Showing posts with label Kakitangan Awam. Show all posts
Showing posts with label Kakitangan Awam. Show all posts

Sunday, 9 October 2011

BONUS SETENGAH BULAN LAGI UNTUK KAKITANGAN AWAM

Kerajaan hari ini mengumumkan tambahan bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 ringgit dan bayaran bantuan RM500 ringgit kepada penjawat awam dan juga pesara kerajaan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika pembentangan Belanjawan 2012 berkata bayaran itu akan dibuat bersekali dengan gaji bulan Disember ini.

“Berdasarkan sokongan dan komitmen penjawat awam yang tidak terhargakan dalam mencapai matlamat pembangunan negara, sukacita saya mengumumkan tambahan bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 ringgit dan bayaran bantuan RM500 ringgit kepada pesara kerajaan,” katanya.

Menurut Najib, beliau yakin ganjaran itu akan terus mempertingkatkan kualiti perkhidmatan dalam mempastikan agenda pembangunan nasional menjadi kenyataan.

Sebelum ini, pada bulan Ogos lalu, kerajaan telah pun membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM 500 ringgit kepada penjawat awam dan bayaran bantuan RM500 ringgit kepada pesara. Tindakan itu bagi meringankan bebanan mereka menghadapi kos sara hidup yang terus meningkat dan sempena meraikan Aidilfitri.

“Bayaran ini akan memanfaatkan 1.3 juta penjawat awam serta 618 ribu pesara kerajaan. Bayaran bonus dan bantuan dua kali pada tahun ini akan menelan belanja sebanyak empat bilion ringgit,” katanya.

Monday, 8 August 2011

BONUS KAKITANGAN AWAM 2011

Assalamualaikum dan Salam sejahtera.. Tahniah la kepada para penjawat awam sebab anda diberi bonus setengah bulan gaji atau minima RM 500 untuk duit raya 2011 ni nanti.. Tak percaya ke dapat bonus? Baca petikan dibawah...

KUALA LUMPUR, 8 Ogos (Bernama) -- Kerajaan bersetuju membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam bulan ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan juga bersetuju memberi bayaran khas sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan.

"Bonus dan bayaran khas ini akan dibuat pada pertengahan bulan ini," kata Najib yang juga Menteri Kewangan dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya bonus itu adalah bagi menghargai sumbangan serta dedikasi penjawat awam dalam memudah dan menjayakan pelaksanaan program pembangunan negara.

Perdana Menteri berkata kerajaan berharap pemberian bonus dan bayaran khas ini dapat meringankan beban penjawat awam dan para pesara kerajaan dan membantu mereka membuat persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri.

"Ini menunjukkan bahawa kerajaan sentiasa prihatin dan sangat menitikberatkan kebajian penjawat awam dan pesara kerajaan. Pemberian ini juga merupakan satu penghargaan kerajaan kepada seluruh penjawat awam," kata Najib.

Katanya pemberian bonus dan bayaran khas itu akan melibatkan 1.27 juta penjawat awam Persekutuan dan 590,000 pesara kerajaan dengan anggaran perbelanjaan sebanyak RM2 bilion
.
Walaupun Cuepacs cuba minta berkali-kali untuk dapat 2 bulan bonus tapi tetap tak dapat, maaflah yer... Ape pun syukurlah daripada tak dapat langsung.....~