan diskaun 20 peratus ke atas

jumlah invois pembelian alat ganti tulen Proton.

"Pemilik kereta Proton perlu mengemukakan laporan polis terhadap kenderaan

yang terlibat sebelum diperiksa.

"Kami memahami betapa sukarnya mereka yang terjejas dalam kawasan berisiko

banjir. Bagi kebanyakan keluarga, ia mungkin sesuatu yang sangat membebankan,"

menurutnya dalam kenyataan di sini.

Katanya, pelanggan juga disaran berkunjung ke pusat servis proton untuk

mendapat nasihat mengenai panduan menguruskan kereta yang terjejas akibat

banjir.

Pelanggan juga boleh menghubungi Pusat Proton We-Care selama 24 jam di

1800-888-398 untuk mendapatkan bantuan.

PENGUATKUASA JPJ SAMAN LORI BANTUAN BANJIR

BANJIR, musim yang agak memeritkan bagi mereka yang terpaksa menghadapi situasi bencana alam ini. Namun kita sebahagian dari manusia yang terpaksa menghadapinya. Pun begitu, masih ada lagi perkara yang kurang menyenangkan. Terbaca di internet mengenai saman yang dikeluarkan oleh penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) terhadap lori yang membawa muatan barang-barang bantuan banjir.

Berikut saya kongsikan dengan pembaca semua,

Mana perginya peri kemanusiaan anggota penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dalam membantu mangsa banjir di Kuantan? Saya sifatkan mereka sebagai tidak berhati perut dan kejam.”

Itu kata penyelaras bantuan tersebut, Nordiana Abdul Rahman yang kesal apabila lori muatan barangan mangsa banjir ditahan selepas tol Gombak dan dikenakan saman atas alasan membawa lebih muatan.

Jelas Nordiana, sepatutnya penguat kuasa JPJ yang menahan lori tersebut lebih berhati perut kerana barangan yang dihantar adalah untuk membantu mangsa banjir, bukan untuk dijual di pasar lambak.

“Kalau lebih muatan dan tidak benarkan lori meneruskan perjalanan, apalah salahnya benarkan kami keluarkan barang tersebut sehingga cukup muatan yang dibenarkan?

“Ini tidak, JPJ terus denda pemandu sebanyak RM150 manakala syarikat lori yang membawa barangan tersebut disaman RM450 tanpa ada tolak ansur sedikit pun,” katanya kepada MalaysiaGazette baru-baru ini.

Lebih teruk, Nordiana memberitahu, penguat kuasa JPJ itu yang agak sombong dan kasar turut menggertak pemandu lori untuk membawa lori tersebut ke stesen penimbang yang bakal dikenakan hukuman lebih berat.

“Saya memang tak faham wujudnya anggota kerajaan yang tidak bertimbang rasa dalam membantu mangsa banjir. Kami pun bukannya boleh sampai ke Kuantan kerana laluan di tutup.

“Demi mangsa banjir, kami bayar denda tersebut dan saman syarikat akan diputuskan di mahkamah nanti seperti yang tercatat pada surat saman yang dikeluarkan,” ujarnya.

Menurut Nordiana, barangan tersebut dikumpul bersama sanak saudara dan sahabat handainya memang khusus untukmangsa banjir. Antara barang yang dikumpul untuk dihantar ke pusat banjir adalah pakaian, selimut dan makanan seperti beras, gula, susu, tepung dan sebagainya.

“Kami berusaha mengumpul barangan ini selama lima hari kerana kasihankan mangsa banjir tetapi apabila bertemu JPJ di tengah jalan, sudahlah tiada perasaan kasihan malah kami pula disaman dan didenda.

“Saya tahu apa tanggungjawab penguat kuasa JPJ cuma kesal kerana tidak ada pertimbangan langsung dalam membantu mangsa banjir yang amat memerlukan barangan tersebut,” katanya

Monday, 9 December 2013

KENAIKAN KADAR BARU TOL TAHUN 2014

Baru-baru ni admin ada terdengar desas-desus mengenai kenaikan harga tol yang akan dinaikkan menjelang tahun baru 2014 nanti. Apakah sebab ianya dinaikkan pun admin tak tahu pula namun ia sudah pasti akan membebankan pengguna jalanraya terutama sekali yang tinggal dibandar.

Dibawah ini ada admin pamerkan harga tol baru yang bakal dinaikkan untuk rujukan anda.

#‎LEBUHRAYA‬ SUNGAI BESI BESRAYA RM1.30 to RM2.00

#LEBUHRAYA BARU PANTAI (NPE) RM1.60 TO RM2.00

#LEBUHRAYA DAMASARA/PUCHONG (LDP) RM1.60 TO RM2.10

#LEBUHRAYA BERTINGKAT AMPANG (AKLEH) RM1.50 TO RM2.50

#LEBUHRAYA KAJANG (SILK) RM1.00 TO RM1.30

#LEBUHRAYA KL-PUTRAJAYA (MEX) RM2.50 TO RM3.50

#LEBUHRAYA KAJANG-SEREMBAN (LEKAS) RMRM1.90 TO RM2.30

#LEBUHRAYA TRAFIK KL BARAT (SPRINT) RM1.50 TO RM2.50

PANTAI RM1.50 TO RM2.50

DAMASARA RM1.00 TO RM1.50

KIARA RM2.00 TO RM3.00

#LEBUHRAYA LEBAH KLANG SELATAN (SKVE) RM14.96c/KM TO 16.46c/KM
K

#LEBUHRAYA KORIDOR GUTHRIE (GCE) RM1.40 TO RM1.90

#LEBUHRAYA SMART RM2.00 TO RM3.00

Walau apa pun, ianya pasti tidak akan menyenangkan banyak pihak terutama sekali mereka yang terpaksa membelanjakan wang gaji mereka setiap hari untuk melalui jalan-jalan yang bertol. SEKIAN ~

Tuesday, 3 December 2013

SPYSHOT PROTON PERDANA BARU 2014

Sudah lama rasanya ProtonCLUB tidak update berita terbaru mengenai dunia permotoran buatan tempatan. Sempat admin selak Google untuk lihat mana tau kalau-kalau ada berita mengenai Proton Perdana yang masih belum mendapat pengganti lagi. Dan hasilnya, terjumpa beberapa keping gambar 'spyshot' kereta pengganti kepada Proton Perdana.





Sekian, untuk tatapan anda semua.

Sumber: Paultan dot org