Monday, 29 August 2011

SALAM AIDILFITRI 2011 DARI PROTONCLUB

Assalamualaikum, saya mewakili kru ProtonCLUB ingin mengambil kesempatan ini bagi mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT HARI LEBARAN dan ada salah dan silap selama dalam berblogging ini, kami pihak ProtonCLUB menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf andai ada salah dan silap. Semoga lebaran kali ini lebih bermakna buat anda semua.

Akhir kata dari kami, PANDU CERMAT JIWA SELAMAT. Ingatlah masih ada yang menanti kepulangan anda... =)~

Sunday, 28 August 2011

SPYSHOT PROTON PERSONA R PROTOTAIP

Lagi berita hangat mengenai kereta Proton Persona baru dan ia mungkin dinamakan sebagai Proton Persona R. Lihat gambar prototaip yang berjaya dirakam jurugambar amatur di salah sebuah lebuhraya.

Lampu belakang pada kereta ini mungkin terdapat perubahan. Anda dapat lihat lampu belakang kereta ini lebih kurang Proton Inspira.

Proton Exora Turbo prototaip, kelihatan bumper hadapan yang lain dan juga bentuk lampu hadapan juga hampir berlainan dari yang ada diatas jalan sekarang.

Friday, 26 August 2011

PERODUA MYVI SE 2011 (YELLOW)

Baru sahaja tidak berapa lama Perodua Myvi 2011 dikeluarkan dengan rekabentuk baru, kini berita hangat mengenai kereta Perodua Myvi Special Edition (SE) berwarna kuning berjaya dirakam lensa kamera salah seorang pengguna jalanraya di Malaysia ini.

Apa yang dapat kami lihat dari gambar diatas adalah bahagian bumper hadapan, tepi dan belakang telah ditutup akan tetapi kita masih dapat melihat bagaimanakah bentuk kereta ini sebenarnya. Cuma yang menjadi tanda tanya buat kami, apakah kelebihan Perodua Myvi kuning ini? Adakah ianya mengekalkan ciri-ciri enjin 1.3L ataupun menggunakan enjin 1.5L? Sama-sama kita nantikan berita seterusnya dan kami akan kupaskan.

Wednesday, 24 August 2011

KAWASAN SPEED TRAP RAYA 2011

Kepada semua sahabat dan pelawat blog ProtonCLUB, saya nak kongsikan dengan anda semua antara tempat-tempat panas atau kawasan perangkap kelajuan (speed trap) yang akan dibuat bagi menyambut perayaan tahun 2011 adalah seperti berikut.

KAWASAN SPEED TRAP. Plus Arah Utara (Dari KL):
1- Km 197.1, Km 198.8 & Km 204.3 selepas exit Kemunting
2- Km 208 & Km 214.8 sebelum exit Kemunting
3- Km 271 berdekataan exit Ipoh Selatan
4- Km 274.4 berdekatan exit Ipoh Utara
5- Km 286.9 berdekatan exit Simpang Pulai
6- Km 296 berdekatan exit Gopeng
7- Km 352.6 selepas exit Sungkai
8- Km 373 berdekatan exit Slim River
9- Km 241.9 berdekatan exit Kuala Kangsar
10- Km 308.6 selepas exit Gopeng
11- Km 252 masa turun bukit selepas terowong Menora
12- Km tak pasti tapi betul2 di R&R Gurun
13- 2 km after tol Juru (90km/j)
14- 5 kamera di atas jambatan pulau pinang (so slow je la kat situ)

Plus Arah Selatan:
1- Km 289 sebelum exit Nilai Selatan
2- Ada 3 kamera antara Km 255 - Km 249 (Persimpangan Seremban - Senawang)
3- Km 253 selepas exit Senawang
4- Km 213.9 selepas exit Alor Gajah
5- Betul2 di exit Jasin
6- Km tak pasti tapi selepas hentian sebelah Tangkak
7- Km juga tak pasti tapi jambatan pertama selepas exit Yong Peng utara
8- Km 97.3 selepas exit Air Hitam
9- Betul2 di exit Sedenak

