PERODUA LANCAR KERETA SEDAN PERTAMA
2016 Auto Cars Current Issues Isu Semasa Local News Malaysian Makes Perodua SedanUra ura bahawa Syarikat Automotif Kedua Negara (PERODUA) akan mengeluarkan model sedan telah hampir menjadi realiti apabila gambar ini telah dimuatnaik di laman facebook dan ianya dijangkan dilancarkan pada 21 Julai 2016. Dan admin juga telah dapatkan beberapa info mengenai spesifikasi Perodua Sedan ini.
Maklumat awal mengatakan ianya akan didatangkan dengan enjin berkuasa 1.0L dan 1.3L namun enjin apakah yang akan digunakan masih lagi menjadi tanda tanya. Manakala bagi enjin 1.5L juga akan dilancarkan cuma waktu pelancarannya kemudian nanti dan mungkin ia akan didatangkan dalam bentuk facelift.
Perodua bakal memperkenalkan sistem mula-henti (start-stop) pada varian premium yang menyamai teknologi i-Stop digunakan Mazda2. Ini bermakna, Perodua Sedan ialah model segmen-B kedua di pasaran Malaysia yang menggunakan sistem berkenaan.
Sistem mula-henti berfungsi mematikan dan menghidupkan enjin pembakaran dalaman secara automatik bagi mengurangkan masa enjin melahu, sekali gus menjimatkan penggunaan bahan api dan pelepasan emisi. Ya, ia sistem sama yang digunakan kenderaan hibrid dan amat berguna ketika berdepan situasi kesesakan teruk.
Ciri keselamatan asas juga tidak dilupakan seperti beg udara dan sistem brek anti-kunci (ABS). Namun, sumber enggan mendedahkan apa-apa maklumat apabila ditanya sama ada Perodua akan melengkapkan sistem keselamatan ekstra seperti Bantuan Brek, Agihan Brek Elektronik (EBD), Kawalan Stabiliti Elektronik (ESC) atau Bantuan Daki Bukit (HSA).
Paling penting, kontroversi indikator lampu depan yang pernah disuarakan seorang warga Jerman tahun lalu sudah pun diatasi pada model Perodua Sedan ini. Jadi, tiada lagi alasan tidak membuka lampu kereta anda ketika memandu malam.
Harga pula ianya mungkin akan dijual pada RM35,000 hingga RM50,000 dan ini merupakan anggaran harga yang diberikan menurut sumber iu tadi. Apapun kita sama-sama tunggu berita mengenainya pada 21 Julai ini nanti.