Showing posts with label New Proton Saga. Show all posts
Showing posts with label New Proton Saga. Show all posts

Tuesday, 27 September 2016

VIDEO PENUH - PROTON SAGA 2016 (OFFICIAL)


Jom kita saksikan sedutan penuh video Proton Saga 2016 yang pastinya akan membuatkan anda tidak sabar untuk test drive! Jangan lupa pergi ke showroom Proton berdekatan anda dan saksikan serta rasai sendiri kehebatan kereta ini! Dengan harga mampu milik, anda pastinya teruja!

Tuesday, 19 January 2016

PROTON SAGA 2017 SEGMEN-A GUNA ENJIN 1.0 TURBO


Percaya atau tidak, Proton Saga yang kini dalam Segmen-B akan ditukar ke Segmen-A bagi keluaran baru nanti. Kalau dah letak bawah Segmen-A maksudnya ia setaraf dengan model lain seperti Honda Brio Amaze, Toyota Etios, Hyundai Xcent dan Ford Figo Aspire. Mantap betul kalau macamtu betul tak? Lepas ni pengguna Saga boleh lah berbangga :)

Tujuan ianya dinaiktaraf adalah bagi membolehkan kereta Saga yang memang dikeluarkan sebagai kereta mampu milik ini dapat dirasai golongan berpendapatan rendah/sederhana tetapi dengan kualiti yang maksimum.


Proton juga memberitahu bahawa model terbaru Saga ini nanti akan dipadankan dengan enjin VVT tiga-silinder baharu, bersesaran 1.0 liter dan 1.2 liter. Dan berkemungkinan besar ianya akan dipadankan juga dengan pengecas turbo bagi enjin 1.0 liter ini. Tapi ianya hanya akan dikeluarkan pada tahun 2017 sahaja, model keluaran 2017 akan menggunakan enjin baru yang kini dalam pembinaan iaitu GDi dan TGDi. Jadi model baru keluaran 2016 ini hanya akan menggunakan enjin yang sama seperti sekarang tapi mungkin rekabentuk kereta akan diubah lebih baik lagi.


Kalau korang boleh sabar, tunggulah sampai Proton umum keluaran terbaru mereka pada 2017 nanti ya :)~

Thursday, 30 December 2010

PROTON SAGA BARU VS. MYVI



Keputusan undian antara Proton Saga baru dan Perodua Myvi. Antara soalan undian berbunyi begini "Yang Mana Lebih Berkualiti & Tahan Lama (Jimat Minyak)" dan rata2 pengundi memilih Proton Saga baru dan undian ini dimenangi oleh Proton Saga Baru... Mungkin kerana rekabentuk terkini, saiz bonet yang lebih besar menyebabkan ramai pengguna memilih kereta jenis ini. Bagi penulis, Perodua Myvi juga lasak dan jimat minyak tetapi ia lebih sesuai dipilih sebagai kereta kedua kerana ianya tiada bonet belakang yang luas seperti Saga manakala harganya juga agak tinggi berbanding Saga. Apapun setiap individu berlainan citarasa mereka, tepuk dada tanyalah selera anda...

Nota: Poll di atas di ambil daripada sebuah forum terkenal dari Malaysia.

Wednesday, 1 December 2010

Tuesday, 30 November 2010

PROTON SAGA FACELIFTED R3 EDITION

Bahagian bumper hadapan dilengkapi dengan bumper jenis R3 dan bentuknya memang nampak lebih sporty, boleh tahan jugak lampu depan Saga Facelifted R3 ni...


Disk break belakang beb! Rasa2 boleh tak sarung kat Proton Saga BLM yang lama? Siap ada lubang tu kat disk break dia...


Spoiler R3 edition pula nampak macam spoiler Toyota Vios cuma bezanya spoiler ni nampak kecil sedikit dan tiada lampu break pada spoiler.



Muffler yang kelihatan lebih garang dan tiada lagi bentuk ekzos standard, confirm bunyi lebih menderum dan garang selepas ni... Untuk bahagian enjin pula spesifikasinya masih belum dapat diketahui tapi ada ura2 mengatakan ianya menggunakan enjin Campro Turbo, sejauh mana kebenarannya?


PERBEZAAN PROTON SAGA BLM LAMA DAN FACELIFTED

Berikut adalah gambar2 perbandingan antara kereta Proton Saga BLM dan Proton Saga BLM Facelifted yang telah diubahsuai rekabentuknya.


Dari hadapan, Spot light dan bonet depan juga diubahsuai seakan rekaan terbaru untuk Proton Persona Elegance.

Lampu hadapan seakan-akan Honda, perghhh...>!!!!!

Cermin sisi juga mempunyai lampu signal, memang best sebab nampak lebih eksklusif!!

Dari pandangan belakang, ada spoiler dan lampu pulak signalnya sebelah lampu reverse. Juga sama macam Proton Persona Elegance dan Mercedez.. WOW!

Yeahhh yang dinantikan!!! Radio dilengkapi USB dan AUX sistem. Tapi nampak macam USB ni additional tambahan je, tak sekali dengan radio... Boleh la...~

Butang control sama seperti Proton Satria Neo, baru lah eksklusif!!!

Seat juga diubahsuai dari segi jahitan dan kainnya.

Butang kawalan untuk cermin di setiap pintu termasuk pintu belakang.

Sport rim pula nampak macam rim Proton Exora, tapi rasanya kalau dah beli sure korang akan tukar rim lain tol tak?

Penggunaan rekaan kotak tisu dipertingkat, mungkin ia digantikan dengan airbag sistem kot.. Jadi airbag akan ada dua lah, satu dibahagian pemandu dan penumpang sebelah pemandu...

So korang dah tengok kan apa yang diubah dalam kereta Proton Saga BLM Facelifted ni? Kalau ada nak komen boleh la komen..... Adios!