Plus Tengah:
1- Km 456 selepas exit Sungai Buluh
2- Betul2 di exit Bukit Lanjan
3- Betul2 dibawah Restoran Jejantas Sg Buloh
4- Km 302.8 berdekatan exit Kajang
5- Km 296.5 & Km 297 berdekatan exit Bangi

NKVE
1- 300 meter sebelum tol Jalan Duta (60 km/j)
2- Selepas cabang jalan ke tol Jalan Duta (80km/j)
3- Betul2 di exit Damansara
4- Km 11.2 berdekatan rel keretapi
5- Betul2 di exit Shah Alam

Jaga-jaga

KESAS
1- Km 44.8 berdekatan exit LDP
2- Berhadapan Endah Parade
3- Betul2 di exit Hicom
ELITE (Dari arah KLIA)
1- Km 4.8 selepas exit Batu 3
2- Km 2 - Km 4 atas jambatan berdekatan Makro
3- Betul2 kat bawah restoran jejantas USJ
4- Km 10 sebelum exit USJ

JALAN PERSEKUTUAN
1- Bersebelahan Hotel Mint
2- Berdekatan Esso kat exit Salak Selatan
3- Berhadapan dengan Istana Negara
4- Berhadapan dengan Muzium Negara
5- Kawasan turun bukit selepas pekan Raub (Menghala Kuala Lipis)
6- 2 km sebelum pekan Maran (Arah Kuantan)
7- Area Paya Bungor (Arah Kuantan)
8- Selepas exit ke Bentong (Menghala ke LPT)
9- Jalan Gambang - Kuantan (Turun bukit selepas Matrikulasi Pahang)
10- Berhadapan dengan Mini Malaysia Melaka (70km/j)
11- Berhadapan dengan Zoo Melaka (70 km/j)
12- Bawah jambatan dari Banting ke KLIA (80 km/j)
13- Berhadapan dengan Kolej Inti, Nilai
14- Persimpangan Sg Manggis menghala ke Klang (60 km/j)
15- Berhadapan Tesco Klang (70 km/j)
16- Jambatan berdekatan rumah MB Selangor kat Pasir Panjang (70km/j)
17- 2 km selepas sempadan Perak-Selangor di Jalan Sabak Bernam (berdekatan kilang kelapa sawit)
18- Laluan bertingkat antara USM ke Bayan Lepas
19- Jelutong expressway berdekatan Tesco Pulau Pinang
20- MRR2 antara simpang Taman Melati & Wangsa Maju
21- MRR2 berhadapan Mikro Cheras
22- MRR2 ke damansara,antara batu cave ke Bandar baru selayang

Akhir kata dari saya, PANDU CERMAT JIWA SELAMAT DAN INGATLAH ORANG TERSAYANG. KELAJUAN ITU MEMBUNUH! SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR DAN BATIN dari kami ProtonCLUB.

Thursday, 11 August 2011

MERCEDEZ C63 AMG BLACK EDITION

Kepada para peminat kereta mewah, anda pasti kagum melihat Mercedez C63 AMG Black Edition ini (Jangan tanya saya kenapa dalam gambar ini berwarna merah..hehehe....). Dengan rekaan yang memang nampak ciri-ciri kemewahannya, ditambah lagi dengan rekaan sporty, ianya sesuai dipandu oleh anak muda dan sesiapa yang memandunya pasti akan rasa suatu kelainan!

Kereta ini akan dilengkapi dengan enjin V8 6.3L yang mampu pergi sebanyak 510 hp dan dalam anggaran lebih daripada 600 Nm tork! Amacam laju bukan? Tetapi kereta seperti ini jarang kita nampak di jalanraya dalam Malaysia ini...

Dalamannya juga dilengkapi dengan ciri-ciri mewah dan saya amat teruja ketika melihatnya. Angan-angan je lebih kot... Nak beli kereta ni belum tentu lagi, mungkin saya pilih rumah dahulu baru pilih kereta mewah sebegini :P~

SUZUKI SWIFT SPORT EDITION

SWIFT adalah satu lagi keluaran dari Suzuki, satu jenama yang tidak asing lagi di Japan begitu juga di Malaysia. Ramai yang menggunakan kereta jenis Suzuki Swift ini. Kini Suzuki telah keluarkan kereta yang sama akan tetapi telah diubahsuai sedikit agar nampak lebih sporty!

