SPYSHOT PROTON ERTIGA - MPV BARU
Ertiga Local News MPV Proton Spyshot Ertiga SuzukiPANAS! Inilah yang admin tunggu lama dah dan pastinya anda juga tertanya-tanya apakah model dalam gambar ini bukan? Ia adalah hasil usaha sama antara pihak Proton dan juga Suzuki dimana mereka (Suzuki) telah bersetuju untuk rebadge model mereka ini untuk Proton. Seperti yang anda semua maklum, ianya juga sama seperti model yang pernah Proton ambil seperti Honda Accord, Mitsubishi Lancer dan beberapa model Mitsubishi lain.
Baiklah, apa yang admin nak highlightkan disini ialah model Proton kali ini yang juga dikenali sebagai Proton Ertiga adalah sebuah model MPV yang mana ianya dikuasakan dengan enjin 1.4 Liter dengan 92 PS dan 130 Nm tork. Ianya adalah sebuah model MPV mini dan telah berada dipasaran jepun sebenarnya sejak tahun 2012 lagi. Di Indonesia dan Thailand juga terdapat model seperti ini dan kini ianya akan masuk ke Malaysia melalui hasil usaha yang dimeterai oleh Proton-Suzuki sendiri.
Persoalannya kini, bilakah model ini akan dilancarkan oleh Proton? Kerana admin dapat info ianya telahpun berada di kilang Proton agak lama juga dan kini menunggu masa yang sesuai untuk dilancarkan! Syabas Proton, satu usaha sama yang baik!