Dah lama admin tak update blog ni kerana sibuk dengan berbagai tugas dalam dunia automotif ni. Harini admin nak cerita sedikit tentang apa yang bagusnya Proton Ertiga ni. Sebab admin ada terdengar ramai yang masih ragu kemampuan kereta MPV kompak baharu dari Proton ini.
Okay kita pergi satu persatu, Proton Ertiga adalah sebuah kenderaan MPV jenis kompak yang mendapat status kenderaan cekap tenaga (EEV). Apa yang dimaksudkan EEV ini? Ia adalah model MPV yang menggunakan tenaga paling pintar jika dibanding dengan model lain. Nak senang faham, penggunaan tenaga lebih efisien dan jimat sejajar dengan langkah penjimatan yang disarankan oleh Najib :P
Selain itu, ia juga memiliki dimensi jarak roda 2,740mm, model MPV 6-tempat duduk (4+2) itu cukup luas. Tiada langsung masalah apabila duduk di barisan ketiga jika anda berketinggian normal, kecuali anda pemain bola keranjang NBA. Mesti tak percayakan? Ya, itulah realitinya.
Dari segi penggunaan petrol pula, MPV ini hanya menggunakan 5.7L bahan api untuk perjalanan sejauh 100KM bagi transmisi manual manakala 6L bahan api untuk perjalanan sejauh 100KM bagi transmisi automatik. Bagi keselesaan pula, Proton Ertiga dilengkapi dengan penghawa dingin di bahagian belakang (kebanyakkan MPV yang ada dinegara kita tidak ada penghawa dingin dibelakang).
Bagi pasaran Malaysia, Proton Ertiga menggunakan enjin sedia ada, K14B bersesaran 1.4L yang mampu menghasilkan kuasa 90hp dan tork 130Nm. Tiada sebarang perubahan mekanikal dan pengendalian. Masih asli dengan cita rasa Jepun.
Jadi apa yang anda tunggu lagi? Jom ke showroom Proton berdekatan dan pandu uji lah sendiri untuk rasa kelainannya!