Dengan enjin M16A 1.6 liter yang digunakan untuk menggerakkan jentera ini, High-revvingtwin-cam unit beraspirasi semulajadi dan menjadikan 136 PS dan 160 Nm tork, meningkat daripada 125 kuda dan 148 Nm. Ianya lebih stabil berbanding Suzuki Swift keluaran lama. Kerusi penumpan juga nampak lebih sporty dan menarik dengan color yang begitu menaikkan semangat sesiapa yang ingin memandunya.

Tuesday, 9 August 2011

PROTON GEN-2 FACELIFT SPYSHOT

Lagi berita panas lagi hangat mengenai kereta keluaran PROTON ini iaitu Proton Gen-2 yang mungkin akan diberi nama Proton Gen-2 Facelift dimana ada sedikit perubahan dilakukan kepada kenderaan tersebut.

Apa yang kita dapat lihat melalui gambar spyshot yang berjaya dirakam adalah keadaan lampu belakangnya sama seperti Proton Persona Elegance. Walaubagaimanapun ia masih lagi menggunakan enjin Campro 1.6 liter tetapi tidak diketahui samada ianya dari Campro CPS atau sebagainya.

Saksikan gambar dibawah ini dan nantikan banyak lagi gambar spyshot Proton Gen-2 Facelift ini dalam blog ProtonCLUB dimasa akan datang.


ISU MURTAD: PERKARA SEBENAR PEMERIKSAAN JAIS DI GEREJA DAMANSARA!

Assalamualaikum para pelawat blog ProtonCLUB semua, harap semuanya dalam keadaan sihat dan baik belaka. Disini saya ingin berkongsi dengan saudara dan saudari sekalian berkenaan perkara yang berlaku pada waktu Gereja Damansara Utama diperiksa oleh pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Mari kita lihat apakah sebenarnya yang berlaku...

"INI sedutan sidang akhbar 45 NGO Islam seluruh Selangor yang diadakan di bilik mesyuarat utama Masjid Negeri Shah Alam pada Isnin.

Pengerusi Sahabat Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) Dr Dzulkhaini Husain;

Sebelum benda itu merebak ke tahap yang tidak dapat dikehendaki, elok buat PC (sidang akhbar), untuk jawab soalan-soalan supaya media faham.

Apakah niat kita?

Apakah tindakan yang dibuat oleh JAIS ini betul atau tidak, adakah tindakan yang dilakukan oleh Gereja Methodist ini, yang dipanggil dengan nama Gereja Methodist Damansara Utama yang sebetulnya bukan Damansara Utama, dia (terletak) di Seksyen 13 iaitu lima kilometer dari Damansara Utama.

Kita lihat laporan media mengenai perkara ini, di seluruh negara, yang merisaukan kita (NGO) adalah orang Islam dengan orang Islam pun bercanggah akan kesahihan perkara yang berlaku.

Hari ini kita panggil media, kami NGO telah menguji kekuatan (menyoal) JAIS selama hari Jumaat, Sabtu, Ahad hingga ke pagi ini untuk mencari apa sebenarnya yang telah berlaku.

Kami tidak sempat bertemu gereja kerana kesuntukan masa.

Dengan dokumen-dokumen yang kami terima, apa yang dilakukan oleh JAIS itu (bertujuan) baik.

Dengan itu, kami NGO-NGO yang bergabung untuk membetulkan keadaan ini ada 45 (pertubuhan) menyokong sepenuhnya tindakan JAIS dan perkara ini telah dimajukan kepada Sultan Selangor.

Mengapa kami percaya dengan cakap Jais?

Kami mudah, salah kami kata salah, kalau betul kami kata betul. Kami tidak ada hubungan dengan agensi kerajaan dan politik.

Segala yang berlaku pada malam itu, maklumat awalnya adalah daripada ‘orang dalam’ yang dirahsiakan identitinya.

Apa yang berlaku?

Upacara yang dilakukan dipanggil Thanksgiving Dinner iaitu satu perkataan inggeris, terima kasih Allah, terima kasih Jesus, Thanksgiving atau dalam bahasa kita kenduri kesyukuran.

Itu hak masing-masing.

Perkara itu berlaku dari pukul 6.30 petang, pada 3 Ramadan yang berlaku di satu dewan yang boleh menampung 100 orang.

Pintu yang ditutup dan pintu dewan ini diletakkan bunga manggar, untuk mengelirukan bahawa upacara ini untuk umum.

Di dalam dewan ini, berlakulah upacara Thanksgiving yang berlarutan sehingga jam 10.30 malam.

Dengan maklumat yang diperolehi, 13 penguatkuasa JAIS dan 20 polis telah datang ke tempat itu anggaran pukul 9.00 malam.

Ketika sampai ke situ pintu, ada satu ruang legar, yang mana JAIS dan polis menunggu di situ lama dan memberi isyarat mereka adalah polis dan JAIS.

Mengambil masa yang lama juga, 20 ke 25 minit sebelum pintu itu dibuka. Jadi perkataan ‘raid atau raiding’ serbu atau serbuan itu yang memberi satu gambaran pintu itu dipecahkan dan ditendang tidak berlaku.

Orang itu menunggu dengan baik di luar. Gambar pun ada.

Bila pintu dibuka, dalam bilik itu ada kira-kira 100 orang dengan satu per lima adalah penganut Islam.

12 dewasa, tiga lelaki, sembilan wanita dan lapan kanak-kanak. berada dalam tempat itu.

Apa yang berlaku, pada pukul 7.15 petang, jamuan makan dimulakan, ini bermakna, mana letaknya puasa? Kemudian terus kepada tarian.

Pada pukul sembilan lebih dilakukan pulak membaca ayat karangan mereka yang bertajuk, Alhamdulilah dan Allahuakbar?



Ini apa bersangkut paut dengan Thanksgiving (dinner) dan Methodist, mengapa ayat-ayat yang diharamkan untuk digunakan oleh bukan Islam dalam Enakmen Agama Bukan Islam (kawalan perkembangan dikalangan orang islam 1988)

Sesudah itu, pada pukul 9 15, berlaku satu prayer intersession sembayang orang Kristian di mana meminta Nabi Isa untuk memohon kerestuan tuhan mereka.

Ingat masa itu 20 penganut agama kita termasuk kanak-kanak ada di tempat itu, terpesong atau tidak? Pesong kan?

Perkara ini dikeruhkan lagi, ada soal jawab tentang apa dia agama Islam, mengapa orang Kristian Methodist perlu melakukan perkara ini?

Dia datang dengan dua helai kertas yang menanyakan apa maksud perkataan Islam, apakah maksud perkataan Muslim? Apakah maksud perkataan Quran dan kefahaman dan keimanan.

Apakah maksud perkataan Islam, MUSLIM, Quran?, Apakah enam perkara Iman Muslim, lima waktu solat dalam Islam, malaikat manakah yang dipercayai menurunkan wahyu kepada Nabi Muhammad,



Tahun apakah Nabi Muhammad dilahirkan, How many surah is there in the Al-Quran, Berapa kali nama Isa disebut di dalam Al-Quran dan Orang Islam bersalam menggunakan tangan?

Inilah kuiz yang diberikan pada malam itu, yang mana sepatutnya menumpukan kepada adat istiadat Kristian.

Bila JAIS masuk ke dalam, kertas soal-soal jawab ini sudah berkecai-kecai sudah dimasukkan dalam tong sampah, jika niat baik kenapa nak masuk dalam tong sampah?

Dengan itu bila masuk tong sampah, JAIS dah sita benda ini, untuk jadi maklumat hendak dibawa ke mahkamah.

Bila mereka keluar, satu persatu, tiap-tiap Kad Pengenalan (IC) ditengok dan yang kad Pengenalan Islam diambil oleh JAIS, tapi tak ambil IC kanak-kanak sebab tak ada IC.

Dengan itu bahawa tindakan JAIS di dalam perkara ini benar. Mereka tidak pernah memecahkan pintu, berlaku dengan kekasaran, JAIS juga mengoyakkan kertas, macam-macam fitnah telah dilakukan.

Taklimat media ini demi masa depan agama Islam dan cucu cicit kita agar kita semua dapat dibetulkan.

Saya berharap saudara-saudari kita yang Kristian janganlah lakukan perkara ini.

Masjid dan surau pantaulah benda ini.

Kita bukannya menyusahkan orang, tapi orang menyusahkan kita.

Soalan media: Bila jumpa JAIS?

Jawapan: Jumpa JAIS Jumaat, Sabtu, Ahad…

Soalan media: Jumpa siapa, pengarah ke?

Jawapan: Kami jumpa penguatkuasa saja.

Tugas NGO adalah membetulkan keadaan dan perkara yang berlaku ada sebab musabahnya, dan kami solid di belakang JAIS dalam perkara ini. Janganlah JAIS rasa curiga,… positif juga dengan Istana.

Pegawai Kerja Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Mohd Mustaffa Hamzah

Kita menyokong ketegasan Dr Hasan Ali dan Jais dan kita kecewa dengan sikap Menteri Besar yang apologetik dan membelakangkan kuasa sultan.

JAIS tertakluk di bawah kuasa sultan, bukan di bawah kuasa kerajaan negeri.

Apa tindakan Jais dibuat berdasarkan undang-undang. Enakmen Ugama Bukan Islam 1988.


Sikap apologetik oleh kerajaan negeri dan MB, mengagal dan melemahkan penguatkuasaan oleh JAIS

Ini akan beri peluang yang terbuka kepada org bukan Islam untuk mendakyahkan agama mereka dikalangan orang Islam. Ini akan mengeruhkan suasana dalam negara kita.

Di peringkat NGO juga, kita amat kecewa dengan laporan media, Malaysiakini, Malaysian Insider, yang memberikan laporan salah kepada rakyat di luar sana.

Mengatakan bahawa Jais telah serbu, sedangkan tidak ada sebarang serbuan, penguatkuasa JAIS hanya periksa, atas aktiviti adanya orang Islam di sana.

Sebagainya gambaran yang disampaikan termasuk dari Istana, oleh wakil-wakil pihak gereja, dan media bukan Islam menggambarkan seolah-olah JAIS bertindak begitu rakus.

Perkara-perkara sebegini amat mendukacitakan kita. Dan diperingkat kita. Selepas kita dapat maklum balas JAIS mengenai proses daripada permulaan pemeriksaan dilakukan.

Tidak ada sebarang serbuan, keganasan, bahkan penangkapan, tetapi gambaran yang disampaikan oleh media, dan laporan yang disampaikan kepada pihak Istana terlalu berbeza.

Kita rasa ini tidak beretika sama sekali.

Perkataan serbuan itu ganti dengan pemeriksaan. Buka pintu dialog, dan periksa kad pengenalan sahaja… akan dibawa ke mahkamah.

Tidak ada tangkapan, hanya periksa IC sahaja. Terdapat juga di sana motto “matlamat utama pihak gereja adalah mengkristiankan seluruh warga dunia”.

Formula yang diguna pakai adalah mencari mereka yang memerlukan bantuan samada bantuan kewangan atau sebagainya.

Tarik hati mereka, rapatkan diri dengan target groups, akhirnya mereka akan di Kristiankan secara halus.

Kita dedahkan supaya umat Islam bersatu hati menyekat perkara ini.

Motto ini ada dalam gereja.
Setiausaha Agung Persatuan Imam,Pegawai Masjid dan Penolong Pendaftar Nikah Selangor (Pimpinan), Fakurruddin Eshak

Persatuan imam, kami menyokong tindakan JAIS bukan itu sahaja perlu ada satu satu undang-undang (supaya) pihak berkenaan yang melakukan jenayah, melanggar Perlembagaan.

Kita beri kebebasan untuk mengamalkan agama mereka , mereka tidak ada hak untuk sebar agama kepada umat Islam.

Kita perlu ada undang-undang jika premis itu ada upacara untuk memesongkan akidah, kita mesti ambil tindakan.

Mesti ambil tindakan, contohnya kunci selama dua bulan dan sebagainya.

(kerana tindakan ini) mungkin boleh menaikkan semangat orang-orang Melayu, sebab pernah satu masa dahulu, hanya satu orang sahaja. Natrah itu dan kita tidak mahu perkara itu berulang.

Kalau ada undang-undang akan selesai lebih baik.

Penutup Dr Dzulkhaini Husain;

Kita lakukan ini untuk membetulkan keadaan Islam di Malaysia. Kalau umpama yang berada tidak mengambil tindakan yang tegas, saya takut banyak Nattrah lagi akan berlaku?

Kalau ada perkara-perkara yang penting dan menggugat Islam, kami akan kehadapan lagi."

Credit kepada Encik Helme Hanafi (Sumber: Carigold.Com)

P/S: Mari kita sama-sama berdoa agar ummat Islam didunia ini dilindungi oleh-NYA...

Monday, 8 August 2011

BONUS KAKITANGAN AWAM 2011

Assalamualaikum dan Salam sejahtera.. Tahniah la kepada para penjawat awam sebab anda diberi bonus setengah bulan gaji atau minima RM 500 untuk duit raya 2011 ni nanti.. Tak percaya ke dapat bonus? Baca petikan dibawah...

KUALA LUMPUR, 8 Ogos (Bernama) -- Kerajaan bersetuju membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam bulan ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan juga bersetuju memberi bayaran khas sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan.

"Bonus dan bayaran khas ini akan dibuat pada pertengahan bulan ini," kata Najib yang juga Menteri Kewangan dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya bonus itu adalah bagi menghargai sumbangan serta dedikasi penjawat awam dalam memudah dan menjayakan pelaksanaan program pembangunan negara.

Perdana Menteri berkata kerajaan berharap pemberian bonus dan bayaran khas ini dapat meringankan beban penjawat awam dan para pesara kerajaan dan membantu mereka membuat persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri.

"Ini menunjukkan bahawa kerajaan sentiasa prihatin dan sangat menitikberatkan kebajian penjawat awam dan pesara kerajaan. Pemberian ini juga merupakan satu penghargaan kerajaan kepada seluruh penjawat awam," kata Najib.

Katanya pemberian bonus dan bayaran khas itu akan melibatkan 1.27 juta penjawat awam Persekutuan dan 590,000 pesara kerajaan dengan anggaran perbelanjaan sebanyak RM2 bilion
.
Walaupun Cuepacs cuba minta berkali-kali untuk dapat 2 bulan bonus tapi tetap tak dapat, maaflah yer... Ape pun syukurlah daripada tak dapat langsung.....~

PERBEZAAN SISTEM CVT DAN SISTEM AUTOMATIK BIASA

Assalamualaikum dan Salam sejahtera, malam ini saya ingin berkongsi dengan pelawat blog ProtonCLUB tentang teknologi CVT yang digunakan PROTON pada masa sekarang ke atas kereta Proton Saga FLX nya yang baru. Mari kita lihat video dibawah ...

Saksikan video dibawah
Rakaman ini telah diambil dan dikaji oleh Encik Hezeri Samsuri dari NST dan beliau telah membuat pandu uji kereta Proton Saga FLX dan menguji enjin Campro dengan CVT ini.


Saturday, 6 August 2011

CARS 2 2011 TRAILER



Cerita ini nampak menarik untuk ditonton, namun saya masih belum lagi menonton cerita ini. Tetapi apa yang saya dapat lihat dari Trailer di atas, walaupun cerita ini dalam bentuk animasi namun aksi-aksi yang ditunjukkan juga tidak kurang hebatnya. Diarahkan oleh Pengarah berbakat iaitu John Lesseter dan Brad Lewis, cerita ini pasti membuatkan anda tidak sabar untuk menontonnya!

PROTON SAGA BLM / FL CRASH TEST

Mari kita lihat ujian kemalangan yang dilakukan ke atas Proton Saga BLM / FL / FLX ini...

Tuesday, 2 August 2011

HONDA CR-Z MUGEN RR EDISI KHAS!

Kepada para penggila kereta, terutama peminat HONDA. Anda pasti teruja jika melihat kereta diatas bukan? Tapi sayang sekali, kereta ini bukanlah untuk dijual dipasaran dalam negara mahupun diluar negara.

Ianya mempunyai kuasa 197 hp dan 245 Nm, Honda keluaran M-TEC Jepun ini hanya untuk pameran sahaja.

Saya pasti jika kereta ini dipasarkan, ianya pasti akan mendapat sambutan yang hangat. Dengan kuasa enjin yang begitu mengkagumkan dunia automotif, kereta ini pasti dapat menarik minat anak muda diluar sana.